Terdapat rakan-rakan niaga kami yang menerima persoalan-persoalan
berkaitan perniagaan GCP. Anda mungkin salah seorang yang mempunyai
persoalan serupa. Kami rungkaikan persoalan anda.
1. Jika saya mempunyai wang sebanyak RM20,000, apakah kelebihan dan graf keuntungan dengan penjualan emas?
Sekiranya anda mendaftar sebagai pengedar sah GCP, keuntungan
jualan runcit anda adalah sebanyak 8%. Tetapi, jika anda tidak minat
berniaga dan hanya mahu menyimpan sahaja, keuntungan purata 200% untuk
tempoh lima tahun.
Perkiraan:
Harga pada 06/01/06 – USD 538.80
Harga pada 30/12/11 – USD 1,566.40
Peratus kenaikan – [(USD 1,566.40 - USD 538.80)/538.80] x 100 = 190.65%
2. Nampak macam senang bila bercakap tentang emas yang sudah
tumbuh bagai cendawan oleh syarikat-syarikat bumiputera dewasa ini.
Saya sangat “skeptical” bila ramai yang menjual emas macam menjual
goreng pisang di tepi jalan, maksudnya macam orang ramai boleh beli emas
tiap-tiap hari. Siapa mereka? Orang biasa? Orang pertengahan? Makcik
penjual sayur di pasar? Boleh tak perbetulkan persepsi saya ini yang
sangat tidak logik bila difikirkan pembelian emas oleh orang ramai.
Orang ramai telah mula sedar tentang kepentingan
emas. Jadi mereka membeli emas bila-bila masa mereka ada duit. Apatah
lagi adanya syarikat seperti GCP yang menjual emas dengan harga rendah
dan emas paling kecil seberat 1gram, lebih ramai orang yang mampu
membeli emas.
3. Menggunakan elemen psikologi iaitu perkataan-perkataan
‘kekayaan’, ‘menjaga ekonomi Melayu’, ‘Islam’, dan lain-lain lagi, ia
kelihatan seperti multi level marketing (MLM). Mengguna perkataan kaya
ini sudah biasa saya dengar dari peragut-peragut MLM yang mahukan duit
orang. Namun mereka tiada produk cuma mencari orang, dan mungkin
perniagaan emas ini pendekatannya berbeza. Kenapa saya
berkata demikian? Kerana MLM juga menjemput orang ramai menghadiri table
talk, seminar dan pelbagai lagi cara untuk menarik pelanggan. Apakah
GCP mempunyai elemen MLM? Saya sudah banyak kali terkena.
Tidak salah menggunakan perkataan yang syarikat MLM guna pakai
atau gunakan strategi yang diguna oleh MLM untuk menarik orang ramai.
Yang penting GCP bukan MLM. GCP hanya menawarkan hadiah dalam bentuk
wang tunai kepada orang yang membawa pelanggan menjadi delear GCP. Tiada
imbuhan buat dealer ke atas dealer. Sebagai contoh, jika anda membawa
kawan membeli emas di kedai ABC, pemilik kedai hanya mengucapkan terima
kasih. Tetapi jika anda membawa kawan anda menjadi dealer GCP anda akan
diberi hadiah dalam bentuk wang tunai oleh pemilik syarikat GCP. Walau
bagaimanapun, sekiranya kawan anda membawa kawan beliau menjadi dealer
GCP, maka anda tidak mendapat hadiah wang tunai kerana bukan anda yang
membawa kawan tersebut. Ini lah jawapan bahawa GCP tidak menjalankan
perniagaan MLM.
4. Apakah dengan pembelian RM20,000 dari GCP (sebagai
contoh), kemudiannya saya menggunakan sistem Ar-Rahnu sebagai strategi
yang betul bagi menambah pembelian emas? Kenapa saya berkata demikian,
berbalik kepada persoalan “siapa nak beli emas tiap-tiap hari?”
