">

Wednesday 13 June 2012

Perbezaan Harga Barang Untuk Tahun 2000 DAN 2012


Perbezaan Harga Barang Untuk Tahun 2000 dan 2012
 


• Hampir 99% masyarakat di dunia menyangka harga barangan dan servis semakin mahal dari semasa ke semasa. Kerana mereka tidak mengerti apakah ‘wang’ yang sebenar. Sebenarnya jika diperhatikan dengan teliti, harga barangan dan servis adalah semakin murah hari demi hari. Dari tamadun Yunani, Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan emas sebagai ‘wang’. Jika anda mengukur harga sesuatu barangan berdasarkan emas dan bukanya ‘matawang’, anda pasti akan mendapati harga barangan dan servis semakin murah hari demi hari.

• Sebagai contoh, pada tahun 2000, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 150 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM30.00, dan RM1.00 = 5 biji kuih). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 360 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM180.00, dan RM1.00 = 2 biji kuih). Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak 0.006 gram emas, tetapi 1 biji kuih tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 0.002 gram emas sahaja!

• Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebuah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM30,000.00 dan ~RM30,000.00 = 1 kereta standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM180,000.00 dan ~RM60,000.00 = 1 kereta standard). Maka, untuk sebuah kereta standard tahun 2000 memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah kereta standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!

• Pada tahun 2000, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebuah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = RM150,000.00 dan ~RM150,000.00 = 1 rumah standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = rm900,000.00 dan ~RM300,000.00 = 1 rumah standard). Maka, untuk sebuah rumah standard tahun 2000 memerlukan 5 kilogram emas, tetapi sebuah rumah standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 1.6 kilogram emas sahaja!

• Maka, jangan merungut jika harga barangan menjadi semakin mahal lagi. Anda hanya perlu membezakan apa itu ‘wang’ dan apa itu ‘matawang’. JADI BIJAK!

- by Carl Gold (Monetary System Specialist)

Tuesday 12 June 2012

Apa Yang Dikatakan INFLASI...

Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.[1] Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.[2][3] Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari masa ke semasa.[4]

Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi positif dan negatif serentak. Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa, ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan datang. Kesan positif termasuklah memastikan bank-bank pusat boleh menyesuaikan kadar faedah nominal (yang bertujuan untuk mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi),[5] dan menggalakkan pelaburan dalam projek-projek modal bukan monetari.

Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang.[6] Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.


Kesan inflasi
 
Inflasi merupakan salah satu masalah ekonomi yang serius. Ia memberikan kesan kepada aktiviti ekonomi, juga kebajikan individu dan masyarakat.

 Contoh:
 
  • Pada tahun 1978 (30 tahun lalu), RM300 boleh membeli barangan runcit satu bulan untuk keluarga berempat orang.
  • Pada tahun 2008, RM300 boleh membeli barangan runcit satu minggu untuk keluarga berempat orang.
  • Pada tahun 2028 (20 tahun kemudian), RM300 mungkin hanya boleh membeli barangan runcit dua hari untuk keluarga berempat orang.
 
