">

Friday 14 December 2012

Mengapa Anda Harus Menjadi Pengedar GCP


Mengapa Anda Harus Menjadi Pengedar GCP

Ramai yang tanya saya apa yang mereka akan dapat dengan menyertai GCP sebagai pengedar emas.Sebelum itu kena faham dulu untuk apa jadi pengedar emas?Meniaga macam jual penapis air ke?Tunjuk emas dan suruh orang beli?Jika itu tanggapan anda,teruskan membaca supaya anda lebih faham.Di bawah adalah petikan dari artikel sebelum ini,saya ulang kerana sehingga sekarang saya masih menerima soalan yang sama.Mungkin kena guna kaedah pengulangan sehinggalah sebati dalam ingatan semua :)

1.Bisnes apa ni?

GCP adalah sebuah syarikat yang menawarkan kepada kita emas dalam bentuk barang kemas 999,dinar 999 dan gold bar 999.9 dari berat 1 gram (sekitar RM200+) sehinggalah ke 100g.Konsepnya adalah simpanan untuk jangka masa panjang demi mengukuhkan ekonomi kita dan melindungi wang kita dari susut nilai dan kalis inflasi.Ianya ada kaitan dengan wang kertas yang sebenarnya bukan matawang yang bernilai pada hakikatnya.

2.Berapa saya boleh dapat duit bulan-bulan?

Kami tidak menjanjikan kepada anda duit bulan-bulan,pulangan,dividen dan sebagainya.Konsepnya sama macam kedai emas,beli emas dapat emas,dan simpanlah emas tersebut.Bezanya dengan modal yang rendah anda sudah layak menjadi dealer. Nak duit lebih,ada caranya,anda usaha,anda dapat.Kami sedia membantu tunjukkan caranya.

3.Bagaimana saya untung?

Beli dan simpan pun dah untung,kalau nak lebih keuntungan bolehla sambil menyimpan meniaga emas.Tapi ada syaratnya,kena ada ilmu dulu tentang emas ni,barulah boleh meniaga.Meniaga emas bukan macam meniaga barang lain,ianya amat istimewa dan mempunyai perkaitan dengan rahsia wang kertas,ini yang perlu anda pelajari.Hanya orang yang sabar yang akan melepasi tahap ini.Saya akan membantu menjawab persoalan yang bermain di minda anda jika anda masih tidak faham. Saya menyediakan platform yang cukup baik untuk anda bermula,antara nak dengan tak nak sahaja.

4.Kena cari downline?MLM ke?


Tidak,ini bukan perniagaan MLM.Dan anda tidak perlu mencari downline.Apa yang perlu anda lakukan ialah berkongsi ilmu tentang simpanan emas dengan orang ramai,mulakan dengan orang yang anda kenali,sama ada rakan-rakan mahupun saudara-mara (ini jika anda berminat untuk menyimpan sambil menjana keuntungan sebagai pengedar). Keahlian seumur hidup dan hanya sekali sahaja bayar.



Menjadi dealer dengan modal serendah RM1k sahaja. Tiada syarat belian. Apa yang anda dapat dengan bayaran RM1k? Teruskan membaca!

13 Sebab Mengapa Anda Harus Menjadi Pengedar GCP

1. Dapat title pengedar emas

Dengan bayaran RM1k ,anda sudah layak bergelar pengedar emas @ dealer emas @ tokey emas :)
Kalau dulu,bukan senang nak jadi tokey emas ni,tapi sekarang zaman dah berubah,ramai yang mampu menjadi tokey emas @ pengedar emas mobil.Tak perlu keluar modal berjuta untuk buka kedai emas,bayar RM1k sahaja. Tidakkah anda teringin merebut peluang ini?
Saham Akhirat
30% dari RM1k (kos jadi dealer) ini disalurkan kepada pembinaan masjid,pusat tahfiz dan badan kebajikan yang lain. Terkini GCP mampu memberi sumbangan untuk menyiapkan masjid di Maahad Tahfiz Lil Tahfizil Quran,Kuala Krai ,Kelantan. Semoga pahalanya sampai kepada semua dealer GCP sebab ini adalah hasil daripada sokongan para dealer.



