">

Sunday 12 August 2012

50 Fakta mengenai emas

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)

3.  Nombor atom untuk emas adalah 79

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi


8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.

13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.

14. Emas digunakan ia tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik


15. Emas adalah logam peralihan

16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.

19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi  hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. 1 Ounce (28.35grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.

26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.

29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

31. Warna emas tulen adalah kuning metalic

32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
Cesium, 55

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.

36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai  wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.

38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.

41. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
hitler
42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang  telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)

46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).

 *saya pernah menerima soalan berkenaan kualiti emas yang perlu digunakan untuk mengira jumlah derma dalam adat bercukur orang melayu, nilai emas yang digunakan adalah emas 916 (Rasuluallah lahir tahun 507m, dan empayar sekitar Madinah dan Mekah menggunakan wang dinar emas (22k)

48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

sumber: hargaemas.com

Senarai 77 Syarikat Pelaburan Tiada Kelulusan BNM di Malaysia

As-Salam. Ini satu lagi bahana rakyat Malaysia yang memang gemar mencari jalan mudah untuk satu penyelesaian yang ntah betul ntah tidak - iaitu menjadi kaya hampir sekelip mata. 77 syarikat telah disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai beroperasi secara tidak sah atau tiada kelulusan untuk melayakkan mereka menjadi syarikat pelaburan di Malaysia.


Antara syarikat yang disenaraikan itu ialah Arowana Ventures, Genneva Malaysia, Global Ventures Financing, Program I-Rich, Swiss Capital Venture dan Virgin Gold Mining. Untuk senarai penuh 77 syarikat pelaburan tidak sah di Malaysia, anda boleh merujuk ke laman web Bank Negara Malaysia (klik)

HH pasti ada juga di antara rakan blogger samada menjadi mangsa atau pernah dihujani oleh email berkaitan skim pelaburan syarikat-syarikat yang disenaraikan tersebut. Malah, ada juga blogger yang menjadi agen atau mempromosikan skim pelaburan berkenaan di blog masing-masing.

Maka, selepas terkeluarnya senarai ini, diharap para blogger Malaysia budiman supaya menjalankan tanggungjawab sosial untuk tidak menyiarkan iklan berkaitan. Bukan apa, takut nanti didakwa pula menjadi dalang kepada skim-skim yang tidak sah ini.

Antara jenis-jenis aktiviti yang dijalankan oleh syarikat atau individu di dalam senarai 77 syarikat pelaburan tiada kelulusan tersebut kebanyakannya berkisar kepada pelaburan emas, perniagaan mata wang asing atau menjalankan pelaburan tidak berlesen.

Kalau anda ada kemuskilan, anda boleh merujuk kepada bahagian 'Peringatan kepada Semua Penggguna Kewangan' yang terdapat di laman sesawang Bank Negara http://www.bnm.gov.my atau hubungi talian: 1-300-88-5465 atau dan e-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my



Kredit Foto: Denaihati.com 

Hadis yang menyebut tentang emas, dinar, perak dan dirham

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
"Sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk perjuangan fisabilillah, sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk seseorang hamba sahaya - lalu dapat segera merdeka, sebuah dinar yang engkau sedekahkan kepada seseorang miskin dan sebuah dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, maka yang terbesar pahalanya ialah yang engkau nafkahkan kepada keluargamu itu." (Riwayat Muslim)


Dari Abu Abdillah (ada yang mengatakan namanya itu ialah Abu Abdirrahman) iaitu Tsauban bin Bujdud, yakni hamba sahaya Rasulullah s.a.w., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
"Seutama-utama dinar yang dinafkahkan oleh seseorang lelaki ialah dinar yang dinafkahkan kepada keluarganya, dan juga dinar yang dinafkahkan kepada kenderaannya untuk berjuang fi-sabilillah dan pula yang dinafkahkan kepada sahabat-sahabatnya untuk berjuang fisabilillah juga." (Riwayat Muslim)  

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiada seorang pun yang memiliki emas dan tidak pula yang memiliki perak, lalu ia tidak menunaikan haknya