 
 Pengembaraan Dalam Penciptaan Matawang
Penciptaan matawang fiat biasanya bermula dengan wang komoditi yang bernilai tinggi seperti emas dan perak. Secara beransur-ansur, kerajaan mempengaruhi orang ramai untuk menerima matawang fiat dengan mengeluarkan nota permintaan dalam bentuk kertas yang boleh ditebus semula dengan logam berharga. Nota permintaan (matawang) ini adalah dalam bentuk "sijil deposit," "resit," atau "cek tuntutan" di atas wang sebenar (logam beharga) yang disimpan di dalam peti besi. - (Saya dengan berani mengatakan ramai di antara kita percaya bahawa dengan cara ini kerajaan kita mengeluarkan matawang, termasuk di Amerika Syarikat bahkan di negara-negara lain di seluruh dunia termasuklah negara  kita sendiri, Malaysia.)
Apabila kerajaan telah memperkenalkan sistem matawang kertas, mereka kemudian mengembangkan bekalan matawang menerusi deficit perbelanjaan dengan mencetak lebih matawang untuk menampung perbelanjaan melalui penciptaan kredit berdasarkan pecahan rizab perbankan. Kemudian, biasanya disebabkan oleh peperangan atau darurat, orang ramai cuba untuk menebus nota permintaan mereka kepada emas dan perak. Tetapi kerajaan telah menggantung hak penebusan orang ramai kerana kerajaan sebenarnya tidak mempunyai cukup emas dan perak untuk meliputi semua matawang kertas yang telah dicetak oleh mereka, dan poof! Terhasillah matawang fiat yang kita gunakan sekarang.
Di sini helah dan rahsia kotor matawang fiat: matawang fiat adalah direka semata-mata untuk dihilangkan nilainya. Tujuan utama penciptaan matawang fiat ini adalah untuk merampas kekayaan anda dan memindahkannya kepada kerajaan. Setiap kali kerajaan mencetak wang kertas yang baru dan menghabiskanya, kerajaan mendapatkan kuasa membeli matawang tersebut. Tetapi, dari manakah datangnya kuasa membeli itu?  Ia datang secara senyap-senyap dan rahsia dicuri dari wang kertas yang anda miliki sekarang. Kerana setiap wang kertas yang baru memasuki peredaran (baru dicetak) akan merendahkan nilai semua wang kertas yang lain. Ini terjadi disebabkan semakin banyak wang kertas mengejar jumlah perkhidmatan dan barang yang sama. Ini menyebabkan harga perkhidmatan dan barang meningkat. Harga ini meningkat disebabkan nilai matawang fiat yang semakin rendah. Ini merupakan satu cukai yang tersembunyi dan berbahaya yang dikenali sebagai INFLASI merompak kekayaan anda tanpa anda sedari!
Sepanjang berabad-abad lamanya, emas dan perak bertarung dengan matawang fiat, dan akhirnya tetap emas dan perak juga yang akan menang. Emas dan perak menilai semula diri mereka secara automatik melalui sistem pasaran bebas dengan mengimbangi diri mereka menentang matawang fiat. Ini adalah satu corak yang telah berulang-ulang berlaku sejak kejatuhan hebat matawang di Athens pada tahun 407 SM. Apabila pelabur mula mengesan pertarungan ini, peluang-peluang untuk mengumpul kekayaan yang besar dalam tempoh masa yang singkat adalah sangat besar untuk mereka.
Pertarungan hebat antara matawang fiat dan emas dan perak boleh ditamatkan dengan salah-satu daripada dua cara berikut:
 
1. Sesuatu keputusan teknikal dibuat dimana matawang fiat disokong semula oleh emas dan perak seperti suatu ketika dahulu.
2. Menghentikan terus penggunaan matawang fiat dan menggunakan emas dan perak sebagai wang.
 
 kredit: carl samsuddin
 
 

Monday 11 June 2012

Realiti Sebenar Kadar INFLASI di Malaysia Yang Terus Meningkat.

Kementerian kewangan telahpun mengeluarkan laporan ekonomi 2011/2012 di mana menunjukkan kadar inflasi di Malaysia terus meningkat kepada 3.1 peratus pada tujuh bulan pertama untuk tahun 2011. Adakah anda sekarang sedar dengan tahap inflasi yang berlaku dalam negara kita?  Apa faktor yang menyumbang kepada kenaikan inflasi? Antara yang dikaji ialah :
  • kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol
  • pengangkutan serta perumahan,
  • air, elektrik, gas dan bahan lain,
  • Secara keseluruhannya ia telah menyumbang kepada 2.5 mata peratusan kepada peningkatan Indeks Harga Pengguna (IHP).
Selain faktor bekalan, kenaikan inflasi juga disumbang sebahagiannya oleh rasionalisasi subsidi bagi beberapa barangan keperluan pengguna termasuk gula, petrol RON97 dan tarif elektrik.
Kadar inflasi di Malaysia berdasarkan rujukan halaman Trading Economics adalah antara terendah di rantau Asia Tenggara (3.3%) berbanding negara lain seperti Singapura (5.7 peratus), Filipina (4.29 peratus) dan Thailand (3.27peratus).
Antara usaha kerajaan Malaysia setakat ini untuk membendung kesan kenaikan kadar inflasi di Malaysia adalah :
  • Kenaikan kos sara hidup sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), dengan tujuan utama mengenal pasti langkah bagi membantu dan meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.
  • Bagi menangani kesan kenaikan harga makanan, kerajaan antara lain melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang bermula di Lembah Klang. KR1M menawarkan 250 barangan runcit berjenama 1Malaysia pada harga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran bagi meringankan beban kumpulan mudah terjejas di kawasan bandar
  • “Menu Rakyat 1Malaysia” juga diperkenalkan tahun ini dan sehingga kini 728 pengendali restoran seluruh negara telah menyertai program ini yang menawarkan hidangan set sarapan pagi pada harga RM2 dan makan tengah hari RM4
  • Langkah lain termasuklah melaksanakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 bagi mengawal harga barangan dan caj perkhidmatan serta menghalang aktiviti pencatutan.
Ya…..benar, mana-mana negara sekalipun akan ada inflasinya. Tetapi, kami beranggapan lonjakan inflasi di Malaysia masih lagi sukar dilaksanakan selagi kerajaan masih lagi mengamalkan protectionism dalam kebanyakan sektor!! Tiada masalahnya jika kerajaan contohnya nak melindungi industri lembu dengan cara mengenakan cukai ke atas daging import  dan dalam pada masa yang sama memberikan subsidi dan bantuan kepada golongan petani. Sebab, kita sebagai rakyat Malaysia beli tidaklah sampai untuk membuat pinjaman bank untuk membelinya kerana ada alternatif lain yang boleh dijadikan pilihan termasuklah ayam, kambing dan babi (untuk golongan bukan Islam).