Kalau sekadar nak perap jer dalam arrahnu anda
perlu bayar upah simpan yg tinggi dan anda juga perlu fikir risikonya
spt bank suruh tebus semua sekali pada bila-bila masa yang bank perlukan
duit. Jika anda tiada duit nak tebus maka emas anda akan dilelong.
Biasanya arrahnu digunakan untuk mendapatkan pinjaman mudah bagi
menambah modal perniagaan sedia ada. Untung dari perniagaan tu boleh
tebus kembali emas dalam arrahnu. Kalau nak hari-hari beli emas, untung
meniaga setiap hari terus beli emas. Dapatlah tuan tiap-tiap hari beli
emas.
5. Kenapa peniaga cina iaitu kedai pajak gadai, kedai emas
poh kong, kedai emas habib jewel tidak melaksanakan sistem yang dewasa
ini mengajak orang Melayu khususnya menceburi atau menjadi ejen kepada
syarikat mereka. Pernahkah puan dengar di zaman 80, 90an kedai emas
mencari ejen mereka untuk kembangkan perniagaan mereka? Namun mereka
tetap kaya, simpan emas melambak, sekolahkan anak dan lain-lain. Apa
yang sudah terjadi dewasa ini? Kesedaran tentang emas? Dulu orang tak
sedar? Padahal mak ayah kita sibuk beli emas – ilmu berniaga emas kot
yang tak ada. Jadi apakah fenomena ini sebenarnya? Melayu makan melayu?
Kedai emas tu peruncit. GCP ni pembekal.
Flow chartnya :
kilang > GCP > pengedar > pembeli.
Kalau kedai emas pula flow chartnya :
kilang > pembekal > salesman > kedai emas > pembeli.
Jika lihat pada flow chart tu kedai emas=pengedar GCP. Cuma pengedar GCP bergerak secara gerila tanpa ada kedai emas.
Inilah matlamat GCP jual emas dgn harga rendah utk menggalakkan org
islam simpan emas secara tak langsung belajar utk berniaga emas.
6. Saya semak-semak pertubuhan ataupun persatuan emas Malaysia. http://www.fgjam.org.my/index.asp
tiada pun tersenarai syarikat GCP ini sebagai ahli. Saya pernah
bertanya kepada sebuah syarikat emas bumiputera Sinar Gold dengan jenama
SG, meraka tidak menjawab pertanyaan saya. Jadi adakah GCP ini
berkelayakan? Persoalannya kenapa tidak berdaftar sebagai ahli di FGJAM?
Yuran yang tinggi atau tengah mengumpul modal? Saya pun tak pasti
kriteria nak jadi ahli FGJAM yang majoritinya hanya bangsa tionghua/cina
dan golongan arab malaysia yang menjadi ahli. Apa jadi syarikat
bumiputera? Inilah ketakutan saya…genuine? takut hanya sebentar kerana
nampak macam ada unsur MLM.
Ahli persatuan terikat dengan undang-undang FGJAM yang antaranya
perlu jual ikut harga runcit seperti kedai emas POH KONG. GCP tak masuk
persatuan dan bergerak secara gerila sebab nak jual emas lebih murah
daripada kedai emas di bawah FGJAM. Selain itu tiada kepentingan untuk
GCP bernaung di bawah mana-mana persatuan. GCP lebih selesa bergerak
sendiri mengikut acuan sendiri. Tanpa jadi mana-mana ahli persatuan pun
GCP boleh berjaya. Alhamdulillah.
http://www.hmetro.com.my/articles/PercaturanShamsulmenjadi/Article/artikelMA
7. Ada elemen MLM dengan pemberian komisen walaupun orang
bawah tak dapat tapi dengan kuasa pujukan dan psikologi pastinya yang
membeli akan teruja untuk mendapat komisen maka membawa kawan yang lain,
proses akan berterusan. Ia baik dari sudut perkembangan rangkaian dan
jaringan perniagaan tapi masih berpaksikan MLM.
