">

Tuesday 27 March 2012

INFO TENTANG ZAKAT

Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika
cukup haul dan nisab


(haul ialah tempoh masa dan nisab ialah nilai berat)


Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah
S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah
(mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari
emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk
mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan
selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
(At- Taubah; ayat 34-35)


Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan dan emas yang dipakai.
2. Zakat emas yang dipakai.
1. Zakat emas yang tidak dipakai (disimpan)


Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas
tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak
2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM140/gram
Jumlah zakat = 2.5% x RM14,000
= RM350


2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib
dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian
masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf.
Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.


Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram
emas. (kalau anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda dibawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150 gram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram


Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16) andaian harga emas semasa RM77.16 / gram
= RM 192.9

p/s: Uruf emas bagi setiap negeri adalah berbeza. Contohnya:
1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram


(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)


Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:
(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)

No comments:

Post a Comment