Tetapi, tetapi……yang menjadi masalahnya sekarang kerajaan dilihat “begitu senang” melindungi industri simen dan keluli, bahan asas yang digunakan untuk membina rumah. Apabila hartanah meningkat berganda, kita pula sebagai rakyat Malaysia pun menjadi hamba selama berpuluh tahun dengan “bayar kepada bank” pada kadar yang tinggi. Kepada golongan pertengahan dan berpendapatan rendah, kalau rumah dah mahal, mereka nak duduk di mana?

Sesebuah rumah teres (tidak bertingkat) berharga kira-kira RM50,000 ke RM78,000 di Kuala Lumpur pada 30 tahun yang lalu, kini satu unit apartment di Kuala Lumpur bernilai sekurang-kurangnya RM300,000, purata harga rumah telah melonjak kepada RM480,000 – bersamaan enam ke tujuh kali ganda harga rumah di Kuala Lumpur berbanding 30 tahun yang lalu. Menurut anggaran pakar hartanah dan pemaju, harga rumah di Kuala Lumpur melonjak pada purata 10%-20% setiap tahun.

Yang keduanya, kerajaan terus menerus melindungi industri automatif tempatan. Kita dikehendaki membayar jumlah yang sekali ganda jikalau nak memiliki kereta import. Mahu tidak mahu, rakyat Malaysia “dipaksa secara halus” untuk membeli kereta tempatan dek kerana tiada pilihan lain. Ada juga kalangan yang masih tak mampu membeli kenderaan yang dijual pada kadar yang tinggi, akhirnya terpaksa menggunakan motosikal yang mana kes kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal amatlah tinggi. Nak harapkan pengangkutan awam?

30 tahun dahulu, sebuah kereta import hanya berharga RM17,000. Sekarang ini, sebuah kereta import yang biasa memerlukan sekurang-kurangnya RM85,000 hingga RM100,000. Biarpun harga kereta tempatan yang secara perbandingannya lebih murah, misalnya Myvi, ia memerlukan RM45,000 hingga RM50,000 – yang mana ia masih berkali ganda perbandingan harganya berbanding 30 tahun yang lalu.

Akhirnya rakyat terus dibebani hutang yang tinggi atas dasar protectionism kerajaan. Rakyat tak untung apapun dengan dasar sebegini, yang untung hanyalah golongan atasan sahaja.

Walaupun rumah dan kereta adalah keperluan asas rakyat Malaysia sekarang ini. Tetapi, hakikatnya pengiraan kadar inflasi di Malaysia yang melibatkan kos pembelian kereta tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap kadar inflasi. Sebaliknya kerajaan “lebih berminat” untuk memilih bayaran perkhidmatan awam. Begitu juga pembelian rumah yang terus melambung tinggi juga tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap. Sebaliknya kerajaan lebih memilih kadar rumah sewa. Tetapi, jikalau kedua-dua ini dimasukkan dalam pengiraan kadar inflasi di Malaysia, dijangka kadar inflasi di Malaysia bukan setakat 3.1% sahaja tetapi lebih daripada angka tersebut.
Bank Negara telah mengumumkan baru-baru ini yang mana Kadar Dasar Semalaman (OPR)  tidak dinaikkan sehingga awal tahun 2012 dan masih kekal pada kadar 3%. Kalau diikutkan Bank Negara pun sebenarnya dalam dilema untuk menaikkan kadar faedah atau tidak. Jikalau mereka naikkan kadar faedah, eksport negara akan terganggu. Kalau tak naikkan kadar faedah pula, inflasi sukar utnuk dikawal. Berbelah bahagi juga mereka sebenarnya. - Berita Semasa

Persoalan Yang Sentiasa Ditanya..????

Terdapat rakan-rakan niaga kami yang menerima persoalan-persoalan berkaitan perniagaan GCP.  Anda mungkin salah seorang yang mempunyai persoalan serupa. Kami rungkaikan persoalan anda.

