">

Sunday 7 October 2012

Genneva Malaysia @Syarikat Jual Beli Emas Diserbu oleh Bank Negara


Semalam, 1 Oktober 2012, syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd diserbu oleh Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia kerana disyaki melakukan kesalahan. Begitulah siaran akhbar oleh Bank Negara Malaysia.

 Di samping itu, Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura juga telah mengambil tindakan yang sama ke atas Genneva Pte. Ltd. di Republik itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melabur wang mereka bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Mengikut Berita Harian pula, Genneva Malaysia mengendalikan pembelian dan jualan produk emas. Maybe kepada yang pernah beli emas dengan Genneva Malaysia boleh beri pandangan or komen mengenai perkara ini ataupun apa-apa luahan.


Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd

  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

    
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.
     
  2. Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.
     
  3. Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh syarak atau undang-undang negara.
 SUMBER: Portal rasmi fatwa malaysia

No comments:

Post a Comment