">

Tuesday 10 July 2012

Dinar Emas: Senjata baru umat Islam

1. Sistem kewangan sekarang berteraskan riba, iaitu sistem wang kertas janji kosong dimana wang kertas boleh dicetak tanpa sandaran kepada mana-mana nilai. Sistem wang kertas menyebabkan negara-negara Barat boleh membeli kekayaan bahan mentah dari negara ketiga dengan harga yang murah. Pendek kata, Barat mencetak kertas bertulis nombor sesuka hati lantas merampas nilai hasil bumi negara ketiga dengan kertas yang tiada nilainya.



2. Dolar Amerika merupakan musuh utama umat Islam. Hampir semua komoditi didagangkan melalui Dolar Amerika. Semua komoditi seperti minyak mentah, emas, perak dll menggunakan unit Dolar Amerika.

3. Nilai Dolar Amerika hari ini semakin menyusut disebabkan oleh:
  - Beban Hutang Amerika
  - Harga minyak meningkat
  - Cuba dan Russia tidak menggunakan Dolar Amerika lagi.
Bak kata Dr. M "Dolar Amerika seperti tisu tandas".

4. Alternatif terbaik kepada Dolar Amerika dan wang fiat ialah Dinar Emas. Banyak laporan dan analisis yakin Dinar Emas ini merupakan solusi terbaik kepada masalah kewangan dunia terutama dalam membangunkan negara-negara yang tertindas melalui sistem matawang fiat.

5. Orang-orang Kafir cuba memastikan supaya umat Islam tidak dapat mengembalikan zaman kegemilangan Islam melalui matawang Dinar Emas dan Dirham Perak. Senjata umat Islam ialah Dinar Emas, manakala senjata kekuatan Barat ialah sistem kapitalis yang berteraskan riba ini.

6. Kebanyakan wang sekarang yang beredar dikalangan masyarakat berbentuk digital, wang plastik dan cek. Barat bebas mencetak wang kertas sesuka hati.

7. Protokol 21 Yahudi: mereka mahu menguasai dunia dengan pengangan emas dunia. Mereka memulakan sistem perbankan dan mengenakan riba melalui sistem perbankan IMF, Bank Dunia dan bank-bank lain. Mereka mengheret bank-bank dalam negara kearah riba melalui pinjamannya.

8. Amerika juga berhutang dengan IMF, Bank Dunia dan bank-bank utama lain. Ini menyebabkan hutang Amerika berganda. Sukar untuk Amerika memulihkan kembali matawang kerana bebanan hutang ini.

Artikel asal

No comments:

Post a Comment