">

Wednesday 22 February 2012

AWAS DENGAN SISTEM 30:70...

Salam..

Apa yang saya ingin kongsikan ini adalah mengenai sebuah syarikat emas yang semakin lama,semakin berkembang dengan cara yang salah.Malangnya,tak ramai yang tahu dan sedar modus operandi yang digunakan itu salah dan bertentangan dengan agama.Ar rahnu bukanlah perniagaan,apatah lagi peranan ia yang sebenar ialah membantu mereka yang memerlukan pinjaman,bukan memberi pinjaman kepada orang yang “TAMAK”.

Orang yang tamak ialah,yang berhutang dengan ar rahnu walaupun ia bukan sebab keperluan.Dalam Islam,kita tak dibenarkan berhutang dengan sewenang-wenangnya,sebaliknya kita haruslah elakkan selagi boleh.Lainlah kalau benar-benar terdesak,barulah boleh.Itupun kena berusaha untuk bayar hutang itu dengan segera,kalau tidak nanti,walaupun dah meninggal dunia,segala amalan tergantung kerana hutang.

Dengan Serambi Emas,katalah harga emas 100g bersamaan dengan RM20k,anda hanya sediakan 35% sahaja,iaitu dalam RM7k,selebihnya agen akan bawa anda ke ar rahnu dan pajakkan emas tersebut dan dapat pulang ke rumah dengan senang hati sebab dah dapat duit.Anda pula pulang ke rumah tanpa emas,sebaliknya bawa balik hutang sebab 65% yang dapat dari hasil pajakan dah di serahkan kepada agen Serambi Emas.Tanggung dan rancanglah sendiri bagaimana nak tebus dan bayar upah simpan di ar rahnu.Saya dan kawan-kawan peniaga emas yang lain,dah banyak tolong mangsa sistem 35:65 ini yang emasnya hendak dilelong sebab tak mampu nak bayar upah simpan dan tak mampu nak tebus.

Nasihat saya,beli emas,pastikan dapat emas,tak mampu buat cara tak mampu,beli sikit-sikit.


Petikan akhbar mengenai Serambi Emas :

Harga purata emas naik 27 peratus setahun



MEMILIKI barangan kemas menjadi impian setiap wanita, meskipun pelaburannya menelan belanja yang tinggi namun ia tetap menawarkan pulangan yang menguntungkan.


KUALA LUMPUR – Peluang melabur dalam bentuk simpanan emas tidak harus dilepaskan memandangkan ia mencatat kenaikan harga purata sebanyak 27 peratus setahun dan bakal menggandakan nilai harta pelabur.
Penasihat korporat Serambi Emas Sdn. Bhd. (Serambi Emas), Datuk Salleh Majid berkata, ini merupakan salah salah portfolio pelaburan yang menguntungkan khususnya bagi masyarakat Melayu yang masih ketinggalan daripada aspek memiliki aset kekayaan.
Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia) itu menjelaskan, cara belian emas yang menguntungkan ialah dengan menggunakan kemudahan Ar-Rahnu.
Menurutnya, kaedah itu dapat mengelakkan daripada sebarang kecurian atau unsur-unsur penipuan memandangkan ketulenan emas itu disahkan oleh pihak ketiga.

Sumber :Kosmo Online
25hb 11 2011

Persoalan yang saya merahkan :

No 1: Siapa kata simpan emas dengan menggunakan ar rahnu menguntungkan,sila tunjukkan bukti dan kira-kiranya.Hakikatnya tidak sama sekali,sebaliknya ianya hanya mengundang beban semata-mata.

No 2 : Kecurian?adakah sebab itu perlu simpan emas di ar rahnu?Penipuan?Adakah emas yang dijual syarikat lain yang ada di Malaysia ini palsu atau tidak tulen?Memang saya rasa lucu sangat dengan statement di atas ini.Kesian kepada yang dah terpedaya dan termakan kata-kata di atas

sumber:jutawangold.com

No comments:

Post a Comment