2. Harga pengedar jauh lebih murah

Cuba anda lihat harga pengedar di bawah,memang sangat murah. Namun ada juga yang tertanya-tanya kenapa harga gold bar 1 gram mahal? Jawapannya kerana kos mencetak yang mahal dan biasanya memang sesuatu barang itu akan lebih murah jika kita beli yang lebih besar,sebagai contoh,lihat harga untuk 10g bar,RM1760= RM176/gram. Jangan terkejut jika melihat harga untuk gold bar 100g, kerana ianya cuma 170/gram.Harga kedai emas sekarang RM200/gram.


Ini adalah contoh  harga untuk emas 916  pada bulan 3:
Emas 916

Kami Jual Kami Beli
Rantai Tangan Melur
(RM/g)
5g RM 162.50 RM 143.00
10g RM 160.00 RM 140.80
20g RM 160.00 RM 140.80
30g RM 159.00 RM 139.92
40g RM 158.20 RM 139.22
50g RM 156.50 RM 137.72
100g RM 156.20 RM 137.46


Catatan :Harga kedai emas yang ikut harga FGJAM ialah RM190 tidak termasuk UPAH.


GCP juga menjual barang kemas 999 (RT=rantai tangan , RL= rantai leher).Ada 4 paten barang kemas 916 dan 999 iaitu pasir padu,gajah padu,bunga pasir dan melur.
Harga pengedar sangat murah,ada yang mencecah perbezaan sebanyak RM30/gram.Bayangkan jika anda beli di luar,emas seberat 100g,anda telah jimat hampir RM3000 jika beli dengan GCP.


Mengapa bayar lebih?
Tempahan boleh dibuat 24 jam,7 hari seminggu  :)


3.Anda dapat kuasa membeli yang lebih dengan emas.

Jika anda menyimpan wang kertas,lama-kelamaan ianya susut nilai dan dimamah inflasi.Mudah sahaja untuk memahami inflasi,lihatlah harga barang di sekeliling kita sekarang,bukankah anda perlu menambah wang dari semasa ke semasa untuk benda yang sama?Inilah yang dikatakan sebagai inflasi.
Berbanding jika anda simpan emas,harganya untuk jangka masa panjang semakin naik,maka kuasa membeli akan semakin meningkat.

Wang kertas semakin susut nilai
Kelebihan anda sebagai pengedar,anda boleh sampaikan info ini kepada orang lain dan memudahkan urusan mereka untuk mendapat stok emas dari anda.Anda sendiri mendapat kemudahan untuk menambah stok simpanan anda secara konsisten.



4.Kos penghantaran PERCUMA dari GCP seumur hidup

Bayangkan anda order emas hari ini,esok sampai. :)
Tak perlu keluarkan duit minyak,dan kos-kos lain untuk ambil stok di cawangan.Jimat bukan?
Masa dan tenaga juga jimat dan bolehla digunakan untuk membuat perkara lain.
Syarikat memberi jaminan jika berlaku kehilangan.Setakat ini belum pernah berlaku.


5. Kos penghantaran PERCUMA kepada pelanggan anda.

Anda mempunyai kelebihan untuk mendapat keistimewaan ini.Anda mendapat pelanggan,dan mereka jauh dari anda,maka bolehla membuat tempahan dengan GCP,buat bayaran dan tempahan akan dihantar kepada pelanggan.Segalanya hanya di hujung jari.
Dalam masa yang sama,anda telah pun menjana keuntungan secara tak langsung.Masih tak faham?Jangan risau,kami akan membimbing pengedar baru untuk mengetahui cara mendapatkan keuntungan dalam private group



6. Produk Terkini

Dari semasa ke semasa GCP sentiasa memberi kejutan dengan mengeluarkan produk terkini mengikut keperluan dan trend terkini.Contohnya di bawah ini,produk 1 gram gold bar yang merupakan antara hot item dan terkini 5 gram RT emas 916 paten melur yang comel :)








Akan datang GCP akan mengeluarkan produk silver pula,jika tiada aral,dalam tahun ini juga atau selewatnya awal tahun hadapan.Pasti ianya berita gembira bagi peminat silver.



7. Perkhidmatan selepas jualan.

GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
A)Mencuci emas (percuma)
B)Mencelup emas (kos minima)
C)Menilai harga emas terpakai (percuma)


8.Menyediakan modal dalam bentuk :

- Modal disediakan dalam bentuk stok emas.
GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar yang membuat jualan 500g dan ke atas dalam 1 transaksi/1 pelanggan. Pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh pengedar. Bayaran boleh dibuat oleh pelanggan sewaktu emas tersebut diterima.

- Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.

GCP menjanjikan pembelian semula Gold bar dan Rantai Tangan emas 999 GCP yang telah dijual kepada pelanggan dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga pelanggan CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (DP) semasa.

-Modal tunai untuk membeli emas terpakai.
Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.


9.Insentif Pengedar
Dealer get dealer
Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
1)Ganjaran RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
2)Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar 999.9 sahaja)
Contoh insentif dealer get dealer:
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00

Contoh insentif pembelian:

Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500.
Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen.
Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.
 
Insentif bulanan:

Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00

10.  Seminar /Coaching PERCUMA + Bantuan Pemasaran di Akhbar dan Majalah


GCP menyediakan insentif kepada dealer yang hendak mengadakan seminar,segala kos ditanggung oleh GCP.Anda hanya perlu maklumkan tempat,tarikh dan uruskan peserta,selebihnya akan diuruskan oleh GCP.CEO GCP sendiri akan memberi talk dan penganjur mendapat peluang untuk dikenali oleh para peserta.


Peruntukan juga diberi untuk banner.Anda boleh pasang lebih awal untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai seminar yang dianjurkan.

Personal coaching diberikan sendiri oleh CEO GCP di ofis GCP di Nilai pada setiap hari Rabu bermula 8pm-10pm kepada pengedar GCP yang sah.Anda akan diajar dengan ilmu tentang emas dan pemasaran dari orang yang telah terbukti berjaya.

Bantuan pemasaran di akhbar dan majalah adalah dijalankan sejak konsisten dan GCP sehingga kini telah memperuntukkan ratusan ribu untuk tujuan pemasaran untuk memastikan nama GCP semakin dikenali dan pengedar pun dapat tumpang tuah di atas kemasyuran GCP yang makin mantap sekarang ini.


11. Kebebasan Kewangan

Dengan menjadi pengedar emas,anda memainkan peranan untuk menyampaikan info kepada orang ramai mengenai sebab dan kepentingan emas agar mereka celik tentang emas.Dalam masa yang sama,sudah tentu anda juga membuat simpanan emas secara konsisten.Ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita dalam berbelanja .



Pengalaman sendiri,saya semakin berjimat cermat dalam perbelanjaan,kewangan saya bertambah baik dan saya bebas dari membuat hutang selepas menyimpan emas.
Sebenarnya ada banyak yang harus anda gali sebagai dealer emas ini,dan tidak semua dapat dijelaskan di sini.


12.  Group@FB

–GROUP ANJUNG EMAS 
group ini terbuka kepada semua penyimpan dan pengedar emas.Membincangkan pelbagai topik berkaitan dengan emas,simpanan emas,analisis harga emas,pendedahan skim pelaburan emas dan macam-macam lagi.Saya biasanya akan meminta mereka yang baru mengenali emas menyertai saya dan rakan-rakan saya yang lain di situ kerana ada banyak info.




-Bimbingan terus dari CEO

Sebaik sahaja anda menjadi pengedar GCP,anda layak menyertai Group Pengedar  GCP Seluruh Malaysia di mana dapat berinteraksi dengan rakan pengedar di seluruh negara.Anda juga boleh mendapat info dari pihak syarikat termasuk CEO sendiri,en Shamsul Anuar Md Ali yang sentiasa juga berkongsi ilmu-ilmu pemasaran dan menyediakan marketing tools free untuk para pengedarnya.Banyak faedahnya menyertai group ini kerana segalanya menjadi mudah.


13. Kaya dan berjaya
Dengan menjadi pengedar emas,anda sebenarnya membantu :
1.Diri sendiri untuk kaya dan berjaya dunia dan akhirat
Apabila anda menyimpan emas,anda layak membayar zakat apabila emas anda cukup haul dan nisab,juga zakat perniagaan hasil keuntungan.Bukankah ianya satu sumbangan yang bagus dalam meningkatkan ekonomi umat Islam?
2.Orang lain untuk kaya dan berjaya dunia dan akhirat




Apabila anda mengajak orang lain menyimpan emas,sebenarnya anda membantu mereka dari terus menyimpan wang kertas yang susut nilai itu,sebaliknya menyimpan logam berharga yang menguntungkan untuk jangka masa panjang.Lebih ramai yang menyimpan,lebih bagus kerana lebih ramai yang akan membayar zakat dan menjadi kaya dan berjaya melalui simpanan emas ini.

