">

Friday 30 March 2012

SKRIP GOLD 2012...

Jangan lepaskan peluang,jom beli emas sekarang..jgn tgu harga dah melambung baru nak bermula..adakah ada penyimpan emas tegar atau tidak?

nak harga termurah,daftar sebagai pengedar..rm1k sahaja,dapat saham akhirat sekali kerana 30% dari yuran keahlian GCP disumbangkan untuk pembinaan masjid, pusat tahfiz dan bdn2 kebajikan..

menjadi pengedar memudahkan anda mmbuat belian bulanan secara konsisten..ayuh mulakan sekarang,jika tdk,anda berisiko menjadi PAPA KEDANA 5 tahun dari sekarang.
SAYA SUDAH ANDA BILA LAGI... 
 

Cuba lihat skip diatas.. Ini skrip gold utk tahun 2012 punya....
- Nak tau kenapa saya panggil ini skrip...cuba lihat betul2...baik puncak mahupun lantai...ia jatuh selari,tepat atau hampir2 dgn 2 garisan bersilang yang saya lakar.Klu kuasa demand dan supply yang tentukan harga...masakan skrip ni boleh dibaca orang.

- Dalam teknikal analisis puncak tertinggi yg pernah dicapai akan kembali dilawati semula.Bila dicari2...mmg betul ia akan dicapai dgn 3 garis hitam halus bersilang menuju ke situ tetap ia jatuh dlm wave 3.mknanya ada lg yg lbh tinggi dr 1921.05 ini yg akan dicari gold.Wave 4 sifatnya "flat" berbanding wave 2 yg bersifat "sharp".Lagi 1 sifat wave 4,dia takkan overlap puncak wave 1 iaitu 1791.65.bila ditarik garis hitam halus kedua,ia bersilang jatuh betul2 di 1836.97.Wave 5 pastilah lbh tinggi dr puncak wave 3 dan sdh tentunya berada ats dr USD 2000.Seandainya wave 5 itu berlaku bln Disember,mmg tahun 2012 gold ditutup tinggi melebihi USD 2000.Seandainya wave 5 itu terjadi di September 2012,...gold ditutup antara 1750-1850 coz wave C selalunya sebaris dgn wave 4,wave A....Apa yg membuatkn harga gold semakin mahal ni? INFLASI!!!!!...setiap tahun nilai matawang kita akan terhakis nilainya....terhakis bukan mnjadi lebih banyak tapi mnjadi lbh kecik...Tidak percaya cuba check ikan kembung 1kg tahun 2000 berapa dan 1kg 2012 berapa? kih3...FIKIR-FIKIR KAN LAH....

- Untuk pengetahuan anda.. sebenarnya bukan barang yang makin mahal.. tapi sebenarnya wang yang berada ditangan semakin jatuh nilainya....Dengan  nilai matawang susut lah yg nmpk barang2 ni semakin mahal. Klu nak di ikutkan,sbnrnya nilai barang2 tak berubah sejak dari zaman dulu lagi...Emas zaman nabi adam sama nilainya dgn emas masa zaman kita..Ayam,lembu,kambing,sayur,etc masa zaman nabi adam pun sama nilainya dgn zaman kita..yang menyebabkn kita rasa harga brg2 semakin mahal ialah wang fiat (wang kertas).. EMAS MERUPAKAN 0  (ZERO ) INFLASI...


- Sekarang ni dikaki wave 2...nak naik tapi kena tahan dgn crude oil demand tinggi dr asia yg trpksa berbelanja guna USD.dah 2 mlm sy perati bila siang hrga gold jatuh,bila tgh mlm hrga gold naik.ini menandakan power USD dh hbs hnya ihsan dr crude oil aje yg buatkn matawang USD tetap maintain.spekulator2 pun dh nmpk gold tk mampu memecah lbh bwh dr USD 1620 n bila2 masa aje spekulator2 akn memberi injection pd gold.

- Untuk pengetahuan anda semua, yg pasti puncak wave 5 itu tkkn melepasi USD 2130.27.mcmana nk kira...kira aje brapa jarak wave 2 ke wave 3...1921.05 - 1627.75=293.3.slps itu ambik titik wave 4,campurkn dgn jarak yg didapati td,1836.97 + 293.3=2130.27.sifat wave 5,ia tkkn sama jarak dgn wave 3.ia msti lbh pendek atau bwh dr 2130.27...

- puncak wave 5 tu dijangka terjadi penghujung Ogos atau awal September tahun 2012 ni.dr September ke Disember kita kena alert dgn ekonomi eropah samada mrka berupaya atau tdk keluar dr krisis yg ada skrg ini dan jg kena pantau ekonomi asia terutama China,Jepun,India coz wave C ni bersifat trap.biarpun sifatnya spt yg sy nyatakan kebiasaannya selari dgn titik wave 4 dan wave A atau menjunam bwh skt dr kedua2 titik ini,ttp dlm tempoh 10thn ini sekali dia prnh menjunam hmpr2 pd dasar wave 1 iaitu pd thn 2008.sy suruh berjaga2 antara September ke Disember coz bimbang kata2 Leo Zagami adalah benar.

Semga info ini dapat membantu anda dalm membuat keputusan...  SILA DAPATKAN PENERANGAN YANG LEBIH LANJUT.. SILA SMS 0139663542.. Untuk mendapatkan penerangan...


by: Haniz Zerstoren

Tuesday 27 March 2012

Lagi dan lagi mengenai WANG KERTAS....

Asal wang kertas dijadikan untuk memudahkan pertukaran bilamana terdapat barangan yang bernilai kecil yang sukar dipecahkan melalui nilaian dirham/daniq dan wang kertas disandarkan pada rezab emas yang ada, pada masa ini wang kertas masih bersifat numismatik dan hukum riba, zakat, muamalat terpakai sepertimana emas dan perak. Ini kerana wang kertas tersebut boleh ditukarkan dengan emas pada masa itu.
Setelah lambakan wang kertas berlaku maka era penipuan wang kertas terjadi apabila ianya tidak lagi disandarkan lagi pada rezab emas tetapi kepada ekonomi negara itu sendiri yang mana hukum yang terdapat keatasnya yang diqiaskan pada emas dan perak sewajarnya tidak terpakai lagi.

Selepas era inilah penipuan wang kertas semakin berleluasa dan tidak layak digelar wang sebaliknya sebagai hutang nilai kertas yang tertera pada cetakannya (akujanji pemerintah). Demi mengaut keuntungan pihak yahudi/penjajah memaksa semua negara jajahannya menggunakan wang kertas dan mereka mengambil semua emas dan perak kerana mereka tahu emas dan perak lagi berharga dari kertas tetapi negara jajahan mengikut sahaja kerana wang kertas mudah dibahagikan berbanding emas dan perak, negara jajahan telah diasuh dan dididik menggunakan wang kertas dalam setiap urusan dan lupakan pasal nilai emas dan perak. Bila rezab emas tinggal sedikit pihak penjajah akan beredar dalam istilah kemerdekaan tetapi meninggalkan dan memaksa negara jajahan menggunapakai sistem wang kertasnya.


Oleh kerana sebahagian besar emas dan perak telah dikaut dan sistem kewangannya digunakan maka pihak penjajah masih boleh meneruskan penjajahannya walaupun tanpa menduduki negara tersebut. Bila semua pemerintah Islam telah lupa pada emas dan perak dan DnD sebagai wang, maka ada pihak menqiaskan wang kertas kepada emas dan perak dalam keadaan dharurat kerana sumber DnD tidak mencukupi. Tetapi adakah ia mengambilkira FRB (penipuan terbesar) yang berlaku dalam cetakan dan penghasilan wang kertas sebelum menggenakan hukum penggunaannya?

