">

Friday, 20 April 2012

SIMPANAN ATAU PELABURAN !!!!!!!!!!!!!

Saya lebih suka menyebut emas sebagai simpanan emas kerana inilah tanggapan saya terhadap emas.



Emas adalah wang yang sebenar

Simpanan emas memainkan peranan sama seperti fungsi wang kertas yang disimpan di bank,amanah saham dan unit trust.Sudah tentu kita ingin menyimpannya lama kerana ia adalah untuk jaminan kewangan masa depan dan keperluan tertentu seperti tabung pendidikan anak-anak dan tujuan kecemasan.Simpanan emas bersifat jangka masa panjang,mungkin boleh dikatakan melebihi 10 tahun.Jangka masa sederhana pula ialah sekitar 4-5 tahun.



Emas menguntungkan penyimpannya untuk jangka masa panjang
“Saya ingin membeli emas,nanti harga dah naik,saya nak jual”…ini biasa diajukan kepada saya.

Ya..inilah yang dinamakan pelaburan.Jual emas selepas kenaikan harga.Prinsip ini dinamakan ‘buy low,sell high’.

Biasanya saya akan tanya kembali ” dapat duit hasil jualan emas tersebut,nak buat apa?”
Jika disalurkan kepada sesuatu yang berharga juga seperti membeli aset lain seperti rumah,tanah dan nak buat modal bisnes..go on.

Ada juga yang menjual semasa harga tinggi,dan merancang untuk membeli semula semasa harga rendah.Tak sesuai untuk orang yang tak ada kemahiran dan sibuk macam saya sebab saya suka beli dan tunggu,bukan tunggu baru beli.Kalau dah beli pun saya buat-buat tak ingat,tak adalah nak tengok harga selalu :)
(Tapi memang awal2 beli emas dulu saya pun teruja hari2 nak tengok harga emas naik atau tidak..masa tu kurang ilmu lagi :)


Jadi,pesanan saya pada orang baru,mahupun lama yang suka sangat tengok harga emas hari-hari itu,cubalah kurangkan,lainlah kalau nak menjual,memang kena tengok. .hehe..

Sebenarnya,bila kita anggap emas sebagai simpanan,tak semestinya kita tidak buat pelaburan.Sebagai contoh:

Contoh 1
Jika anda menyimpan 10g setiap tahun bagi seorang anak,untuk menampung pengajiannya sejak di lahir lagi,maka 18 tahun kemudian jumlah terkumpul ialah 180g.
Agak-agak 18 tahun lagi berapa harga emas tersebut?Secara tidak langsung kita telah pun melabur juga sebenarnya,tapi melabur dengan matlamat jangka masa panjang.

Contoh 2 :
Ahmad menyimpan emas sedikit demi sedikit untuk :
-20g setahun untuk menampung kos perkahwinannya



100g emas cukup untuk sebuah majlis 
perkahwinan yang sederhana
-10g setahun untuk menunaikan haji



Simpan emas bar atau dinar untuk pergi haji-bilangan dinar yang diperlukan semakin berkurangan

-20g setahun masuk dalam tabung simpanan jangka masa panjang (mungkin untuk diwariskan pada anak-anak)

-10g setahun untuk keperluan hari tua
Semua yang disebutkan di atas adalah perancangan untuk masa depan kita dan bersifat “long term” (jangka masa panjang).Kalau mampu simpan lebih,simpan lebih gram,jika tak mampu jangan tak simpan langsung,simpanlah walaupun sedikit,contohnya 1 gram sebulan.




Jadi semua golongan boleh mula menyimpan emas kerana kini amat mudah untuk mendapati emas dalam gram yang kecil seperti gold bar 1 gram dan barang kemas 1- 5 gram.Tiada alasan tidak mampu membeli atau emas mahal.(Emas tak pernah murah,dari dulu hingga kini).


Satu masa nanti,bukankah bila Ahmad menjual emasnya, katalah beberapa tahun akan datang,pada waktu itu harga emas sudah tinggi berbanding sekarang?
Inilah yang saya katakan sebagai menyimpan sambil melabur juga secara tak langsung.

Orang yang melabur semata-mata boleh jadi dia kurang “menyimpan” emas,tetapi penyimpan emas,boleh simpan sambil melabur.Pilihan di tangan anda.




Emas adalah wang
Ya,emas adalah wang yang sebenar.Wang kertas yang anda pegang itu juga memang wang,yang diperakui nilainya oleh kerajaan yang memerintah.Tapi ia bersandarkan apa?
Bukankah semua yang mempunyai takrifan perlu ada unit yang disandarkan,sebagai contoh :

Masa=s
Panjang=m
Berat =g
Wang kertas =?



Tukar wang kepada emas

Tiada.Ya,tiada sandaran sebagaimana yang diwar warkan sesetengah pihak,bahawasanya wang kertas dicetak berdasarkan rizab emas negara.Jika benar,mengapa inflasi terus berlaku dan mengapa wang kertas terus susut nilai dari semasa ke semasa?

Inilah yang membuktikan emas adalah wang yang sebenar.Ia adalah penyimpan nilai yang baik.Sebab itu selamat siapa yang menganggap emas sebagai simpanan.Selalu saya jumpa,orang yang menganggap emas sebagai pelaburan,kecewa bila nak jual dalam jangka masa pendek,kerana graf emas sedang menurun dan belum melepasi harga yang dibelinya dulu jika jual.Inilah yang sering terjadi akibat ingin keuntungan jangka masa pendek.Namun tak dinafikan,ramai juga yang berjaya menjadi pelabur yang baik dengan pelbagai teknik dan menambah jumlah simpanan emas mereka.Tak salah.

