">

Tuesday 28 February 2012

CHINA: Ke Arah Mata Wang Bersandarkan Emas

Dalam keadaan dunia mengalami krisis ekonomi, semua orang sedang melihat apakah yang sedang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dunia untuk membaiki keadaan. Dengan masalah yang menimpa-nimpa berlaku di Eropah, dan Amerika yang juga sedang bergelut dengan masalah mereka sendiri, apakah alternatif jalan keluar yang paling bagus?

China ada jawapannya.
 
Setelah 3 dekad (semenjak tahun 1978 - Reformasi China) China mengalami tumbesaran ekonomi yang drastik dan tidak hairanlah sekiranya jumlah eksport melebihi jumlah importnya. Disebabkan perkara ini, China telah mengumpul banyak matawang dolar US. Lebih besar daripada keseluruhan mata wang dolar di US sendiri sebelum krisis kewangan berlaku dahulu. Macam mana perkara ini boleh berlaku?

 Mudah sahaja, di China, setiap dolar Amerika yang dibawa masuk ke negara itu akan dimasukkan ke People’s Bank of China (PBOC). Sebagai ganti, mereka yang membawa masuk akan diberi matawang RMB. Rakyat bekerja kuat, kerajaan menyimpan semua duit (Dollar).

Memang pada mulanya kadar kemasukan dolar Amerika tidak begitu besar kerana dagangan antara kedua-dua negara tersebut yang masih lagi kecil. Sebagai contoh pada tahun 1980, rezab matawang asing Cina hanya berada pada USD 2.5 Billion. Namun selepas itu, kenaikan rezab ini bertambah setiap tahun dan sekarang berada pada kedudukan USD 3,250 Billion atau USD 3.25 Trillion! Itu ialah kenaikan sebanyak 127,900%!  Lihat graf di bawah:



Apa yang mereka boleh dan telah buat dengan duit sebanyak itu?
 
Mereka telah membeli sekuriti Kerajaan Amerika (bon, T-Bills) sehingga menjangkau ke 2/3 dari simpanan mereka. Begitu juga pembelian sekuriti kerajaan negara-negara Eropah. Kesemua pembelian ini tidak memberikan faedah kepada China kerana mana-mana matawang di dunia sekarang ini mempunyai hampir 0% faedah penyimpanan. Menjualnya pula bukan satu pilihan yang baik. kerana ia akan menyebabkan penurunan nilai yang ketara. Ia seperti seolah-olah membeli 20 rumah sederet, dan kemudian cuba menjual 10 daripadanya serentak. Mereka juga telah cuba untuk membeli stok di US. Tetapi, ia juga tidak menjadi selepas pembelian saham ke atas syarikat-syarikat di US pasca tahun 2007 hampir kesemuanya rugi. Sebagai contoh, Blackstone Group (syarikat pelaburan) dan Morgan Stanley yang masing-masing telah dibeli kepentingan mereka sebanyak 10%, mengalami kerugian 46% dan 70% semenjak dari tahun 2007.

Disebabkan perkara ini, mereka telah menerima banyak kritikan daripada rakyat mereka sendiri. Sehingga badan yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia kegiatan ini, State Administration of Foreign Exchange (SAFE), telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut “SAFE will never be a speculator. It mainly seeks to protect the safety of China’s foreign exchange reserves and ensure a stable investment return”

Kalau sekiranya China tidak lagi mahu membeli saham dan satu-satunya masalah mereka ialah kenaikan harga disebabkan inflasi, apa yang anda rasa yang mereka patut lakukan untuk “hedge” risiko tersebut? Ya! Mereka membeli emas! Emas yang sangat,sangat banyak!

Seperti satu maklumat sulit yang dikirim daripada pejabat kedutaan US di China ke Washington yang telah “dibocorkan” di Wikileaks pada tahun lepas berbunyi “China's gold reserves have recently increased. Currently, the majority of its gold reserves have been located in the U.S. and European countries. The U.S. and Europe have always suppressed the rising price of gold. [The U.S. and Europe] intend to weaken gold's function as an international reserve currency. They don't want to see other countries turning to gold reserves instead of the U.S. dollar or euro.Therefore, suppressing the price of gold is very beneficial for the U.S. in maintaining the U.S. dollar's role as the international reserve currency. China's increased gold reserves will thus act as a model and lead other countries towards reserving more gold. Large gold reserves are also beneficial in promoting the internationalization of the RMB [China's currency]."