Dalam Islam transaksi jual beli harus memenuhi 3 syarat (1) sukarela – antaroddin minkum, (2) setara – mithlan bi mithlin, (3) kecairan – yaddan bi yaddin. Secara logiknya wang kertas tidak memenuhi syarat tersebut nilainya dipaksa oleh pemerintah atas nilai cetakannya, nilainya tidak setara bagi setiap negara, kecairan tidak diperakui bagi negara yang berlainan.Logiknya ia tidak wajar digelar wang tetapi hanyalah kertas hutang yang diperakui oleh pemerintah negara tersebut.

Penyewelengan penggunaan dinar dan dirham di negara arab dilakukan semasa pemerintahan Liga Arab (Saudi Arabia) yang bersekutu dengan Amerika dalam menjatuhkan kerajaan Utsmaniah.. Raja Sa’ud bin Abdul Aziz telah mendirikan bank sentral yang bernama: Saudi Arabian Monetary Agency (SAMA) dan menerbitkan uang kertas riyal pada tahun 1961. Ini kerana Raja terpesona menerbitkan wang kertas kerana lebih menguntungkan daripada mencetak koin-koin riyal perak (dirham) dan dinar. I

Isu yang pertama wang kertas yang berleluasa pada asalnya wujud atas dasar penipuan dan penyelewangan untuk menafikan peranan keseimbangan DnD, mencipta ilusi kekayaan diluar batasan, menganiaya orang/negara lain, memudahkan penjajahan hanya melalui peperangan dan sekatan ekonomi… namun kerana mereka memegang kuasa jajahan dan kemudahan penciptaan wang kertas, maka wang kertas tersebar luas walaupun berpaksikan penipuan dan penyelewengan. Wajarkah kita katakan transaksi penipuan, penyelewengan dan kewujudan wang kertas ini telah haram penggunaannya?

Isu yang kedua setelah isu yang pertama telah kuat bertapak, atas dasar dharurat, penyelewengan wang kertas terus dilakukan oleh pemerintah dan hukum keatasnya dikenakan seperti mana emas dan perak oleh pemerintah Islam/Raja/penjajah yang menyeleweng ini dan wajib diikuti oleh semua rakyat/negara/pemerintah yang dijajah/diperintah secara rela paksa. Bilamana rela paksa ini berterusan, lama kelamaan maka semua orang terbiasa walaupun membelakangkan hukum Islam yang terawal.

Wajarkah kita gunakannya sebagaimana akujanji pemerintah dalam keterpaksaan? Wajarkah penyelewengan yang kedua ini kita letakkan hukum yang tertentu bilamana isu pokok kepada permasalahan yang pertama tidak diambil kira atau diselesaikan terlebih dahulu? Adakah wajar kita kembali kepada DnD untuk menyelesaikan isu kedua-dua diatas dalam kaedah penyelesaian? Adakah dengan menggunakan wang kertas pada hari ini kita terlepas dari hukum isu yang pertama dan perlukah kita menyokongnya? Adakah wang kertas masih bersifat numismatik dan wajar diqiaskan dengan hukum emas dan perak? Wajarkah kita mengurangkan semaksima mungkin penggunaan wang kertas? Apakah usaha kita untuk keluar dari sistem penipuan dan penyelewengan ini? Wajarkah kita mengharuskan sesuatu yang telah haram untuk meringankan penggunaannya?

Ini dah ada 2 hukum dalam 1 transaksi, adakah boleh diqiaskan dengan 2 transaksi dalam 1 akad? Haram kekal haram, riba kekal riba, jualbeli kekal jualbeli… namun perlu berhati2 kerana semua itu boleh berlaku dalam 1 transaksi muamalat. Perkara yang mudah jangan dirumitkan, jika sesat pulang ke pangkal jalan… Keringanan hanya membuatkan kita terus lalai dan hilang usaha kita untuk terus berjuang memartabatkan Islam


Negara yang menjajah pun dijajah ?

Siapa arkitek dalam semua penjajahan itu.. arkiteknya bukan orang perseorangan atau negara.. US pun sebenarnya dijajah, bukan penduduk asli pun yang mentadbir US.

Negara yang menjajah pun sebenarnya dijajah… wang kertas digunakan untuk menunjukkan semua negara pakai wang kertas.. kalau dia suruh orang pakai wang kertas tapi dia pakai wang emas, rasanya orang akan ikut tak… Mereka gunakan wang kertas untuk menganiaya rakyat mereka dan menyesatkan umat manusia dari jalan Allah… Siapa yang sebenarnya menguasai rezab emas dunia, negara ke kesatuan?
1000 aun banyak tu kalau telah dijadikan wang dalam kaedah DnD, macam mana dia nak tambahkan lagi kekayaan emas dia? Emas tidak boleh diperbaharui dan dicipta, tetapi kertas mudah dihasilkan dan dicetak, kalau saya cetak note RM10 billion dan kerajaan iktiraf note yang saya buat.. saya dah bergelar billionaire tanpa susah payah bekerja tidak susahkan nak buat silap mata (ilusi) dengan wang kertas.. inilah yang berlaku kepada US hutangnya yang entah bila akan habis langsai sakarang ni…. kenapa nak konfiuskan masalah yang telah jelas, terang dan nyata?

Peperangan sebenar didunia ini bukan antara negara atau dengan umat manusia.. tetapi peperangan sebenar adalah antara tentera dibawah pimpinan Azazil (Iblis) yang dilaknat dan kekal dalam neraka dengan tentera yang mendokong Allah dengan Al-quran dan sunnah sebagai rujukan… itu je masalah yang sebenar, apa yang wujud dalam dunia ni sekadar hiasan dan pentas je untuk diwarnai.. kita semua berlakon je ada macam2 scane/plot/karektor/emosi dan sebagainya… ending story kiamat, syurga atau neraka… tamat….
 
kredit kepada penulis artikel ini :Nazly Tahir

Bagaimana BANK mencipta RIBA..

DEBT SLAVE (Hamba Hutang)

Benar, kerajaan mencetak wang kertas kita. Tetapi itu hanya mewakili 3% dari jumlah wang dalam negara. Sebahagian besar wang dicipta melalui pinjaman bank komersial.
Kini mari kita andaikan wang kertas dalam negara bermula “$0″ untuk memudahkan pemahaman ke atas sistem ciptaan wang di dalam ekonomi negara dan peranan bank negara serta komersial.

Peringkat 1: Wang permulaan “$0

Anda pegawai tinggi kerajaan berpendapatan $10,000. Dari manakah kerajaan mendapatkan $10,000 untuk membayar gaji anda memandangkan wang di dalam negara “$0″?

 Peringkat 2: Kertas Ditukar Kertas, menjadi Wang

It costs 100 billion for ONE egg, not three.
Three eggs cost 300 billion.


Pinjaman! Kerajaan mengeluarkan bon (I.O.U) dan meminjam dari Bank Negara. Kini, dari manakah Bank Negara mendapatkan $10,000 kerana wang dalam negara masih lagi “$0″?
Bank Negara melakukan “magik” dengan menukarkan kertas kosong menjadi $10,000, dan nilai ini semata-mata bersandarkan janji kerajaan membayar hutang.
Sistem magik ini berlanjutan kepada Bank Dunia tetapi dipermudahkan pada peringkat ini untuk pemahaman awal sistem “ciptaan wang riba” ini.


Kesimpulan awal ialah wang atau “bank note” ialah “hutang“; hutang kerajaan dan kemudian daripadanya termasuklah hutang rakyat.

Peringkat 3: $10,000 pertama dalam negara

Kerajaan membayar $10,000 dan anda mendepositkannya ke bank.
Jika wang dibelanjakan, situasinya sama kerana Penjual mendepositkannya $10,000 ke bank. Kini wang telah wujud dalam negara dan berjumlah $10,000.

Peringkat 4: Sistem rizab dan riba berganda-ganda

Berdasarkan simpanan $10,000 ini, bank menjadikan 10% atau $1,000 sebagai rizab Bank Negara. Akibat daripadanya bank diberi kelulusan mencipta wang baru bersamaan gandaan 90% ($9,000) sebagai pinjaman baru. Wang ini tidak dicetak tetapi sekadar jumlah yang direkodkan dalam sistem perbankan.

