">

Monday 23 April 2012

TIPS- Untuk Pendidikan Anak-Anak ANDA...

Sukacitanya saya ingin berkongsi tips dan cara membuat simpanan emas untuk pendidikan anak-anak demi menjamin masa depan yang lebih cerah..=) sesungguhnya hidup diselubungi hutang adalah satu perkara yang tidak enak..ya sangat tidak menyenangkan..apa kata kita mula daripada sekarang..buat simpanan emas dan elakkan daripada anak-anak membuat pinjaman untuk membiayai pengajian mereka..

 Sekarang ramai yang xmampu membayar balik dari pinjaman PTPTN... Sekarang ANDA xperlu membuat pinjaman PTPTN sekiranya nak melanjutkan pelajaran anak2 anda... INGIN TAHU CARANYA.... DENGAN MELALUI SIMPANAN EMAS JANGKA MASA PANJANG...:)

  seperti : luahan seorang pelajar..

Pendapatan tak menentu, beban bayar balik PTPTN
Written by Adiputra Selamat   

Saya adalah bekas pelajar di universiti awam dimana kos pengajian saya adalah melalui pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Setelah pendedahan demi pendedahan diutarakan dalam akhbar-akhbar milik Kerajaan Pusat, kini PTPTN merancang untuk memastikan para peminjam membayar balik pinjaman pengajian mereka melalui potongan gaji bermula pertengahan tahun 2011. Pada pandangan saya, ini boleh memberi bebanan kepada para peminjam khususnya yang baru tamat pengajian.

Pinjaman PTPTN kebiasaannya adalah pilihan terakhir setelah segala usaha untuk mendapatkan pinjaman/biasiswa pengajian daripada sumber lain seperti yayasan negeri dan lain-lain tidak berjaya. Ini adalah kerana umum mengetahui bahawa kos pentadbiran yang tinggi yang menjadi penyebab utama bebanan peminjam untuk membayar balik pinjaman tersebut. Kehidupan para pelajar selepas tamat pengajian masih tidak menentu kerana pasaran kerja yang amat terhad tidak seimbang dengan berpuluh ribu jumlah graduan yang baru tamat pengajian setiap tahun.

Dalam keadaan ekonomi negara yang masih belum stabil, semestinya pasaran kerja menjadi lembap kerana rata-rata majikan lebih mengutamakan pekerja yang berpengalaman sekurang-kurangnya dua tahun untuk diambil bekerja dan pengambilan pekerja adalah berdasarkan daripada sistem internalization iaitu pengambilan pekerja yang disyorkan oleh staf-staf dalaman sahaja. Ini mendorong kepada terhadnya peluang pekerjaan kepada graduan yang ramai di luar sana kerana tiada tawaran kerja diiklankan dalam akhbar atau internet. Oleh itu, kedapatan masih sangat ramai graduan kita yang masih belum bekerja atau bekerja secara sampingan di mana pendapatannya tidak menentu dan ini menjadikan bebanan untuk mereka membayar balik pinjaman PTPTN.

Dari soal pendapatan pula, rata-rata graduan Ijazah yang berjaya mendapat kerja hanya menerima purata gaji bulanan sebanyak RM2,000 sahaja dan trend majikan kini lebih berminat untuk membayar seorang pekerja yang boleh bekerja untuk bebanan lebih seorang pekerja. Dengan jumlah gaji bulanan seperti ini (sesudah ditolak KWSP), ia mendorong kepada tekanan yang tinggi lebih-lebih lagi kepada para lepasan Ijazah yang bekerja di bandar seperti Kuala Lumpur dimana segala kos seperti penginapan, makan minum, bil-bil utiliti, tempat letak kereta harian, harga petrol yang baru sahaja dinaikkan Kerajaan, kenaikan kos-kos barangan harian (banyak yang tidak dikawal) dan lain-lain untuk ditanggung dengan gaji bulanan yang rendah. Umum mengetahui bahawa pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan adalah tergolong dalam mereka yang berpendapatan rendah apatah lagi bagi peminjam yang sudah berkahwin pada usia muda.

Faktor bekerja secara kontrak juga mendorong kepada tekanan untuk membayar balik pinjaman PTPTN ini kerana tiada keselamatan dalam pekerjaan seseorang itu kerana sesudah tamat kontrak, peluang untuk terus bekerja adalah 50-50. Sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap pada waktu sebegini memandangkan biasanya majikan lebih memikirkan keuntungan syarikat berbading hak pekerja serta faktor kestabilan ekonomi yang tidak menentu. Tidak semua majikan mahu menawarkan kontrak pekerjaan dengan gaji bulanan yang tinggi.

