">

Friday, 8 June 2012

Pelaburan yang terbaik...


Sejarah wang kertas dan penipuannya.....

Assalamualaikum..
sahabat sekalian,
maaf dah lama nana tak update blog nie...
banyak hal yang perlu diuruskan ..
lagi pun laptop nana hilang baru2 nie.....

Sekarang dah ade penganti dah.. hehehe
kali ini nana nak cerita mengenai asal usul WANG KERTAS...
Ramai yang masih xtahu.. bagaimana wujudnya WANG KERTAS...

BAGAIMANA WANG KERTAS WUJUD.....

Wang kertas klu dikaji asal usulnya adalah merupakan surat hutang yang mewakili jumlah emas..


Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Duit emas yang digunakan 560 sebelum masihi di Turki

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffindalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

The Creature From Jekyll Island

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atauFractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan olehSpecial Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً

“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.”
[surah an-Nisa’, ayat 76]

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.





Zimbabwe menjadi bukti kerapuhan wang fiat

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.

Duit dibakar di Jerman kerana sudah tidak bernilai

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Sumber : Milenia Muslim

       










Saturday, 12 May 2012

Apa Yang Menyebabkan EMAS Jatuh????

 Jangan bimbang bila harga EMAS JATUH....

Ia merupakan  BONUS bagi yang ingin menambah stok simpanan emas fizikal.... Dan bagi yang baru berjinak2 dengan simpoanan emas jangka masa panjang.. Sekarang la masa nyer.. BELI time harga murah..


 Emas jatuh kepada peratusan yang rendah dalam tempoh  empat bulan adalah satu perkara tidak dapat dikawal. Pergolakan politik di Greece meningkatkan dolar sebagai aset yang selamat dan dibendung manakala permintaan untuk logam berharga sebagai aset alternatif. Perak jatuh ke tahap paling rendah sejak Januari.

Euro dalam keadaan yang lemah dalam sesi kelapan berbanding dolar kerana ahli politik Greece bergelut untuk membentuk kerajaan baru, meningkatkan kebimbangan bahawa negara boleh meninggalkan blok mata wang. Harga emas menjunam ke paras terendah tahun ini semalam sebagai ekuiti global merosot ke paras terendah dalam tempoh tiga bulan.

Emas di waktu pagi “‘menetapkan,” apa yang digunakan oleh beberapa syarikat perlombongan untuk menjual keluaran, jatuh kepada $ 1,585.50 auns di London daripada $ 1,602.50 petang semalam.
Frank Lesh, seorang peniaga di Trading FuturePath di Chicago, berkata dalam temubual telefon. ”Pasaran mata wang cenderung untuk memerintah dalam komoditi, dan sekarang dolar adalah raja.”

Emas bagi penghantaran Jun  susut 0.6 peratus dan dijumlahkan sebanyak $ 1,594.20 satu auns pada 01:50 pada Comex. Di New York.Terdahulu, logam mencecah $ 1,578.50, terendah sejak januari 3. Pemulihan ini dibandingkan dengan keuntungan tahun ini kepada 1.7 peratus, selepas logam yang didahulukan bagi 11 tahun berturut-turut. Niaga pada masa depam diramalkan mencecah paras tertinggi dalam masa $ 1,923.70 pada bulan September. Pegangan dalam pertukaran  produk bar emas yang diniagakan adalah pada 2,382.4 tan metrik, kira-kira 1.2 peratus di bawah rekod 13 Mac, data ini dikumpul oleh Bloomberg show.

Dolar telah mendapat 1.6 peratus pada bulan ini berbanding dengan sekumpulan enam mata wang yang lain. Manakala kontrak emas yang paling aktif telah menurun 4.2 peratus. “Kekukuhan Dollar mampu mengurangkan mana-mana kualiti keselamatan emas pada masa ini,” kata Lesh.

Niaga masa depan bagi perak, iaitu bagi penghantaran Julai merosot sebanyak 0.7 peratus kepada $ 29,241 auns pada Comex, selepas jatuh ke $ 28,615, terendah sejak Januari 9

Monday, 7 May 2012

Kenapa SILVER!!!!

 KENAPA ANDA PERLU MEMPUNYAI SIMPANAN EMAS DAN SILVER!!!!!


Ini kerana perak ada kaitan dengan ekonomi dunia. Kerana itulah pelaburan perak seringkali dikaitkan dengan pengawalan inflasi dari ianya berlaku. Mari kita lihat beberapa info berkaitan perak yang membantu dalam pertumbuhan ekonomi sejagat ini:

1.  Perak mempunyai nilai intrinsik.
-Bukan sahaja emas, perak juga tidak seperti duit kertas yang hanya mempunyai nilai disebabkan keyakinan anda sahaja.