Dakwaan bank memberikan pinjaman dari simpanan pendeposit adalah perdayaan! Ini kerana jika jumlah wang dalam negara $10,000 dan jumlah sama dipinjamkan kembali, bagaimana bank berupaya mendapatkan tambahan wang untuk menanggung kos pentadbiran dan bayaran dividen pendeposit?
Jika bank membayar dividen $1,000 maka jumlah wang mestilah $11,000. Oleh itu bagaimana bank berupaya mendapatkan $11,000 sedangkan wang di dalam negara hanya $10,000? “…Of course, they (bank) do not really pay out loans from the money they receive as deposits. If they did this, no additional money would be created…”; (Modern Money Mechanics from The Federal Reserve Bank of Chicago, page 6).

Kedua, bank tidak membayar kembali kepada Bank Negara wang dicipta kerana kesannya tetap sama, iaitu “If they did this, no additional money would be created“. Bank sekadar memastikan akaun aset (bank) dan akaun liabiliti (peminjam) direkodkan secara tepat dan tiada “NPL” (non performing loan).

Peringkat 5: Ciptaan wang atas angin

Kini Bank meminjamkan wang $9,000 yang baru dicipta kepada Sarimah, dan merekodkan akaun aset bank menyamai akaun liabiliti peminjam.
Seperti anda, Sarimah mendepositkan ke bank atau berbelanja dan Penjual mendepositkan &9,000 ke bank. Kini jumlah aliran wang dalam negara bertambah daripada $10,000 kepada $19,000.

Peringkat 6: Rizab yang di “Recycle”


Bagi simpanan Penjual berjumlah $9,000 ini, Bank menjadikan $900 (10%) sebagai rizab dan berupaya mencipta wang baru melalui pemberian pinjaman sebanyak $8,100, iaitu gandaan 90% daripada rizab $900.
Kini Johari mengambil pinjaman $8,100 tersebut dan membelanjakannya. Penjual mendepositkan $8,100 dan jumlah wang dalam negara bertambah daripada $19,000 kepada $27,100.

Peringkat 7: Dari $0 kepada $10,000, kepada $100,000 secara atas angin


Proses bank mencipta wang melalui pinjaman $9,000 dan $8,100 akan berterusan kepada ciptaan wang baru bagi pinjaman $7,290, $6,561, $5,905, 5,314 dan sehinggalah ciptaan wang baru melalui pinjaman bertambah daripada $10,000 mencapai $90,000.

Pada peringkat ini keseluruhan jumlah wang di dalam negara menjadi $100,000 dan proses ciptaan wang tidak lagi dapat berkembang.
Kerajaan dikehendaki membuat pinjaman baru kepada Bank Negara agar wang dan ekonomi negara dapat terus berkembang.

Rajah adalah penerangan dikeluarkan Federal Reserve Bank of Chichago (Bank Negara) bagi menerangkan proses ciptaan wang berasaskan pinjaman $10,000 kepada $100,000.

Peringkat 8: Semua akan bankrupt tanpa anda sedari!!

Terdapat persoalan penting bagi kaedah ciptaan wang di atas. Sistem di atas menjelaskan bank hanya mencipta wang “prinsipal“ melalui pinjaman, sedangkan wang bagi membayar bunga pinjaman tidak dicipta.
Oleh itu dan jika bank menetapkan bunga 10% bagi pinjaman $10,000 untuk tempoh 10 tahun, ini bermaksud kerajaan dikehendaki membayar kembali $20,000 kepada Bank. Jika keseluruhan pinjaman berjumlah $100,000, maka jumlah yang perlu dibayar kembali ialah $200,000.

Persoalannya bagaimanakah kerajaan berupaya mendapatkan tambahan $10,000 (atau $200,000) memandangkan wang bagi membayar bunga tidak dicipta?
Kerajaan boleh membawa masuk lebih banyak pelaburan tetapi situasinya sama kerana terdapat negara lain yang akan menanggung jurang kekurangan wang yang lebih besar untuk menanggung bunga pinjaman mereka.

Sistem ini telah menetapkan jika terdapat satu negara menjadi maju maka pasti terdapat beberapa negara lain yang akan sengsara dan kebuluran.

Oleh itu kekurangan wang bagi membayar bunga bermaksud kerajaan terpaksa mengambil pinjaman baru berjumlah $10,000 untuk menanggung bunga pinjaman asal. Namun itu bukankah pinjaman baru hanya akan mewujudkan bunga yang lebih besar.

Situasi yang sama turut dihadapi rakyat di mana hanya wang “prinsipal” dicipta dan wang bunga tidak dicipta dan mengakibatkan rakyat terpaksa berebut-rebut peluang mendapatkan wang yang sedikit di dalam ekonomi.

Jika situasi dihadapi adalah sedemikan rupa, bukankah matlamat akhir sistem ini hanya akan membankrupkan negara dan rakyat?

Kini dapatkah anda memikirkan kenapa pendapatan semakin tidak mencukupi, dan rakyat terpaksa terus menerus berhutang? Dapatkah anda kaitkan rasional kerajaan menggesa bank memberi lebih banyak pinjaman apabila ekonomi mengalami kemerosotan?
Seperkara yang lebih serius, dapatkah anda memikirkan kenapa negara terpaksa terus menerus berhutang dengan jumlah mencecah $400 billion dan tidak pernah berupaya mengurangkan kembali hutang?

Adakah anda sedari setiap bayi yang lahir hari ini pada asasnya secara langsung berhutang RM16,000 memandangkan hutang negara mencecah RM4 billion dengan populasi 28 juta penduduk. Mengikut Akta 

Syarikat 1965, sebuah syarikat boleh dimufliskan jika tidak berkemampuan membayar RM500, oleh itu adakah hakikatnya Malaysia telah pun menjadi bankrup?

“…Nobody was worrying about the country’s $400 billion debt!…”
 
sumber :  http://www.muslimvillages.com

INFO TENTANG ZAKAT

Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika
cukup haul dan nisab


(haul ialah tempoh masa dan nisab ialah nilai berat)


Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah
S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah
(mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari
emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk
mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan
selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
(At- Taubah; ayat 34-35)


Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan dan emas yang dipakai.
2. Zakat emas yang dipakai.
1. Zakat emas yang tidak dipakai (disimpan)


Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas
tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak
2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM140/gram
Jumlah zakat = 2.5% x RM14,000
= RM350


2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib
dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian
masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf.
Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.


Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram
emas. (kalau anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda dibawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150 gram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram


Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16) andaian harga emas semasa RM77.16 / gram
= RM 192.9

p/s: Uruf emas bagi setiap negeri adalah berbeza. Contohnya:
1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram


(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)


Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:
(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)

Wednesday 21 March 2012

Hukum Forex Haram – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan!!

TARIKH :16 MAC 2012
Hukum Forex Haram – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan!!

forex haram Hukum Forex Haram   Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan!!
Sebelum ini persoalan membabitkan hukum Forex haram atau halalacapkali menjadi perdebatan dan persoalan dikalangan apa yang boleh kami istilahkan sebagai “kaki forex”.
Dan tahun lepas pun JAKIM telah menganjurkan Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan bagi membincangkan perkara-perkara seperti :
  1. Kefahaman Umum Terhadap Perdagangan Mata Wang (Forex) dan Kedudukannya Dalam Syarak
  2. Perdagangan Mata Wang (Forex) dan Pandangan Syarak Mengenai Pegendaliannya
  3. Perdagangan Mata Wang (Forex) Kedudukannya Dalam Undang-undang dan Kesannya ke atas Ekonomi
Dan hasil daripada muzakarah tersebut terdapat beberapa rumusan dan kesimpulan yang telah dicapai antaranya ialah :
  • Jual beli matawang diharuskan oleh syarak, namun perlu mematuhi dawabit tertentu selain menggelakkan unsur-unsur-unsur syibh riba, tipu daya, judi, qabd yang tidak jelas dan gharar dalam operasi spot forex secara individu melalui platform elektronik.
  • Operasi spot forex ini juga didapati tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia
Walaubagaimanapun, semalam satu ketetapan telah dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai Forex.

