">

Tuesday, 28 February 2012

Simple Calculation:Untung Atau Tidak Simpan Emas

Salam,berikut saya kongsikan simple calculation yang mudah difahami oleh semua orang mengenai keuntungan dalam simpanan emas :



Katakan 4 Jan,2000 dahulu anda ada RM20,000 dan wang di laburkan ke ASB.
Selama 10thn 8% x 10=80%

RM20,000 x 80%=RM16,000


Selama 10thn wang anda cuma menjadi RM36,000 sahaja iaitu keuntungan ASB RM16,000 + RM20,000(capital).Sekarang lihat  pula kiraan math kalau anda simpan emas masa tu.




 Kalau RM20,000 itu anda laburkan beli emas begini pula jadinya;

4 Jan,2000=USD282.05/Oz


7 Okt,2011=USD1652.00/Oz


PERATUS KENAIKAN:


1652-282.05/282.05 x 100=485.71%

RM20,000 x 485.71%=RM 97,142


Emas atau fiat?
So anda hendak simpan emas atau simpan wang fiat?.Kalau akaun konvesional lagilah  pula tak smpi 3% pun dia bg.Itu pun kena separate dulu.Yang simpan RM25,000 ke atas bolehlah  dia bg 3% ni.Yang  takat bwh2 RM20,000 ni..0.1-2.9% aje dia bg.

Kredit to :En.Muhammad Anis Hassan

Gold Price History | Graf Harga Emas beserta Peratus Kenaikkan 30 hari, 60 hari, setahun 2 tahun 5 tahun 10 tahun hingga 30 tahun

Gold Price History

gold 30 day o usd Gold Price History | Graf Harga Emas beserta Peratus Kenaikkan 30 hari, 60 hari, setahun 2 tahun 5 tahun 10 tahun hingga 30 tahun
30 Day Gold Price History in USD per Ounce.
gold 60 day o usd Gold Price History | Graf Harga Emas beserta Peratus Kenaikkan 30 hari, 60 hari, setahun 2 tahun 5 tahun 10 tahun hingga 30 tahun
60 Day Gold Price History in USD per Ounce.
gold 6 month o usd Gold Price History | Graf Harga Emas beserta Peratus Kenaikkan 30 hari, 60 hari, setahun 2 tahun 5 tahun 10 tahun hingga 30 tahun
6 month Gold Price History in USD per Ounce.
gold 1 year o usd Gold Price History | Graf Harga Emas beserta Peratus Kenaikkan 30 hari, 60 hari, setahun 2 tahun 5 tahun 10 tahun hingga 30 tahun
1 year gold price history in US Dollars per ounce.
gold 2 year o usd Gold Price History | Graf Harga Emas beserta Peratus Kenaikkan 30 hari, 60 hari, setahun 2 tahun 5 tahun 10 tahun hingga 30 tahun
2 year gold price history in US Dollars per ounce.
gold 5 year o usd Gold Price History | Graf Harga Emas beserta Peratus Kenaikkan 30 hari, 60 hari, setahun 2 tahun 5 tahun 10 tahun hingga 30 tahun
5 year gold price history in US Dollars per ounce.
gold 10 year o usd Gold Price History | Graf Harga Emas beserta Peratus Kenaikkan 30 hari, 60 hari, setahun 2 tahun 5 tahun 10 tahun hingga 30 tahun
10 year gold price history in US Dollars per ounce.
gold 15 year o usd Gold Price History | Graf Harga Emas beserta Peratus Kenaikkan 30 hari, 60 hari, setahun 2 tahun 5 tahun 10 tahun hingga 30 tahun
15 year gold price history in US Dollars per ounce.
gold 20 year o usd Gold Price History | Graf Harga Emas beserta Peratus Kenaikkan 30 hari, 60 hari, setahun 2 tahun 5 tahun 10 tahun hingga 30 tahun
20 year gold price history in US Dollars per ounce.
gold all data o usd Gold Price History | Graf Harga Emas beserta Peratus Kenaikkan 30 hari, 60 hari, setahun 2 tahun 5 tahun 10 tahun hingga 30 tahun

CHINA: Ke Arah Mata Wang Bersandarkan Emas

Dalam keadaan dunia mengalami krisis ekonomi, semua orang sedang melihat apakah yang sedang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dunia untuk membaiki keadaan. Dengan masalah yang menimpa-nimpa berlaku di Eropah, dan Amerika yang juga sedang bergelut dengan masalah mereka sendiri, apakah alternatif jalan keluar yang paling bagus?