1. Jika saya mempunyai wang sebanyak RM20,000, apakah kelebihan dan graf keuntungan dengan penjualan emas?
Sekiranya anda mendaftar sebagai pengedar sah GCP, keuntungan jualan runcit anda adalah sebanyak 8%.  Tetapi, jika anda tidak minat berniaga dan hanya mahu menyimpan sahaja, keuntungan purata 200% untuk tempoh lima tahun.


Graf Harga Emas dari 31/12/2005 sehingga 31/12/2011


Harga Emas pada 06/01/2006


Harga Emas pada 30/12/2011
Perkiraan:
Harga pada 06/01/06 – USD 538.80
Harga pada 30/12/11 – USD 1,566.40
Peratus kenaikan – [(USD 1,566.40 - USD 538.80)/538.80] x 100 = 190.65%

2. Nampak macam senang bila bercakap tentang emas yang sudah tumbuh bagai cendawan oleh syarikat-syarikat bumiputera dewasa ini.  Saya sangat “skeptical” bila ramai yang menjual emas macam menjual goreng pisang di tepi jalan, maksudnya macam orang ramai boleh beli emas tiap-tiap hari. Siapa mereka? Orang biasa? Orang pertengahan? Makcik penjual sayur di pasar?  Boleh tak perbetulkan persepsi saya ini yang sangat tidak logik bila difikirkan pembelian emas oleh orang ramai.

Orang ramai telah mula sedar tentang kepentingan emas.  Jadi mereka membeli emas bila-bila masa mereka ada duit. Apatah lagi adanya syarikat seperti GCP yang menjual emas dengan harga rendah dan emas paling kecil seberat 1gram, lebih ramai orang yang mampu membeli emas.


3. Menggunakan elemen psikologi iaitu perkataan-perkataan ‘kekayaan’, ‘menjaga ekonomi Melayu’, ‘Islam’, dan lain-lain lagi, ia kelihatan seperti multi level marketing (MLM). Mengguna perkataan kaya ini sudah biasa saya dengar dari peragut-peragut MLM yang mahukan duit orang. Namun mereka tiada produk cuma mencari orang, dan mungkin perniagaan emas ini pendekatannya berbeza. Kenapa saya berkata demikian? Kerana MLM juga menjemput orang ramai menghadiri table talk, seminar dan pelbagai lagi cara untuk menarik pelanggan. Apakah GCP mempunyai elemen MLM? Saya sudah banyak kali terkena.

Tidak salah menggunakan perkataan yang syarikat MLM guna pakai atau gunakan strategi yang diguna oleh MLM untuk menarik orang ramai. Yang penting GCP bukan MLM. GCP hanya menawarkan hadiah dalam bentuk wang tunai kepada orang yang membawa pelanggan menjadi delear GCP. Tiada imbuhan buat dealer ke atas dealer.  Sebagai contoh, jika anda membawa kawan membeli emas di kedai ABC, pemilik kedai hanya mengucapkan terima kasih. Tetapi jika anda membawa kawan anda menjadi dealer GCP anda akan diberi hadiah dalam bentuk wang tunai oleh pemilik syarikat GCP.  Walau bagaimanapun, sekiranya kawan anda membawa kawan beliau menjadi dealer GCP, maka anda tidak mendapat hadiah wang tunai kerana bukan anda yang membawa kawan tersebut.  Ini lah jawapan bahawa GCP tidak menjalankan perniagaan MLM.

4. Apakah dengan pembelian RM20,000 dari GCP (sebagai contoh), kemudiannya saya menggunakan sistem Ar-Rahnu sebagai strategi yang betul bagi menambah pembelian emas? Kenapa saya berkata demikian, berbalik kepada persoalan “siapa nak beli emas tiap-tiap hari?”

Kalau sekadar nak perap jer dalam arrahnu anda perlu bayar upah simpan yg tinggi dan anda juga perlu fikir risikonya spt bank suruh tebus semua sekali pada bila-bila masa yang bank perlukan duit. Jika anda tiada duit nak tebus maka emas anda akan dilelong. Biasanya arrahnu digunakan untuk mendapatkan pinjaman mudah bagi menambah modal perniagaan sedia ada. Untung dari perniagaan tu boleh tebus kembali emas dalam arrahnu. Kalau nak hari-hari beli emas, untung meniaga setiap hari terus beli emas. Dapatlah tuan tiap-tiap hari beli emas.

5. Kenapa peniaga cina iaitu kedai pajak gadai, kedai emas poh kong, kedai emas habib jewel tidak melaksanakan sistem yang dewasa ini mengajak orang Melayu khususnya menceburi atau menjadi ejen kepada syarikat mereka. Pernahkah puan dengar di zaman 80, 90an kedai emas mencari ejen mereka untuk kembangkan perniagaan mereka? Namun mereka tetap kaya, simpan emas melambak, sekolahkan anak dan lain-lain. Apa yang sudah terjadi dewasa ini? Kesedaran tentang emas? Dulu orang tak sedar? Padahal mak ayah kita sibuk beli emas – ilmu berniaga emas kot yang tak ada. Jadi apakah fenomena ini sebenarnya? Melayu makan melayu?

