">

Tuesday 14 February 2012

BEZA EMAS FIZIKAL VS AKAUN EMAS

PELABURAN EMAS terbahagi kepada dua iaitu PELABURAN DALAM EMAS FIZIKAL dan PELABURAN DALAM AKAUN EMAS. Kebiasaanya di Malaysia dua jenis pelaburan ini yang sering digunakan. Untuk pengetahuan anda semua terdapat perbezaan antara kedua-dua jenis pelaburan ini. Di sini kami ingin menerangkan secara ringkat perbezaan antara PELABURAN EMAS FIZIKAL dan PELABURAN AKAUN EMAS  dan secara tidak langsung dapat kita berkongsi ilmu dalam ilmu PELABURAN EMAS.

 1. PELABURAN DALAM EMAS FIZIKAL
EMAS FIZIKAL  terbahagi kepada beberapa jenis seperti barang kemas (RANTAI TANGAN / LEHER), emas jongkong (GOLD BAR) dan syiling emas (DINAR). Pelaburan dengan cara ini lebih mudah kerana anda boleh mendapatkan emas dari institusi yang menawarkan pembelian emas secara fizikal, kemudian bayar dan emas itu telah menjadi milik anda sepenuhnya.
Pelaburan dalam EMAS FIZIKAL ini terdapat kelebihannya kerana anda dapat secara fizikal emas yang anda beli dan anda boleh menjual atau menggadaikannya pada bila-bila masa. Bagi mereka yang bijak, emas akan disimpan sebagai aset kerana ia adalah pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan kerana nilainya yang meningkat pada masa akan datang. Anda tidak boleh membeli EMAS FIZIKAL secara kredit kecuali terdapat beberapa kes yang khusus. Jika anda ada wang yang mencukupi, terus sahaja membeli EMAS FIZIKAL kerana permintaan emas terlalu tinngi di Malaysia.

Kelebihan yang tedapat pada EMAS FIZIKAL :-
a) Mudah dibawa
b) Mudah ditunaikan
c) Boleh digadaikan
d) Nilai ‘SPREAD’ (perbezaan harga jualan dan belian) yang rendah


2. PELABURAN DALAM AKAUN EMAS
Pelaburan ini adalah merupakan salah satu cara untuk anda menyimpan emas. Anda boleh membuka AKAUN SIMPANAN EMAS di institusi kewangan yang menawarkan khidmat tersebut seperti Maybank, Public Bank dan sebagainya. Konsep yang digunakan dalam pelaburan ini adalah mudah kerana anda hanya membuka AKAUN SIMPANAN EMAS di bank berkenaan dan anda tidak perlu risau dimana hendak menyimpan emas yang telah anda beli. 
Walaubagaimanapun, anda tidak akan mendapat EMAS FIZIKAL tetapi belian emas dibuat berdasarkan harga semasa yang ditawarkan oleh bank. Belian adalah dalam bentuk tunai (RM) dan akan direkodkan di dalam buku AKAUN EMAS anda. Keuntungan diperolehi berdasarkan keuntungan modal yang anda laburkan. TETAPI pelaburan berkonsepkan AKAUN EMAS tidak mendapat emas secara fizikal malahan ianya hanya boleh dijual pada masa-masa tertentu sahaja. Jika nak dibandingkan dengan emas fizikal, banyak bezanya dan anda boleh fikir mana yang lebih baik!!!


Ingin tahu lebih lanjut, anda boleh add saya di fb @ group anjung emas..


semoga anda mampu membuat keputusan yang terbaik dengan sedikit info di ANJUNG EMAS...

:0)

SEKIAN
NANA
ad2620
0139663542



 sumber: smartsuccessgold

No comments:

Post a Comment