China ada jawapannya.
 
Setelah 3 dekad (semenjak tahun 1978 - Reformasi China) China mengalami tumbesaran ekonomi yang drastik dan tidak hairanlah sekiranya jumlah eksport melebihi jumlah importnya. Disebabkan perkara ini, China telah mengumpul banyak matawang dolar US. Lebih besar daripada keseluruhan mata wang dolar di US sendiri sebelum krisis kewangan berlaku dahulu. Macam mana perkara ini boleh berlaku?

 Mudah sahaja, di China, setiap dolar Amerika yang dibawa masuk ke negara itu akan dimasukkan ke People’s Bank of China (PBOC). Sebagai ganti, mereka yang membawa masuk akan diberi matawang RMB. Rakyat bekerja kuat, kerajaan menyimpan semua duit (Dollar).

Memang pada mulanya kadar kemasukan dolar Amerika tidak begitu besar kerana dagangan antara kedua-dua negara tersebut yang masih lagi kecil. Sebagai contoh pada tahun 1980, rezab matawang asing Cina hanya berada pada USD 2.5 Billion. Namun selepas itu, kenaikan rezab ini bertambah setiap tahun dan sekarang berada pada kedudukan USD 3,250 Billion atau USD 3.25 Trillion! Itu ialah kenaikan sebanyak 127,900%!  Lihat graf di bawah:



Apa yang mereka boleh dan telah buat dengan duit sebanyak itu?
 
Mereka telah membeli sekuriti Kerajaan Amerika (bon, T-Bills) sehingga menjangkau ke 2/3 dari simpanan mereka. Begitu juga pembelian sekuriti kerajaan negara-negara Eropah. Kesemua pembelian ini tidak memberikan faedah kepada China kerana mana-mana matawang di dunia sekarang ini mempunyai hampir 0% faedah penyimpanan. Menjualnya pula bukan satu pilihan yang baik. kerana ia akan menyebabkan penurunan nilai yang ketara. Ia seperti seolah-olah membeli 20 rumah sederet, dan kemudian cuba menjual 10 daripadanya serentak. Mereka juga telah cuba untuk membeli stok di US. Tetapi, ia juga tidak menjadi selepas pembelian saham ke atas syarikat-syarikat di US pasca tahun 2007 hampir kesemuanya rugi. Sebagai contoh, Blackstone Group (syarikat pelaburan) dan Morgan Stanley yang masing-masing telah dibeli kepentingan mereka sebanyak 10%, mengalami kerugian 46% dan 70% semenjak dari tahun 2007.

Disebabkan perkara ini, mereka telah menerima banyak kritikan daripada rakyat mereka sendiri. Sehingga badan yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia kegiatan ini, State Administration of Foreign Exchange (SAFE), telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut “SAFE will never be a speculator. It mainly seeks to protect the safety of China’s foreign exchange reserves and ensure a stable investment return”

Kalau sekiranya China tidak lagi mahu membeli saham dan satu-satunya masalah mereka ialah kenaikan harga disebabkan inflasi, apa yang anda rasa yang mereka patut lakukan untuk “hedge” risiko tersebut? Ya! Mereka membeli emas! Emas yang sangat,sangat banyak!

Seperti satu maklumat sulit yang dikirim daripada pejabat kedutaan US di China ke Washington yang telah “dibocorkan” di Wikileaks pada tahun lepas berbunyi “China's gold reserves have recently increased. Currently, the majority of its gold reserves have been located in the U.S. and European countries. The U.S. and Europe have always suppressed the rising price of gold. [The U.S. and Europe] intend to weaken gold's function as an international reserve currency. They don't want to see other countries turning to gold reserves instead of the U.S. dollar or euro.Therefore, suppressing the price of gold is very beneficial for the U.S. in maintaining the U.S. dollar's role as the international reserve currency. China's increased gold reserves will thus act as a model and lead other countries towards reserving more gold. Large gold reserves are also beneficial in promoting the internationalization of the RMB [China's currency]."

