">

Monday 24 September 2012

10 Kesilapan Pelabur Emas/Silver


Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu.

Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas/silver yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk tentang pelaburan emas & silver. Jangan hanya dengar cakap orang.. luangkan sedikit masa untuk diri sendiri dengan membuat kajian/mencari info & fakta.

Kesilapan #2: Tunggu harga emas/silver paling rendah untuk buat belian pertama.

Anda tak akan faham bila harga emas/silver rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar atau 20g silver, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Kesilapan #3: Membeli emas perhiasan di kedai emas..

Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos workmanshipnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%-40%. Jika ingin membeli emas perhiasan, belilah di syarikat yang menawarkan TIADA kos upah & caj pengangkutan.

Kesilapan #4: Membeli gold coin, gold bar dan silver bar di kedai emas.

Harganya lebih tinggi dari syarikat emas/silver lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas/silver tu boleh susut nilai sehingga 25%.

Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat.

Emas dan silver adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% – 15% kalau harga emas/silver tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas/silver jatuh.

Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas.

Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.

Kesilapan #7: Membeli emas/silver paling murah, tanpa ambil kira faktor lain.

Jika membeli Emas/silver paling murah, maka jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.

Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul.

Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Tip penting, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

Kesilapan #9: Membeli emas/silver fizikal di bank.

Biasanya emas/silver pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai ‘used gold’ di kedai emas.

Kesilapan #10: Menjual emas/silver ditempat yang salah.

Tempat terbaik jual emas/silver anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (diskaun) yang dikenakan daripada harga semasa.

SUMBER: GENG SILVER


Ingin dapatkan keuntungan cepat- ramai yang berputih mata

MARAH...beberapa mangsa pelaburan emas menunjukkan laporan polis yang dibuat.

Pelabur emas berputih mata

 
MARAH...beberapa mangsa pelaburan emas menunjukkan laporan polis yang dibuat.



IPOH: Ribuan mangsa penipuan pelaburan emas ‘mengamuk’ apabila tarikh akhir pembayaran semula wang pelaburan yang dijanjikan semalam, didapati satu lagi sandiwara pihak syarikat pelaburan terbabit sejak lebih setahun lalu.
Kebanyakan mangsa yang meminjam daripada ceti haram (along) dan kemudian melaburkannya semula bersama wang simpanan dalam skim pelaburan menawarkan pulangan dividen 36 peratus setahun itu, berang apabila syarikat terbabit melarikan diri selepas gagal melunaskan bayaran dijanjikan.

Kebanyakan mangsa mendakwa dipermainkan kerana syarikat skim pelaburan emas yang berpangkalan di bandar raya ini, gagal membayar semula ganti rugi pelaburan kira-kira RM411.19 juta daripada 6,740 pelabur seluruh negara.
Ratusan pelabur yang menunggu di hadapan ibu pejabat syarikat pelaburan itu di Jalan Sultan Yusof, di sini, kecewa apabila operasi syarikat itu ditutup dan pengarahnya menghilangkan diri.

Jurucakap mangsa pelaburan emas Bestino, K Kunasegaran berkata, wakil syarikat itu sebelum ini memberi jaminan kepada pelabur bahawa mereka sedang menguruskan kemasukan wang pelaburan dari Hong Kong ke negara ini untuk menunaikan janji memulangkan wang pelaburan pada 30 April (semalam).

Menurutnya, ribuan pelabur mengemas kini akaun bank masing-masing sejak kelmarin bagi membolehkan wang pelaburan itu dibayar semula ke dalam akuan bank.
“Malangnya, tiada wang pelaburan dimasukkan ke dalam akuan bank semalam seperti yang dijanjikan pada 13 Februari lalu. Malah, pejabat syarikat itu ditutup dan kami seolah-olah dipermain-mainkan sekali lagi.

“Kami beri tempoh empat hari kepada pihak syarikat. Kami akan datang semula pada 5 Mei ini untuk menuntut wang kami semula,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.
Menurutnya, kes itu sudah mendapat liputan meluas media dan pihak berkuasa termasuk Kementerian Kewangan perlu campur tangan bagi membantu mangsa yang tertipu.

Pengarah Bestino Golden House Sdn Bhd, Chong Yuk Ming, sebelum ini berjanji akan membayar setiap ringgit pelaburan yang dibuat dan berharap setiap pelabur dapat bersabar sedikit sementara menunggu keseluruhan wang itu dapat dikembalikan semula.

Menurutnya kakitangan syarikat itu di luar negara sedang berusaha mendapatkan wang, termasuk mencairkan aset syarikat di luar negara untuk membayar semula wang pelaburan itu.

Pengarah syarikat pelaburan itu pernah menunjukkan dokumen berhubung wang sebanyak AS$146 juta (RM438 juta) yang didakwa akan dikeluarkan dari sebuah bank di Hong Kong bagi membayar balik wang pelaburan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/05/01 
sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Pelaburemasberputihmata/Article

Harga emas dijangka terus melonjak dan naik -Tajuk beberapa akhbar 20hb September 2012



Harga emas naik AS$1,800 seauns

PETALING JAYA 19 Sept. - Poh Kong Holdings Bhd, rantaian runcit barang kemas terbesar di Malaysia, menjangkakan harga emas di pasaran global akan meningkat kepada AS$1,800 (RM5,472) untuk 31.2 gram (1 auns) menjelang akhir tahun, dirangsang oleh sentimen yang kian bertambah terhadap jaminan aset termasuk emas.
Pada masa ini, emas dijual pada harga AS$1,770 seauns.
Pengarah Eksekutif Ermin Siow berkata, harga emas akan kekal menggalakkan sehingga tahun 2015 dan yang pastinya, tahun hadapan hargnya akan mencecah AS$2,000 (RM6,080) seauns.
Bercakap dalam taklimat media mengenai "Tinjauan Trend Permintaan Emas" hari ini, Siow berkata, kebimbangan berterusan terhadap ekonomi AS dan negara utama yang lain seperti China akan pastinya menjadi pemacu kepada harga-harga emas di masa akan datang. - BERNAMA


Sumber asal : http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120920/ek_03/Harga-emas-naik-AS1800-seauns

Harga emas dijangka melonjak


 POH KONG Holdings Berhad menjangkakan harga emas mencecah RM6,121 setiap 28 gram tahun depan berikutan jumlah permintaan terus meningkat sebaliknya pengeluaran terus berkurangan.
Pengarah Eksekutifnya, Ermin Siow berkata, permintaan terhadap emas terus meningkat khususnya untuk emas yang dijadikan medium pelaburan.

“Emas untuk pelaburan dilihat semakin mendapat perhatian kerana lebih ramai pelabur mula beralih untuk memilih emas sebagai pelaburan selepas melihat peningkatan harga yang dicatatkan saban tahun,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, jualan emas mencatatkan sedikit penurunan kerana peningkatan harga dicatatkan tidak ketara.

“Malah, ia turut menjejaskan penjualan emas pelaburan kerana pelabur melihat ia bukan masa sesuai mendapatkan emas,” katanya.

Siow berkata, Malaysia antara negara yang menawarkan harga emas paling rendah dan ia secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebagai negara yang menjadi tumpuan di kalangan pemborong emas di luar negara.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20
Sumber asal : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hargaemasdijangkamelonjak/Article/index_html