Perak mempunyai nilai intrinsik dan intrinsik itu bermaksud nilai atau harga barang yang digunakan untuk membuat wang atau barang.

Tahukah anda berapa kos mencetak duit kertas RM50? 30 sen? 20sen?

2.  Harga perak masih murah.
-Sekiranya harga emas dan perak dikira berdasarkan keadaan inflasi sekarang harga emas berada pada paras USD2300 – 5000 dan harga perak pula pada paras USD150-300.



3.  Perak tidak boleh dicetak sebagaimana matawang kertas.
-Yang peliknya apabila matawang dicetak tanpa kebenaran kerajaan ianya dikira wang palsu, akan tetapi apabila ia dicetak dengan kebenaran kerajaan ia adalah duit yang sah sekalipun kualiti kedua-duanya hampir sama.

4.  Index USD dan kuasa membeli dollar semakin jatuh.


Gambarajah di atas menunjukkan index dollar menjunam ke paras 69-70 berdasarkan technical analysis. Secara tidak langsung harga emas dan perak akan melonjak naik.

5.  Perak dapat menyelamatkan kewangan daripada kesan inflasi

 
Gambarajah di atas menunjukkan kuasa membeli dollar Amerika menurun dari USD1 kepada USD0.02. Ini bermakna kuasa membeli dollar sudah hilang lebih daripada 96%.



Sudah mula nampak potensi pelaburan perak ini…???Lakukanlah tindakan yang BIJAK ok:)

sumber: labursilver

Produk terbaru dari GCP!!!!!

Pada 5/5/2012 ,telah dilancarkan produk baru  GCP.. SILVER BAR 10g,20g,50g,100g.. khusus bagi peminat2 silver... ini merupakan perkhabaran gembira.. Bagi yang tak mampu untuk memulakan simpanan EMAS.. Ini altenatif nya.. SIMPANAN SILVER !!!!!


INGIN DAPATKAN SILVER BAR GCP- HUBUNGI 013-9663542

Wednesday, 25 April 2012

TRANSFORMASI MINDA JUTAWAN EMAS (TMJE)

ALHAMDULILLAH..... AKHIRNYA  TMJE  BERADA DI TERENGGANU....Amat2 gembira.. Dengan kehadiran GCP di terengganu khususnya di kuala berang mampu mencelikkan ramai orang tentang kepentingan dan kebaikan menyimpan EMAS berbanding menyimpan wang kertas...


PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JUTAWAN EMAS DITERUSKAN LAGI. Jangan ketinggalan menimba ilmu serta ubah "mind set" anda untuk CEMERLANG, KAYA DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT....

Program ini dibawakan khas secara PERCUMA untuk perkongsian ilmu dan pengalaman daripada pakar yang telah terbukti berjaya dalam perniagaan khususnya emas dan perak. Jangan berlengah lagi! tinggalkan EGO anda! Tinggalkan pulau alasan! bersama menuju kejayaan. Daftar tempat anda sekarang!

Tarikh: 9 Mei  2012 (RABU)
Masa: 8.00 Malam
Tempat : REST HOUSE Kuala Berang(Rumah rehat/tumpangan Kerajaan), Terengganu
Penganjur : Pn Nordiana 013- 966 3542

IKLAN DI SINAR HARIAN 25 APRIL 2012

MENGAPA MEREKA MEMILIH GCP?

RENTETAN PENGALAMAN MANIS PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JUTAWAN EMAS 2012 (TMJE)
6 April 2012 Alor Setar

7 April 2012 Bentong

14 April 2012 Bandar Baru Nilai

15 April 2012 Kota Kinabalu

16-19 April 2012  sempat bercuti di  Pulau Sipadan 
21 APRIL 2012

22 April 2012 di Lahad Datu Sabah



SEKARANG DI TERENGGANU....JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENIMBA ILMU DAN HADIRI TMJE- GABUNGAN MENTOR EMAS FAIZAL YUSOF& GCP.... AKAN DIBONGKARKAN RAHSIA UNTUK MEMAKSIMUMKAN SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS FIZIKAL ANDA... SEMGA ANDA MAKIN KAYA DAN BERJAYA...


HUBUNGI SAYA 013-9663542.. Untuk menempah tempat...TEMPAT ADALAH TERHAD :)
Toingggg toinggg

Monday, 23 April 2012

TIPS- Untuk Pendidikan Anak-Anak ANDA...

Sukacitanya saya ingin berkongsi tips dan cara membuat simpanan emas untuk pendidikan anak-anak demi menjamin masa depan yang lebih cerah..=) sesungguhnya hidup diselubungi hutang adalah satu perkara yang tidak enak..ya sangat tidak menyenangkan..apa kata kita mula daripada sekarang..buat simpanan emas dan elakkan daripada anak-anak membuat pinjaman untuk membiayai pengajian mereka..

