">

Sunday, 4 March 2012

Apakah pilihan anda...GOLDBAR,DINAR ATAU BARANG KEMAS KAH????

Assalamualaikum....
Sejak semakin ramai yang celik emas,semakin ramai orang yang mula menyimpan emas secara konsisten.Maka saya jugak menerima banyak juga soalan-soalan tentang emas ini.Antaranya saya dapati,ramai yang tak tahu membuat pilihan.

Nak simpan apa?

Gold bar kah?Dinar kah?barang kemaskah.

Maka soal saya kembali.Tujuannya apa?

GOLDBAR
Kalau simpanan emas itu untuk menggantikan simpanan wang kertas,ini dikira sebagai simpanan jangka masa panjang,maka gold bar lah yang paling sesuai.Jika bajet kecil,boleh mulakan dengan dinar atau 1g goldbar.Selain harga yang lebih murah dari kedai emas dan tiada kos upah. Gold bar GCP adalah emas 999 dan 999.9 di mana ketulenannnya adalah 24k atau dipanggil emas sepuluh.Selain 1g goldbar, terdapat juga 10g,20g,50g dan 100g..

DINAR
 Dinar pula sebenarnya untuk tujuan muamalat,contohnya dinar Kelantan,maka tujuan membelinya haruslah dengan niat untuk bermuamalat,tapi tak semestinya anda belanjakan sekarang.Mungkin anda boleh simpan dahulu untuk dibelanjakan kemudian hari.Begitu juga dirham,ia juga untuk muamalat.Ia diperbuat daripada silver 999.9.Ramai juga yang membeli untuk tujuan pelaburan,sedikit kesilapan di sini.Niatkanlah untuk muamalat dan membayar zakat,atau lain-lain yang bersesuaian.Anda boleh rujuk di sebelah kanan blog ini, 
http://jutawangcp.blogspot.com/2012/02/tukar-simpanan-wang-kertas-ke-emas.html
Dinar GCP merupakan emas 999.9... dan amat sesuai untuk dijadikan sebagai simpanan.

Barang Kemas?
Barang kemas bukanlah simpanan emas yang terbaik,kerana  mengalami susut nilai yang tinggi.Kecuali anda menyimpan/memakainya lebih lama.Untuk mengelakkan anda rugi,elakkan :
1.trade ini
2.jual barang kemas kerana ia akan dibeli dengan harga emas terpakai

Juallah bila hanya terdesak,dan simpanlah walaupun barang kemas tersebut telah rosak kerana ia tetap emas dan boleh diwariskan kepada anak-anak anda.Sebagai contoh,baru-baru ini, gelang saya patah namun saya tetap menyimpan nya kerana saya tahu emas tetap bernilai dan harga semakin meningkat..Sebaliknya saya berhajat untuk menambah koleksi gelang yang ada.Dengan cara ini,simpanan emas bertambah.
Pilihan lain untuk yang ingin bergaya sambil menyimpan emas,adalah produk rantai tangan dan rantai leher emas 999.9 dan emas 916 di mana spreadnya hanyalah 15% sahaja.
Jika anda tetap ingin menjual barang kemas anda,sila rujuk harga emas terpakai di sini : http://gcp.com.my/
dan bandingkan dengan harga kedai emas di mana anda ingin jual emas terpakai tersebut.Kalau nak trade in pun,saya galakkan anda jual dahulu.Untuk menjual emas terpakai,anda boleh hubungi saya di talian 013-9663542

Contoh harga terkini untuk emas terpakai ialah :
EMAS
HARGA
999.9 RM: 171.83
999 RM: 168.39
916 RM: 152.92
835 RM: 135.74
750 RM: 118.56
585 RM: 84.19
375 RM: 42.96
Kemaskini Pada :15 Sep 2011 – 17:55:18

sumber:jutawangold.com

1 comment:

  1. eToro is the ultimate forex broker for newbie and pro traders.

    ReplyDelete