">

Saturday 4 February 2012

PELABURAN DALAM JONGKONG EMAS MERUGIKAN???


Berikut adalah petikan surat pembaca di Utusan Malaysia baru -baru ini.Dan dibawah ialah respon di akhbar yang sama beberapa hari kemudian.Bawah sekali ada respon saya terhadap isu ini.

TSURI
Kajang, Selangor
SAYA ialah antara mereka yang memilih untuk melabur dalam jongkong emas melalui pembelian emas tulen 999.99.
Atas nasihat seorang kawan, saya bersetuju dengan harapan membuat pelaburan dalam emas tulen sebegini menjamin keuntungan lumayan dan lebih selamat kerana harga emas dikatakan terus stabil dan dijangka meningkat walaupun berdepan dengan suasana ekonomi yang suram.
Selain daripada tidak banyak maklumat yang diketahui dalam perkara jual beli jongkong emas, saya juga termakan dengan pemikiran bahawa tidak ramai orang Melayu melabur dalam jongkong emas kerana orang Melayu lebih berminat membeli barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti emas 916 misalnya.
Isunya di sini yang menimbulkan persoalan dan kejutan kepada saya ialah ketika saya ke tempat ‘A’ untuk menjual balik ketulan emas di sana iaitu sebuah kedai emas terkemuka yang tidak perlu disebutkan nama demi menjaga reputasinya.
Saya terkedu apabila pekerja yang berurusan dengan saya menyatakan harga bagi jual balik adalah RM15,400 untuk 100 gram emas.
Sementara itu, harga untuk membeli pula adalah RM18,000 untuk 100 gram sedangkan pada masa itu harga emas di pasaran semasa adalah RM19,800.
Ekoran peristiwa ini saya rasa seperti ditipu dan sangat terkilan kerana untung lumayan dibayangkan tersasar jauh. Sebaliknya, kerugian yang bakal ditanggung jika saya meneruskan niat untuk menjual emas pada hari itu.
Melalui ruangan ini, saya berharap pihak berwajib seperti Kementerian Kewangan dan Bank Negara serta pihak berkuasa lain dapat memberi penjelasan dan garis panduan pelaburan emas bagi menjaga kepentingan awam dan peniaga tidak sewenang-wenangnya mengaut keuntungan.
Sumber :Utusan Malaysia ,30/01/2012

Respon terhadap surat ini :

Hati-hati pilih ejen pelaburan emas

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Orang ramai diingatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih ejen sebelum membuat sebarang pelaburan melibatkan jongkong emas.
Profesor Ekonomi, Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Amir Baharuddin berkata, perkara itu penting bagi mengelakkan pelabur menjadi mangsa penipuan ejen yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, orang ramai harus berhati-hati dan menyelidik terlebih dahulu latar belakang ejen dan memastikan ejen tersebut berdaftar serta bertauliah.
“Harus diingat ada ejen yang mengambil untung atas angin, jadi adalah lebih baik sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkaitan sebelum bersetuju untuk membuat pelaburan.
“Jangan mudah percaya dengan kata-kata ejen yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas rintihan pengadu dikenali Tsuri di dalam ruangan Forum Utusan Malaysia semalam yang merasakan dirinya tertipu selepas cuba menjual semula ketulan emas miliknya di sebuah kedai dengan harga yang lebih rendah daripada harga belian dan semasa.
Tambahnya, adalah lebih baik sekiranya pelaburan emas itu dijadikan pelaburan jangka panjang dan bukannya untuk pelaburan jangka pendek.
Sementara itu, Profesor Kewangan dan Perbankan di Kolej Perniagaan, UUM, Prof. Dr. Norhayati Ahmad menegaskan orang ramai perlu meneliti dan mengkaji pelaburan emas yang ingin disertai.
Katanya, sebelum membuat pelaburan, orang ramai haruslah mempersiapkan diri dengan mendapatkan pengetahuan berkenaan selok-belok pelaburan.
“Dengan adanya pengetahuan, ia sedikit sebanyak membantu dalam membuat keputusan dan mengelakkan diri daripada ditipu.
“Oleh itu, sebaiknya sebelum membuat sebarang keputusan kita sudah memiliki pengetahuan secukupnya berkenaan dengan pelaburan yang ingin kita sertai dan orang di dalamnya,” katanya.
Oleh AZHARI ZAINOODDIN
pengarang@utusan.com.my


Apa kata otai2 emas:
1.Tsuri membeli emas di kedai emas (boleh agak kedai emas mana yang dimaksudkan) sewaktu harga mahal.Hakikat yang perlu diketahui,hampir 90% kedai emas di Malaysia menjual emas dengan harga yang lebih mahal dari  syarikat pengeluar emas fizikal.Ramai yang tidak tahu dan tidak berusaha untuk ambil tahu.Sedangkan ,jika dicari info dari internet,memang agak banyak blog tentang emas sekarang dan banyak memberi maklumat mengenai trend menyimpan emas jongkong yang Tsuri maksudkan.
2.Tsuri bertindak membuat pelaburan/simpanan emas tanpa ilmu yang cukup.Amatlah tidak wajar menyalahkan kedai emas tersebut,kerana beliau yang kurang membuat kajian berkenaan pelaburan yang hendak dibuat.
3.Dari satu sudut,mungkin bagus juga pendedahan ini kerana dapat menyedarkan sesetengah pihak yang suka membeli emas jongkong di kedai emas yang mana lebih mahal dari yang ditawarkan oleh syarikat emas fizikal,contohnya seperi syarikat  Gold Crest Pavilion (GCP)
4.Saranan yang diberi  amat bagus kerana meminta orang seperti Tsuri lebih berhati-hati memilih ejen kerana ramai ejen yang hanya mementingkan keuntungan peribadi tanpa memberi info yang tepat kepada pelabur/penyimpan emas.Tetapi sebagai pelabur/penyimpan Tsuri sepatutnya mencari ilmu pengetahuan dulu dalam bidang pelaburan yang hendak disertainya.Simpanan emas juga digalakkan untuk jangka masa panjang,bukan beli hari ini dan jual esok lusa,bulan depan atau tahun hadapan.Kecuali anda mempunyai sebab untuk berbuat demikian.
5. Berhubunglah dengan agen yang bukan sekadar jual emas tetapi juga berkongsi info berkaitan simpanan emas.Ini memudahkan anda untuk merujuk jika ada sebarang persoalan dan satu lagi cuba pastikan agen tersebut sedia membeli balik jika anda ingin menjual semula atau sekurang-kurangnya bersedia untuk membantu anda menjual semula.
Mahukan info yang lebih,update bersama saya,peniaga emas dan peminat emas yang lain di fb @ ANJUNG EMAS...

Sila rujuk sendiri harga emas di kedai emas dan di GCP:
Harga kedai emas :http://www.fgjam.org.my/
Harga GCP                :http://gcp.com.my/


sumber:jutawangold

No comments:

Post a Comment