">

Wednesday 30 January 2013

Harga Emas Naik Akhir Bulan Februari 2013




Kuala Lumpur – Spekulasi bahawa kerajaan India mungkin meningkatkan duti import ke atas emas kepada enam peratus pada tahun ini dijangka mendorong permintaan untuk komoditi itu.
Persekutuan Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia, Ermin D.M. Siow berkata, harga emas semasa ialah di antara AS$1,650 (RM4,971.45) satu auns dan boleh mencecah AS$1,800 (RM5423.40) satu auns pada tahun ini.
“Sesungguhnya ia sedikit rendah daripada harga pada 2011 yang mana harga emas mencecah AS$1,920 (RM5784.96) satu auns, ia masih stabil dan dijangka meningkat lebih tinggi,” katanya kepada Bernama di sini semalam.
Siow menjangkakan harga emas akan mula meningkat menjelang akhir Februari atau awal Mac.
“Terdapat pelbagai punca kepada trend ini. Salah satunya ialah pelabur akan meningkatkan simpanan mereka untuk mengambil peluang daripada harga rendah, sebelum kerajaan India membuat apa-apa pengumuman mengenai duti import.
“Memandangkan Tahun Baru Cina akan disambut pada Februari, banyak peniaga akan mula membeli untuk meningkatkan inventori mereka yang akan mendorong permintaan fizikal untuk emas,” katanya.
Tambah beliau, selain barangan kemas, pembeli juga membeli komoditi itu sebagai alat pelaburan.
“Dengan ketidaktentuan dalam ekonomi global dan langkah oleh Bank Pusat untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah, orang ramai tidak lagi menyimpan duit mereka di bank,” tambahnya beliau. – akhbar KOSMO

LIKE
 Kedai emas online# Tanpa Kos Upah

Friday 11 January 2013

SIRI SAHABAT NABI: SI ABDUL RAHMAN YANG TAK NAK KAYA!

Di dalam dunia hari ini, kita sering teruja apabila didedahkan dengan barisan manusia terkaya di dunia. Harta kekayaan mereka mencecah jutaan dollar Amerika bukan lagi Ringgit Malaysia. Bahkan ada yang tidak terhitung lagi banyaknya. Hidup mereka pula disaluti kemewahan dunia yang amat berkilauan dan mereka menjadi idola kepada ramai orang lain. Kayanya mereka, sehinggakan ada sesetengahnya membina rumah bagaikan istana di kayangan dan deretan rumah lain sebagai istana hinggapan. Kayanya mereka, sehingga mampu membeli jet peribadi sendiri, yang membolehkan mereka terbang dengan pantas ke sana ke mari. Kereta mewah mereka jangan dihitung lagi, pakaian mereka pula pastinya daripada butik tersohor jahitan tukang ternama. Pendek kata, mereka menikmati hidup di atas dunia ini semahu-mahunya.

Namun, pernahkah kita terfikir atau diajak berfikir, kenapa ada manusia yang kaya dan mereka dikayakan lagi oleh Allah SWT di atas dunia ini. Bahkan, sesetengah daripada mereka yang kaya itu, sudah menjadi terlalu kaya. Tanpa menyangkal bahawa ada manusia kaya yang lupa daratan; namun ada yang menjadi makin akrab dengan Allah SWT dengan kekayaannya. Maka, dalam kesempatan ini kita akan melihat sepintas lalu sejarah seorang lelaki yang dicatat sebagai antara manusia berjaya dan terkaya pada zaman Rasulullah SAW.

Ya, mungkin kita pernah terdengar, kisah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Saiyidina Abdul Rahman bin ‘Auf r.a, yang sangat kaya. Sebenarnya, Abdul Rahman bin ‘Auf bukan terkenal kerana kekayaannya; tetapi kerana kemurahan hatinya. Beliau tercatat di dalam sejarah sebagai orang kaya yang sangat merendah diri dan tidak berhidung tinggi. Semasa berhijrah dari Kota Mekah ke Madinah, Abdul Rahman dipaksa meninggalkan kesemua harta kekayaannya di Mekah jika tegar mahu bersama nabi. Setibanya di Madinah, beliau telah dipersaudarakan oleh Rasulullah s.a.w dengan Saiyidina Sa’ad bin Rabi’, seorang lelaki daripada kaum Ansar yang kaya dan baik hati. Sa’ad menawarkan harta dan isterinya kepada Abdul Rahman. Namun Abdul Rahman memilih untuk mendapatkan sedikit dinar daripada Sa’ad dan diminta agar ditunjukkan pasar.