Walaupun sudah ditetapkan di dalam kontrak pinjaman pengajian untuk membayar balik satu jumlah yang dipersetujui dan ditandatangani pelajar sebelumnya, tetapi harus juga diingat bahawa rata-rata pelajar yang membuat kontrak pinjaman seperti ini tidak begitu memahami apa yang terkandung dalam kontrak memandangkan rata-rata ketika itu mereka masih berumur 18 tahun yang baru memulakan pengajian di alam universiti, baru melepasi umur seorang minor. Kebanyakan mereka ketika itu hanya memikirkan untuk mendapatkan wang untuk belajar walaupun tidak kurang juga yang gagal mengawal kewangan mereka dengan baik digunakan sehingga habis dalam jangkamasa beberapa minggu sahaja. Ini adalah kerana mentaliti mereka ketika itu yang berumur belasan tahun tidak mengerti bebanan yang bakal dihadapi terutama untuk membayar balik pinjaman ini.

Pada pandangan saya, pihak Kerajaan perlu meniliti sedalamnya sebelum membuat keputusan untuk menetapkan penolakan gaji bulanan sebagai langkah untuk memastikan peminjam membayar balik pinjaman PTPTN ini. Saya ingin mencadangkan supaya bayaran balik melalui penolakan gaji ini bermula setelah para graduan sudah bekerja secara tetap sekurang-kurangnya dua tahun. Saya ulangi, hanya setelah peminjam bekerja tetap sekurang-kurangnya dua tahun, dan bukan secara kontrak. Ini untuk memastikan aliran kewangan seseorang itu tidak terjejas teruk berikutan ikatan bayaran balik pinjaman PTPTN ini khususnya mereka yang bekerja di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur seperti saya.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.


Bila melihat rakan2 lain yang bingung memikirkan soal pinjaman sebaik sahaja menamatkan pelajaran..dan kadang2 melibatkan ibubapa mereka juga yang pening untuk bantu anak-anak ni.. INI MERUPAKAN ANGGARAN UNTUK MENGELAKKAN DR IBUBAPA PENING MEMIKIRKAN PINJAMAN PTPTN...


Anggaran yang diketahui secara umum:

1. Inflasi: 4% setahun

2. Harga emas terkini: RM190.00/gram (emas 999)

3. Kenaikan harga emas: 25% setahun

4. Kos pendidikan tahun 2012:
~ RM1,500.00 x 8 semester = RM12,000.00   
~ Dengan kata lain, kos untuk mendapatkan ijazah pada tahun 2012 ialah sebanyak RM12,000.00

Katakanlah anak anda lahir pada tahun 2012 .. Anak anda akan melanjutkan pelajaran pada umur 18 tahun, iaitu pada tahun 2030.
Oleh itu:

1. inflasi dalam masa 18 tahun: 4% x 18 = 72%

2. Kos pendidikan pada tahun 2030:
~ RM12,000.00 + inflasi
= RM 12,000.00 + (72% x RM12,000.00)
= RM20,640.00

3. Kenaikan harga emas dalam masa 18 tahun: 25% x 18 = 450%
~ Kenaikan harga emas dalam masa 18 tahun: 450% x RM 190.00 = RM 855.00/g
~ Oleh itu, harga emas pada tahun 2030:
= Harga emas 2012 + Kenaikan 450%
= RM 190.00 + RM855.00
= RM 1,045.00/g

Jika sejak dari tahun 2012, anda menyimpan 15g emas setahun selama 5 tahun, anda mempunya emas sebanyak 75g. Dengan anggapan kenaikan emas adalah 25% setahun:

Tahun 1 (2012): RM 190.00 x 15g = RM 2850.00
Tahun 2 (2013): RM 237.50 x 15g = RM 3562.50
Tahun 3 (2014): RM 296.90 x 15g = RM 4453.13
Tahun 4 (2015): RM 371.13 x 15g = RM 5566.95
Tahun 5 (2016): RM 463.91 x 15g = RM 6958.65

Jumlah nilai 75g emas yang dibeli = RM 23,391.23

Pada tahun 2030, 75g emas bernilai RM 1,045.00 x 75g = RM 78,375.00.  Cukup untuk menampung 3 orang anak ke kolej.



Semoga para pembaca jelas dengan kira-kira yang dikongsikan oleh saya..dan harapnya ia dapat membantu..formula ini sebenarnya boleh digunakan untuk buat target dan bajet lain selain daripada simpanan untuk pen didikan anak-anak..contohnya..bajet untuk berkahwin, untuk tunaikan ibadah haji atau umrah..atau untuk perkara-perkara lain seperti target untuk renovate rumah, beli kereta idaman dan lain-lain..ikut mana keperluan yang anda rasa menjadi priority..=) kami di sini hanya memberikan jalan..anda lah yang akan menentukannya..semoga Allah permudahkan..amiin..=)

~ Berminat untuk dapatkan harga emas yang lebih rendah daripada pasaran?
~ Hubungi admin jutawangcp-Anjung EMAS..kami sedia membantu anda..^_^


*Disclaimer: ini adalah anggaran semata-mata berdasarkan rekod kukuh berkenaan inflasi dan harga emas terdahulu..=) semoga Allah permudahkan hidup anda..dan murahkan rezeki kita semua..=)


Sumber daripada:
Mohd. Najwan Bin Md. Khambari
Facebook.com/najwankhambari

No comments:

Post a Comment