">

Thursday 2 February 2012

EMAS ADALAH WANG SEBENAR (MUTLAK)

Saya selalu mengajak para sahabat membuat simpanan emas— samada ada dalam bentuk jongkong atau sebaliknya. Hari ini saya mengulanginya sekali lagi. TOLONG BERALIH KEPADA EMAS.... KENAPA SAYA BERKATA MACAM 2?????

Bagi mereka yang berfikir bahawa pasaran emas sedang menuju ke aliran penurunan harga (bear market) , mereka sebenarnya tidak tahu apa yang mereka perkatakan. Pasaran sebenarnya sedang mengalami pembetulan harga sementara dan harga emas bakal melonjak di pasaran pada masa hadapan (bull market).

Ini adalah masa di mana hampir semua Bank Pusat di  seluruh dunia mengeluarkan matawang kertas. Ini adalah masa di mana semua orang mencari mekanisme keselamatan terhadap asset mereka. Orang ramai jelas takut dan keliru.Mereka tercari-cari alternatif paling selamat untuk asset mereka.

Hanya terdapat satu-satunya asset paling selamat di atas  planet  bumi ini dan asset yang dimaksudkan adalah logam emas. 

Mereka yang tidak bermaklumat dan kurang arif percaya emas hanyalah komoditi dan tidak lebih dari itu. Ia adalah pendapat yang salah. Emas adalah wang yang sebenarnya dan mutlak.

Emas adalah satu-satunya matawang paling sempurna dan selamat di dunia. Emas berada di luar dari sistem kewangan dan tidak ada satu pun Bank Pusat yang pernah menemui cara untuk mencipta emas.


Hakikatnya emas hanya boleh dikeluarkan dengan keringat, kebijaksanaan dan permodalan manusia.


Kunci kepada seluruh keadaan hari ini adalah sesuatu yang anda tidak pernah mendengar seseorang bercakap mengenainya. Saya merujuk kepada kesengsaraan dan rasa sakit.

Saya merujuk kepada ketakutan dan usaha untuk mengelakkan kesengsaraan. 

Apabila seorang lelaki atau ketua keluarga kehilangan pekerjaannya, ianya amat menyakitkan, Apabila seorang lelaki tidak mengetahui bagaimana ia hendak menyara atau memberi makan keluarganya, ianya juga satu perasaan yang menyakitkan. Ianya adalah perkara asas yang memang diketahui oleh semua ahli politik.


Tugas utama seorang ahli politik adalah memastikan beliau dipilih semula oleh para pengundinya. Sekiranya para pengundi yang diwakilinya hidup sengsara, mereka tidak akan mengundi ahli politik yang mewakili mereka.

Semua ahli politik tahu mengenai perkara ini dan untuk itu mereka akan sentiasa mengundi untuk menambah rancangan perbelanjaan Kerajaan dan berharap akan terus membuatkan para pengundi yang mereka wakili merasa gembira.

Sejak beberapa tahun selepas perang dunia ke 2, ahli politik terus mengemukakan deretan bil-bil perbelanjaan. Hasilnya hutang kerajaan Amerika Syarikat berkembang lebih dari $13 trillion dollars — satu jumlah yang tidak dijangka dan terbayang oleh kita semua beberapa tahun yang lalu. Hampir semua negara di dunia terlibat dan mengambil bahagian dengan bentuk perbelanjaan fiskal yang gila ini.

Untuk menampung kegilaan berbelanja, negara terlibat terpaksa mewujudkan jumlah matawang kertas fiat tanpa sebarang had dan tidak berkesudahan. Kewujudan matawang kertas baru ini secara berterusan telah menyusutkan kuasa beli matawang sediada sebelum ini. Hasilnya ia telah meningkatkan jumlah matawangkertas yang diperlukan untuk membeli satu auns wang yang sebenarnya-iaitu EMAS.


Pembetulan harga emas dipasaran dilihat telah berakhir. Jika saya betul dalam perkara ini, emas sedang berada dalam zon belian  ketika ini.

sumber: bicara emas & perak

No comments:

Post a Comment