Kehadiran Abdul Rahman bin ‘Auf di pasar Madinah menggoncang kedudukan para pedagang Yahudi yang terkenal suka membelit, mengeksploitasi dan mengenakan riba kepada pembeli. Monopoli mereka dipecahkan. Akhirnya dalam sekelip mata Abdul Rahman menjadi pedagang yang kaya. Ada ungkapan menyatakan, jika Abdul Rahman mengambil segenggam pasir di bumi dan dilontarkannya kembali, maka ia bertukar menjadi emas. Begitulah orang menggambarkan kehebatan Abdul Rahman dalam dunia perniagaan.

Hakikatnya, Abdul Rahman dibantu Allah agar menjadi manusia yang kaya. Beliau memang pedagang yang cerdik; namun yang paling utama beliau dibantu Allah agar kekal berjaya. Kombinasi kecerdikan dalam berniaga ditambah dengan pertolongan daripada Allah s.w.t, maka jadilah satu formula kejayaan yang tidak dapat ditahan-tahan oleh sesiapa juga. Dikhabarkan, Abdul Rahman jika berniaga unta maka beliau akan menjual unta berkenaan pada harta beliannya. Maka, ramailah manusia yang datang kepadanya. Namun, Abdul Rahman mengenakan harga yang berbeza-beza pada tali pengikat kuda berdasarkan jenis dan kualitinya. Dalam istilah perniagaan, Abdul Rahman mengaplikasikan kaedah ‘lost leader’, iaitu rugi sedikit tidak mengapa untuk untung banyak pula akhirnya. Konsep inilah yang banyak diamalkan oleh para peniaga pada hari ini.

Persoalannya, kenapa Allah s.w.t membantu Abdul Rahman? Ya, ini kerana kekayaannya menjadikan dia lebih tunduk dan tawadhuk kepada Allah s.w.t. Pernah digambarkan bagaimana Abdul Rahman enggan menjual buah tamar yang baharu dipetik. Beliau enggan menjualnya kerana beranggapan, jika dijual maka makin bertambahlah kekayaan dirinya. Namun, akhirnya buah tamar yang sudah kering dijemur mentari secara alami itulah, dicari-cari oleh seorang saudagar yang lain. Akhirnya, buah tamar kering itu laku juga dan mahal pula harganya.

Dalam satu kisah lain, beliau pernah bersedekah dengan jumlah 40 ribu dinar dalam satu masa, bahkan pernah menyerahkan 500 ekor unta berserta 500 ekor kuda perang bagi kegunaan tentera Islam lewat Peperangan Tabuk. Kerendahan hati beliau turut tergambar apabila Abdul Rahman menitiskan air mata saat menjamu tetamunya. Apabila ditanya, beliau menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW telah wafat sedang nabi dan keluarganya tidak pernah merasai nikmat kekenyangan dengan roti gandum.

Tawadhuknya Abdul Rahman juga dapat dinilai berdasarkan kenyataannya mengenai dua orang sahabat nabi, kata beliau: “Sesungguhnya Mas’ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal dunia pada zaman Rasul dan pada waktu meninggal dunia, dia tidak memiliki sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah bin Abdul Muttalib (juga) adalah manusia yang lebih utama daripadaku, padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Aku khuatir aku ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati kebahgiaan dunia fana ini dan aku khuatir bahawa aku akan tersisih daripada para sahabat Nabi di akhirat kelak, disebabkan kerana aku mempunyai banyak harta.”

Dalam satu kisah yang sangat popular, Abdul Rahman bin ‘Auf dikhabarkan telah terlewat mendirikan solat berjamaah bersama Rasulullah SAW di Masjid Nabi. Beliau terlambat dalam erti kata, tidak dapat mengangkat takbiratul ihram bersama-sama dengan jemaah solat yang lain di belakang Nabi Muhammad SAW. Ini kerana, di dalam solat berjamaah, pahala seseorang yang solatnya seiring dengan takbir imam adalah berbeza dengan orang yang lambat, dan ia diistilahkan sebagai ‘muwafiq’ dan ‘masbuq.’ Abdul Rahman tidak mendapat status ‘muwafiq’ lantaran beliau terpaksa mengalu-alukan kepulangan kabilah dagangnya yang baharu tiba dari luar Madinah. Apabila dia kembali ke belakang Nabi Muhammad SAW, dia sudah tertinggal dan terpaksa ‘masbuq’.