- zakatnya - dari emas dan perak itu, melainkan apabila telah tiba hari kiamat nanti dibuatkan untuknya beberapa lembaran dari api neraka lalu di-panaskanlah dalam neraka Jahanam, kemudian diseterikalah lambung, kening dan punggungnya dengan lembaran-lembaran tadi, setiap kali ia telah menjadi dingin lalu dikembalikan lagi untuknya - yakni dipanaskan dan diseterikakan lagi. Hal sedemikian itu terjadi dalam masa yang perkiraan lamanya ialah selama lima puluh ribu tahun - menurut hitungan hari dunia, sehingga diputuskanlah antara sekalian hamba Tuhan, lalu orang itu dapat mengetahui kelanjutan nasib dirinya, ada kalanya ke syurga dan ada kalanya ke neraka.".... (Muttafaq 'alaih) 

Dari Abuddarda' r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidakkah engkau semua suka kalau saya beritahukan kepadamu semua akan sebaik-baik amalanmu, juga seindah-indahnya bagi Tuhan yang Maha Merajaimu semua, serta yang tertinggi dalam derajat-derajatmu semua, bahkan lebih baik untukmu semua dari-pada menafkahkan emas dan perak, juga lebih baik untukmu semua daripada engkau semua bertemu dengan musuhmu lalu engkau tebas leher-leher mereka itu dan merekapun menebas leher-lehermu semua?" Para sahabat berkata: "Baiklah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Yaitu berzikir kepada Allah Ta'ala." (Riwayat Termidzi)

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: 

 "Para manusia ini adalah bagaikan benda logam, sebagaimana juga logam emas dan perak. Orang-orang pilihan di antara mereka di zaman Jahiliyah adalah orang-orang pilihan pula di zaman Islam, jikalau mereka menjadi pandai - dalam hal agama. Ruh-ruh itu adalah sekumpulan tentera yang berlain-lainan, maka mana yang dikenal dari golongan ruh-ruh tadi tentulah dapat menjadi rukun damai, sedang mana yang tidak dikenalinya dari golongan ruh-ruh itu tentulah berselisihan - maksudnya ruh baik berkumpulnya ialah dengan ruh baik, sedang yang buruk dengan yang buruk." (Riwayat Muslim) 

 
Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Binasalah - yakni celakalah - orang yang menjadi hambanya dinar - emas - dan dirham - perak, beludru sutera serta pakaian. Jikalau ia diberi itu relalah hatinya dan jikalau tidak diberi, maka tidaklah rela - maksudnya ialah amat sangat tamaknya. (Riwayat Bukhari)

Kisah di Sebalik Wang baru-2012

Wang baru ini boleh digunakan pada Julai 2012 sebelum Hari Raya.
Dan tahu kenapa wang baru ini dilancarkan hampir menjelang Hari raya..?
Sebabnya pada masa itu penerimaan orang ramai untuk menggunakannya
yang dianggap sebagai duit raya..
 
Bila raya mestilah semuanya nak baru baju baru, seluar baru, dan
duit raya pun nak jugak baru.
 
TETAPI,
 
Disebalik percetakan wang baru ini yang sebenarnya Kerajaan
sudah tiada duit untuk menghadapi PRU-13.

Antara sebabnya kerajaan telah banyak memberikan gula2 pada orang ramai antaranya:-
 
1 – BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia ) dimana peruntukan keseluruhan kempen
ini berjumlah RM2.6 billion.
 
2 – Melaksanakan kempen BB1M (Baucer Buku 1 Malaysia) dimana peruntukan untuk pelajar IPTA/IPTS sebanyak RM260 juta.
 
3 – Dan banyak lagi gula2 yang diberikan yang bertujuan sebagai kempen
sebelum PRU-13
 
Ini yang jelas nampak dimana duit itu pergi, yang tidak nampak itu dikira lain pula.

Akan tetapi mengapa hanya sejak akhir-akhir ini sahaja
bantuan sedemikian diberikan,.?
 
Bagi yang melihatnya dengan mata hati akan memahaminya
kerana mereka ingin terus berkuasa dalam pilihanraya yang akan
menjelang tidak lama lagi.


Pelbagai warna namun kos cetakan sama sahaja sekitar 3-4 sen

Cuma disini pernahkah anda berfikir dengan cara apakah
sebenarnya kerajaan mendapatkan wang untuk berbelanja
apatah lagi dengan mudahnya memberikan gula-gula
tersebut kepada orang ramai?

Antaranya, cetakkan wang yang bersandarkan pada hutang.
Bagaimana tuh..?
 
Begini, dengan cetakkan wang baru itu, hutang baru pun akan wujud.
Sudah jadi kebiasaan bila ada si pembuat hutang mesti ada si pembayar.
 