Tapi bagi saya yang sibuk,dan tak ada masa nak mengadap harga emas dan graf turun-naiknya,lebih selesa sebagai penyimpan emas.Beli-simpan-tidur dengan lena.Pejam celik selepas beberapa tahun,emas pun makin bertambah hasil pembelian secara konsisten dan harganya pun makin naik. :)

Perlu modal untuk beli emas?

Jika saya tanya anda,adakah anda membuat simpanan wang di bank sebelum ini,atau pun tabungan di rumah?

Jika ya,jawab soalan saya seterusnya.
Adakah anda perlukan modal untuk mula menyimpan wang untuk digunakan bila kecemasan atau tabungan untuk masa depan anda tersebut?
Semua orang mula menyimpan sedikit demi sedikit,hasil penjimatan dan hasil lebihan gaji mereka.So,tiada modal yang diperlukan bukan?Cukup anda bermula sedikit demi sedikit mengikut kemampuan anda.Yang penting>KONSISTEN.



Pelbagaikan jenis simpanan emas anda dalam bentuk dinar,gold bar dan barang kemas

Apa yang saya hendak betulkan di sini ialah,ramai menganggap beli emas perlukan modal dan modalnya mesti besar.Inilah kesilapan ramai orang,bila menganggap emas sebagai pelaburan semata-mata.Sedangkan pada zaman dahulu,emas dan perak telah pun dijadikan matawang untuk jual-beli.Jadi,kalau nak simpan untuk jangka masa panjang,simpanlah dalam bentuk logam berharga.

Tabungan emas

Sebagaimana anda menyimpan wang kertas di rumah mahupun bank,begitulah juga konsep simpanan emas ini.Simpanlah mengikut kemampuan,sikit-sikit,lama-lama jadi bukit emas.Sebagaimana anda berlumba-lumba menambah simpanan wang di bank,amanah saham,begitu juga anda perlu ubah persepsi anda sekarang.Tapi,janganlah pula 100% simpanan ditukarkan kepada emas,cukuplah 50%-80% dari simpanan,mengikut keperluan dan iklim kewangan masing-masing.Saya sendiri sudah menukarkan simpanan saya dalam bentuk emas sehingga 90% kerana saya juga merupakan pengedar emas.Jadi,saya boleh jual emas saya dengan mudah ikut harga semasa kerana ada permintaan.Selebihnya lebih kurang 10% saya simpan dalam bentuk wang kertas untuk keperluan kecemasan yang perlu tindakan segera.

Simpanlah dengan niat untuk :

-Tabungan untuk diri sendiri

-Pendidikan anak-anak

-Tunaikan haji

-Tampung kos perkahwinan

-Diwariskan kepada anak-anak sebagai pusaka


-Diinfakkan sebahagian ke jalan Allah swt


-Jika cukup haul dan nisab,maka bersyukurlah kerana menjadi salah seorang yang layak membayar zakat.



Anak anda tak memerlukan pinjaman ini jika anda sudah menyimpan emas dari mereka kecil

Menabunglah emas dari sekarang jangan tunggu ada duit yang banyak baru nak mula.Mulakan sedikit demi sedikit,lama-lama jadi bukit.Sekiranya anda mendapat bonus mahupun tunggakan gaji,maka jangan bazirkannya untuk perkara yang kurang berfaedah sebaliknya manfaatkanlah sebaik mungkin.
Pengalaman saya,inilah masanya untuk saya menambah stok simpanan emas saya,biarlah saya tak bergaya dengan hand bag baru,beg baru ,pakaian mengikut trend,tudung mengikut fesyen mahupun kasut baru.Saya memang kurang minat membazir dan membeli bila ada keperluan,jarang sangat ikut kehendak hati.Namun sejak mengenali simpanan emas,saya menjadi lebih berhati-hati supaya tidak membazir (2 kali ganda? )… ;) 



Simpan emas sikit-sikit,lama-lama jadi bukit


Jika anda berminat untuk membuat belian bulanan secara konsisten mahupun mengikut kemampuan serta mendapatkan harga termurah di pasaran ,ada tawaran menarik menanti anda.Tawaran promosi menjadi pengedar emas dengan modal cuma RM1k  dan akan ditutup pada 13 Mei 2012.Rebutlah peluang ini sekarang.Sila belek artikel sepanjang bulan lepas atau email kepada saya untuk maklumat lanjut : abdullah_nordiana@yahoo.com atau hubungi saya di talian hotline 013-9663542(nana BW)

Boleh juga klik sini untuk lebih info >
http://jutawangcp.blogspot.com/2012/04/gcp-bukan-mlm.html
Jadi pengedar bukanlah untuk meniaga emas semata-mata,tapi untuk dapatkan emas termurah.Meniaga adalah pilihan kepada yang nak menjana pendapatan atau keuntungan yang lebih.




Dapatkan harga termurah dengan sekali daftar,free kurier seumur hidup


Liputan mengenai perniagaan emas yang dikatakan sebagai perniagaan”hot” sekarang oleh Jutawan Internet,Irfan Khairi dalam majalah IK (Inspirasi Kekayaan) edisi terkini (02).Menariknya,gambar dinar GCP dijadikan salah satu gambar dalam artikel tersebut. :)



Menjadi pilihan ramai orang sekarang kerana boleh dilakukan secara sambilan


GCP kini semakin dikenali dan selalu keluar majalah,akhbar,dan tak lama lagi bakal masuk tv pula.Jangan lupa dapatkan Sinar Harian Edisi Nasional (seluruh negara) pada 25hb ini untuk jadual seminar emas terkini.

sumber: jutawangold.com

1 comment:

  1. eToro is the best forex trading platform for beginning and advanced traders.

    ReplyDelete