China kini semakin jelas akan objektif mereka. Dengan rezab tunai yang mereka ada, China boleh menjadi kuasa dunia yang baru sekiranya dilakukan dengan betul. Suatu ketika dahulu China pernah menjadikan perak sebagai teras matawang mereka namun telah diperkotak-katikkan oleh Amerika dan negara-negara barat yang lain. Kali ini, ia tidak akan berlaku lagi. Dengan strategi pengumpulan emas secara senyap-senyap yang telah dilakukan semenjak 10 tahun lalu telah menyebabkan China menjadi negara ke 6 yang mempunyai rezab emas terbanyak di dunia. Satu-satunya cara untuk menjadi kuasa ekonomi dunia yang unggul ialah dengan menjadikan emas sebagai sandaran matawang RMB, dan ituah yang kini sedang dilakukan. Rezab emas berbanding rezab US Dolar di China hanya kira-kira berada pada tahap 2%, dan masih terlalu panjang masa dan banyak emas yang perlu dikumpulkan. Seperti yang disebut oleh pakar sejarah ekonomi, Richard Russell “China wants the RMB to be backed with huge percentage of gold, thereby making the RMB the world’s best and most trusted currency”. Dengan hampir kesemua negara-negara di dunia mencetak duit tanpa apa-apa sandaran dan dengan janji-janji kosong, China akan muncul menjadi negara yang paling digeruni dengan menjadikan emas dan perak sebagai sandaran matawang RMBnya.

China kini telah tidak membenarkan walaupun satu gram emas keluar dari negaranya. Ia telah membeli syarikat perlombongan emas merata-rata tempat dengan nama “alias” dan telah membawa hasil emas tersebut balik. Sebagai contoh, syarikat kerajaan Shandong Gold Corp (syarikat pengeluar emas kedua terbesar China) telah membuat tawaran pembelian Jaguar Mining sebanyak USD 1 Billion Tunai! 77% lebih tinggi dari nilai syarikat tersebut di pasaran. Sebelum itu Zijin Mining Group (pengeluar emas terbesar China) telah berbelanja hampir USD 1.6Billion setahun untuk tujuan pembelian dan pemilikan syarikat-syarikat pengeluar emas lain seperti pembelian pada tahun lepas, sebanyak 17% kepentingan syarikat Australia Norton Gold Field dan 60% saham dari syarikat  Altynken telah dibeli. 

Bangunan PAGE
Tetapi ini hanyalah sebahagian berita yang mereka “war-warkan” untuk pengetahuan ramai. Pembelian secara terbuka oleh China akan menyebabkan lonjakan harga yang melampau dan ini akan menjadikan kos pembelian mereka menjadi tinggi. China tidak mahu perkara itu berlaku dan mengambil langkah untuk merahsiakan pembelian mereka. Tetapi, sampai bila? China mungkin juga telah pun mempunyai simpanan emas terbesar dunia dengan emas yang berada di bumi di dalam penguasaan mereka. Walaupun begitu, hanya mempunyai rezab yang tinggi, tidak memungkinkan mereka untuk mengawal harga emas. Seterusnya mereka memerlukan sebuah “Exchange” atau Bursa Emas. Kini ia dikawal oleh London Fixing dan juga COMEX di New York. Pada bulan 6 tahun ini, mereka akan menubuhkan Pan Asian Gold Exchange (PAGE). Ia bertujuan untuk menjadikan harga emas menjadi lebih stabil dan tidak mudah dimanupilasi oleh bank-bank bullion seperti yang berlaku sekarang.

Jadi, soalah cepu emas kali ini, apakah pula yang akan anda lakukan setelah mengetahui berita mengenai perkara ini? Kami ucapkan selamat maju jaya dengan pelaburan anda. 

sumber: nubexblog.blogspot.com

No comments:

Post a Comment