Bila kerajaan yang membuat hutang..siapa pulak yang membayarnya..?  Dah tentulah rakyat.
Bagaimana rakyat membayarnya..?
 
Daripada cukai2 yang terkumpul, dengan kenaikan harga barangan,
kenaikan harga bahan bakar, dan lain2.

Bila dikira hutang yang dibuat oleh kerajaan sudah mencecah
sebanyak RM605 billion dan jika dibahagikan dengan jumlah
rakyat Malaysia yang berjumlah 29.1 juta orang
purata bagi setiap seorang yang perlu menangung hutang kerajaan
hampir berjumlah RM20,790.00/seorang.
 
Jumlah ini akan bertambah daripada masa ke semasa dan hutang ini
tidak akan habis dibayar sehingga runtuhnya sistem wang kertas.

Nantikan selepas PRU-13 tidak kira Kerajaan BN menang
atau Kerajaan PR menang  kenaikan harga bahan bakar, kenaikan harga barangan keperluan
dan kenaikan kadar cukai tetap juga naik.

Disebab apa..?
 
Disebab sistem wang kertas itu membuatkan manusia terus diperhambakan dan kekayaan beredar pada golongan tertentu
Y
ang kaya akan kekal kaya dan terus bertambah kekayaannya
dan yang miskin akan kekal terperangkap dalam kemiskinan
dan akan bertambah miskin.

Bagi mereka yang melihat dengan hanya mata luaran
apa yang mereka nampak hanya wang kertas berwajah baru, cantik
dan cuba untuk mendapatkannya itu sahaja.
 
Hanya mereka yang menggunakan kedua matanya akan dapat
melihat kebenaran .

Kebenaran yang bagaimana..?
 
Kebenaran yang kita semua adalah hamba kepada sistem ciptaan Dajjal.
Dalam sistem ini kita seperti dilahirkan kedalam sebuah penjara
yang kita tidak rasa,hidu ataupun sentuh.

Sampai sudah masa kita semua bangun daripada tidur sedar tentang
realiti yang berlaku.

Untuk fahami lagi apa yang ingin saya sampaikan lihat video ini:-
http://www.youtube.com/watch?v=iBiXip0P5w8

Kredit kepada :  Pengembara Akhir Zaman (fb) & jutawangold.com

Testimoni lagi dan lagi:Kisah Benar Pengedar GCP yang Proven Success

Berikut ialah kisah benar dan pengakuan daripada seorang pengedar GCP yang sudah lama menyertai GCP.Kenapa beliau setia dengan GCP dan apa rahsia beliau konsisten dengan kejayaannya,kena BACA sampai HABIS.

Saya memulakan  perniagaan dalam  bidang  kontraktor Mekanikal dan elektrikal 12 tahun  yang lalu tanpa ada apa2 ilmu  formal tentang asas2 perniagaan. Saya mulakannya   hanya dengan minat  yang tinggi dan  keinginan yang membuak2.Apa yang saya  lakukan   adalah memberikan  beberapa tahun  awal  sbg pembelajaran  secara  terus/ praktikal dan beberapa tahun berikutnya menyusun kembali  struktur organisasi  syarikat selepas mendapat  “ilmu” dari pengalaman.. bermula dengan  tanpa modal  adalah  menyakitkan dan memerlukan kesabaran dan ketabahan  yg teguh. Saya perlu” membeli” keyakinan pelanggan  dengan harga  yg tinggi diawal pembabitan , selepas  beberapa tahun  hasilnya  tidaklah mengecewakan. Cuma  masa yg terbuang  agak banyak dari sepatutnya. 
Apa  matlamat utama saya menceburi  bidang perniagaan? Saya  gariskan  falsafahnya untuk kita  kongsikan  bersama. Saya  bina perniagaan  ini kerana : 

1- untuk  meneruskan  kelangsungan  hidup tanpa  perlu hidup meminta2
2-memenuhi keperluan masayarakat  dalam bidang  yang saya  pilih  ini  ( fardhu kifayah )
3-memenuhi  kepuasan diri  kerana  perniagaan ini adalah  “passion” dalam  hidup saya 
4- memberikan  peluang pekerjaan  pada  orang lain
5-berkongsi ilmu  dan mendidik  generasi baru   yg berminat dalam  bidang  yang sama

Berjaya di dalam  bidang  yg  diceburi sekarang,timbul minat untuk  menceburi  bidang  baru .Selepas beberapa perniagaan kurang  menjadi , emas adalah  bidang yg  menarik  minat selepas  membuat sedikit kajian dan  mendapatkan maklumat dari  rakan2 yg telah menceburinya  lebih  awal..