Setiap perniagaan perlukan jaringan pelanggan atau dalam bahasa
jawanya network. Jika tiada network, anda buka kedai runcit pun anda
akan beli sendiri barang yang anda jual sebab tiada network pelanggan
anda yang tolong promosi beritahu jiran-jiran dia yang anda ada buka
kedai kat kawasan tu. GCP bukan MLM. GCP hanya Pembekal emas yang buat
pemasaran dengan memberi ganjaran/hadiah/upah kepada pengedar yang
perkenalkan pengedar baru kepada GCP sahaja. Dengan bahasa mudah, GCP
bagi kerja part time kat dealer untuk jadi pengurus jualan GCP. Jadi tak
perlulah GCP gajikan pengurus jualan. Semua dealer adalah pengurus
jualan. Diorang kerja, diorang dapat lah duit gajinya. Yang tak kerja
tak dapatlah gajinya. Contohnya seperti yang beritahu dulu anda bawa
kawan beli emas di kedai poh kong, tokey poh kong ucap terima kasih jer.
Tapi anda bawak kawan jadi dealer dan beli emas GCP, tokey GCP bagi
anda duit sebagai penghargaan kepada anda kerana tolong promo GCP atau
bahasa mudahnya anda dah buat kerja sebagai pengurus jualan dan GCP
bagilah gajinya. Kalau kawan anda bawa kawan dia maka anda tak dapat
duit tu sebab bukan anda yg bawa. Contoh ke-2, jika anda buka kedai
makan dan anda buat promosi siapa yang bawa pelanggan makan kat restoran
anda, anda bagi orang yang bawa pelanggan tu RM 100 satu kepala. Tentu
ramai yang akan bawa kawan-kawan dia untuk makan di restoran anda. Untuk
makluman anda sistem MLM adalah berbilang tingkat dalam bahasa
banjarnya Multi-Level Marketing. Anda bawa kawan, anda dapat duit. Kawan
anda bawak kawan, anda dapat duit juga. Kawan kepada kawan anda bawa
kawan, anda dapat duit dan kawan kepada kawan kepada kawan anda bawa
kawan, anda dapat duit juga. Itulah sistem MLM yang sebenar. Harap anda
jelas tentang konsep MLM dan konsep ganjaran yang GCP buat. Cara
pemasaran juga kita boleh tiru syarikat yang dah berjaya. Jika ada
syarikat MLM selalu buat seminar dan dengan cara itu dia berjaya tarik
ramai orang join MLM maka tak salah kita juga buat seminar untuk bagi
penerangan tentang istimewanya jadi dealer GCP. Contoh, jika anda buka
restoran dan anda nak beritahu yang anda ada buat jika jadi ahli
restoran anda, ahli akan dapat makan percuma selama 12 kali setahun.
Jadi anda buat seminar sebagaimana syarikat MLM buat untuk mempromosikan
dan beritahu orang ramai tentang keistimewaan jadi ahli restoran anda.
Inilah yang dinamakan gunakan syarikat yang dah berjaya sebagai model
atau mentor. Kesimpulannya ikut cara pemasaran syarikat MLM tidak
bermakna kita juga MLM kerana yang membezakan kita dengan MLM adalah
ganjarannya berbilang tingkat seperti contoh di atas tetapi kita tak der
tingkat. Kita direct to dealer ajer.
8. GCP jual dengan harga murah? bukankah harga emas sesuatu
yang terkawal mengikut harga pasaran dunia? saya tak berapa nak faham
maklum bukan penganalisis 24 jam logam dunia, jadi bagaimana manipulasi
penurunan harga berlaku? adakah turut berlaku kekurangan isipadu,
kandungan, berat dan sebagainya?
