">

Wednesday 22 February 2012

Wang Kertas Dikitar Semula Jadi Pengganti Arang...





Mungkin kejadian ini merupakan suatu perkara yang luar biasa terjadi.. Suatu benda yang pada suatu ketika dahulu dianggap “bernilai”.. Kini ia sudah tidak lagi.. Maka dengan ini juga.. Saya ingin mencadangkan kejadian ini disenaraikan di dalam 7 Perkara Ajaib Dunia pada masa akan datang..
Apa yang menjadikan perkara ini boleh terjadi?? Mungkin bagi sesetengah orang atau masyarakat..

Kejadian ini merupakan sesuatu yang sangat luar biasa.. “Tidak pernah dibuat orang“.. Atau mungkin sesetengahnya berpendapat… “Dah hilang akal agaknya“.. Apa pun pendapat orang lain tentang kejadian ini bukanlah sesuatu yang penting kerana ia telah pun terjadi.. Apa pun tanggapan orang tentang kejadian ini juga tidak penting kerana ia telah pun berlaku.. Hakikatnya.. Wang kertas dikitar semula jadi pengganti arang.. Di mana ia berlaku?? Di Budapest, Hungary seperti yang dilaporkan oleh Reuters.
Sungguhpun pihak Reuters tidak melaporkan sebab utama kejadian ini berlaku.. Tetapi ada disebut wang kertas yang dikitar semula ini adalah wang kertas yang tidak lagi berlegar dalam pegangan pengguna.. Dari sini.. Kita boleh simpulkan bahawa.. Wang kertas di negara tersebut terlalu banyak.. Dan yang lebih menggelikan hati lagi adalah.. Wang kertas yang tidak diedarkan lagi ini diberikan kepada badan – badan kebajikan untuk dijadikan bekalan bahan bakar.. Pelik bukan.. Kebiasaannya.. Wang diedarkan ke badan – badan kebajikan untuk dimanfaatkan “nilainya” kepada sesuatu yang lebih bernilai untuk bermacam – macam keperluan dan tujuan.. Dalam kes ini.. Ia digunakan sebagai bahan bakar..
Iyaaa… Ia bernilai dari segi digunakan untuk kegunaan membakar.. Tetapi “nilai” yang telah hilang adalah.. “Nilai” yang boleh ditukarkan untuk mendapatkan pakaian yang lebih baik.. “Nilai” yang boleh ditukarkan untuk makanan yang lebih enak.. “Nilai” yang boleh ditukarkan untuk mendapat perkhidmatan yang terbaik.. “Nilai” yang boleh ditukarkan untuk mendapatkan barangan yang sempurna.. Inilah yang telah tiada pada wang kertas tersebut.. “Nilai” yang sepatutnya boleh digunakan untuk pertukaran pelbagai barangan dan perkhidmatan.. Telah bertukar kepada “nilai” yang hanya boleh ditukarkan kepada hanya SATU perkara..

Apa yang boleh disimpulkan dari kejadian ini adalah.. Bekalan wang kertas yang terlalu banyak menyebabkan “nilai” wang kertas itu sendiri jatuh.. Dalam kejadian ini jelas membuktikan perkara tersebut yang mana masyarakat Budapest tidak lagi “menilai” wang kertas mereka seperti yang sepatutnya sehinggakan mereka perlu mengitar semula wang kertas tersebut.. “Benci”nya mereka melihat wang kertas yang terlalu banyak ini sehinggakan mereka bakar lalu menjadi abu.. Secara tidak langsung.. Inilah masa depan wang kertas sedia ada.. “Nilainya” tidak begitu terjamin..

Maka dengan itu.. Buatlah pilihan dengan bijak untuk simpanan anda.. Bukanlah bermaksud wang kertas sedia ada ini tidak ada “nilainya”.. Tetapi kesan jangka masa panjangnya sangat merisaukan.. Tidakkah anda semua berasa kecewa apabila wang kertas yang begitu banyak yang telah disimpan semakin susut nilainya.. Sehingga pada satu tahap ia boleh dijadikan bahan bakar.. Sungguh menyedihkan.. Jadi dengan itu.. Jangan berlengah lagi dalam mengubah tabiat menyimpan anda dari simpanan wang kertas kepada simpanan emas fizikal sebenar…
—————————————————————————————————–
Hubungi saya Nordiana bt abdullah di talian 013-9663542 untuk urusan pembelian Gold Bar / Dinar / Silver Bar. Anda pasti berpuas hati dengan simpanan anda!!!

sumber:  inspirejewellery

No comments:

Post a Comment