Kedai emas tu peruncit. GCP ni pembekal.
Flow chartnya :
kilang > GCP > pengedar > pembeli.
Kalau kedai emas pula flow chartnya :
kilang > pembekal > salesman > kedai emas > pembeli.
Jika lihat pada flow chart tu kedai emas=pengedar GCP. Cuma pengedar GCP bergerak secara gerila tanpa ada kedai emas.
Inilah matlamat GCP jual emas dgn harga rendah utk menggalakkan org islam simpan emas secara tak langsung belajar utk berniaga emas.

6. Saya semak-semak pertubuhan ataupun persatuan emas Malaysia. http://www.fgjam.org.my/index.asp tiada pun tersenarai syarikat GCP ini sebagai ahli. Saya pernah bertanya kepada sebuah syarikat emas bumiputera Sinar Gold dengan jenama SG, meraka tidak menjawab pertanyaan saya. Jadi adakah GCP ini berkelayakan? Persoalannya kenapa tidak berdaftar sebagai ahli di FGJAM? Yuran yang tinggi atau tengah mengumpul modal? Saya pun tak pasti kriteria nak jadi ahli FGJAM yang majoritinya hanya bangsa tionghua/cina dan golongan arab malaysia yang menjadi ahli. Apa jadi syarikat bumiputera? Inilah ketakutan saya…genuine? takut hanya sebentar kerana nampak macam ada unsur MLM.

Ahli persatuan terikat dengan undang-undang FGJAM yang antaranya perlu jual ikut harga runcit seperti kedai emas POH KONG. GCP tak masuk persatuan dan bergerak secara gerila sebab nak jual emas lebih murah daripada kedai emas di bawah FGJAM. Selain itu tiada kepentingan untuk GCP bernaung di bawah mana-mana persatuan. GCP lebih selesa bergerak sendiri mengikut acuan sendiri. Tanpa jadi mana-mana ahli persatuan pun GCP boleh berjaya. Alhamdulillah.
http://www.hmetro.com.my/articles/PercaturanShamsulmenjadi/Article/artikelMA

7. Ada elemen MLM dengan pemberian komisen walaupun orang bawah tak dapat tapi dengan kuasa pujukan dan psikologi pastinya yang membeli akan teruja untuk mendapat komisen maka membawa kawan yang lain, proses akan berterusan. Ia baik dari sudut perkembangan rangkaian dan jaringan perniagaan tapi masih berpaksikan MLM.

Setiap perniagaan perlukan jaringan pelanggan atau dalam bahasa jawanya network. Jika tiada network, anda buka kedai runcit pun anda akan beli sendiri barang yang anda jual sebab tiada network pelanggan anda yang tolong promosi beritahu jiran-jiran dia yang anda ada buka kedai kat kawasan tu. GCP bukan MLM. GCP hanya Pembekal emas yang buat pemasaran dengan memberi ganjaran/hadiah/upah kepada pengedar yang perkenalkan pengedar baru kepada GCP sahaja. Dengan bahasa mudah, GCP bagi kerja part time kat dealer untuk jadi pengurus jualan GCP. Jadi tak perlulah GCP gajikan pengurus jualan. Semua dealer adalah pengurus jualan. Diorang kerja, diorang dapat lah duit gajinya. Yang tak kerja tak dapatlah gajinya. Contohnya seperti yang beritahu dulu anda bawa kawan beli emas di kedai poh kong, tokey poh kong ucap terima kasih jer. Tapi anda bawak kawan jadi dealer dan beli emas GCP, tokey GCP bagi anda duit sebagai penghargaan kepada anda kerana tolong promo GCP atau bahasa mudahnya anda dah buat kerja sebagai pengurus jualan dan GCP bagilah gajinya. Kalau kawan anda bawa kawan dia maka anda tak dapat duit tu sebab bukan anda yg bawa. Contoh ke-2, jika anda buka kedai makan dan anda buat promosi siapa yang bawa pelanggan makan kat restoran anda, anda bagi orang yang bawa pelanggan tu RM 100 satu kepala. Tentu ramai yang akan bawa kawan-kawan dia untuk makan di restoran anda. Untuk makluman anda sistem MLM adalah berbilang tingkat dalam bahasa banjarnya Multi-Level Marketing. Anda bawa kawan, anda dapat duit. Kawan anda bawak kawan, anda dapat duit juga. Kawan kepada kawan anda bawa kawan, anda dapat duit dan kawan kepada kawan kepada kawan anda bawa kawan, anda dapat duit juga. Itulah sistem MLM yang sebenar. Harap anda jelas tentang konsep MLM dan konsep ganjaran yang GCP buat. Cara pemasaran juga kita boleh tiru syarikat yang dah berjaya. Jika ada syarikat MLM selalu buat seminar dan dengan cara itu dia berjaya tarik ramai orang join MLM maka tak salah kita juga buat seminar untuk bagi penerangan tentang istimewanya jadi dealer GCP. Contoh, jika anda buka restoran dan anda nak beritahu yang anda ada buat jika jadi ahli restoran anda, ahli akan dapat makan percuma selama 12 kali setahun. Jadi anda buat seminar sebagaimana syarikat MLM buat untuk mempromosikan dan beritahu orang ramai tentang keistimewaan jadi ahli restoran anda. Inilah yang dinamakan gunakan syarikat yang dah berjaya sebagai model atau mentor. Kesimpulannya ikut cara pemasaran syarikat MLM tidak bermakna kita juga MLM kerana yang membezakan kita dengan MLM adalah ganjarannya berbilang tingkat seperti contoh di atas tetapi kita tak der tingkat. Kita direct to dealer ajer.