Hukum Forex : Haram atau Halal?

KOTA BHARU: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing (forex) seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.
“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang membabitkan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”
“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.
Abdul Shukor berkata, banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran wang asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.
“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.
Beliau berkata, keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Katanya, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.
“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati selepas sistem perniagaan skim itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah,” katanya. – BERNAMA
Dahulu secara faktanya antara sebab ekonomi Malaysia pernah jatuh tahun 1997/1998 adalah tindakan kerajaan Malaysia bermain forex antarabangsa yang “duduk dalam sistem kapitalis” sehingga telah memberikan ruang kepada spekulator George Soros untuk sabotaj ekonomi Malaysia.
Bagi kami, ketetapan yang telah diberikan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menunjukkan melahirkan pendirian mereka terhadap satu-satu kemusykilan untuk dijadikan panduan tambahan kepada umat Islam di Malaysia hari ini. Dan tindakan Majlis Fatwa meletakan hukum Forex haramitu dibuat setelah mereka membuat kajian yang mendalam dan kajian itu tak bermakna dilakukan secara tergesa-gesa dan dibuat dalam tempoh sehari dua sahaja
Yang berada dalam Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini pun bukannya sebarangan orang. Kalangan ulama dan yang ada pengetahuan tinggi dalam ilmu agama.
“Adakah kita mahu terus menunggu jawapan yang kita ingini barulah kita akan terima & berpuas hati dengan ketetapan daripada kalangan yang pengetahuan tinggi dalam agama terutamanya melibatkan hukum”
Cuma kalau boleh selepas ini besarlah harapan kami sendiri supayaJawatankuasa Kebangsaan Malaysia jenguklah-jenguklah sistem perbankan di Malaysia hari ini melibatkan beberapa persoalan yang telah membelengu rakyat Malaysia secara umum dan umat Islam di Malaysia amnya.
Kami mahu lihat sendiri apa pendirian Jawatankuasa Kebangsaan Malaysia mengenai soal-soal yang melibatkan Sara 1Malaysia, kadar faedah yang dikenakan pihak bank kepada pelanggannya selama ini, PTPTN caj pelajarnya dikehendaki bayar balik lebih dari jumlah pinjamannya. Dan mungkin kalangan anda sini mahu menambahnya?
Samada kerajaan nak ikut atau tidak itu perkara nombor 2. Yang penting kami mahu melihat sendiri ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu.
P/S : Apa respon anda sebaik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menfatwakan hukum Forex haram?
Sumber:http://beritasemasa.com/pelaburan-forex-haram

Monday 19 March 2012

SOALAN2 LAZIM YANG SENTIASA DITANYA....!!!



Ramai yang menghubungi saya  selepas dapat no telefon di  akhbar,boleh dikatakan hampir tidak tahu langsung mengenai syarikat emas,apa konsepnya, dan bagaimana boleh menjana keuntungan.Tak kurang yang bertanya jika ianya MLM (multilevel marketing) dan perlu cari Downline.Mungkin ianya lama bagi kita,tetapi perkara baru untuk orang lain,jadi kesabaran amatlah perlu kerana mereka memang tidak tahu.Alhamdulillah saya dapat melayani panggilan telefon dan sms dengan baik dengan pesanan di akhir perbualan :

“Dengan sekali panggilan atau sms ini,en/pn tidak mungkin dapat memahami atau mahir ilmu tentang emas ini sedangkan saya mengambil masa yang lama untuk memahaminya.

Baiklah,ini antara jawapan2 kepada persoalan yang ditanya kepada saya :

1.Bisnes apa ni?
GCP adalah sebuah syarikat yang menawarkan kepada kita emas dalam bentuk barang kemas 999,dinar 999 dan gold bar 999.9 dari berat 1 gram (sekitar RM220+) sehinggalah ke 100g.Konsepnya adalah simpanan untuk jangka masa panjang demi mengukuhkan ekonomi kita dan melindungi wang kita dari susut nilai dan kalis inflasi.Ianya ada kaitan dengan wang kertas yang sebenarnya bukan matawang yang bernilai pada hakikatnya.

2.Berapa saya boleh dapat duit bulan-bulan?
Kami tidak menjanjikan kepada anda duit bulan-bulan,pulangan,dividen dan sebagainya.Konsepnya sama macam kedai emas,beli emas dapat emas,dan simpanlah emas tersebut.Bezanya dengan modal yang rendah anda sudah layak menjadi dealer.
Nak duit lebih,ada caranya,anda usaha,anda dapat.Kami sedia membantu tunjukkan caranya.



3.Bagaimana saya untung?
Beli dan simpan pun dah untung,kalau nak lebih keuntungan bolehla sambil menyimpan meniaga emas.Tapi ada syaratnya,kena ada ilmu dulu tentang emas ni,barulah boleh meniaga.Meniaga emas bukan macam meniaga barang lain,ianya amat istimewa dan mempunyai perkaitan dengan rahsia wang kertas,ini yang perlu anda pelajari.Hanya orang yang sabar yang akan melepasi tahap ini.Saya akan membantu menjawab persoalan yang bermain di minda anda jika anda masih tidak faham.
Saya menyediakan platform yang cukup baik untuk anda bermula,antara nak dengan tak nak sahaja.


4.Kena cari downline?MLM ke?
Tidak,ini bukan perniagaan MLM.Dan anda tidak perlu mencari downline.Apa yang perlu anda lakukan ialah berkongsi ilmu tentang simpanan emas dengan orang ramai,mulakan dengan orang yang anda kenali,sama ada rakan-rakan mahupun saudara-mara (ini jika anda berminat untuk menyimpan sambil menjana keuntungan sebagai pengedar).
Keahlian seumur hidup dan hanya sekali sahaja bayar.

5.Apa yang saya dapat dengan bayar RM1K tu?
(Promosi menjadi dealer GCP dengan hanya RM1k adalah sehingga 13/05/2012)
-Layak dapat harga dealer yang jauh lebih murah dari harga pelanggan,inikan pula dengan harga di kedai emas,jauh panggang dari api   :)
-Biz kad dan id
-Kos penghantaran percuma produk-seumur hidup,siap ada jaminan jika hilang/tak sampai kepada anda
-Kos penghantaran percuma kepada pelanggan anda,namun anda bertanggungjawab jika produk hilang/tak sampai
(so far saya menggunakan keistimewaan ini,semuanya selamat sampai)
-Seminar di tempat anda,ditaja oleh GCP,hanya perlu maklumkan tarikh dan carikan tempat,semuanya ditanggung oleh GCP.
-Modal disediakan dalam bentuk stok emas
-Perkhidmatan selepas jualan
-Insentif pengedar (Dealer get Dealer)
-Bonus Pengedar

-Modal untuk membeli emas terpakai…dan banyak lagi..(jadi dealer dulu baru boleh rasa sendiri  :) )

Ini antara soalan-soalan yang ditanya kepada saya,InsyaAllah jika ada,saya akan tambah lagi.

Saya berminat,bagaimana untuk menyertainya?
Promosi Sempena Ulangtahun ke 3 GCP (Gold Crest Pavilion)
Menjadi dealer dengan kos serendah RM1k sahaja.
Tiada syarat belian minima.Sah mulai 13/02/2012 hingga 13/05/2012.
Peluang keemasan bagi yang tak cukup bajet dan terlepas peluang tempoh hari (jadi dealer mulai Jan 2012 adalah RM11k),boleh rebut peluang ini.

