">

Monday 16 July 2012

Fatwa: Pelaburan Emas Genneva Tidak Sah Dari Pandangan Syarak


Ummat Islam dilarang menyertai skim Pelaburan Emas Genneva. Keputusan ini dibuat pada Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bermula pada hari Rabu yang lalu selama 3 hari yang meneliti laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas syarikat itu. Ini disahkan sendiri oleh pengerusi muzakarah, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Syukor Husin.

Kata beliau, operasi syarikat tersebut didapati tidak mengikut sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas seperti yang teah diperakui oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal agama Islam Malaysia kali ke 96 yang berlangsung pada 15 Jun yang lepas.

Ummat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transkasi jual beli dan pelaburan emas oleh mana-mana pihak baik syarikat dari dalam negara maupun dari luar negara yang bertentangan dengan prinsip jual beli emas yang telah digariskan oleh syarak dan undang-undang negara.

Transaksi yang dimaksudkan hendaklah memenuhi kesemua rukun jual beli menikut syarak. Sekiranya salah satu rukun jual beli tersebut tidak mengikut syarak, maka transaksi tersebut di kira TERBATAL. dan tidak sah.

Beliau menmbah lagi, transaksi juga hendaklah bebas daripada 3 unsur asas berikut:
  1. Ia ada unsur-unsur riba,
  2. Perjudian
  3. Gharar yang berlebihan dan Kezaliman.
katakan tidak pada skim pelaburan emas

Sumber
Komen sohoque: orang Malaysia ni suka sangat la skim-skim macam ni. Bila duit dah lesap barulah semua nak kecoh dalam suratkhabar.

3 comments:

  1. ciktm pn ada experience kena tipu duit...sedih2 bl ingt blk..tp tue semua mmg pengajaran bg ciktom xkan dilupakan smpi bila2...

    p/s: nana… utk join giveaway cik tom tue nana kena buat satu post entri khas ttg ni.. bukan komen kat blog cik tom.. nana copy paste yang nana dah komen di blog ciktom tue dan masukkan dalam satu entri di blog nana ye… n then submit link entri ke blog cik tom

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiranya nana kena buat 1post khas untuk cik tom

      Delete
    2. kiranya nana kena buat 1post khas untuk cik tom

      Delete