China kini semakin jelas akan objektif mereka. Dengan rezab tunai yang mereka ada, China boleh menjadi kuasa dunia yang baru sekiranya dilakukan dengan betul. Suatu ketika dahulu China pernah menjadikan perak sebagai teras matawang mereka namun telah diperkotak-katikkan oleh Amerika dan negara-negara barat yang lain. Kali ini, ia tidak akan berlaku lagi. Dengan strategi pengumpulan emas secara senyap-senyap yang telah dilakukan semenjak 10 tahun lalu telah menyebabkan China menjadi negara ke 6 yang mempunyai rezab emas terbanyak di dunia. Satu-satunya cara untuk menjadi kuasa ekonomi dunia yang unggul ialah dengan menjadikan emas sebagai sandaran matawang RMB, dan ituah yang kini sedang dilakukan. Rezab emas berbanding rezab US Dolar di China hanya kira-kira berada pada tahap 2%, dan masih terlalu panjang masa dan banyak emas yang perlu dikumpulkan. Seperti yang disebut oleh pakar sejarah ekonomi, Richard Russell “China wants the RMB to be backed with huge percentage of gold, thereby making the RMB the world’s best and most trusted currency”. Dengan hampir kesemua negara-negara di dunia mencetak duit tanpa apa-apa sandaran dan dengan janji-janji kosong, China akan muncul menjadi negara yang paling digeruni dengan menjadikan emas dan perak sebagai sandaran matawang RMBnya.

China kini telah tidak membenarkan walaupun satu gram emas keluar dari negaranya. Ia telah membeli syarikat perlombongan emas merata-rata tempat dengan nama “alias” dan telah membawa hasil emas tersebut balik. Sebagai contoh, syarikat kerajaan Shandong Gold Corp (syarikat pengeluar emas kedua terbesar China) telah membuat tawaran pembelian Jaguar Mining sebanyak USD 1 Billion Tunai! 77% lebih tinggi dari nilai syarikat tersebut di pasaran. Sebelum itu Zijin Mining Group (pengeluar emas terbesar China) telah berbelanja hampir USD 1.6Billion setahun untuk tujuan pembelian dan pemilikan syarikat-syarikat pengeluar emas lain seperti pembelian pada tahun lepas, sebanyak 17% kepentingan syarikat Australia Norton Gold Field dan 60% saham dari syarikat  Altynken telah dibeli. 

Bangunan PAGE
Tetapi ini hanyalah sebahagian berita yang mereka “war-warkan” untuk pengetahuan ramai. Pembelian secara terbuka oleh China akan menyebabkan lonjakan harga yang melampau dan ini akan menjadikan kos pembelian mereka menjadi tinggi. China tidak mahu perkara itu berlaku dan mengambil langkah untuk merahsiakan pembelian mereka. Tetapi, sampai bila? China mungkin juga telah pun mempunyai simpanan emas terbesar dunia dengan emas yang berada di bumi di dalam penguasaan mereka. Walaupun begitu, hanya mempunyai rezab yang tinggi, tidak memungkinkan mereka untuk mengawal harga emas. Seterusnya mereka memerlukan sebuah “Exchange” atau Bursa Emas. Kini ia dikawal oleh London Fixing dan juga COMEX di New York. Pada bulan 6 tahun ini, mereka akan menubuhkan Pan Asian Gold Exchange (PAGE). Ia bertujuan untuk menjadikan harga emas menjadi lebih stabil dan tidak mudah dimanupilasi oleh bank-bank bullion seperti yang berlaku sekarang.

Jadi, soalah cepu emas kali ini, apakah pula yang akan anda lakukan setelah mengetahui berita mengenai perkara ini? Kami ucapkan selamat maju jaya dengan pelaburan anda. 

sumber: nubexblog.blogspot.com

Saturday, 25 February 2012

BELI EMAS DENGAN DUIT KUTU....

BANGGA...Kamariah menunjukkan sebahagian barangan kemas hasil kegigihannya bermain kutu.
BANGGA...Kamariah menunjukkan sebahagian barangan kemas hasil kegigihannya bermain kutu.
“KALAU diikutkan, semua orang ada saja benda mahu dibeli, termasuk saya yang sentiasa terfikir untuk membeli emas. Disebabkan mahal, saya terpaksa bermain kutu dengan rakan untuk memiliki emas,” kata peniaga ayam di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kamariah Md Hanafi, 50.
Kamariah menganggap membeli emas sebagai pelaburan menguntungkan kerana ia boleh dijadikan aset berikutan harganya sentiasa meningkat.
Katanya, bermain kutu cara paling praktikal bagi mereka yang tidak mampu atau tidak memiliki banyak wang.

“Saya menempah barang kemas sebulan sebelum menerima duit kutu. Sebaik menerima wang, saya terus ke kedai emas dan mengambil tempahan.