Bagaimana ingin mendaftar ?
1) Buka website http://gcp.com.my/
2) Klik register dan masukkan nama dan nombor Id introducer


Id Introducer: NORDIANA BT ABDULLAH
kod agen: AD 2620



3) Isi borang yg disediakan dan ikut arahan hingga akhir.
4) Bank in RM1k  ke akaun Maybank 505103003954 dan email bukti bayaran  sales@gcp.com.my.
Pendaftaran dan tempahan emas  (jika ada) akan diproses oleh pihak GCP dalam tempoh 24jam mengikut masa bayaran dibuat.
Kata nama/kata laluan akan dihantar melalui email dan sms.
5) Sebelum emas dihantar (jika ada buat tempahan), Pihak GCP akan menghubungi pengedar utk memaklumkan bayaran tambahan harga emas yang perlu dibayar.(mengikut harga emas pengedar semasa).
Sekiranya tidak dapat email bukti pembayaran,boleh fax atau mms.
Sebarang kesulitan boleh rujuk dengan saya,hubungi 013-9663542 atau add sy di fb -Nana BW


Apa keistimewaan yang anda dapat ?

FAEDAH MENJADI PENGEDAR

1)Membeli emas dengan harga rendah.
Pengedar sah GCP mempunyai keistimewaan untuk membeli emas dgn harga Pengedar.

HARGA RANTAI TANGAN dan GOLD BAR 999
Tolak 8% daripada harga Pelanggan.

HARGA DINAR GCP 999.9
Tolak RM30.00 daripada harga Pelanggan

BARANG KEMAS 916
Tolak 4% dari harga pelanggan

Pengedar berpuas hati dengan layanan staff GCP

Harga pelanggan sila rujuk web GCP





2)Modal disediakan dalam bentuk stok emas.
GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar yang membuat jualan 500g dan ke atas dalam 1 transaksi/1 pelanggan. Pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh pengedar. Bayaran boleh dibuat oleh pelanggan sewaktu emas tersebut diterima.


3)Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.
GCP menjanjikan pembelian semula Gold bar dan Rantai Tangan emas 999 GCP yang telah dijual kepada pelanggan dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga pelanggan CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (DP) semasa.
Contoh:-
Belian semula daripada pelanggan(CP): RM142.56 – 15% = RM121.17
Belian Semula daripada Pengedar(DP): RM132.00 – 5% = RM125.40

Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.


4)Modal tunai untuk membeli emas terpakai.
Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.


5)Perkhidmatan penghantaran (percuma).
GCP menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pengedar. Cara serahan dengan tangan atau melalui Kurier.Kehilangan barangan sewaktu penghantaran adalah tanggungan sepenuhnya oleh pihak GCP.

Pengakuan pengedar-perkhidmatan yang pantas


Lagi pengedar yang berpuas hati,servis GCP memang cepat dan jimat kos


6)Perkhidmatan selepas jualan.
GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
A)Mencuci emas (percuma)
B)Mencelup emas (kos minima)
C)Menilai harga emas terpakai (percuma)
D)Seminar Emas.
Pengedar digalakkan menganjurkan seminar yg mana kos seminar dan penceramah ditanggung oleh GCP (maksima rm200)


8)Insentif Pengedar (dealer get dealer).
Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
1)Komisyen RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.

2)Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar 999.9 sahaja)

Contoh insentif dealer get dealer:
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00

Contoh insentif pembelian:
Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500.

Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen.

Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.

Insentif bulanan:
Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00


Liputan terkini di akhbar




Sumber:jutawangold.com

Monday 12 March 2012

Jangan bertangguh, simpanlah emas fizikal walau hanya 1gram sebulan

Salam,

Posting masa ini hanya mahu memberi sedikit info berkenaan simpanan emas fizikal sebanyak 1 gram setiap bulan.

.




  • Emas 1 gram mampu milik dan boleh dimiliki bila-bila masa tanpa melibatkan pinjaman wang dari mana-mana pihak.
  • Simpanan boleh dibuat secara tetap dan berkala... 1g goldbar sekarang dalam rm221 sahaja tanpa kos upah... PALING MURAH DI MALAYSIA... sebulan sekeping.. klu sethn dah 12keping.. 10thn dah jadi 120kpg = 120g....wow... banyak 2 !!!!!! SAPA2 PUN BOLEH SIMPAN EMAS
  • Contoh terbaik boleh diikuti ilah seorang guru wanita yang sentiasa membuat simpanan anak-anak dalam tabung haji, setelah mendengar penerangan, beliau terus memperuntukkan budget setiap bulan sebanyak 5 dinar tanpa menghiraukan kenaikan harganya.
  • Bermula Ogos 2010 hingga sekarang Februari 2012 selama 19 bulan stok dinar beliau kini berjumlah 95 dinar dengan nilai =RM74,100.00 dan beliau merupakan pembeli emas saya secara senyap. Alhamdulillah bila saya minta beliau menjualnya kepada PE tiada harapan PE buat buyback. So berjaya sudah PE mendidik beliau sebagai pelabur emas dari hanya minat dan suka-suka
  • Wang simpanan anak-anak juga boleh dipindahkan kepada emas fizikal 1 gram, mengikut unjuran kenaikan harga emas terkini puratanya 40% setahun bermakna simpanan emas anak-anak bakal meningkat dalam lingkungan 400% hingga 1000% menjelang tahun 2020 berbanding nilai mata wang kita yang bakal susut sebanyak 2-5% setahun mengikut kadar inflasi semasa disebabkan inflasi sebenar memang berlaku dan di negara kita subsidi menutup segalanya.
  • Kiraan kasar jika harga emas sekarang RM220 menjejaki tahun 2020 harga emas akan menjadi RM880 (400%) hingga RM2200(1000%).


 sumber:pendita emas

7 “Takut” atau Fobia orang Melayu bila sebut simpanan emas fizikal



Sebelum saya mula eloklah saya terangkan dahulu, bahawa nukilan di bawah ini bukanlah suatu fakta yang anda boleh percaya 100%, tetapi nukilan ini terhasil dari pengalaman pengalaman berbual bual dengan saudara mara, rakan sekerja, rakan sekolah, orang tak dikenali sama ada secara bersemuka, private message, telefon dan sms.

Kenapa saya letak perkataan melayu di atas? Sebabnya saya belum pernah lagi berbual dengan orang bukan Melayu tentang emas.

Antara perkara yang biasa saya dengar bila bercakap pasal simpanan emas fizikal ialah:

1) Takut kena zakat.

Yup, ini duduk "ranking" no. 1. Kebanyakan dari mereka seperti "mengeluh" atau "takut" kena bayar zakat kalau simpan emas. Alhamdulillah, dari satu segi, ini menunjukkan, betapa orang Melayu Islam di sini rata ratanya mengambil berat tentang zakat, dan ini suatu perkara yang harus dipuji. Tetapi dari satu sudut yang lain, janganlah jadikan zakat sebagai penghalang untuk membuat perlaburan atau simpanan emas, bukankah zakat itu suatu ibadah? Ibadah yang menyuburkan harta. Dan rata2 yang ditanya masih tak faham beza antara zakat emas yang dipakai dan emas perlaburan, uruf2 menurut negeri2 di malaysia dan cara mengira zakat emas yang perlu di bayar.
Untuk info zakat emas boleh "klik" di pautan ini http://mygoldtrading.blogspot.com/2012/01/zakat-emas.html


2) Takut kena rompak, tak tahu bagaimana nak simpan atau di mana nak simpan

Ini pun selalu saya dapat feedback.Tak dinafikan, risiko untuk berlaku kecurian, rompakan. kebakaran dan seangkatan dengannya memang ada. Tetapi cuba anda fikirkan semula, barang apa yang tak dicuri orang kalau tak dijaga? Baru baru ini saya telah kehilangan 2 penutup tiub tayar motor, selepas 4 hari motor saya dibiarkan di tempat yang sama di suatu tempat letak motor tempat saya bekerja.

Eh apa kaitan penutup tiub motor tuh dengan emas bro, lu biar betul !!!!!!