Sesudah solat, Rasulullah SAW menegur Abdul Rahman di atas sikap beliau yang lebih mengutamakan urusan perniagaannya berbanding solat yang sudah hampir didirikan. Abdul Rahman amat terpukul dengan teguran daripada Nabi Muhammad SAW dan belia amat menyesal dengan kesilapannya. Lalu, Abdul Rahman telah menawarkan kepada Rasulullah SAW, untuk menginfakkan kesemua harta dagangannya demi menebus pahala solat yang telah luput itu. Namun nabi menggelengkan kepalanya, yakni pahala itu tidak sama nilainya dengan keseluruhan harta dagangannya. Abdul Rahman bertambah sugul, lalu Abdul Rahman menawarkan untuk memberikan seluruh harta dagang itu bersama unta-unta pembawanya; namun nabi masih menyatakan ia tidak sama. Akhirnya, Abdul Rahman bertekad untuk menginfakkan segala-galanya yang ada di dalam rombongan dagang itu, termasuklah para hamba dan pekerjanya kepada Islam; namun Nabi Muhammad SAW masih menyatakan, pahalanya tidak sama.

Demikianlah secebis gambaran, betapa tingginya nilai ketakwaan Abdul Rahman. Sehinggakan tertinggal takbiratul ihram pun, beliau sanggup memberikan segala miliknya demi menebus kesilapan yang mungkin dianggap kecil sahaja oleh ramai orang pada hari ini. Daripada satu sisi lain, itulah nilai harta kekayaan pada Abdul Rahman, ia tidak melekat di hatinya tetapi sentiasa berada di hujung jari-jemarinya untuk disedekah dan diinfakkan di jalan Allah SWT. Unggulnya peribadi manusia kaya ini di sisi Allah SWT dan Rasul-Nya.

Demikianlah, Abdul Rahman bin’Auf. Beliau semakin kaya, semakin merendah diri dan semakin tunduk kepada Allah SWT. Maka, tidak hairanlah Rasulullah saw sendiri pernah menggelarkan sahabat baginda ini dengan nama ‘Saudagar Allah.’ Ini kerana, Abdul Rahman bin ‘Auf bukan sekadar seorang yang hebat berniaga dengan segala kekayaan dagangnya; bahkan beliau juga seorang saudagar yang memanfaatkan hartanya demi perjuangan Islam. Digunakannya harta-bendanya untuk memastikan Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Allahu akhbar!

Promosi TERHEBAT 2013: Kempen 1 Bulan 1 Produk Emas

Assalamualaikum..

Tahniah kepada yang sudah bermula dengan simpanan emas.Anda hanya perlu konsisten sahaja.
Bagi yang belum,masih belum terlewat,jangkaan pakar,beberapa tahun lagi harga emas semakin mahal,boleh cecah sehingga RM500/gram berbanding sekarang RM190/gram.

Adakah sebab harga emas semakin naik kita simpan emas?
Oh tidak!

Lebih dari itu,kita sedang memberi perlindungan kepada kewangan kita sebenarnya.
Bukan sahaja wang dalam bentuk emas ini kalis inflasi,tetapi tidak susut nilai,bernilai tinggi,tidak mudah binasa,mudah dibahagikan,tidak boleh dicipta atau dimanipulasi,dan ianya merupakan anugerah berharga dari Allah swt kepada manusia

 MAFHUM HADIS NABI

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.


Tip :Rasai sendiri pengalaman menyimpan emas,anda akan dapati melalui simpanan emas:

-Wang anda semakin bertambah ( real gold-money)
-Anda semakin berjimat cermat
-Tidak membazir
-Berhati-hati bila berbelanja
-Mengelak dari ketirisan kewangan
-Magnet kekayaan-simpanan emas semakin bertambah
-Jika dengan simpanan wang kertas sebelum ini “wang anda selalu bocor”,dengan emas,wang anda semakin lama semakin banyak

JANGAN percaya CAKAP saya..tapi..B.U.A.T  terus dan rasai sendiri hasilnya  :)
Untuk memberi galakan kepada masyarakat untuk menyimpan emas dan sambutan sebelum ini,kempen ini diteruskan pada tahun 2013 dengan penamhbaikan yang lebih menarik.


           
 ~~~ Kempen 1 Bulan 1 Produk Emas  ~~~

Ramai yang dah join,anda bila lagi?

Terhad untuk 100 orang yang pertama sahaja mulai 1hb Januari 2013- 31hb Disember 2013
Beli 1 produk GCP setiap bulan selama 12 bulan dan anda layak menerima hadiah PERCUMA sekeping dirham dari saya.

Anda boleh pilih mana-mana produk,dari produk bajet (gold bar 1gram,dinar,rt 5gram) hinggalah produk yang lebih berat bermula 10g dan ke atas)



BERMINAT HUBUNGI NANA DI TALIAN 013-9663542 @ ADD di fb : Nana BW