">

Thursday 2 February 2012

ISYARAT DARI SWISS UNTUK MEMBELI EMAS - 25 JANUARi 2012

Golongan pelabur telah diberikan isyarat yang jelas untuk memulakan langkah membeli logam emas pada 21 Disember 2011 yang lalu, tulisan Encik  Porter Stansberry untuk the Daily Wealth.

Ini kerana pada hari tersebut Bank Pusat Eropah (ECB) telah memberi pinjaman berjumlah sekitar  €500 billion kepada Bank-bank utama di Eropah pada kadar faedah  hanya 1%. Modal ini akan membolehkan kesemua Bank-bank besar ini melaporkan nisbah modal yang mencukupi apabila mereka menerbitkan laporan tahunan masing2.....yang sebenarnya adalah isyarat untuk mendapatkan 'bailout' dalam jumlah besar.

Tidak kira apapun yang anda inginkan ianya dipanggil, sesuatu yang pasti adalah: Tidak akan berlaku keruntuhan deflasi di Eropah. Matawang Euro tidak akan runtuh dalam tempoh terdekat.

Malah, akan berlaku peningkatan luarbiasa bekalan wang kertas di Eropah.

Apabila ditanya oleh Financial Times adakah terdapat apa-apa perbezaan yang substantif tentang apa yang ECB lakukan (mencetak wang dan meminjamkannya dengan kadar faedah 1%) berbanding apa yang telah dilakukan oleh  Federal Reserve sejak tahun 2009 (mencetak wang dan membeli mortgages @ gadai janji  dan Treasury bonds @ bon perbendaharaan) , Encik Mario Draghi , Presiden ECB memberi jawapan:
 "Setiap bidang kuasa jurisdiction bukan sahaja mempunyai peraturannya sendiri, tetapi juga perbendaharaan katanya sendiri. Kami memanggilnya sebagai 'langkah-langkah bukan standard.' Ianya memang tidak pernah berlaku sebelum ini. Tetapi pergantungan saluran perbankkan menjadi tanggungjawab kami selaku mandate."
Biar saya terjemahkan apa yang diperkatakan oleh Encik Mario's yang jelas cuba bermain politik  : "Terdapat sedikit perbezaan di sini. Kami mencetak wang untuk menyelamatkan (to bail out) peminjam tegar dan bank-bank besar."

Selama hampir 4 tahun , saya telah menulis dengan konsisten bahawa gelembung hutang dunia yang sangat besar (the world's gigantic debt bubble) akan berakhir dengan inflasi besar2an.


Saya sangat percaya peminjam2 berdaulat (sovereign borrowers) dari seluruh dunia akan memilih untuk meningkatkan hutang mereka berbanding terpaksa menderita kerana kegagalan membayar hutang (defaults) dan melaksanakan semula penstrukturan ekonomi.

Keengganan beberapa ahli Kesatuan Eropah terutamanya Jerman untuk berbuat demikian telah mengakibatkan berlaku kelewatan dalam merealisasikan thesis saya....tetapi ianya tidak akan mengubah sesuatu yang tidak dapat di elakkan.


Tidak lama lagi. anda akan melihat satu pantulan ekonomi kewangan besar2an apabila pasaran kredit di buka semula, terima kasih kepada manipulasi kerajaan, kadar faedah  yang teramat rendah.

Dalam jangkamasa pendek , berjuta orang akan bersorak gembira berikutan langkah yang diambil kerajaan, seperti semua risiko keperitan ekonomi sebelum ini berjaya di pindahkan. 

Tetapi penyelesaian ini sebenarnya hanyalah khayalan semata....

Di sebalik menghukum dan menghapuskan semua para bankers, broker dan ahli politik yang meluluskan hutang lapuk ini (di mana mereka menjadi kaya kerananya) , hutang lapuk ini kini terpaksa dibayar pula oleh berjuta2 orang yang bergantung kepada 2 matawang utama global- iaitu Euro dan US Dollar.

Hutang lapuk berjumlah Bertrillions Dollar ini akan dibayar melalui peningkatan inflasi. Ianya adalah satu bentuk cukai yang tidak kelihatan (rahsia) yang tidak akan difahami oleh kebanyakkan orang2 biasa.


Lama kelamaan, hasil dari tindakan ini akan menjadikan taraf kehidupan kita menjadi lebih rendah, terima kasih kepada penurunan kuasa beli dan peningkatan harga komoditi.

Pendapatan atau gaji sebenar akan menjadi lebih rendah, bilamana majikan tidak bersedia untuk menaikkan gaji pekerja untuk mengelakkan inflasi.

Ianya juga akan memberi kesan kepada pergerakkan turun naik (volatile) nilai wang kertas yang tidak menentu  yang akan memberi kesukaran kepada golongan usahawan untuk melabur dan mendapatkan sumber produk dan perkhidmatan  merentasi sempadan negara.

