">

Friday 3 February 2012

Kelebihan melabur dalam EMAS

1. Harga Emas Semakin Naik Untuk Jangka Masa Panjang

Pelaburan yang amat selamat. Walaupun tidak terlibat dengan urusan jual-beli emas, anda masih beroleh keuntungan dengan menyimpan emas. Hasil simpanan di ASB, anda hanya mendapat lebih kurang 8% dividen setahun. Tetapi, anda akan mendapat keuntungan dengan menyimpan wang anda dalam bentuk emas atas kadar kenaikan harga emas antara 20%-36% setahun.

2. Nilai Wang Semakin Jatuh

Tak perlu nak diterangkan panjang lebar.. anda fikir sendiri.. Apakah barangan yang anda dapat beli dengan RM50 pada tahun 1995 jika dibandingkan dengan nilai yang sama sekarang? 

3. Emas Kalis Inflasi
 
Satu contoh yang paling popular bagi menunjukkan kuasa beli emas yang sangat stabil ialah harga seekor kambing di dalam nilai dinar (Dinar Emas ini adalah merujuk kepada sekeping syiling emas dengan nilai berat sebanyak 4.25 gram dan ketulenan 22 karat)

Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar emas. Pada hari ini, 1 dinar emas masih lagi boleh membeli seekor kambing. Ianya telah membuktikan bahawa dinar emas adalah kalis inflasi dan nilainya tetap tinggi selamanya.

4. Emas Adalah Aset Yang Mudah Cair
 
Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa dan di mana jua apabila anda memerlukan duit kerana anda boleh menjualnya. Contohnya sekiranya kita pergi bercuti di luar negara, tidak semua negara boleh menerima RM untuk urusan jualbeli tetapi dengan emas, anda boleh berurusan di mana sahaja kerana ia diterima di seluruh dunia.

5. Emas menjadi kebanggaan bagi pemiliknya
 

Sudah tentu dengan memiliki emas, akan merasa satu kepuasan dan kebanggaan kepada pemiliknya. Emas merupakan simbol kekayaan dan pemiliknya boleh memakai, menggunakan, mempamerkan dan juga untuk menunjuk-nunjuk (nak berlagak konon). Tetapi kewajiban untuk berzakat tak boleh lupa… untuk keberkatan harga yang Allah dah kasi ni..

So, inilah antara sebab-sebab saya mula berjinak-jinak dengan pelaburan emas. Kalau nak diikutkan banyak lagi kelebihan melabur dengan emas ni.. 


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:
nana
0139663542 

No comments:

Post a Comment