Apa yang nak saya terangkan, setiap risiko pasti ada cara mengatasinya atau paling tidak meminimumkan potensi risiko risiko tersebut dari terjadi . Dalam hal menyimpan emas, jika sedikit2 bolehlah diusahakan simpan di suatu tempat rahsia di dalam rumah. Tapi kalau simpanan emas tuh dah sampai berkilo kilo, takkan orang sekaya anda tak mampu nak cari safe deposit, berlambak bank sediakan safe deposit dengan kadar yang wajar kat luar sana tuh. Barang anda, menjadi tanggungjawab anda menjaganya dengan baik.Dan jangan lupa berdoa dan bertawakal pada Allah dalam segala hal yang kita usahakan.

eh jap, apa kaitan tiub moto tadi dengan simpan emas. Kaitannya, saya sudah tahu risiko parking di situ, tetapi saya boleh minimumkan risiko risiko kerosakan atau kehilangan dengan mencari kawasan kawasan yang terang, dekat dengan pintu pagar keluar masuk pekerja, memasang "extra" lock pada roda dan seangkatan dengannya.

3) Takut rugi yakni rasa mahal masa nak beli,  rasa rugi bila jual semula

Ini selalu dibimbangi bagi mereka yang terbiasa dengan skim cepat kaya, dapat dividen bulan2, atau memang tak tahu langsung pasal investment. Golongan ini tak berapa faham konsep tempoh minimum untuk dapat keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual. Saya tak salahkan mereka, sebab saya sendiri pun berfikiran macam ini, sebelum saya dicelikkan dengan izin Allah melalui pembacaan, tontonan video dan perbincangan forum mengenai realiti wang yang sebenar.
Bila kita tahu penipuan wang kertas yang sudah lama bertapak dan sudah makin hampir ke penghujung hayatnya, anda akan tahu, betapa bernilainya emas.

Apa yang saya dapati, kebanyakan dari mereka ini juga hanya tahu, emas hanya sebagai perhiasan wanita dan hanya boleh di beli di kedai kedai emas sahaja.

Dan bila hanya tahu kedai emas sahaja boleh emas, bila nak jual semula pun di kedai emas sahaja, di mana, harga emas terpakai adalah 15 hingga 25% lebih rendah dari harga pasaran semasa. Begitu juga harga jualan di kedai emas yang rata rata lebih tinggi premium dan kos upahnya. Sebab itu ilmu penting sebelum memulakan sesuatu perlaburan, dan salah satu nak dapatkan ilmu kenalah membaca, bertanya dan berbincang dengan orang yang anda rasa boleh dipercayai.

4) Takut kena tipu emas palsu atau kurang ketulenannya.

Ada jugak yang risau ditipu. Nasihat saya, belilah dari orang yang anda percaya, dan jangan terburu buru mencari harga yang murah dikhuatiri ada penipuan boleh berlaku. Anda boleh rujuk senarai pengedar pengedar yang sah sebelum anda berurusan dengan seseorang.

5) Takut bila emergency, susah nak "cairkan" pada wang kertas.

Jangan bimbang, selagi emas di tangan anda, anda sebenarnya memliki "ibu duit". Dengan kemudahan pajakan "Arrahnu", di bank rakyat, agro bank, koperasi koperasi dan institusi yang menjalankan operasinya secara sah, anda boleh dapatkan wang dengan segera dan berpeluang menebus kembali emas anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.

6) Takut susah nak bahagi2 pada anak2 bila kita dah mati nanti

Ini mungkin jarang anda dengar tapi memang ada berlaku di kalangan orang yang saya kenali.
Ibunya telah meninggal dunia dan meninggalkan ± 40 gram barang kemas dan menjadi kesulitan untuk dua orang anak lelakinya membahagikan harta tersebut secara adil.

Saya bagi 3 solusi pada mereka:
1) Jual pada peraih emas, dapat duit bahagi samarata

                  ATAU
2) Salah seorang beli emas tersebut pada harga emas terpakai dengan kiraan berat separuh dari jumlah  gram keseluruhannya(tapi cadangan ini sukar nak dibuat sebab ketulinan barang kemas berbaza dalam kes ini)

                  ATAU
3) Salah seorang Pajak di Arrahnu, ambil duit tersebut dan bayar duit pada seorang lagi dengan harga nilaiaan separuh dari nilai marhun emas yang dipajak tersebut kemudiaan tebus semula emas dalam jangkamasa yang ditetapkan.

Kawan saya memilih pilihan no 1 kerana beliau tidak beani mengambil risiko berhutang dan cara 1 adalah paling mudah.

Bagaimanapun,di sebalik cerita di atas,saya ingin menggambarkan betapa beruntung kawan saya dan abangnya kerana ibunya meninggalkan emas untuk mereka. Kerana 30-40 tahun dahulu, seandainya arwah ibunya menyimpan sbg contoh rm 1000,  apakah nilai kertas rm 1000 bertambah? rm 1000 tetap rm 1000 tetapi nilai atau kuasa beli nya semakin berkurangan. Berbeza dengan emas fizikal, harganya meningkat saban tahun, menjadikannya pelindung inflasi harta kekayaan kita. Jadi lebih baik simpan emas, jika memang anda berhajat untuk mewariskan harta pada anak anak anda nanti.

7) Takut bini nak pakai emas tersebut walhal kita beli untuk buat investment je(bg kes barang perhiasan la)

Ok, saya pun tak tahu bagaimana nak bagi nasihat. Pada saya, kalau saya di tempat suami tersebut, saya akan bagi penerangan awal2,

dengan buat2 muka comel dan suara manja2 gitu.
Suami mithali,"ayang, yang rantai ni abg hadiahkan utk ayang, ni ayang punya tau...yang rantai tangan tu abang punya tau, itu"investment" abang, tapi kalau ayang nak pakai jugak pakailah, abang tak kisah, janji ayang jaga elok2 ye"...

dan mungkin anda akan dapat jawapan ni

Isteri mithali , "Ya Allah abang, susah2 aje abang nie, tapi abang dah offer tak baik tolakkan hihihi"

ataupun

Isteri cemburu buta," Investment? investment ape kebendanyer abang ? Invest nak kawin lagi satu ????!!!"


Haha.Sekian sahaja nukilan saya pada malam ini. Seperti yang saya ungkapkan di awal karangan ini, ini bukanlah 100% benar, tetapi hanyalah berdasarkan pengalaman pengalaman saya daripada perbualan perbualan dengan orang orang yang sudi berbual dengan saya tentang emas dan simpanan emas.Akhir kata apa yang baik ambillah pelajaran darinya dan yang kurang baik itu dijadikan sempadan.  Jom jadikan sebagai simpanan alternatif anda, 1 bulan 1 gram insyaAllah =).

p/s: layan jugak lagu "Penakut" by Yuna





IKLAN:


KINI,SEMUA ORANG BOLEH MEMILIKI EMAS.
NOW EVERYONE CAN AFFORD TO OWN GOLD

Memperkenalkan 1 Gram GCP Goldbar 999.9 (24k)

Murah untuk dimiliki, mudah juga untuk disimpan.

Sangat sesuai dijadikan hobi menyimpan bulanan sebagai ganti simpanan wang kertas yang susut nilainya saban tahun.

Boleh dijadikan hadiah dan maskahwin.

Jaminan belian semula oleh syarikat GCP.

Kini tiada alasan lagi untuk tidak memiliki emas.

Miliki 1 gram emas anda hari ini


HUBUNGI 0139663542 DAN DAPATKAN 1g GOLDBAR ANDA SEKARANG.. HARGA KAMI PALING MURAH DI MALAYSIA...

Ditulis oleh :
MOHD YUSRI BIN MOHAMAD YUSOFF

Monday 5 March 2012

HIBAH ATAU MUS"HIBAH...????

KENAPA MASIH TAK RETI????