Emas bukan barang kawalan. Sebab tu FGJAM ditubuhkan supaya dapat
kawal harga emas tak melepasi syiling. Sebenarnya harga emas ni murah
je kalu ikut pasaran dunia. Harga GCP berdasarkan harga pasaran dunia
yang lebih murah. Jadi baguslah jika GCP jual murah ikut harga pasaran
dunia. Lebih ramai orang Islam kat Malaysia ni boleh simpan emas. Naik
turun harga emas dunia bergantung kepada penawaran dan permintaan. Jika
banyak negara jual emas untuk guna duit sebab nak pilihanraya, nak
anjurkan sukan olimpik, euro 2012 dan sebagainya maka lambakan emas
berlaku sebab Negara-negar yang banyak reserve emas ni perlu jual emas
dia untuk dapatkan dollar bagi membiayai kos untuk buat semua tu. Jadi
bila emas dah berlambak maka harganya turun. Bila Negara-negara ni dah
ada duit mereka akan beli emas semula untuk topup reserve emas negara
mereka. Masa tu harga emas pun naiklah sebab emas habis diborong. Ini
adalah salah satu contoh dan banyak lagi faktor yang menaik turunkan
harga emas. kerana emas adalah barang dagangan.
9. Gerila adalah modus operandi syarikat, jadi saya
tertanya-tanya bahawasanya ada peraturan di negara ini yang membenarkan
usaha dagangan barangan logam sebegini. Tidak mengapa saya akan baca
yang lain-lainnya berkaitan undang-undang dan peraturan.
Dlm perniagaan unsur atau elemen manipulasi memang akan
sentiasa ada bagi meningkatkan keuntungan. Oleh yg demikian, saya
sebagai pengguna dan mungkin satu hari nanti mahu menjadi ‘kaya’ seperti
puan dan pengedar lainnya sekadar melahirkan rasa kerisauan kerana
terlalu banyak syarikat yang tumbuh bagai cendawan menawarkan harga emas
yang pelbagai harga.
sebab itulah menjadi ahli persatuan hanya akan menyekat
manipulasi harga yang sekaligus digunakan sesuka hati. kenapa boleh jadi
demikian? mahu lari dari sistem undang-undang utk meraih keuntungan.
Bersetujukah puan apabila adanya elemen manipulasi yang
terlalu banyak maka satu hari nanti emas di arena gerila ini akan tiada
nilai. Saya melihat ini bila mana saya membandingkan seperti wang kertas
yg dimanipulasi yang akhirnya tiada nilai…mungkinkah manipulasi di
arena gerila ini akan merosakkan nilai pasaran yang dikawal oleh
persatuan? itulah yang berlaku kepada matawang yang dimanipulasi oleh
penyangak matawang George Soros. tidak mustahil arena gerila yang
dimaksudkan ini akan merosakkan nilai emas? banyaklah lagi kalau nak
dianalisis ini mungkin sekadar perbandingan janggal sahaja.
Mudah-mudahan kejayaan GCP yg diwar-warkan di akhbar menjadi
pemangkin ekonomi Melayu khususnya cuma jangan terlalu memanipulasi
psikologi Melayu dgn perkataan2 ‘kaya’, islam’ dan hadis serta pelbagai
lagi unsur MLM yg lainnya.
Jika genuine dan syarikat terlalu kukuh, saya kira permainan MLM ini tak mungkin berlaku.
GERILA MARKETING adalah salah satu teknik pemasaran. Ada pelbagai
teknik pemasaran yang diguna oleh peniaga. Jadi terpulang kepada kita
nak guna teknik pemasaran yang macamana. Emas dan perak adalah barang
dagangan. Jadi kita meniaga emas dgn menggunakan teknik pemasaran
gerila. Maksudnya kita buat senyap2, dari mulut ke mulut jer. Baru tahun
ni jer GCP expose kat surat khabar. 2 tahun yg lepas GCP bergerak
senyap2 jer.
Buat masa ni GCP taknak jadi ahli mana2 persatuan kerana GCP nak
jual emas dengan harga murah mengikut harga pasaran emas dunia. Mungkin
bila ramai yang tak suka GCP jual murah maka GCP akan jadi ahli
persatuan dan jual dgn harga yg mahal giler + upah mengikut harga yg
FGJAM tetapkan.