8. GCP jual dengan harga murah? bukankah harga emas sesuatu yang terkawal mengikut harga pasaran dunia? saya tak berapa nak faham maklum bukan penganalisis 24 jam logam dunia, jadi bagaimana manipulasi penurunan harga berlaku? adakah turut berlaku kekurangan isipadu, kandungan, berat dan sebagainya?

Emas bukan barang kawalan. Sebab tu FGJAM ditubuhkan supaya dapat kawal harga emas tak melepasi syiling. Sebenarnya harga emas ni murah je kalu ikut pasaran dunia. Harga GCP berdasarkan harga pasaran dunia yang lebih murah. Jadi baguslah jika GCP jual murah ikut harga pasaran dunia. Lebih ramai orang Islam kat Malaysia ni boleh simpan emas. Naik turun harga emas dunia bergantung kepada penawaran dan permintaan. Jika banyak negara jual emas untuk guna duit sebab nak pilihanraya, nak anjurkan sukan olimpik, euro 2012 dan sebagainya maka lambakan emas berlaku sebab Negara-negar yang banyak reserve emas ni perlu jual emas dia untuk dapatkan dollar bagi membiayai kos untuk buat semua tu. Jadi bila emas dah berlambak maka harganya turun. Bila Negara-negara ni dah ada duit mereka akan beli emas semula untuk topup reserve emas negara mereka. Masa tu harga emas pun naiklah sebab emas habis diborong. Ini adalah salah satu contoh dan banyak lagi faktor yang menaik turunkan harga emas. kerana emas adalah barang dagangan.

9. Gerila adalah modus operandi syarikat, jadi saya tertanya-tanya bahawasanya ada peraturan di negara ini yang membenarkan usaha dagangan barangan logam sebegini. Tidak mengapa saya akan baca yang lain-lainnya berkaitan undang-undang dan peraturan. 
Dlm perniagaan unsur atau elemen manipulasi memang akan sentiasa ada bagi meningkatkan keuntungan. Oleh yg demikian, saya sebagai pengguna dan mungkin satu hari nanti mahu menjadi ‘kaya’ seperti puan dan pengedar lainnya sekadar melahirkan rasa kerisauan kerana terlalu banyak syarikat yang tumbuh bagai cendawan menawarkan harga emas yang pelbagai harga. 
sebab itulah menjadi ahli persatuan hanya akan menyekat manipulasi harga yang sekaligus digunakan sesuka hati. kenapa boleh jadi demikian? mahu lari dari sistem undang-undang utk meraih keuntungan.
Bersetujukah puan apabila adanya elemen manipulasi yang terlalu banyak maka satu hari nanti emas di arena gerila ini akan tiada nilai. Saya melihat ini bila mana saya membandingkan seperti wang kertas yg dimanipulasi yang akhirnya tiada nilai…mungkinkah manipulasi di arena gerila ini akan merosakkan nilai pasaran yang dikawal oleh persatuan? itulah yang berlaku kepada matawang yang dimanipulasi oleh penyangak matawang George Soros. tidak mustahil arena gerila yang dimaksudkan ini akan merosakkan nilai emas? banyaklah lagi kalau nak dianalisis ini mungkin sekadar perbandingan janggal sahaja.
Mudah-mudahan kejayaan GCP yg diwar-warkan di akhbar menjadi pemangkin ekonomi Melayu khususnya cuma jangan terlalu memanipulasi psikologi Melayu dgn perkataan2 ‘kaya’, islam’ dan hadis serta pelbagai lagi unsur MLM yg lainnya.
Jika genuine dan syarikat terlalu kukuh, saya kira permainan MLM ini tak mungkin berlaku. 