Agak kasar tajuknya, tapi itulah realiti. Apabila di"sogok"kan dengan pulangan yang tinggi setiap bulan, orang mudah lupa dengan hakikat sebenar pemilikan emas. When it is too good to be true, it is too good to be true!!

Melainkan sekiranya anda adalah seorang peniaga, emas/perak tidak mungkin memberi anda positive cash flow setiap bulan (Ar Rahnu??? Jangan bawa diskusi itu ke sini!). Ia seperti anda membeli beras dari kedai runcit, dan kemudian setiap bulan, pekedai tersebut memberi anda duit. Logik? Tidak sama sekali. Emas, beras, gula, ini semua adalah komoditi. Dengan menyimpannya saja, tidak mungkin memberikan anda pulangan tetap setiap bulan.

Tetapi bagaimana syarikat-syarikat ini beria-ia mempromosi skim mereka dan berjaya membuktikan bahawa semua pelanggan-pelanggan mereka tidak pernah missed pulangan bulanan yang dijanjikan? Ditambahkan lagi dengan gambar bekas pemimpin negara yang merasmikan majlis mereka (ini adalah strategi biasa syarikat-syarikat seperti ini), dan lebih-lebih lagi dimomokkan dengan perakuan sijil halal dan kelulusan syariah, semuanya nampak sangat meyakinkan.

TAPI TUNGGU DULU!!!

Anda perlu tahu perkara di bawah sebelum membeli emas:
1) Harga emas dunia;
2) Spread (Jurang perbezaan harga jual dan harga beli).
Perkara lain yang perlu anda ketahui juga:
1) Saiz;
2) Jenis;
3) Kualiti pengeluaran;
4) Reputasi pengeluar/pengedar.

A) Harga Emas Dunia dan Premium
Mari kita lihat mengapa penting mengetahui harga emas dunia. Harga emas ada 2 jenis (Spot dan Future). Spot price adalah apa yang diistilahkan sebagai harga lani dan ianya adalah berdasarkan daripada permintaan dan penghantaran secara terus.

Harga Future pula merujuk kepada harga jual dan beli untuk penghantaran akan datang. Anda boleh lihat spot price dunia yang sedang didagangkan di sini http://www.kitco.com/charts/livegold.html di dalam USD/oz (auns).

Untuk menukar kepada RM/g (Metric), anda perlu mengetahui penukaran OZ ke GRAM dan USD ke RM.

1oz (satu troy aun) bersamaan 31.1035 GRAM, manakala USD ke RM boleh dirujuk dari mana2 laman sesawang bank tempatan dan Bank Negara. Saya serahkan kepada anda untuk membuat pengiraan ini (Calculus 101). Lepas dah buat kira2 tu, boleh tengok jawapannya di laman web GCP (www.goldcrestpavilion.net/gcp).  Pssttt, semuanya percuma!!!!!
Emas 999 Kami Jual Kami Beli
Dinar 999.9 RM: 803/pc RM: 682/pc
Rantai Tangan(P) 10g RM: 192.40/g RM: 163.54/g
Rantai Tangan(P) 20g RM: 192.40/g RM: 163.54/g
Rantai Tangan(P) 30g RM: 192.40/g RM: 163.54/g
Rantai Tangan(P) 50g RM: 189.86/g RM: 161.38/g
Rantai Tangan(P) 100g RM: 189.86/g RM: 161.38/g
Rantai Tangan(G) 30g RM: 192.40/g RM: 163.54/g
Rantai Tangan(G) 50g RM: 189.86/g RM: 161.38/g
Rantai Tangan(G) 100g RM: 189.86/g RM: 161.38/g
Rantai Tangan(BP) 30g RM: 192.40/g RM: 163.54/g
Rantai Tangan(BP) 50g RM: 189.86/g RM: 161.38/g
Rantai Tangan(BP) 100g RM: 189.86/g RM: 161.38/g
Rantai Leher 20g RM: 192.40/g RM: 163.54/g
Rantai Leher 30g RM: 192.40/g RM: 163.54/g
Rantai Leher 50g RM: 189.86/g RM: 161.38/g
Rantai Leher 100g RM: 189.86/g RM: 161.38/g
Emas 999 Kami Jual Kami Beli
GoldBar GCP 1g RM: 220/pc RM: 161/pc
GoldBar GCP 10g RM: 1910/pc RM: 1620/pc
GoldBar GCP 20g RM: 3820/pc RM: 3240/pc
GoldBar GCP 50g RM: 9400/pc RM: 8000/pc
GoldBar GCP 100g RM: 18800/pc RM: 16000/pc
Kemaskini pada : 05 Mar 2012 - 17:35:48

Suka diingatkan bahawa harga Spot/Futures bergerak setiap SAAT (atau lebih cepat "Tick"). Harga Spot di GCP pula di update 2Xsehari. Jadi harga emas ini sebenarnya bergerak secara aktif!
Mengapa perlu tahu harga emas dunia? Kerana kita kena keluar dari tempurung Malaysia dari hanya tahu harga emas tu ialah harga emas di kedai emas saja (www.fgjam.org.my). Supaya nanti bila orang nak kelentong, anda lebih bersedia dan tahu apa yang disembangkan.

Kebanyakan syarikat-syarikat yang menawarkan mus"hibah" (baca "musibah") ni akan menjual pada harga yang 15% - 20% lebih tinggi dari harga Spot.

Saya ambil contoh Syarikat "G" hari ini menjual pada harga RM 221/g sedangkan harga Spot ketika ini ialah pada kadar RM 173.90. Perbezaan harga ialah RM 47 atau 27% lebih tinggi!!

Bandingkan pula harga kami di GCP (www.goldcrestpavilion.net/gcp )Perbezaan antara harga Spot dan harga Jualan di panggil PREMIUM. Sebagai contoh di bawah:
Syarikat A menjual 17% lebih tinggi berbanding Syarikat B yang menjual 1.2% dari Harga Spot. Secara lumrahnya, kita semua akan memilih syarikat B kerana lebih murah. Yang peliknya, kenapa ada sesetengah individu yang membeli dari Syarikat A? Adakah mereka suka di "ripped-off".

Secara umumnya, emas dinilai berdasarkan ketulenan dan berat. Sekiranya syarikat A menjual emas yang mempunyai berat dan ketulenan yang sama dengan syarikat B, tetapi pada harga yang jauh lebih tinggi, mengapa pilih Syarikat A? Tidak lain dan tidak bukan, sebab ada mus"hibah" la!!!

Dalam senario di atas, adakah dengan pulangan setiap bulan memberikan advantage kepada pelanggan? Mari kita lihat di bawah ini pula:
Bayaran mus"hibah" (baca "musibah") ini biasanya berlaku dalam masa 6 bulan bermakna 12% pulangan. Walaupun setelah ditolak dengan premium yang tinggi yang dikenakan ke atas pelanggan, harga emas yang dibeli masih lagi 5.7% lagi tinggi dari harga SPOT.

Realiti sebenar ialah mus"hibah" (baca "musibah") yang kononnya dibayar setiap bulan itu sebenarnya adalah wang pelanggan itu sendiri. Bayangkan harga pasaran sebuah iPhone 4 sekitar RM 1,800. Satu hari, seorang penjual telefon menawarkan iPhone 4 kepada anda pada harga RM 2,500 dan menawarkan anda pulangan yang menarik setiap bulan dinamakan "hibah" iaitu RM 50 sebulan selama 6 bulan. Tidakkah anda fikir mus"hibah" yang dijanjikan itu sebenarnya adalah wang anda sendiri????

Justeru, soalan yang kita perlu tanya pada orang yang tertarik pada skim-skim sebegini ialah, "HIBAH ATAU MUSIBAH"?

SO ANDA BUAT KEPUTUSAN... MAHU HIBAH ATAU MUS"HIBAH...????

sumber:  nubex

Sunday 4 March 2012

Apakah pilihan anda...GOLDBAR,DINAR ATAU BARANG KEMAS KAH????