“Sebagai contoh, setiap seorang daripada 25 pemain kutu membayar RM50 sehari. Kami membuat cabutan 10 hari sekali dan setiap penerima mendapat RM12,500.

“Kaedah ini dilakukan sejak bertahun-tahun lalu dan ia membantu kami mengumpul banyak wang pada satu-satu masa,” katanya.

Dia yang berniaga ayam segar sejak 24 tahun lalu mengakui perniagaannya banyak membantunya memberi pendapatan tetap, sekali gus membolehkannya menyertai rakan lain bermain kutu.

Katanya, permainan kutu tidak tamat selepas masing-masing mendapat habuan, sebaliknya diteruskan supaya setiap pemain mempunyai sumber kewangan sampingan.

“Jika mahu lebih banyak wang kutu, saya akan memasukkan tiga nama iaitu anak dan adik sebagai penama.

“Itupun terpulang kepada sasaran yang hendak dibeli dan memang satu kepuasan apabila mendapat duit kutu kerana ia juga boleh digunakan untuk melangsaikan hutang lama dan menanggung anak yang masih belajar,” katanya.

Wanita gigih itu menegaskan, hasil duit kutu bukan saja membolehkannya membeli barang kemas, malah digunakan untuk membeli sebuah rumah berharga hampir RM200,000.

Kamariah berkata, minatnya terhadap barangan kemas sebenarnya diwarisi daripada arwah bapanya, Hanafi Ibrahim yang menjadi tukang emas.

Katanya, kehebatan ukiran arwah bapanya yang terkenal dengan panggilan ‘Napi tukang emas’ memberi laluan mudah kepadanya untuk membeli barang kemas di kebanyakan kedai di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

“Arwah bapa bersahabat baik dengan seorang perintis emas tersohor di negeri ini. Namun, disebabkan ayah hanya pandai bertukang tapi kekurangan modal untuk membuka kedai emas, saya memanfaatkan kepakarannya dan kini saya pula menjadi ‘ketua kutu’ kepada rakan peniaga lain,” katanya.

Sambil menunjukkan sebahagian barangan kemas miliknya, Kamariah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Yah mendakwa dengan hasil pelaburan itu, dia mampu membesar dan menanggung pelajaran anak hingga ke universiti.

Bagaimanapun, katanya, membentuk pasukan kutu tidak semudah disangka kerana bakal berdepan risiko seperti ahli yang tidak jujur.

“Bermain kutu memerlukan ahli yang boleh dipercayai. Saya sebagai ketua akan memilih ahli daripada rakan peniaga di sekeliling kami.

“Lagipun, kami sudah lama saling mengenali dan kebanyakan mereka ialah peniaga keropok, barangan runcit, buah-buahan dan peniaga kain.

“Kami kenal lebih 20 tahun kerana sama-sama berniaga di pasar sama. Ia juga memudahkan ‘urusan’ me­ngutip duit kutu setiap hari,” katanya yang berasal dari Tumpat, 10 kilometer dari Kota Bharu.


Hias diri, pelaburan paling utama

SEPASANG suami isteri berpakat membuka kedai emas di Kota Bharu, Kelantan tiga tahun lalu berikutan minat mendalam terhadap perniagaan itu.

Kini Tengku Nor Alani Tengku Alang, 37, dan suami, Muhamad Faris Abdul Rashid, 37, boleh tersenyum puas apabila Putri Jewels semakin mendapat tempat di hati penggemar emas dengan lima cawangan sendiri, selain dua cawangan francais.

Menurut Tengku Nor Alani, kebanyakan masyarakat tempatan gemar menjadikan barangan kemas bukan hanya sebagai perhiasan tetapi turut menjual atau melabur saat harga melonjak di pasaran.

“Boleh dikatakan dalam sehari, kita memperoleh 10 orang atau lebih pembeli emas yang rata-rata menjadikan ia sebagai perhiasan diri atau untuk pelaburan.

“Jangan terkejut jika ada lelaki datang membeli jongkong emas melebihi dua kilogram. Bayangkan harga satu kilogram jongkong emas kira-kira RM170,000 ke atas, jika jongkong yang ada lakaran atau ‘paten’ harganya mencecah RM181,000 sekilogram.

“Kebanyakan pembeli membuat belian bukan hanya untuk satu kilogram. Kalau dilihat gaya pakaian yang sederhana, anda tidak akan percaya mereka mampu membeli emas dalam jumlah sedemikian.