Menakjubkan  kerana .. saya sudah lama tahu tentang kewujudannya  Cuma baru “tersedar” tentang  keMESTIan  memilikinya ..  banyak juga syarikat2 yg menjalankan  perniagaan  berasaskan  emas .. baik MLM, direct selling , internet  system dan bermacam2 lagi  agak mengelirukan  dan kadangkala  mereka meletakkan   “yuran” yg  bukan sedikit… mungkin  menunjukkan  betapa  ekslusifnya  menjadi  peniaga/usahawan  emas ..

GCP.  Satu nama  pelik yg  disampaikan oleh sahabat yg lama  meminta  saya melibatkan diri dalam   prospek  perniagaan  baru walaupun  dia sendiri tidak menyertainya.
Saya  bertemu dengan  pemiliknya selepas membuat  temujanji  dan  dari  penerangan  ringkasnya tentang hala tuju syarikat amat menarik  minat saya  kerana .. SELARI DENGAN FALSAFAH perniagaan saya …  

Memang  setiap  perniagaan mengharap  akan berakhir dengan  keuntungan metarial  TETAPI.. mereka  mengembalikan  apa2 yg  diambil dari  masyarakat  kepada  masyarakat. Saya  kongsikan bersama anda sedikit  apa yg  mereka  TELAH LAKUKAN: 

-mereka langsung tak lupa  pada  kewajipan  berzakat. 

-mereka  sediakan  peluang2 pekerjaan  pada  masyarakat  setempat

-Mereka  sediakan  peluang untuk  merasai pahit manis dan nikmatnya menjadi   usahawan 

-mereka  sediakan  modal dalam  bentuk  barang untuk  sesiapa  yg berminat  menjadi usahawan   

-mereka sediakan  seminar2  PERCUMA untuk  usahawan2 mereka 

-mereka adakan sessi  perbincangan  PERCUMA untuk usahawan2 mereka 

-Mereka sediakan khidmat  nasihat  PERCUMA untuk usahawan2 mereka 

-Mereka  berikan promosi2 PERCUMA kepada usahawan2 mereka.. 

Dan banyak  lagi  yang  saya rasa tak patut pun  mereka sediakan  untuk  bakal usahawan  emas  kerana  dari apa  yang  saya tahu, usahawan  emas perlukan  berpuluh2 ribu untuk memulakan perniagaan emas dan saya agak kecewa kerana terlambat mendapat  maklumat tentang  mereka. 

Buat  yang berminat  untuk  menyertai  perniagaan  emas fizikal,  saya secara  peribadi  amat menggalakkan  kalian  menyertai GCP kerana  prasarana yg telah disediakan  syarikat tersebut ,anda hanya perlu  katakan 
YA pada diri anda  dan  yg lain mereka sediakan.Ambillah seberapa lama  masa  untuk  kalian  mengkaji  tentang  EMAS dan tentang  GCP, yang pasti ,  masa takkan  menunggu  kalian semua.. semoga  kalian  takkan  menyesal  dan terus mengeluh  kerana  menyesal seperti saya pernah  rasa 3 tahun  lalu .  diakhir  kata .. ingin saya nukilkan  bahawa : 

-TIDAK  BERDOSA LANGSUNG  JADI MISKIN  TAPI TIDAK HINA  MENJADI KAYA JIKA  KITA MAMPU MENCAPAINYA .

AGAMA TIDAK MENGHINA   PENGANUTNYA  YANG MISKIN TETAPI  AGAMA  MEMULIAKAN  PENGANUTNYA YANG KAYA TAPI  PEMURAH 

– KITA TIDAK TERHINA KERANA  DILAHIRKAN  MISKIN ..TAPI KITA AMAT TERHINA  JIKA  DENGAN MISKN TERSEBUT  KITA MEMINTA2  KERANA MALASNYA  BERUSAHA DAN MENGHILANGKAN   RASA HORMAT ORANG PADA AGAMA DAN BANGSA KITA

SAYA SUDAH  BANYAK  BERJAYA DAN  AKAN TERUS MENGECAP  KEJAYAAN LAGI .. ANDA  BILA LAGI? 


                                                                                                Tn Hj Khairul Azmi

 Kisah beliau juga ada tersiar di Sinar Harian Edisi Nasional pada hari Khamis 19 Julai 2012 :