">

Monday 4 February 2013

Harga emas bakal naik 2013

 
 
 
KUALA LUMPUR: Penganalisis meramalkan harga emas pada tahun ini  akan mencapai paras tertinggi barunya.

Harga logam itu memulakan dagangan 2012 di bawah paras 1,580 dolar seauns  dan menghampiri 1,800 Oktober tahun lalu.

Pada 2011, ia mencatatkan paras tertingginya sebanyak 1,930 dolar.

Biarpun peningkatan harga emas menyederhana sehingga akhir tahun lalu, ia telah pun meningkat ketara dalam suku pertama dan ketiga.

Lonjakan  dirangsang pelonggaran dasar monetari dalam ekonomi utama dunia, pembelian oleh bank pusat bagi mempelbagaikan simpanan asingnya serta kebimbangan berhubung kestabilan zon euro.

Sementara itu tinjauan mendapati sehingga kini, harga emas masih tidak meningkat ketara biarpun dengan sandaran rejim kadar faedah rendah dan tekanan inflasi.

Sehingga isu tebing fiskal dimuktamadkan harga logam itu setakat ini hanya naik setengah peratus.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/harga-emas-bakal-naik-2013-3108?cp