“Kebanyakan mereka adalah golongan peniaga, pesara, guru atau yang tahu selok-belok emas dan mereka akan menjualnya semula apabila harga mencapai sasaran keuntungan.

“Mungkin ketika menjualnya, harga melonjak dan mereka mendapat pulangan maksimum. Itu tidak termasuk mereka yang gemar menjadikan syiling emas (dinar) atau wang perak (dirham) atau pelbagai bentuk koleksi lain untuk tujuan sama.

“Tepuk dada tanya selera dan terpulang kepada individu untuk menyimpan emas mengikut cara masing-masing,” katanya.

Jika Putri Jewels milik pasangan suami isteri, Kedai Emas & Permata Mohd Said, iaitu kedai emas paling lama di Kelantan, adalah legasi perniagaan keluarga.

Seorang anak Allahyarham, Razali Mohd, 59, adalah generasi kedua mengusahakan perniagaan yang dirintis bapanya sejak 1960-an.

Menurut menantunya, Rohani Mohamad, 53, kebanyakan orang di negeri Cik Siti Wan Kembang gemar membeli barangan kemas untuk tujuan perhiasan dan pelaburan.

“Tidak dinafikan, sambutan terhadap jualan emas setiap hari sentiasa ada pembelinya antara 10 hingga 20 orang memandangkan kebanyakan mereka berfikiran jauh.

“Rata-rata masyarakat di sini gemar memiliki emas dan budaya itu tertanam dalam masyarakat sejak dulu sebab ia sungguh berguna kepada pemiliknya.

“Yang menarik, sepanjang berniaga sejak berpuluh tahun dulu, persaingan sesama peniaga sangat positif. Lebih membanggakan, tahun lalu kedai kami mendapat Anugerah Harga Patut disampaikan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob,” katanya.

Sambutan hangat masyarakat Kelantan terhadap emas juga mendorong
syarikat tersohor, Habib Jewels Sdn Bhd, membuka cawangan ke-22 di negeri itu.

Menurut pengurus cawangannya, Rosmayati Harun, ketika pembukaan cawangan itu pada 14 Oktober 2010, jualan melebihi RM200,000 dengan jumlah pelanggan lebih 500 orang.

“Sebenarnya, dalam usia lebih 50 tahun syarikat ini, walaupun ia bermula di Pulau Pinang, kebanyakan ejennya dari Kelantan.

“Untuk itu, inisiatif pembukaan cawangan ini adalah sebagai penghargaan kepada mereka yang gemarkan koleksi Habib yang sentiasa mengikut aliran terkini.

“Pemerhatian terhadap trend pasaran di sini mendapati, mereka membeli emas kerana pelaburan yang dianggap berbaloi dan ramai orang tempatan suka emas 916.

“Namun ada juga yang sukakan permata dan untuk itu promosi terhadap emas mahupun permata sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa, terutama musim
cuti sekolah atau perayaan tertentu,” katanya.


Harga emas jarang menjunam
MEMBELI emas sebagai pelaburan sudah lama menjadi amalan wanita di pantai timur, terutama di Kelantan. Jika tidak memiliki walau seurat emas, dia seolah-olah tidak sempurna pada pandangan masyarakat, budaya atau cara hidup golongan Hawa di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Jika dulu hanya wanita membeli barang kemas sebagai perhiasan, trend hari ini makin berubah apabila lelaki turut membeli logam berharga itu sebagai pelaburan atau mengekalkan reputasi.

Perkara itu diakui pemilik Dyana Jewels, Datuk Suhaimi Hashim yang berpengalaman lebih 12 tahun di bidang berkaitan dengan meneruskan legasi perniagaan ibunya di Kuala Terengganu dan kini memiliki beberapa cawangan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, gagasan menguasai ekonomi baru dunia memperlihatkan China dan India sebagai negara paling ramai rakyatnya memiliki emas, diikuti Vietnam.

“Kebanyakan rakyat di negara berkenaan menjadikan emas sebagai aset untuk dilaburkan di kala kehidupan susah. Ini kerana mereka percaya emas tidak pernah susut nilai atau menurun.

“Hakikatnya, harga emas jarang menjunam berbanding komoditi lain. Tidak hairan jongkong emas kini menjadi pilihan ramai lelaki yang didorong sifat ingin mengekalkan kekayaan kerana harganya sentiasa stabil di pasaran. Kalau jatuh pun, ia hanya sementara.