Jurang kekayaan akan meningkat secara mendadak kerana inflasi akan meningkatkan kuasa beli golongan kaya (kerana asset mereka akan meningkat nilai) , sementara golongan miskin yang tidak bersedia untuk melindungi diri mereka dari bebanan inflasi, akan menjadi bertambah miskin.


Dan...untuk mengejutkan ahli politik yang berfikiran bahawa wang mudah yang boleh dicetak sesuka hati dan defisit tahunan yang lebih besar adalah jalan terbaik kepada pemusatan kuasa yang lebih besar ....inflasi yang bakal melanda akan menyebabkan berlaku pergolakkan sosial yang lebih besar di kalangan masyarakat.

Cubaan menawan Wall Street tempohari hanyalah satu tanda apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kelak satu masa nanti, para penujuk perasaan (protesters) bukan hanya akan berarak di kawasan golongan kaya dan berkuasa, malah mereka akan melontar bom api kepada mereka.

Kestabilan matawang negara kita – berbanding matawang negara lain – sudah tentu mencerminkan kestabilan dan kebolehpercayaan budaya kita.

Betapa "Rasuah gaya Amerika Syarikat" yang membawa kepada penggunaan sistem matawang kertas yang kita gunakan pada hari ini.

Ramai orang terlupa sehingga tahun 1971, sistem matawang bersandarkan emas – adalah satu satu keistimewaan (privilege) yang dinikmati oleh setiap warga Amerika. Kini tidak lagi...

Hari ini, di bawah sistem bersandarkan kertas semata-mata, seluruh sistem kewangan di kawal oleh kelas politik, yang mempunyai kuasa untuk memperuntukkan modal atau menafikannya.

Maka, pasaran modal dunia, yang sepatutnya bertindak sebagai pengumpul modal utama, telah menjadi seakan boneka spekulator , yang secara terus menerus di kawal oleh golongan berkepentingan dan berpengaruh.

Mengambil contoh kes terbaru melibatkan Presiden Bank Pusat Switzerland, The Swiss National Bank (SNB) Encik  Philipp Hildebrand.

Bank Pusat Swiss telah lama terkenal sebagai penyokong terbaik matawang paling kukuh di dunia.  Mereka mempunyai tradisi panjang menyandarkan (backing) wang kertas mereka dengan emas.

Pada Ogos 2011, Bank tersebut membuat satu keputusan yang luar biasa dan tidak dijangka.

Encik Hildebrand memutuskan untuk menyekat nilai matawang Swiss Franc dengan cara sengaja menurunkan nilai (devaluing) matawang tersebut berbanding matawang Euro dan mengumumkan nilai matawang Swiss Franc tidak akan dibenarkan meningkat melebihi dari jumlah yang akan ditentukan kerajaan dan tidak lagi ditentukan oleh pasaran.

Ia serta merta menghapuskan sifat matawang Swiss Franc sebagai satu-satunya matawang paling selamat di dunia yang berada di pasaran pada hari ini. Nilainya jatuh teruk berbanding US Dollar.

Hanya 2 hari sebelum perubahan besar dasar kerajaan Swiss tersebut, samada Encik Hildebrand atau isterinya membuat dagangan matawang US Dollar berjumlah US$512,000 dari Swiss Francs (Hildebrand berkata isterinya membuat dagangan tersebut tanpa pengetahuannya). 

Encik Hildebrand terpaksa meletakkan jawatannya bulan ini  selepas siri bantahan awam terhadap transaksi yang dilakukannya.

Jenis rasuah kecil seperti ini kelihatan seperti amat bodoh untuk dilakukan oleh seorang tokoh politik dikenali ramai seperti beliau. Tetapi ia jelas memaparkan keangkuhan  golongan elit bila berhadapan dengan kepentingan diri sendiri.

Inilah caranya bagaimana permainan ini dimainkan. Sementara dasar kewangan yang lemah di banyak negara akan memiskin rakyatnya, ianya tidak akan dibenarkan untuk memiskin golongan elit......yang hanya akan bertambah kaya dan lebih berkuasa.

Persoalannya adalah berapa lamakah permainan ini akan berterusan sebelum ianya memberi kesan sampingan seperti kenaikan harga barangan, penyusutan pendapatan, , peningkatan pergolakkan sosial yang sudah tentu akan memberi kesan buruk kepada kehidupan orang ramai.


Kita tidak tahu kerana Tuhan tidak membisikkan ke telinga kita mengenainya. Tetapi saya boleh beritahu anda bagaimana untuk mengelak tipu helah kerajaan Barat dan dasar asset kertas mereka.

Daripada kita menyimpan kekayaan dalam bentuk matawang kertas yang kemudiannya bakal di jatuhkan nilainya oleh golongan ini, maka simpanlah kekayaan anda dalam bentuk logam emas dan perak.

Walaupun logam berharga tersebut menunjukkan peningkatan nilai luarbiasa dalam tempoh lebih sedekad lalu tetapi saya pasti nilainya akan terus melonjak tinggi untuk tempoh masa yang datang.

sumber: bicara emas dan perak

No comments:

Post a Comment