">

Saturday 18 February 2012

SUKAR KIKIS TABIAT: SIMPANAN YANG BAIK

sorok emas dirumah

Tabiat zaman berzaman org vietnam yang suka menyorokkan emas dirumah daripada menyimpan wang dibank dimanfaatkan sebaik-baiknyaoleh kerajaan negara itu. Semuanya gara2 harga emas tang melambung tinggi.
    
  Berdasarkan Majlis Emas Dunia tahun lalu,Vietnam membeli lebih banyak emas perkapita berbanding India, China. Harga emas domestik di vetnam pula meningkat 18% - jauh lebih tinggi daripada pasaran dunia yang menyaksikan kenaikan 11%.
   
   Sememangnya tabiat yang sudah diamalkan,sejak turun temurun sukar dihakis.Walaupun harga 1auns(28.4g) jongkong emas di HANOI lebih dari rm300 berbanding di tempat lain.,tetapi penduduk negara komunis itu tetap membelinya,kata pesara berumur 60tahun,Truong Van Hue.
    
  'Saya masih suka melihat simpanan saya dalam bentuk emas. Ia lebih selamat bagi pesara macam saya. saya boleh menjual emas pada bila-bila masa,dimana2 apabila memerlukan wang",katanya.
  
    Walaupun emas dianggap selamat sebagai simpanan selamat tetapi tindakanpenduduk menyerbu kedai emas membuka mata kerajaan vietnam apabila mereka berhadapan dengan kadar INFLASI sebanyak 18% dan ketidakstabilan mata wang tempatan, dong.
   
   Kerajaan cuba mempertahankan demam emas,dengan cuba mengawal perniagaan logam berharga itu selepas hampir 20thn mereka memberikan kebenaran rasmi kepada penduduk memiliki dan berniaga emas,walaupun  itu sudah diamalkan sejak bertahun lalu.
    
  Antara langkah yang cuba dilakukan kerajaan tahun lalu, ialah memasukkan dekri atau perintah yang meletakkan perniagaan jongkong emas Saigon Jewelry Company, pembuat dan pedagang emas terkenal vietnam dibawah kawalan bank pusat.
    
  Dekri itu menghadkan perniagaan emas kecil-kecilan,mengurangkan lonjakan harga emas dan mencegah pelabur borong daripada merancakkan perniagaan logam berharga itu yang akan terus menjejaskan mata wang dong yang sememangnya sudah goyah..

      Buat masa ini,kerajaan juga menimbangkan langkah ke2 dengan memaksa 10,000 kedai emas keluar dr perniagaan jongkong emas dan memberi fokus kepada penjualan barang kemas saja.
   
   Mereka mahu kawal emas .Sayatidak boleh kata sama adeia langkah yang terbaik atau tidak.Tetapi disini(vietnam) kami perlukan kestabilan ekonomi,kata pengurus di Phu Quy Jewelry Company.
  
   Atas sebab itu, kebanyakan penduduk vietnam lebih suka melihat simpanan emas .Malah kadar faedah 14% yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penduduk yang menyimpan dong  tidak mampu menarik perhatian mereka apatah lagi ia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang meningkat 18.6% tahun lalu.
   
  Kta pakar ekonomi kejatuhan harga hartanah dan pasaran saham baru2 nie menyemarakkan lagi pembeli emas dan bank pusat memberi syarat  bahawa nilai wang dong mungkin akan terus terjejas lewat tahun nie.

    Orang cuba mengawal kesan kemerosotan ini dengan membeli emas," kata bekas pakar ekonomi kanan kerajaan,Le Dang Doanh.
     
 Minat terhadap emas sebenarnya sudah lama tertanam dalm masyarakat vietnam malah sejarah peperangan yang tidak berkesudahan membuatkan logam ini lebih bernilai.

“Empayar boleh jatuh, mata wang boleh berubah tapi emas akan terus bertahan,” kata pakar sosiologi, Vu Duc Vuong.

Kerajaan Vietnam bukan saja mengehadkan perdagangan emas tetapi akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menggalakkan penduduknya menyimpan emas di bank dan tidak lagi menyorokkannya di rumah.

Bagaimanapun butir terperinci mengenai rancangan itu belum diuar-uarkan lagi tetapi pihak bank berkata, kerajaan sedang menimbangkan cara untuk menarik minat penyimpan dengan membuat tawaran daripada segi faedah dan keselamatan.

Bulan lalu gabenor bank pusat berkata, kerajaan menganggarkan penduduk Vietnam mempunyai antara 300 hingga 500 tan emas yang disimpan di luar sistem perbankan.
Menyimpan emas milik peribadi ini di bank akan memberi kelebihan kepada pihak berkuasa kerana ia boleh dijadikan alat untuk menstabilkan ekonomi.

“Jika faedah yang diberikan itu lebih tinggi dan pihak bank dapat membuktikan kredibiliti mereka, saya rasa 80 peratus penduduk akan menyimpan emas mereka di bank,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agribank Jewelry Company, Nguyen Thanh.

Langkah untuk mengekang perdagangan emas ini dimulakan selepas peningkatan dramatik taraf hidup penduduk Vietnam yang mencetuskan perubahan pada ‘sosialisme berasaskan pasaran’. Ini adalah sistem ekonomi Vietnam yang memberikan hak kepada penduduk memiliki perniagaan penghasilan komoditi, barangan dan perkhidmatan.

Pertumbuhan ekonomi selama dua dekad berjaya menaikkan status Vietnam kepada negara berpendapatan sederhana pada awal 2011, berdasarkan ukuran Bank Dunia.
Tetapi perkembangan ekonomi itu diancam oleh isu makro-ekonomi (isu ekonomi yang lebih besar) termasuk kadar inflasi yang sentiasa tinggi dan rasuah.


Penurunan kadar inflasi akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan sekali gus meredakan ‘demam emas’, kata Daonh. Dia menambah kerajaan perlu membentuk polisi yang seiring dengan kepercayaan rakyat bahawa memiliki emas itu langkah yang ‘lebih selamat’.

“Jika polisi ini bertentangan dengan kehendak rakyat, mereka akan beralih kepada perniagaan tidak formal yang lebih sukar untuk dikawal,” katanya lagi.
 

Dia menganggarkan sebanyak 20 hingga 60 tan emas diseludup masuk ke Vietnam setiap tahun.

Bagaimanapun penduduk di Jalan Ha Trung di Hanoi, pusat perniagaan emas yang paling sibuk, agak skeptikal dengan langkah kerajaan itu.

“Mereka akan membuat peraturan yang lebih ketat tetapi saya percaya ada jalan untuk perniagaan jongkong emas,” kata peniaga emas, Tran Hoang Long. – AFP



sumber:Metro 18/2/2012
nana
ad2620
0139663542

No comments:

Post a Comment