“Disebabkan ia pelaburan menguntungkan, emas kini bukan sekadar lambang status diri semata-mata,” katanya.

Suhaimi turut membuat perbandingan antara kereta dengan emas. Sebagai contoh, kebanyakan kereta yang dibeli dengan harga RM100,000 akan susut nilai sehingga RM50,000 apabila digunakan selama lima tahun berbanding emas yang dibeli dengan harga RM20,000 mungkin bernilai RM200,000 dalam tempoh lima tahun lagi.

“Ini menyebabkan permintaan terhadap emas sentiasa tinggi berbanding barangan lain,” katanya.

Sebagai perbandingannya, katanya, harga satu aun emas cuma RM30 ketika beliau mula menceburi bidang itu 12 tahun lalu tetapi kini meningkat tujuh kali ganda.

Mengenai jenis emas, Suhaimi berkata, ‘emas 10’ atau 999 iaitu bersamaan 24k (karat iaitu 99.9 peratus kandungan emasnya (tulen) paling mahal di Malaysia.

Ini diikuti ‘emas 95’ (950) yang juga dikenali sebagai emas pound (23k iaitu 95.4 peratus kandungan emas tulen) dan ‘emas 916’ (22k iaitu 91.6 peratus kandungan emas tulen).

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan pembeli memilih emas 916 kerana ia dianggap ‘standard’ sama ada di segi harga atau piawaiannya.

Bagi mengelak ditipu, Suhaimi menasihati bakal pembeli meneliti tanda ‘karat’ pada perhiasan emas dijual, selain tanda atau cop dagangan untuk mengenal pasti pembuatnya.

Menurutnya, di kebanyakan negara, setiap pengeluar barang kemas diwajibkan mengecop simbol karat pada perhiasan emas dan dikawal melalui sistem ‘hallmark’ (cap kempa) yang berasal daripada Goldsmiths’ Hall, London sejak abad ke-14. Peraturan itu diwajibkan di Belanda, Mesir, Britain, Perancis dan Bahrain.

“Di Malaysia, kebiasaannya cop diletakkan di kancu emas sama ada jenis 999, 950, 916. Selain itu, ada juga dicop dengan karat seperti 22k, 18k, 14k. Ada juga dicop bersama tempat pengeluaran barang kemas itu.

“Ia penting kerana jika tiada undang-undang mengawalnya, pengilang akan sewenang-wenangnya mengecop sendiri barang kemas mengikut cop perusahaan mereka, termasuk karat dan ketulenan, tanpa pengawasan. Oleh itu, pengguna mesti bijak dan perlu mengambil resit yang mencatatkan jenis emas dibeli. Jika bercanggah dengan apa yang tercatat pada resit, pembeli boleh membuat aduan,” katanya.

Bagaimanapun, bak kata pepatah hanya jauhari yang mengenal manikam, Suhaimi mengakui hanya segelintir orang dapat mengenal pasti sama ada emas dibelinya tulen atau palsu.

“Macam saya yang sudah lama di bidang ini, melihat pada jarak tiga meter pun saya dapat agak ia palsu atau tulen.

“Kita boleh lihat di segi warna dan beratnya serta pelbagai cara lain. Yang penting, beli barang kemas di kedai emas, bukan daripada orang sembarangan.

“Ada segelintir individu menawar untuk menjual barang kemasnya kepada orang ramai dengan harga terlalu murah dengan alasan terdesak dan perlukan duit segera. Perbuatan ini sungguh mencurigakan kerana kalau benar-benar perlukan wang, dia boleh menjualnya di kedai emas yang membeli dengan harga tinggi. Ia tentunya menimbulkan syak kerana kemungkinan emas itu palsu,” katanya.

Suhaimi juga menjelaskan, emas perlu dicampur dengan logam lain kerana ia terlalu lembut hingga tidak sesuai dipakai seharian.

“Emas perlu dicampur dengan logam lain supaya lebih keras dan tahan lasak. Menambahkan logam lain sebagai campuran ‘metallurgists’ membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Tembaga ditambah untuk menghasilkan warna mawar atau merah muda.

“Saduran emas adalah proses yang menggunakan kaedah elektrolisis. Lapisan emas pada barang kemas yang menggunakan kaedah saduran biasanya lebih nipis berbanding dalam bentuk emas salutan.