Assalamualaikum....
Sejak semakin ramai yang celik emas,semakin ramai orang yang mula menyimpan emas secara konsisten.Maka saya jugak menerima banyak juga soalan-soalan tentang emas ini.Antaranya saya dapati,ramai yang tak tahu membuat pilihan.

Nak simpan apa?

Gold bar kah?Dinar kah?barang kemaskah.

Maka soal saya kembali.Tujuannya apa?

GOLDBAR
Kalau simpanan emas itu untuk menggantikan simpanan wang kertas,ini dikira sebagai simpanan jangka masa panjang,maka gold bar lah yang paling sesuai.Jika bajet kecil,boleh mulakan dengan dinar atau 1g goldbar.Selain harga yang lebih murah dari kedai emas dan tiada kos upah. Gold bar GCP adalah emas 999 dan 999.9 di mana ketulenannnya adalah 24k atau dipanggil emas sepuluh.Selain 1g goldbar, terdapat juga 10g,20g,50g dan 100g..

DINAR
 Dinar pula sebenarnya untuk tujuan muamalat,contohnya dinar Kelantan,maka tujuan membelinya haruslah dengan niat untuk bermuamalat,tapi tak semestinya anda belanjakan sekarang.Mungkin anda boleh simpan dahulu untuk dibelanjakan kemudian hari.Begitu juga dirham,ia juga untuk muamalat.Ia diperbuat daripada silver 999.9.Ramai juga yang membeli untuk tujuan pelaburan,sedikit kesilapan di sini.Niatkanlah untuk muamalat dan membayar zakat,atau lain-lain yang bersesuaian.Anda boleh rujuk di sebelah kanan blog ini, 
http://jutawangcp.blogspot.com/2012/02/tukar-simpanan-wang-kertas-ke-emas.html
Dinar GCP merupakan emas 999.9... dan amat sesuai untuk dijadikan sebagai simpanan.

Barang Kemas?
Barang kemas bukanlah simpanan emas yang terbaik,kerana  mengalami susut nilai yang tinggi.Kecuali anda menyimpan/memakainya lebih lama.Untuk mengelakkan anda rugi,elakkan :
1.trade ini
2.jual barang kemas kerana ia akan dibeli dengan harga emas terpakai

Juallah bila hanya terdesak,dan simpanlah walaupun barang kemas tersebut telah rosak kerana ia tetap emas dan boleh diwariskan kepada anak-anak anda.Sebagai contoh,baru-baru ini, gelang saya patah namun saya tetap menyimpan nya kerana saya tahu emas tetap bernilai dan harga semakin meningkat..Sebaliknya saya berhajat untuk menambah koleksi gelang yang ada.Dengan cara ini,simpanan emas bertambah.
Pilihan lain untuk yang ingin bergaya sambil menyimpan emas,adalah produk rantai tangan dan rantai leher emas 999.9 dan emas 916 di mana spreadnya hanyalah 15% sahaja.
Jika anda tetap ingin menjual barang kemas anda,sila rujuk harga emas terpakai di sini : http://gcp.com.my/
dan bandingkan dengan harga kedai emas di mana anda ingin jual emas terpakai tersebut.Kalau nak trade in pun,saya galakkan anda jual dahulu.Untuk menjual emas terpakai,anda boleh hubungi saya di talian 013-9663542

Contoh harga terkini untuk emas terpakai ialah :
EMAS
HARGA
999.9 RM: 171.83
999 RM: 168.39
916 RM: 152.92
835 RM: 135.74
750 RM: 118.56
585 RM: 84.19
375 RM: 42.96
Kemaskini Pada :15 Sep 2011 – 17:55:18

sumber:jutawangold.com

Saturday 3 March 2012

Cara membuat belian / pesanan emas, dinar, bar, jongkong [ lock ] GCP

 AGEN RASMI GCP


Terkini di web ini. atau laman rasmi syarikat
 GCP KAMI JUAL www.goldcrestpavilion

1-Sila semak harga we sell dan

kemudian SMS nama penuh, no IC, alamat Email & Item yang mahu dibeli ke 013-9663542


2- Saya akan respon dan lock/akad item yang anda mahu berdasarkan harga semasa GCP (diskaun) dan saya akan email kan Purchase Order / Sales Order kepada anda.


3- Buat bayaran dan collect item anda.Pilihan ditangan anda antara melalui kurier atau by hand dari saya mengikut kesesuaian anda.

*Sebarang Masalah sila sms  ke 013-9663542 @ http://www.facebook.com/pages/Goldbardinarbarang-kemas-9999-barang-kemas-916 sila like yer

apa yang kami tawarkan di sini BUKANlLAH KEUNTUNGAN SEGERA untuk dikaut setiap bulan..bukan juga dividen berkepuk-kepuk setiap bulan..seperti yang banyak ditawarkan oleh syarikat2 lain di luar sana..

TAPI HARGA YANG LEBIH MURAH DARI HARGA KEDAI DAN SEMESTINYA TIADA KOS UPAH....

konsep kami sangat mudah..tapi perlukan usaha dan konsistensi..bak kata pengasas GCP..”kalau mau jadi KAYA SEGERA, bukan di sini tempatnya”..kami setuju dengan pandangan beliau..ANDA BUAT, ANDA DAPAT..kerana tiada jalan singkat untuk mencapai sesuatu..semuanya perlukan USAHA dan PENYERAHAN TOTAL kepada yg memberi rezki, iaitu ALLAH swt..



apakah konsep yang kami terapkan di sini?

1. BELI emas

2. SIMPAN emas

3. sekiranya ingin pendapatan LEBIH, JUAL emas

4. ajak orang lain untuk mengenali emas & manfaat simpanan emas

semudah itu saja..tapi dimanakah keuntungannya??

1. dengan membeli emas daripada kami (dealer sah GCP), anda akan mendapat HARGA yang JAUH LEBIH MURAH daripda yang dijual di tempat lain..

2.dengan HARGA MURAH ini, anda mempunyai pilihan lebih murah dan jimat untuk memulakan/menambah simpanan emas anda..berbanding jika anda beli emas di tempat2 lain..

3. dengan HARGA MURAH itu juga, anda boleh BERNIAGA EMAS..caranya mudah..anda boleh jadikan harga yang ditawarkan GCP sebagai harga modal anda, dan menjualnya pada harga lain yg lebih rendah daripada harga di kedai emas (sudah tentu ramai yg tertarik memandangkan beza harga GCP dan kedai emas sangatlah tinggi ^_^)

4. sekiranya anda tidak tahu cara berniaga (kami akan ajar cara marketing untuk perniagaan secara percuma kepada dealer di bawah rangkaian kami) dan hanya berminat untuk SIMPAN emas pun sudah cukup

MENGUNTUNGKAN..kenapa? kerana..

~ emas adalah logam yg sangat berharga
~ emas diiktiraf di seluruh dunia
~ siapapun tau bernilainya emas
~ emas TIADA TARIKH LUPUT
~ menyimpannya dalam jangka masa waktu yg lama sangat menguntungkan

5. untuk mendapatkan lebih keUNTUNGan dengan perkhidmatan yang GCP sediakan, anda juga boleh menyertai kami sebagai DEALER..bagaimanakah cara-cara dan apakah kelebihannya?
anda boleh klik ‘INFO GCP’ pada bahagian menu di atas untuk maklumat lanjut..=)

6. menjadi pelanggan di SINI bukan sahaja menjanjikan KEUNTUNGAN DUNIA..malah, KEUNTUNGAN AKHIRAT juga..kerana setiap pembelian akan diinfaqkan oleh pihak GCP ke badan2 kebajikan, rumah anak2 yatim, pusat2 tahfiz dan jalan2 kebajikan yg lain..

7. Selain daripada itu, pahala jariah juga akan terus mengalir daripada pembayaran yuran pendaftaran dealer di mana 30% akan disalurkan untuk menyiapkan Masjid Ansori di Kelantan..Alhamdulillah..