 Sekarang ramai yang xmampu membayar balik dari pinjaman PTPTN... Sekarang ANDA xperlu membuat pinjaman PTPTN sekiranya nak melanjutkan pelajaran anak2 anda... INGIN TAHU CARANYA.... DENGAN MELALUI SIMPANAN EMAS JANGKA MASA PANJANG...:)

  seperti : luahan seorang pelajar..

Pendapatan tak menentu, beban bayar balik PTPTN
Written by Adiputra Selamat   

Saya adalah bekas pelajar di universiti awam dimana kos pengajian saya adalah melalui pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Setelah pendedahan demi pendedahan diutarakan dalam akhbar-akhbar milik Kerajaan Pusat, kini PTPTN merancang untuk memastikan para peminjam membayar balik pinjaman pengajian mereka melalui potongan gaji bermula pertengahan tahun 2011. Pada pandangan saya, ini boleh memberi bebanan kepada para peminjam khususnya yang baru tamat pengajian.

Pinjaman PTPTN kebiasaannya adalah pilihan terakhir setelah segala usaha untuk mendapatkan pinjaman/biasiswa pengajian daripada sumber lain seperti yayasan negeri dan lain-lain tidak berjaya. Ini adalah kerana umum mengetahui bahawa kos pentadbiran yang tinggi yang menjadi penyebab utama bebanan peminjam untuk membayar balik pinjaman tersebut. Kehidupan para pelajar selepas tamat pengajian masih tidak menentu kerana pasaran kerja yang amat terhad tidak seimbang dengan berpuluh ribu jumlah graduan yang baru tamat pengajian setiap tahun.

Dalam keadaan ekonomi negara yang masih belum stabil, semestinya pasaran kerja menjadi lembap kerana rata-rata majikan lebih mengutamakan pekerja yang berpengalaman sekurang-kurangnya dua tahun untuk diambil bekerja dan pengambilan pekerja adalah berdasarkan daripada sistem internalization iaitu pengambilan pekerja yang disyorkan oleh staf-staf dalaman sahaja. Ini mendorong kepada terhadnya peluang pekerjaan kepada graduan yang ramai di luar sana kerana tiada tawaran kerja diiklankan dalam akhbar atau internet. Oleh itu, kedapatan masih sangat ramai graduan kita yang masih belum bekerja atau bekerja secara sampingan di mana pendapatannya tidak menentu dan ini menjadikan bebanan untuk mereka membayar balik pinjaman PTPTN.

Dari soal pendapatan pula, rata-rata graduan Ijazah yang berjaya mendapat kerja hanya menerima purata gaji bulanan sebanyak RM2,000 sahaja dan trend majikan kini lebih berminat untuk membayar seorang pekerja yang boleh bekerja untuk bebanan lebih seorang pekerja. Dengan jumlah gaji bulanan seperti ini (sesudah ditolak KWSP), ia mendorong kepada tekanan yang tinggi lebih-lebih lagi kepada para lepasan Ijazah yang bekerja di bandar seperti Kuala Lumpur dimana segala kos seperti penginapan, makan minum, bil-bil utiliti, tempat letak kereta harian, harga petrol yang baru sahaja dinaikkan Kerajaan, kenaikan kos-kos barangan harian (banyak yang tidak dikawal) dan lain-lain untuk ditanggung dengan gaji bulanan yang rendah. Umum mengetahui bahawa pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan adalah tergolong dalam mereka yang berpendapatan rendah apatah lagi bagi peminjam yang sudah berkahwin pada usia muda.

Faktor bekerja secara kontrak juga mendorong kepada tekanan untuk membayar balik pinjaman PTPTN ini kerana tiada keselamatan dalam pekerjaan seseorang itu kerana sesudah tamat kontrak, peluang untuk terus bekerja adalah 50-50. Sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap pada waktu sebegini memandangkan biasanya majikan lebih memikirkan keuntungan syarikat berbading hak pekerja serta faktor kestabilan ekonomi yang tidak menentu. Tidak semua majikan mahu menawarkan kontrak pekerjaan dengan gaji bulanan yang tinggi.

Walaupun sudah ditetapkan di dalam kontrak pinjaman pengajian untuk membayar balik satu jumlah yang dipersetujui dan ditandatangani pelajar sebelumnya, tetapi harus juga diingat bahawa rata-rata pelajar yang membuat kontrak pinjaman seperti ini tidak begitu memahami apa yang terkandung dalam kontrak memandangkan rata-rata ketika itu mereka masih berumur 18 tahun yang baru memulakan pengajian di alam universiti, baru melepasi umur seorang minor. Kebanyakan mereka ketika itu hanya memikirkan untuk mendapatkan wang untuk belajar walaupun tidak kurang juga yang gagal mengawal kewangan mereka dengan baik digunakan sehingga habis dalam jangkamasa beberapa minggu sahaja. Ini adalah kerana mentaliti mereka ketika itu yang berumur belasan tahun tidak mengerti bebanan yang bakal dihadapi terutama untuk membayar balik pinjaman ini.