Selagi emas ni barang dagangan maka tidak dapat dielakkan untuk
dimanipulasikan. Akan tetapi manipulator-manipulator ini takkan dapat
jatuhkan harga emas seperti mereka jatuhkan nilai wang kertas kerana
emas adalah galian yang akan habis dan tidak boleh diperbaharui.
Sedangkan permintaannya sentiasa meningkat. Nak manipulasi macam mana
kerana setiap hari industri elektrik dan elektronik nak guna emas untuk
buat chip dan litar. Tetapi wang kertas sesuka hati jer anda boleh cetak
dan chop kat situ rm1 bilion.
Harap anda faham yang GCP bukan MLM dan bukan manipulator emas.
GCP jual emas ikut harga semasa dunia malah bagi peluang kat orang islam
buat keje part time jadi pengurus jualan atau lebih glamer orang
panggil dealer dan ini meningkatkan ekonomi orang Islam. Harap anda
tidak lagi skeptical dengan GCP dan jika anda lapang sila hadir ke
seminar GCP dan jumpa sendiri dengan bos GCP untuk dapatkan penerangan
lebih jelas. Banyak fitnah kat GCP sebenarnya. Nasib baik bos GCP ni
sabar orangnya.
Diharap anda semua mendapat penjelasan yang tepat dan jitu.
Jawapan-jawapan berikut merupakan jawapan dari pengasas GCP sendiri
iaitu Tuan Haji Shamsul Anuar Md Ali. Andai anda memerlukan khidmat nasihat selanjutnya tentang GCP, boleh hubungi kami di sini
.
Emas adalah wang yang sebenar... Sabda Nabi Muhammad S.A.W:- '"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
Monday, 11 June 2012
Friday, 8 June 2012
CARA mudah meramal harga EMAS ....
Harga emas atau kenaikan harga emas kita dapat me ramal dengan cara mudah iaitu melalui graf sejarah kenaikkan harga emas.Sejarah harga emas boleh didapati dilaman web www.kitco.com.Berdasarkan graf sejarah harga emas di bawah, kita dapat membuat beberapa kesimpulan :
1.Harga emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang dari tahun ke tahun.Jadi pelabur emas,pembeli emas atau penyimpan emas tidak akan rugi.
2.Harga emas dalam jangkamasa pendek, berlaku kenaikan dan penurunan.Jadi untuk memaksimunkan keuntungan, belilah emas masa harga rendah dan jual pada harga tinggi.Jika anda membeli emas pada masa yang sesuai,anda akan dapat untung hanya dalam beberapa bulan.
3.Pada tahun 2008 berlaku kenaikan emas paling sedikit iaitu hanya 8% setahun kerana berlaku krisis ekonomi global. Krisis ini menyebabkan bank-bank di Malaysia terpaksa bergabung.
4.Purata kenaikan harga emas dalam 10 tahun ialah 46% setahun dan purata kenaikan harga emas dalam 5 tahun ialah 33%. Maksubnya jika anda menyimpan emas selama 5 tahun,kenaikkan harga emas adalah 165% iaitu jika anda beli satu gold bar berharga RM100,selepas 5 tahun harganya menjadi RM265.Jadi pelaburan emas adalah pelaburan terbaik dan lebih menguntungkan dari ASB atau pelaburan wang dana amanah dan sebagainya.
5.Berdasarkan graf 10 tahun, bermula tahun 2005, didapati emas naik dengan mendadak kerana permintaan tinggi terhadap emas disebabkan banyak kegunaannya dalam dunia moden. Emas bukan sahaja digunakan sebagai barang kemas,jongkong emas,piala emas, tapi juga digunakan dalam komputer,telefon bimbit dan sebagainya
6.Kenaikkan atau penurunan harga adalah berkadaran dengan kecerunan graf. Lagi cerun sesuatu graf, kenaikan adalah lagi tinggi. Graf kenaikan harga emas di dapati berbentuk lengkung keatas, bukan garis lurus. Ini bermaksub, peratus kenaikan harga emas akan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun.