“Istilah mencuci emas atau mengilatkan barang kemas setahun sekali menggambarkan lapisan emas yang disadur sangat tipis,” katanya.

BELILAH DENGAN ILMU DAN DENGAN DEALER YANG SAH...
Hubungi saya Nordiana bt abdullah (ad2620) ditalian 0139663542 untuk mendapatkan info dan juga temujanji....Kepakaran saya adalah membimbing anda mencapai financial freedom dalam dimensi yang amat jelas melalui simpanan, pelaburan dan perniagaan emas fizikal... bimbingan sepenuhnya akan diberikan.... Bersama saya melahirkan lebih ramai lagi usahawan dan jutawan emas muslim. Semoga anda KAYA dan BERJAYA. Daftar segera. 
Sumber: metro 26/2/2012

URUS KEWANGAN ANDA DAN ELAK MUFLIS DENGAN EMAS...

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah buat semua sahabat sekalian.Alhamdulillah , hari ini lebih baik dari semalam.Apa yang ingin saya kongsi pada hari ini mengenai satu artikel yang di cetak pada akhbar Utusan Malaysia Online bertajuk ” 41 belia muflis setiap hari gagal urus kewangan” .


So cadangan saya bagi mereka yang kuat nafsu berbelanja , apa kata mula menyimpan emas berbanding menyimpan duit kertas . Mengapa :

DUIT KERTAS : Bulan ini anda simpan RM100 , kemungkinan bulan depan anda keluarkan RM50 . Bulan depan anda simpan RM150 , kemungkinan bulan seterusnya anda keluarkan RM150.So selama 3 bulan anda hanya simpan RM50.00 ( yang nilainya pada tahun depan tidak akan jadi RM50.00 ) .

EMAS : Bulan ini anda simpan 1 dinar ( nilai semasa RM765 ) , kemungkinan bulan depan anda tidak akan guna kerana perasaan “sayang ” dan susah untuk digunakan ( kemungkinan anda tidak akan menggunakannya ketika berbelanja di kedai handphone ) . Bulan seterusnya kemungkinan 1 dinar nilainya RM800 ( purata kenaikan harga emas lebih dari 20% setiap tahun ).
Hubungi saya Nordiana bt abdullah (ad2620) ditalian 0139663542 untuk mendapatkan info dan juga temujanji....Kepakaran saya adalah membimbing anda mencapai financial freedom dalam dimensi yang amat jelas melalui simpanan, pelaburan dan perniagaan emas fizikal... bimbingan sepenuhnya akan diberikan.... Bersama saya melahirkan lebih ramai lagi usahawan dan jutawan emas muslim. Semoga anda KAYA dan BERJAYA. Daftar segera. 

Friday, 24 February 2012

Umat Islam Mesti Kaya dan Berjaya

Marilah menuju kejayaan..


Umat Islam Mesti Kaya dan kekayaan itu digunakan utk jalan Allah.

Dalam Al-quran dan Hadis ada beberapa ayat tentang kekayaan.
“Apa sahaja harta rampasan perang yg diberikan Allah kpd Rasulnya yg berasal dari penduduk-penduduk kota, adalah utk Allah dan Rasul supaya harta itu tidak beredar dalam kalangan org kaya sahaja diantara kamu” (Surah Al-Hasyr Ayat 7)
“manusia apabila tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, dia akan berkata “Tuhanku memuliakanku”. (Surah Al-Fajr, ayat 15)
Apabila tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, lalu dia berkata, Tuhanku menghinakanku”. (Al-Fajr Ayat 16)

Terdapat banyak lagi kekayaan dicatatkan dalam Al-quran seperti yg tertera pada surah al-baqarah ayat 80 dan 212, surah az-zariyat ayat 58, surah hud ayat 6 dan surah al-mulk ayat 15
Terdapat 25 ayat menuntut umat islam mendirikan solat dan menunaikan zakat “Wa aqimussolah, wa aatuzzakah”
seterusnya terdapat tujuh ayat yg mengandungi perintah solat dan bersedekah dan perintah zakat disebut 32 kali.

