">

Monday 6 February 2012

Virgin Gold Mining Corporation VGMC adalah Scam:Dulu,Kini dan Selamanya





Tak sudah-sudah kerjanya menipu orang. Masih ingatkah lagi artikel tentang pembongkaran scam island red cafe malaysia. Sebelum itu terima kasih diucapkan kepada penghantar emel antivirgingold yang telah berkongsi maklumat terbaru ini. Yang saya kasihankan di sini golongan pelajar yang kabur mata bila mendengar janji manis untuk cepat kaya. Nak tahu kisah selanjutnya?
Setelah LifeStyle World Card telah gagal dalam cubaan sebelum ini (dalam pada masa yang sama ramai yang telah menjadi mangsa), pengarah Lifestyle World Card telah mempromosi SCAM TERBARU : Virgin Gold Mining, dengan beraninya menggunakan nama Bank Negara dan Islam.
  • Kononnya : Diiktiraf oleh sistem kewangan Malaysia di mana Bank Negara sendiri memainkan peranan besar dalam menyedarkan kepentingan pelaburan emas ini kepada orang ramai.
  • Sudah tentu ianya sah di sisi undang-undang dan juga halal dari segi Hukum Syariah
Bank Negara dan Securities Commission Malaysia (SC) menyatakan bahawa Virgin Gold Mining adalah didapati mirip dengan Swisscash dan mereka akan mengambil tindakan terhadap semua individu yang terlibat sama dalam yang mempromosi skim cepat kaya seperti Virgin Gold Mining, terutamanya leader yang telah blacklist dalam swisscash. Sekarang, mereka telah senarai hitam Virgin Gold Mining dalam Alert List (klik gambar) untuk paparan yang lebih jelas).

Berikut adalah sebagian isi kandungan emel yang dihantar oleh Securities Commission Malaysia (SC)  mengenai penipuan Virgin Gold Mining ini :
Tuan,
Sila ambil maklum bahawa syarikat Virgin Gold Mining Corporation tidak diiktiraf dan tidak diluluskan di bawah undang-undang sekuriti untuk menjalankan urus niaga pasaran sekuriti, pasaran niaga hadapan, urusniaga kontrak hadapan, termasuk memberi nasihat pelaburan atau/dan perkhidmatan pengurusan dana atau yang berkaitan dengan pasaran sekuriti atau pasaran niaga hadapan di Malaysia.
Pihak tuan adalah dinasihatkan supaya jangan melibatkan diri dalam mana-mana urus niaga syarikat tersebut. Pihak kami juga menggalakkan tuan memberikan kami maklumat lanjut berkaitan syarikat ini.
Para pelabur diingatkan supaya sentiasa mengambil tanggungjawab atas keputusan-keputusan pelaburan sendiri dan memberi pertimbangan yang sewajarnya sebelum melabur. Ini termasuk mengesahkan sama ada syarikat atau individu terbabit dilesenkan oleh pengawal selia yang sewajarnya bagi aktiviti yang dijalankan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Di mana aktiviti atau perkhidmatan tersebut membabitkan sekuriti, nasihat pelaburan atau pengurusan dana dalam sekuriti di Malaysia, tuan hendaklah mengesahkan status pelesenan atau kelulusan daripada pihak SC.
Pihak tuan juga boleh melawati laman web kami di www.sc.com.my untuk Senarai Laman Web/Produk Pelaburan/Syarikat Yang Tidak Diiktiraf SC (Virgin Gold Mining Corporation salah satu syarikat  di dalam Alert List SC) maklumat lanjut mengenai Pengantara Berlesen kami dan maklumat lain berkaitan kawal selia pihak SC.
Sekiranya tuan memerlukan apa-apa penjelasan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan di talian 03-62048999.