7.Masa yang paling sesuai untuk membeli emas adalah pada harga rendah iaitu bulan januari atau jun.Saya mulai melabur emas pada bulan julai 2010 dan pada masa itu harga jongkong emas 100g adalah RM13,600.
Hari ini 29 mei 2012 dengan krisis wang euro menyebabkan harga emas turun pada peringkat terendah,harga emas gold bar 100g berharga RM17,076…..Sebelum ini iaitu pada bulan September 2011 harga emas berada dipuncak,harga emas 100g gold bar berharga RM19,200.Pada harga puncak saya telah menjual sebahagian emas saya dan memperolehi KEUNTUNGAN dalam pelaburan emas iaitu KEUNTUNGAN jualan emas, dan KEUNTUNGAN dr kenaikan harga emas
Kesimpulannya,
Pelaburan emas adalah pelaburan yang selamat dan menguntungkan walaupun harga emas turun iaitu pelabur emas tidak akan rugi.Pelaburan emas adalah pelaburan terbaik kerana mudah dijual beli kerana mempunyai pelbagai jenis dan berat,berbeza dengan pelaburan hartanah walaupun lumayan tetapi perlukan banyak modal,payah untuk dipecahkan dan susah untuk di jual jika kita berada dalam kesempitan wang.
GCP adalah tempat atau syarikat emas terbaik yang memudahkan urusan jual beli emas,iaitu jika kita kesempitan wang,kita boleh terus menjual emas simpanan kita dan dalam masa 24 jam kita akan dapat wang jualan tersebut kerana EMAS ADALAH DUIT.
Akhir sekali,masa yang paling sesuai untuk membeli atau memulai pelaburan emas adalah masa sekarang JUN 2012 kerana harga emas paling rendah disebabkan krisis wang euro atau krisis negara eropah.Bermula bulan JUN setiap tahun didapati harga emas akan meningkat hingga bulan disember(rujuk graf sejarah harga emas).
Ambil peluang keemasan pada harga rendah ini..sebelum harga emas naik.Saya juga telah mengambil peluang keemasan ini dengan melangkah ke bank rakyat dan membuat pinjaman peribadi.Interest pinjaman peribadi bank rakyat hanya 4.85% untuk pinjaman 15 tahun.Jangan anggap meminjam wang dari bank ini bodoh,bagi saya orang yang berpeluang tapi tidak meminjam wang adalah bodoh..bukti mudah..kita buat pinjam wang, interest bank hanya 4.85% setahun,jika pun kita simpan wang tersebut kedalam ASB dengan dividen 8% setahun,kita sudah untung 3.15% setahun tanpa bekerja ..apalagi jika membuat pelaburan emas dimana purata kenaikkan harga emas 25% setahun..kita dapat untung 20% setahun.Dimana jika kita meminjam RM100,000 kita akan dapat RM20,000 setahun atau dapat RM1666 sebulan.
Mulai langkah anda dengan pelaburan emas,membeli emas atau menjadi pengedar emas fizikal skarang dengan menghubungi SMS NANA 013-9663542 segera…ilmu mesti di kongsi,kongsikan dengan rakan-rakan dengan klik SHARE pada halaman sosial anda…

Sejarah wang kertas dan penipuannya.....
Assalamualaikum..
sahabat sekalian,
maaf dah lama nana tak update blog nie...
banyak hal yang perlu diuruskan ..
lagi pun laptop nana hilang baru2 nie.....
Sekarang dah ade penganti dah.. hehehe
kali ini nana nak cerita mengenai asal usul WANG KERTAS...
Ramai yang masih xtahu.. bagaimana wujudnya WANG KERTAS...
BAGAIMANA WANG KERTAS WUJUD.....