Lihat sahaja iklan-iklan produk bank,kenapa tidak kita sebagai pengedar mengambil peluang untuk memperkenalkan simpanan emas,kerana jika anda kaji sejarah wang,emas adalah wang yang sebenar.Bukankah prospek simpanan emas sangat luas?

Kesimpulannya,jangan tunggu lama-lama untuk membuat pilihan yang terbaik.Seperti yang pernah saya katakan,tersalah jadi dealer emas tidak apa,jangan tersalah join skim cepat miskin,MLM atau skim piramid.Dan jangan harapkan dapat duit bulan-bulan tanpa berusaha.Anda buat,anda dapat.
Mari sertai saya sekarang.Anda pasti tak menyesal.

Hubungi hotline :013-9663542atau add sy di fb :Nana BW  untuk keterangan lanjut.

Sunday 2 December 2012

APO KONO EHHHH..!!!!!

CELOTEH 1


Semua orang suka wang. Tidak kira bangsa dan agama. Ini adalah kerana sejak kecil lagi kita telah menggunakan duit kertas. Sejak kecil lagi kita dididik belajar rajin-rajin supaya korang senang dan kaya. Nanti korang banyak DUIT senang hidup.
Dah berpuluh tahun kita menggunakan bank untuk simpan duit kertas kita. Dah berpuluh tahun kita simpan duit kertas kita dalam peti besi dalam almari. Yerlah hasil titik peluh kita sendiri (camana dapat tu orang tidak perlu tahu) mestilah kita simpan. Tahniah

Berbuih mulut pemimpin seperti Tun Dr Mahathir bercakap tentang Emas. SimpanLah Emas! SimpanLah Emas! Tun Mahathir bukan suruh tukar semua duit kertas kepada emas. Tun hanya menyarankan supaya kita simpan emas. So memang lah duit kertas perlu untuk menjalani kehidupan harian tetapi Tun menyarankan supaya duit kertas ‘yang tidak perlu’ patut ditukar dan disimpan dalam bentuk emas. Tapi sayangnya tidak laku rayuan Tun. Kalau ada pun sikit jer orang Melayu yang ikut. Selebihnya orang bukan Melayu yang ternyata lebih bijak dari kita. Kenapa ini berlaku?

Bagi anda yang mana betul sebenarnya? Kertas itu Wang atau Emas itu Wang. Paper Is Money atau Gold Is Money. Kalau di sini juga kita tidak faham maka banyaklah lagi perkara yang perlu kita cari dan tahu. Itupun kalau nak tahu.  Malang sungguh manusia diciptakan untuk menggunakan akal fikiran supaya berfikir dan memahami tetapi apakan daya ramai manusia memang begitu. Pedulikan orang lain. Yang penting kita dan keluarga kita kena tahu dan faham.

Semua orang mengeluh harga barang naik. Harga lembu naik. Nak beli barang hantaran pun dah naik. Belanja sekolah anak-anak pun dah naik. Aduhhhh pening. Dulu dah tolak semua hutang dan keperluan harian baki gaji boleh lah simpan sket. Sekarang ... aduhhh haru. Dulu takat RM50.00 tu boleh guna untuk makan seminggulah sekarang RM200 seminggu lom tentu boleh. Aduhhh Lagi. Tapi kita hanya suka mengeluh. Naik harga barang jer kita dah ngamuk sakan. Kita langsung tak nak fikir kenapa harga naik. Yang dok suka hentam menghentam tu sukalah. Adalah modal nak hentam. Lantak dorang lah. Yang penting camana kita dan keluarga kita kena tahu kenapa harga barang naik. 

Kenapa berlaku inflasi? Ermm... Inflasi? Inflasi ada kaitan dengan kenaikan harga barang? Kenaikan harga barang melibatkan duit? Lagi tinggi inflasi , lagi banyak duit kita kena gunakan? Apa benda yang tiada kaitan dengan Inflasi ek? Sendiri FikirLah
Benar kata Tun Orang Melayu Mudah Lupa atau kata lain Orang Melayu Memang Tidak Sedar. Apa tak lupanya, meh kita tengok ...

