">

Wednesday 8 February 2012

PENGALAMAN SAYA: TUKAR SIMPANAN WANG KERTAS KE EMAS....

Tukar Simpanan Wang Kertas Kepada Emas!

Tahun lepas.. akhir bulan 12,2011.. saya telah diberitahu oleh seorang hamba ALLAH tentang kepentingan EMAS.. lalu saya membeli dinar GCP YANG PERTAMA dalm harga rm756.. tahun nie awl bulan 2,2011.. dinar telah pow meningkat menjadi rm822... sekejap je masa berlalu dan harga terus meningkat tanpa menunggu kita pow.. peratusan  peningkatan adalah dalm 8.7% dalam 2bulan je..
 Wah... ini lagi bagus dari Tabung Haji, ASB, dan juga unit trust!

Dinar Emas atau Tabung Haji?

Sejak saya menjadi pengedar GCP.. 2BULAN lepas,selalu terfikir samada nak biarkan saving dalam Tabung Haji atau nak beli dinar emas?


Saya memang yakin melabur dengan cara beli dinar emas lebih berbaloi berbanding simpan di Tabung Haji. Dividen Tabung Haji cuma sekitar 5% setahun, tapi dinar emas, nah tengoklah perbezaan dia. Dan satu lagi, kalau simpan dinar emas, risiko inflasinya ialah 0%! Kita tak perlu takut dengan inflasi yang agak merisaukan setahun dua kebelakangan ni.

Inflasi: Antara Dinar dan Duit Kertas

Ikut pada pembacaan saya, zaman Nabi dulu, seekor kambing nilainya 1 dinar emas, tapi sekarang, nilai seekor kambing masih tetap 1 dinar emas! Wah... dinar emas tak terjejas dengan inflasi sejak 1,400 tahun lalu!

Tapi kalau duit ringgit, nilai inflasi sebenar lebih kurang 10% setahun. Bayangkan tahun 80-an dulu, duit belanja budak sekolah cuma RM0.50 - RM1.00 sehari. Tapi sekarang, RM2.00 - RM3.00 baru cukup untuk beli makanan waktu rehat! Inflasinya lebih kurang 200% dalam masa 20 tahun!

Simpan Duit Dalam Bentuk Emas Fizikal

Selepas saya join GCP, saya teruskan 'kajian' saya pasal dinar dan pelaburan emas. Saya rujuk blog  jutawangold.com,jutawanemas dan blog en mohdzulkifli.com dan juga beberapa website lain yang saya rasa boleh pakai.

Dinar (emas) tahan inflasi. Tak perlu takut pada kegawatan ekonomi. Ia tetap laku di mana sahaja seluruh dunia pada bila-bila masa kalau berlaku peperangan. Dan emas, adalah aset yang sangat mudah dicairkan, sama seperti duit juga. Pendek kata, nilai kekayaan kita tak akan tergugat kalau kita simpannya dalam bentuk dinar, atau dengan kata lain simpankannya dalam bentuk emas fizikal!

Oh, saya dah buat azam, nak tukarkan sebahagian besar simpanan 'kecemasan' kami ke dalam bentuk dinar emas.

Kelebihan Dinar

1. Penyimpan kekayaan 2. Untuk membayar zakat 3. Untuk membayar mas kahwin 4. Sebagai hadiah 5. Sebagai medium pertukaran yang sah bagi urusan jual beli.

Dinar sebagai penyimpan kekayaan. Masyarakat di seluruh dunia mengiktiraf emas sebagai simbol kekayaan, kekuasaan dan kecantikan. Emas mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri dan nilainya tidak mungkin menjadi sifar. Selain itu, sifatnya yang cantik, sukar ditemui dan unik menyebabkan manusia menghargai emas. Sejarah membuktikan bahawa emas merupakan penyimpan nilai terunggul apabila wang kertas mengalami kemerosotan nilai. Dengan menyimpan sebahagian daripada aset anda di dalam bentuk emas, anda mempunyai insurans untuk melindungi kekayaan anda.

Untuk membayar zakat. Sejak awal lagi, zakat dibayar menggunakan dinar dan dirham. Pembayaran zakat tidak pernah menggunakan wang kertas sehinggalah kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.
Ini kerana zakat perlu dibayar menggunakan aset yang nyata, di dalam Bahasa Arab dipanggil "ain". Zakat tidak boleh dibayar dengan janji untuk membayar (atau hutang, di dalam bahasa Arab dipanggil "dayn".
Dinar dan dirham adalah termasuk dalam kategori 'ain' manakala wang kertas pula termasuk di dalam kategori 'dayn'.
Wang kertas dipanggil 'fulus' kerana ia hanya mewakili wang dan ia tidak mempunyai nilai sebagai barangan.
Oleh yang demikian, adalah penting bagi umat Islam untuk beralih kepada dinar dan dirham sebagai medium pembayaran zakat.
Sumber: 1. http://www.mezquitadegranada.com/zakat/index.html

Untuk membayar mas kahwin. Mas kahwin ialah dibayar oleh seorang suami kepada bakal isterinya. Ianya dibayar kepada isteri sebagai tanda menghormatinya dan juga menunjukkan kesungguhan mengahwininya seta tidak sewenang-wenangnya memasuki kontrak perkahwinan tanpa rasa tanggungjawab di pihaknya.
Di Malaysia misalnya, salah seorang artis popular yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin ialah M Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa. Mas kahwin mereka ialah 13 dinar.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di sini: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0903&pub=utusan_malaysia&sec=hiburan&pg=et_02.htm&arc=hive&arc=hive

Dinar sebagai hadiah. Memandangkan emas mempunyai sifat cantik, sukar diperoleh dan mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri, ia amat sesuai diberikan sebagai hadiah. Ini kerana emas begitu dihargai oleh manusia. Sebab itu kita boleh lihat generasi tua mewariskan barangan kemas kepada generasi muda, contohnya subang, rantai, gelang cincin dan sebagainya.