Wang kertas klu dikaji asal usulnya adalah merupakan surat hutang yang mewakili jumlah emas..
Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.
Sumber : Milenia Muslim

Duit emas yang digunakan 560 sebelum masihi di Turki
Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.
Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffindalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD)
pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau
institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat
milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan)
ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang
nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara
curi-curi.
The Creature From Jekyll Island
Jabatan
ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika
Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan
memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atauFractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga
hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia
termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang
berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.
Berikutan
penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan
British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan
berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara
umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya
ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.
Peristiwa
demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama
dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula
perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.
Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank
Negara-negara
dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas
masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika
mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF)
pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai
sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.
Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan
rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32
bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan
terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain
memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika
masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan
sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.
Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu
matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak
wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada
pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan olehSpecial Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.
Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً
“Orang-orang
yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir
berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu
kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.”
[surah an-Nisa’, ayat 76]
Sekarang,
‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai.
Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak
mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas,
perak, sebakul barangan dan lain-lain).
Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya.
Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya
tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada
wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat,
“wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.
Wang
kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi
dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang
mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar
‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas
penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.
Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak,
semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi
berguna, sekalipun jumlahnya berguni.
Zimbabwe menjadi bukti kerapuhan wang fiat
Sejarah
membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda
krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu
tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di
Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi
mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan
berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.
Duit dibakar di Jerman kerana sudah tidak bernilai
Selain
wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka
dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi
kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa
aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang
berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.
Krisis ekonomi Asia pada 1997
adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi
menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu
langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini
sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar
Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.
Sistem
ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak
bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran
sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian
deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang
didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang
boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini
adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.
Sesetengah
kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada
pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan
pengekalan kuasa.
Apabila
semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan
menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu.
Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang
kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang
yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan
sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu
menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu
tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam
pendapatan.
Orang
sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis
pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada
hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua
orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila
masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga
boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.
Kadar
pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat
dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang
menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan
jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.
Jelas
wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila
Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat
mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya
sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah
manusia.
Saturday, 12 May 2012
Apa Yang Menyebabkan EMAS Jatuh????
Jangan bimbang bila harga EMAS JATUH....
Ia merupakan BONUS bagi yang ingin menambah stok simpanan emas fizikal.... Dan bagi yang baru berjinak2 dengan simpoanan emas jangka masa panjang.. Sekarang la masa nyer.. BELI time harga murah..
Emas jatuh kepada peratusan yang rendah dalam tempoh empat bulan adalah satu perkara tidak dapat dikawal. Pergolakan politik di Greece meningkatkan dolar sebagai aset yang selamat dan dibendung manakala permintaan untuk logam berharga sebagai aset alternatif. Perak jatuh ke tahap paling rendah sejak Januari.
Euro dalam keadaan yang lemah dalam sesi kelapan berbanding dolar kerana ahli politik Greece bergelut untuk membentuk kerajaan baru, meningkatkan kebimbangan bahawa negara boleh meninggalkan blok mata wang. Harga emas menjunam ke paras terendah tahun ini semalam sebagai ekuiti global merosot ke paras terendah dalam tempoh tiga bulan.
Emas di waktu pagi “‘menetapkan,” apa yang digunakan oleh beberapa syarikat perlombongan untuk menjual keluaran, jatuh kepada $ 1,585.50 auns di London daripada $ 1,602.50 petang semalam.
Frank Lesh, seorang peniaga di Trading FuturePath di
Chicago, berkata dalam temubual telefon. ”Pasaran mata wang cenderung
untuk memerintah dalam komoditi, dan sekarang dolar adalah raja.”