Aku ada RM10,000 yang aku simpan dalam ASB dan 100g Emas yang aku beli pada tahun 2008 berharga RM10,000 (RM100/gram). 
Setahun, aku dapat dividen+bonus = 8.75%. Fuhh...RM875.00 setahun. Sebulan RM72.92. Gembiranya hatiiii.....So Dalam simpanan aku kini dah ada RM10,875. Yahooo... Oklah tu simpan lagi.

Eh aku kena bayar zakat ni. RM271.88. Fuhhh Lega dah bayar RM271.88. Yang kita tak sedar sebenarnya setelah kita bayar zakat, dalam simpanan kita tu tinggal RM10875-RM271.88 = RM10,603.12. Ini bermakna keuntungan yang kita jerit-jerit tadi tinggal 6.25% ajer setahun atau RM50.26 sebulan. Eh .. Ermm .. Ok Lagi tu. Masih bagus. Sapa nak kasi kan.
Kita ambil jer pengumuman kerajaan inflasi setahun  adalah 3%. Tahun ni sure lagi lagi naik , kalau tak pun sama. Masalah yang kita tidak sedar tu keuntungan sebenar kita dalam simpanan tu hanyalah tinggal 3.25% sahaja. Erksss....3.25% Aduhhh aku simpan RM10,000 aku dapat RM300 jer. Sebulan RM25 jer.

Kalau kita cari info pasal emas. Dah tentu-tentu ramai yang kata Emas setahun naik harga 18%. Ada yang kata 25%.  Ada juga yang kata 32%. Emas tidak terlibat dengan Inflasi. Kita ambil lah yang paling rendahlah kenaikan 18%. Itu ajer dah lebih daripada keuntungan simpanan duit kertas tadi. Inflasi Sifar. TolakLah Zakat (wajib tu) 2.5%. Kan masih ada lagi 15.5% Setahun.

Emas yang aku beli 100g pada tahun 2008 dengan harga RM10,000 pun kini tahun 2012 dah meningkat kepada sekitar RM18,000 pada harga jualan semula tetapi kalau ikut harga belian kat kedai emas harganya dah hamper RM20,000. So setahun leh dapat untung RM2,000.00. Berapa % agaknya kenaikan emas ek? Dulu Tahun 2008 masa aku nak beli emas ni , aku kata mahal tetapi hari ini aku kata Eh Murah Aku Beli Dulu .....

 

EMAS 2008 

SIMPANAN ASB

RM10,000

100 gram

RM10,000

Kenaikan Setahun

20%

8.75%

Inflasi / Spread

8%

3%

Zakat

2.5%

2.5%

BAKI SELEPAS 4TAHUN

100 gram telah meningkat 80% harganya

RM10,000 + 13%

NILAI RM

RM18,000

RM11,300

ULASAN

LUMAYAN

UNTUNG SEDIKIT




So mana yang bagus Simpan Emas Atau Simpan Duit Kertas. Aku bukanlah anti-ASB, cuma berpesan pelbagaikan eimpanan kita, itu jer :0). Semua orang tahu apa itu emas. Semua orang tahu emas tiap tahun naik harga. Semua orang tahu emas sekarang ni makin lama makin mahal. Kalau cerita pasal tahu orang melayu memang semua dia tahu tapi masalahnya KENAPA KITA TAK AMBIL TAHU?

SUMBER: TRUST IS EVERTYING

Harga Emas Terkini

Harga Emas Dunia Yang Terkini Oleh Kitco.



Apa itu Kitco? Kitco ialah sebuah syarikat berkaitan emas di Montreal, Kanada dan beroperasi di seluruh dunia. Kitco juga menyediakan graf pergerakan harga logam-logam berharga seperti emas, perak dan lain-lain. Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas.
KITCO






Harga Emas GCP Yang Terkini

GCP

Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP) adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009 sebagai pembekal barang kemas, jongkong emas, dinar emas, dan syiling emas.

GCP hanya menjalankan peniagaan jual beli emas SAHAJA dan tidak terlibat dgn perniagaan berunsur skim pelaburan emas,skim piramid, multilevel marketing, dan sebarang aktiviti yg menyalahi akta AMLAA, AMLATFA, BAFIA dan SC.

SILA KLIK UNTUK DAPATKAN PAPARAN HARGA SEMASA....

HARGA EMAS 999

HARGA EMAS 916

SILVER