Sebagai medium pertukaran yang sah bagi urusan jual beli. Emas ialah wang yang terunggul. Kenapa? Kerana ia memenuhi ciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagikan, mudah dibawa, diterima oleh seluruh manusia dan tidak boleh dimusnahkan.
Sejak 3000 tahun emas telah digunakan sebagai wang oleh manusia (syiling emas pertama ditempa di Lydia kira-kira 700 tahun SM). Fungsi emas yang utama telah dikenal pasti sebagai medium pertukaran yang unggul. Sejarah wang kertas dan logam murah yang tidak disandarkan kepada emas dan perak cuma bermula kira-kira 4o tahun (1970 sehingga sekarang)

Masalah Nak Dapatkan, dan Tempat Simpan

Tapi masalahnya ialah;
  1. Kat mana nak beli dinar di TRG ni? Takkan nak beli di NILAI, lepas tu bawa balik ke TRG? Nanti kena rompak tengah jalan... huh... risiko tu...
  2. Macam mana cara nak beli dinar? Katanya, stok Dinar GCP selalu habis macam pisang panas? Kalau nak beli, kena telefon dulu. Uh... susah tu.. takkan nak pesan orang lain tolong belikan.
  3. Kat mana nak simpan? Kalau simpan kat rumah, wah... risikonya tinggi. Nanti jadi sasaran perompak pulak. Kalau tak pun, takut terlupa letak kat mana-mana. Aduh...
 TAK PERLU BIMBANG..

1.Kat sini anda bleh tahu bagaimana cara simpan yang selamat
http://jutawangcp.blogspot.com/2012/02/cara-simpan-emas-dengan-selamat.html
 2.bagaimana nak dapatkan DINAR.. -- dapatkan melalui agen2 yang berdaftar
 3.penghantaran melalui kurier- FREE POS

Duit Kertas Tiada Nilai Sebenar

Hati saya makin tak senang. Takut duit simpanan dimakan inflasi. Dividen Tabung Haji cuma 5%, tapi kadar inflasi 10% setahun. Makin tahun, makin menyusut nilai simpanan saya. Makin rendah kuasa belinya. Dan bila fikir jauh lagi, kalau berlaku peperangan, duit kertas dah tak bernilai satu sen pun macam kes mentua YB Husam Musa di blog beliau di sini.

"Saya teringat Gemulah ayah mertua saya, dia pernah menceritakan kepada saya yang ketika Jepun mendarat di Sabak, dia berumur 14 tahun. Dia sudah tidak bersekolah, kerana dia tak naik-naik kelas, terpaksa mengulangi kelas satu untuk 3 tahun berturut-turut. Dia meminta modal dari emaknya untuk memulakan perniagaan, emaknya telah memberi dia sekeping emas pound duit Amerika yang sudah diikat menjadi kancing baju. Dia jual kancing baju itu dan memulakan perniagaan menggunakan perahu di sungai Kelantan. Dia mula-mulanya berniaga budu. Perniagaannya berkembang, di akhir pemerentahan Jepun dia sudah berniaga macam-macam termasuklah atap dan balak di sepanjang Sungai Kelantan. Di waktu pemerentahan Jepun ini, antara teman yang ditemui di Kota Bharu ialah Almarhum Raja Perlis, baginda ketika itu berniaga manisan (gula melaka) menggunakan basikal.

Apabila Jepun menyerah kalah, dia memiliki berguni-guni duit gambar pohon pisang yang dikeluarkan oleh pihak Jepun di sini. Duit itu sudah tidak laku lagi. Hanya layak dibuang di umbi pisang. Dia jatuh miskin sekali lagi.

Ayah mertua saya sempat mengalami dua kali kejatuhan pemerentahan, pemerentah British dan Jepun. Walaupun kuasa barat kalah di Semenajung, tetapi duit pound Amerika tetap laku, kerana ianya emas. Kali kedua duit Jepun tidak laku langsung selepas kejatuhan Jepun; kerana ianya kertas." - YB Husam

Sempena Tahun Baru 2012,

Syukur, alhamdulillah.Semua persoalan saya tentang dinar dan pelaburan emas fizikal dikira selesai. Saya dah dapat jalan keluarnya. Puji-pujian bagi Allah.

Sekarang, saya tukarkan sebahagian besar (lebih kurang 80%)
Kalau sahabat-sahabat nak buat benda yang sama,Sedikit pemerhatian saya: Untuk 'pelaburan', tak semestinya simpan dalam bentuk dinar emas (emas 999.9), tapi boleh juga disimpan dalam bentuk jongkong emas (emas 999), barang kemas 999.9/916 tapi barang kemas mengalami susut nilai dalm 15%..

No comments:

Post a Comment