GERILA MARKETING adalah salah satu teknik pemasaran. Ada pelbagai teknik pemasaran yang diguna oleh peniaga. Jadi terpulang kepada kita nak guna teknik pemasaran yang macamana. Emas dan perak adalah barang dagangan. Jadi kita meniaga emas dgn menggunakan teknik pemasaran gerila. Maksudnya kita buat senyap2, dari mulut ke mulut jer. Baru tahun ni jer GCP expose kat surat khabar. 2 tahun yg lepas GCP bergerak senyap2 jer. 
Buat masa ni GCP taknak jadi ahli mana2 persatuan kerana GCP nak jual emas dengan harga murah mengikut harga pasaran emas dunia. Mungkin bila ramai yang tak suka GCP jual murah maka GCP akan jadi ahli persatuan dan jual dgn harga yg mahal giler + upah mengikut harga yg FGJAM tetapkan.

Selagi emas ni barang dagangan maka tidak dapat dielakkan untuk dimanipulasikan. Akan tetapi manipulator-manipulator ini takkan dapat jatuhkan harga emas seperti mereka jatuhkan nilai wang kertas kerana emas adalah galian yang akan habis dan tidak boleh diperbaharui. Sedangkan permintaannya sentiasa meningkat. Nak manipulasi macam mana kerana setiap hari industri elektrik dan elektronik nak guna emas untuk buat chip dan litar. Tetapi wang kertas sesuka hati jer anda boleh cetak dan chop kat situ rm1 bilion.
Harap anda faham yang GCP bukan MLM dan bukan manipulator emas. GCP jual emas ikut harga semasa dunia malah bagi peluang kat orang islam buat keje part time jadi pengurus jualan atau lebih glamer orang panggil dealer dan ini meningkatkan ekonomi orang Islam. Harap anda tidak lagi skeptical dengan GCP dan jika anda lapang sila hadir ke seminar GCP dan jumpa sendiri dengan bos GCP untuk dapatkan penerangan lebih jelas. Banyak fitnah kat GCP sebenarnya. Nasib baik bos GCP ni sabar orangnya.

Diharap anda semua mendapat penjelasan yang tepat dan jitu. Jawapan-jawapan berikut merupakan jawapan dari pengasas GCP sendiri iaitu Tuan Haji Shamsul Anuar Md Ali. Andai anda memerlukan khidmat nasihat selanjutnya tentang GCP, boleh hubungi kami di sini






.

Friday 8 June 2012

CARA mudah meramal harga EMAS ....

Harga emas atau kenaikan harga emas kita dapat me ramal dengan cara mudah iaitu melalui graf sejarah kenaikkan harga emas.Sejarah harga emas boleh didapati dilaman web www.kitco.com.Berdasarkan graf sejarah harga emas di bawah, kita dapat membuat beberapa kesimpulan :


 1.Harga emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang dari tahun ke tahun.Jadi pelabur emas,pembeli emas atau penyimpan emas tidak akan rugi.

2.Harga emas dalam jangkamasa pendek, berlaku kenaikan dan penurunan.Jadi untuk memaksimunkan keuntungan, belilah emas masa harga rendah dan jual pada harga tinggi.Jika anda membeli emas pada masa yang sesuai,anda akan dapat untung hanya dalam beberapa bulan.

3.Pada tahun 2008 berlaku kenaikan emas paling sedikit iaitu hanya 8% setahun kerana berlaku krisis ekonomi global. Krisis ini menyebabkan bank-bank di Malaysia terpaksa bergabung.

4.Purata kenaikan harga emas dalam 10 tahun ialah 46% setahun dan purata kenaikan harga emas dalam 5 tahun ialah 33%. Maksubnya jika anda menyimpan emas selama 5 tahun,kenaikkan harga emas adalah 165% iaitu jika anda beli satu gold bar berharga RM100,selepas 5 tahun harganya menjadi RM265.Jadi pelaburan emas adalah pelaburan terbaik dan lebih menguntungkan dari ASB atau pelaburan wang dana amanah dan sebagainya.