Pada pandangan saya, pihak Kerajaan perlu meniliti sedalamnya sebelum membuat keputusan untuk menetapkan penolakan gaji bulanan sebagai langkah untuk memastikan peminjam membayar balik pinjaman PTPTN ini. Saya ingin mencadangkan supaya bayaran balik melalui penolakan gaji ini bermula setelah para graduan sudah bekerja secara tetap sekurang-kurangnya dua tahun. Saya ulangi, hanya setelah peminjam bekerja tetap sekurang-kurangnya dua tahun, dan bukan secara kontrak. Ini untuk memastikan aliran kewangan seseorang itu tidak terjejas teruk berikutan ikatan bayaran balik pinjaman PTPTN ini khususnya mereka yang bekerja di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur seperti saya.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.


Bila melihat rakan2 lain yang bingung memikirkan soal pinjaman sebaik sahaja menamatkan pelajaran..dan kadang2 melibatkan ibubapa mereka juga yang pening untuk bantu anak-anak ni.. INI MERUPAKAN ANGGARAN UNTUK MENGELAKKAN DR IBUBAPA PENING MEMIKIRKAN PINJAMAN PTPTN...


Anggaran yang diketahui secara umum:

1. Inflasi: 4% setahun

2. Harga emas terkini: RM190.00/gram (emas 999)

3. Kenaikan harga emas: 25% setahun

4. Kos pendidikan tahun 2012:
~ RM1,500.00 x 8 semester = RM12,000.00   
~ Dengan kata lain, kos untuk mendapatkan ijazah pada tahun 2012 ialah sebanyak RM12,000.00

Katakanlah anak anda lahir pada tahun 2012 .. Anak anda akan melanjutkan pelajaran pada umur 18 tahun, iaitu pada tahun 2030.
Oleh itu:

1. inflasi dalam masa 18 tahun: 4% x 18 = 72%

2. Kos pendidikan pada tahun 2030:
~ RM12,000.00 + inflasi
= RM 12,000.00 + (72% x RM12,000.00)
= RM20,640.00

3. Kenaikan harga emas dalam masa 18 tahun: 25% x 18 = 450%
~ Kenaikan harga emas dalam masa 18 tahun: 450% x RM 190.00 = RM 855.00/g
~ Oleh itu, harga emas pada tahun 2030:
= Harga emas 2012 + Kenaikan 450%
= RM 190.00 + RM855.00
= RM 1,045.00/g

Jika sejak dari tahun 2012, anda menyimpan 15g emas setahun selama 5 tahun, anda mempunya emas sebanyak 75g. Dengan anggapan kenaikan emas adalah 25% setahun:

Tahun 1 (2012): RM 190.00 x 15g = RM 2850.00
Tahun 2 (2013): RM 237.50 x 15g = RM 3562.50
Tahun 3 (2014): RM 296.90 x 15g = RM 4453.13
Tahun 4 (2015): RM 371.13 x 15g = RM 5566.95
Tahun 5 (2016): RM 463.91 x 15g = RM 6958.65

Jumlah nilai 75g emas yang dibeli = RM 23,391.23

Pada tahun 2030, 75g emas bernilai RM 1,045.00 x 75g = RM 78,375.00.  Cukup untuk menampung 3 orang anak ke kolej.



Semoga para pembaca jelas dengan kira-kira yang dikongsikan oleh saya..dan harapnya ia dapat membantu..formula ini sebenarnya boleh digunakan untuk buat target dan bajet lain selain daripada simpanan untuk pen didikan anak-anak..contohnya..bajet untuk berkahwin, untuk tunaikan ibadah haji atau umrah..atau untuk perkara-perkara lain seperti target untuk renovate rumah, beli kereta idaman dan lain-lain..ikut mana keperluan yang anda rasa menjadi priority..=) kami di sini hanya memberikan jalan..anda lah yang akan menentukannya..semoga Allah permudahkan..amiin..=)

~ Berminat untuk dapatkan harga emas yang lebih rendah daripada pasaran?
~ Hubungi admin jutawangcp-Anjung EMAS..kami sedia membantu anda..^_^


*Disclaimer: ini adalah anggaran semata-mata berdasarkan rekod kukuh berkenaan inflasi dan harga emas terdahulu..=) semoga Allah permudahkan hidup anda..dan murahkan rezeki kita semua..=)


Sumber daripada:
Mohd. Najwan Bin Md. Khambari
Facebook.com/najwankhambari