Yang benar,
Sekian, terima kasih.
Suhani Selamat
Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Jadi untuk mengelakkan lebih ramai lebih banyak lagi mangsa lain yang terlibat dan tertipu oleh skim cepat kaya seperti Virgin Gold Mining itu, di harap pembaca semua dapat memaklumkan kepada seberapa ramai rakan-rakan Facebook anda.
P/S : Penipuan berterusan dengan bersama-sama Virgin Gold Mining pula.
by Staff Berita Semasa on May 6, 2010


sumber :beritasemasa.com

Antara hakikat dan penipuan…






Adakah VGMC sebuah syarikat yang  berdaftar?
Jawapannya YA.Ia didaftarkan dibwh Panama Corporation And Foundation di lubuk negara bebas cukai Panama.
www.panama-offshore-services.com
Ianya disahkan oleh lawyer sykt ini
http://www.justanswer.com/law/5o6p3-vgmc-com-scam.html

1st kita fikir blk knpa kenneth tk daftar atas nama dia sndr di Panama.ini utk membolehkan dia lari klu berlaku apa2.sbb itu kena cari seekor kambing hitam yg diberi imbuhan utk utk urusan pendaftaran ini.knpa scammer2 …memilih Panama…1st tmpt tu syurga utk lari dr cukai.2nd…klu dibawa ke muka pengadilan sekalipun…si Gerasimo plng kuat kena bayar denda aje.kelemahan undang2 disanalah diguna sepenuhnya oleh scammer2 seluruh dunia.sbb itu Gerasimo berani jd director beratus2 sykt yg sume modus operandinya scam.
Tak ada 1 sykt /firma/institusi didunia yg sah mampu tawarkan dividen 10% SEBULAN bkn setahun melainkan sykt itu mnjlnkn skim ponzi.Ini yg dibahaskan di bnyk forum.

Siapa Presiden VGMC ini?
President syarikat ini adalah Kenneth Elinger yg merangkap PRESIDEN,CEO dan jg VICE PRESIDENT OF FINANCE.Tu dia 3 jawatan sekali dia sapu.Si Kenneth ni plak ada affair dgn Gerasimo Samudio.Sapa dia ni…dia ni President,Secretary n Treasurer dlm Panama Corporation And Foundation.Bapak kepala besar scammer di Panama sana.Ni list sykt yg dia selaku proxy besar di sana.
http://ohuiginn.net/panama/person/GERASIMO%20SAMUDIO


Mereka menawarkn share yg dinamakn Convertible Preferred Stocks (CPS) dan menjanjikn pulangan 10% setiap bulan sbg dividen.PNB,Tabung Haji,KPF pun bg dividen setahun sekali aje.Tu menatang apa yg mrka jaja ni…ha tu kena refer dgn ni dulu US Securities Ang Exchange Commission apa itu “preIPO”
Nombor 1
http://www.sec.gov/investor/alerts/pre-ipo.htm


Nombor 2
http://www.sec.gov/investor/pubs/preipo.htm


Mereka katakan Panama tu HQ office shja,lombong kat Afrika Selatan…hah ni dia list sykt perlombongan di seluruh dunia.Yg mana 1 lombong milik VGMC tu hehehehehe
http://www.24hgold.com/english/listcompanies.aspx?fundamental=true


Kalau VGMC ni legal,nama syarikat ni tk masuk dlm list ni
http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=579&menuid=685&newsid&linkid&type#v


Bukan kerajaan Malaysia aje yg tdk mngiktiraf VGMC ni.Di Singapore pun mereka kena banned juga
http://www.moneysense.gov.sg/check_our_list/Consumer_Portal_IAL.html#v
Ini belum kupas dari aspek halal haram lagi.Eloklah merujuk dengan yang lebih arif.Selalu kita dengar “ustaz dan ustazah pun join”-apa ingat semua ustaz ustazah masuk syurga ke?Apa yang mereka buat tak semestinya betul!
Hati-hati kerana pelabur VGMC sedang hangat mencari mangsa-mangsa baru dari dulu dan kini..jangan sampai anda menjadi mangsa scam yang seterusnya.Jauhi skim ponzi,kerana ada yang akan menangis kemudian hari bila skim ponzi tumbang,sedangkan anda mungkin dah untung…atau mungkin juga akan rugi.

Tak percaya?Percayalah

Kredit to :Haniz Zerstoren
sumber: Jutawangold.com


No comments:

Post a Comment