Diriwayatkan Rasulullah pernah berdoa:
“ Ya Allah, aku meminta dari-Mu petunjuk, ketakwaan,kecukupan, dan KEKAYAAN.”
(Hadis Riwayat Muslim,Tirmizi,Ibnu Majah, dan Ibn Masud)
Dalam doa yang lain pula:
“Ya Allah, jauhkan aku daripada kemiskinan dan kekafiran.”
(Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)

Sabda Rasulullah lagi:
“Seorang muslim mesti membuat persiapan untuk akhirat seolah-olah dia akan mati pada esok hari dan berusahalah untuk kehidupan dunia seolah-olah akan hidup selama-lamanya.”
(Hadis riwayat Ad-Dailani)

Rasulullah bersabda kepada Amru bin ‘Ash:
“wahai Amru, alangkah indahnya harta yang baik pada orang kaya yang baik.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Rasulullah tinggalkan kita dengan Al-Quran dan Sunnah. Kunci untuk Berjaya adalah menjadikan Rasulullah sebagai mentor dan tiru cara nabi. Peribadi nabi wajib dijadikan ikutan. Kecintaan kepada Rasulullah seharusnya dizahirkan dengan perbuatan dan hasilnya kita akan mencipta kejayaan dan kekayaan di dunia dan akhirat.

Bagaimana mahu menunaikan zakat jika tidak kaya?
Bagaimana mahu menunaikan haji jika tidak kaya?
Bagaimana mahu bersedekah kpd anak yatim dan fakir miskin jika tidak kaya?

Kekayaan membolehkan kita berzakat dan bersedekah di jalan Allah.




Kekayaan membolehkan kita menunaikan fardhu haji dan umrah.
Kekayaan membolehkan kita selalu menziarahi Rasulullah dan Baitullah.
Kekayaan membolehkan kita membantu sesama muslim.
Jadilah Muslim yg kaya dan berjaya kerana Allah Taala.







 Artikel di atas ditulis oleh Pengarah Syarikat Emas tersohor,Goldcrest Pavilion (GCP),
Tn Shamsul Anuar bin Md Ali

sumber:jutawangold.com


Wednesday, 22 February 2012

Labur emas mengikut syariah

OLEH: NAJAHUDIN LATEH

Umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan. – Gambar hiasan


EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.
Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya: Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-’Imran: 75)

Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-’Imran: 14 dan 91, al-Nisa’: 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.

Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.

Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.
Dalam sebuah hadis daripada Syahib bin Garqadah berkata: Saya mendengar penduduk bercerita tentang ‘Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibeli seekor kambing untuk beliau, lalu dengan wang satu dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya ‘Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung. (riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan harga seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW lebih kurang satu dinar. Agak menarik, kestabilan harga emas terbukti dengan harga seekor kambing pada zaman kini juga lebih kurang RM750 atau satu dinar (bersamaan nilaian 4.25 gram emas).

Namun, akibat pelbagai hambatan ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang diniagakan.

Perubahan landskap ekonomi dunia juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun pelaburan emas.

Situasi ini menyebabkan kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.

Mengikut muamalat Islam, urusniaga jual beli emas adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf, iaitu jual beli mata wang. Maksudnya, kita membeli atau menjual emas dengan menggunakan mata wang seperti ringgit atau dolar.

Secara umum, urus niaga emas hendaklah memenuhi syarat utama kontrak al-Sarf yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam riwayat oleh ‘Ubadah bin al-Samit: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika berlainan jenis, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad).

Hadis ini menjelaskan syarat transaksi emas dengan mata wang iaitu:
n Serahan (qabd) barangan emas dan harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli).

Serahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau emel.
n Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak.

Walaupun begitu, kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti tiga hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya.

Apabila mendapat bayaran, kontrak akan berlaku dan penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli serta merta.
Suatu perkara yang penting dalam jual beli emas adalah berkaitan lock price (kunci harga), iaitu pembeli meletakkan perjanjian (wa’d) untuk membeli atau menjual pada harga tertentu.
Maksudnya, walaupun harga emas naik atau turun, pembeli dapat membelinya dengan harga yang telah dikunci tersebut.

Berhubung dengan perkara ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah memberikan panduan seperti berikut:
Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini adalah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu.

Perjanjian pembelian ini dinamakan ‘kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

Selain itu, terdapat beberapa syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :
l Emas hendaklah wujud, dimiliki penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam tempoh uruf (kebiasaan);
l Emas hendaklah diketahui sifat fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya atau melalui contoh pesanan.
l Nilai harga emas hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli.
l Kontrak jual beli hendaklah dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan, tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban.

Akhirnya, perlu diingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.

Jika terlibat dalam pelaburan emas yang menjanjikan bahagian sementara. Seharusnya kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya.

Sumber: Utusan Online