Emas bagi penghantaran Jun susut 0.6 peratus dan dijumlahkan sebanyak $ 1,594.20 satu auns pada 01:50 pada Comex. Di New York.Terdahulu, logam mencecah $ 1,578.50, terendah sejak januari 3. Pemulihan ini dibandingkan dengan keuntungan tahun ini kepada 1.7 peratus, selepas logam yang didahulukan bagi 11 tahun berturut-turut. Niaga pada masa depam diramalkan mencecah paras tertinggi dalam masa $ 1,923.70 pada bulan September. Pegangan dalam pertukaran produk bar emas yang diniagakan adalah pada 2,382.4 tan metrik, kira-kira 1.2 peratus di bawah rekod 13 Mac, data ini dikumpul oleh Bloomberg show.
Dolar telah mendapat 1.6 peratus pada bulan ini berbanding dengan sekumpulan enam mata wang yang lain. Manakala kontrak emas yang paling aktif telah menurun 4.2 peratus. “Kekukuhan Dollar mampu mengurangkan mana-mana kualiti keselamatan emas pada masa ini,” kata Lesh.
Niaga masa depan bagi perak, iaitu bagi penghantaran Julai merosot sebanyak 0.7 peratus kepada $ 29,241 auns pada Comex, selepas jatuh ke $ 28,615, terendah sejak Januari 9
Monday, 7 May 2012
Kenapa SILVER!!!!
KENAPA ANDA PERLU MEMPUNYAI SIMPANAN EMAS DAN SILVER!!!!!
Ini kerana perak ada kaitan dengan ekonomi dunia. Kerana itulah pelaburan perak seringkali dikaitkan dengan pengawalan inflasi dari ianya berlaku. Mari kita lihat beberapa info berkaitan perak yang membantu dalam pertumbuhan ekonomi sejagat ini:
1. Perak mempunyai nilai intrinsik.
-Bukan sahaja emas, perak juga tidak seperti duit kertas yang hanya mempunyai nilai disebabkan keyakinan anda sahaja.
Perak mempunyai nilai intrinsik dan intrinsik itu bermaksud nilai atau harga barang yang digunakan untuk membuat wang atau barang.
Tahukah anda berapa kos mencetak duit kertas RM50? 30 sen? 20sen?
2. Harga perak masih murah.
-Sekiranya harga emas dan perak dikira berdasarkan keadaan inflasi sekarang harga emas berada pada paras USD2300 – 5000 dan harga perak pula pada paras USD150-300.

3. Perak tidak boleh dicetak sebagaimana matawang kertas.
-Yang peliknya apabila matawang dicetak tanpa kebenaran kerajaan ianya dikira wang palsu, akan tetapi apabila ia dicetak dengan kebenaran kerajaan ia adalah duit yang sah sekalipun kualiti kedua-duanya hampir sama.
4. Index USD dan kuasa membeli dollar semakin jatuh.

Gambarajah di atas menunjukkan index dollar menjunam ke paras 69-70 berdasarkan technical analysis. Secara tidak langsung harga emas dan perak akan melonjak naik.
Sudah mula nampak potensi pelaburan perak ini…???Lakukanlah tindakan yang BIJAK ok:)
sumber: labursilver

5. Perak dapat menyelamatkan kewangan daripada kesan inflasi
Gambarajah
di atas menunjukkan kuasa membeli dollar Amerika menurun dari USD1
kepada USD0.02. Ini bermakna kuasa membeli dollar sudah hilang lebih
daripada 96%.
Sudah mula nampak potensi pelaburan perak ini…???Lakukanlah tindakan yang BIJAK ok:)
sumber: labursilver
Produk terbaru dari GCP!!!!!
Pada 5/5/2012 ,telah dilancarkan produk baru GCP.. SILVER BAR 10g,20g,50g,100g.. khusus bagi peminat2 silver... ini merupakan perkhabaran gembira.. Bagi yang tak mampu untuk memulakan simpanan EMAS.. Ini altenatif nya.. SIMPANAN SILVER !!!!!
| INGIN DAPATKAN SILVER BAR GCP- HUBUNGI 013-9663542 |
Subscribe to:
Posts (Atom)