5.Berdasarkan graf 10 tahun, bermula tahun 2005, didapati emas naik dengan mendadak kerana permintaan tinggi terhadap emas disebabkan banyak kegunaannya dalam dunia moden. Emas bukan sahaja digunakan sebagai barang kemas,jongkong emas,piala emas, tapi juga digunakan dalam komputer,telefon bimbit dan sebagainya

6.Kenaikkan atau penurunan harga adalah berkadaran dengan kecerunan graf. Lagi cerun sesuatu graf, kenaikan adalah lagi tinggi. Graf kenaikan harga emas di dapati berbentuk lengkung keatas, bukan garis lurus. Ini bermaksub, peratus kenaikan harga emas akan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun.

7.Masa yang paling sesuai untuk membeli emas adalah pada harga rendah iaitu bulan januari atau jun.Saya mulai melabur emas pada bulan julai 2010 dan pada masa itu harga jongkong emas 100g adalah RM13,600.

Hari ini 29 mei 2012 dengan krisis wang euro menyebabkan harga emas turun pada peringkat terendah,harga emas gold bar 100g berharga RM17,076…..Sebelum ini iaitu pada bulan September 2011 harga emas berada dipuncak,harga emas 100g gold bar berharga RM19,200.Pada harga puncak saya telah menjual sebahagian emas saya dan memperolehi  KEUNTUNGAN dalam pelaburan emas iaitu KEUNTUNGAN jualan emas,  dan KEUNTUNGAN  dr kenaikan harga emas

Kesimpulannya,

Pelaburan emas adalah pelaburan yang selamat dan menguntungkan walaupun harga emas turun iaitu pelabur emas tidak akan rugi.Pelaburan emas adalah pelaburan terbaik kerana mudah dijual beli kerana mempunyai pelbagai jenis dan berat,berbeza dengan pelaburan hartanah walaupun lumayan tetapi perlukan banyak modal,payah untuk dipecahkan dan susah untuk di jual jika kita berada dalam kesempitan wang.
GCP adalah tempat atau syarikat emas terbaik yang memudahkan urusan jual beli emas,iaitu jika kita kesempitan wang,kita boleh terus menjual emas simpanan kita dan dalam masa 24 jam kita akan dapat wang jualan tersebut kerana EMAS ADALAH DUIT.

Akhir sekali,masa yang paling sesuai untuk membeli atau memulai pelaburan emas adalah masa sekarang JUN 2012 kerana harga emas paling rendah disebabkan krisis wang euro atau krisis negara eropah.Bermula bulan JUN setiap tahun didapati harga emas akan meningkat hingga bulan disember(rujuk graf sejarah harga emas).

Ambil peluang keemasan pada harga rendah ini..sebelum harga emas naik.Saya juga telah mengambil peluang keemasan ini dengan melangkah ke bank rakyat dan membuat pinjaman peribadi.Interest pinjaman peribadi bank rakyat hanya 4.85% untuk pinjaman 15 tahun.Jangan anggap meminjam wang dari bank ini bodoh,bagi saya orang yang berpeluang tapi tidak meminjam wang adalah bodoh..bukti mudah..kita buat pinjam wang, interest bank hanya 4.85% setahun,jika pun kita simpan wang tersebut kedalam ASB dengan dividen 8% setahun,kita sudah untung 3.15% setahun tanpa bekerja ..apalagi jika membuat pelaburan emas dimana purata kenaikkan harga emas 25% setahun..kita dapat untung 20% setahun.Dimana jika kita meminjam RM100,000 kita akan dapat RM20,000 setahun atau dapat RM1666 sebulan. 

Mulai langkah anda dengan pelaburan emas,membeli emas atau menjadi pengedar emas fizikal skarang dengan menghubungi SMS NANA 013-9663542 segera…ilmu mesti di kongsi,kongsikan dengan rakan-rakan dengan klik SHARE pada halaman sosial anda…

Pelaburan yang terbaik...


Sejarah wang kertas dan penipuannya.....

Assalamualaikum..
sahabat sekalian,
maaf dah lama nana tak update blog nie...
banyak hal yang perlu diuruskan ..
lagi pun laptop nana hilang baru2 nie.....

Sekarang dah ade penganti dah.. hehehe
kali ini nana nak cerita mengenai asal usul WANG KERTAS...
Ramai yang masih xtahu.. bagaimana wujudnya WANG KERTAS...

BAGAIMANA WANG KERTAS WUJUD.....

Wang kertas klu dikaji asal usulnya adalah merupakan surat hutang yang mewakili jumlah emas..


Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Duit emas yang digunakan 560 sebelum masihi di Turki

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffindalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

The Creature From Jekyll Island

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atauFractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan olehSpecial Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً

“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.”
[surah an-Nisa’, ayat 76]

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.





Zimbabwe menjadi bukti kerapuhan wang fiat

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.

Duit dibakar di Jerman kerana sudah tidak bernilai

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Sumber : Milenia Muslim