">

Monday 24 September 2012

Harga emas dijangka terus melonjak dan naik -Tajuk beberapa akhbar 20hb September 2012



Harga emas naik AS$1,800 seauns

PETALING JAYA 19 Sept. - Poh Kong Holdings Bhd, rantaian runcit barang kemas terbesar di Malaysia, menjangkakan harga emas di pasaran global akan meningkat kepada AS$1,800 (RM5,472) untuk 31.2 gram (1 auns) menjelang akhir tahun, dirangsang oleh sentimen yang kian bertambah terhadap jaminan aset termasuk emas.
Pada masa ini, emas dijual pada harga AS$1,770 seauns.
Pengarah Eksekutif Ermin Siow berkata, harga emas akan kekal menggalakkan sehingga tahun 2015 dan yang pastinya, tahun hadapan hargnya akan mencecah AS$2,000 (RM6,080) seauns.
Bercakap dalam taklimat media mengenai "Tinjauan Trend Permintaan Emas" hari ini, Siow berkata, kebimbangan berterusan terhadap ekonomi AS dan negara utama yang lain seperti China akan pastinya menjadi pemacu kepada harga-harga emas di masa akan datang. - BERNAMA


Sumber asal : http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120920/ek_03/Harga-emas-naik-AS1800-seauns

Harga emas dijangka melonjak


 POH KONG Holdings Berhad menjangkakan harga emas mencecah RM6,121 setiap 28 gram tahun depan berikutan jumlah permintaan terus meningkat sebaliknya pengeluaran terus berkurangan.
Pengarah Eksekutifnya, Ermin Siow berkata, permintaan terhadap emas terus meningkat khususnya untuk emas yang dijadikan medium pelaburan.

“Emas untuk pelaburan dilihat semakin mendapat perhatian kerana lebih ramai pelabur mula beralih untuk memilih emas sebagai pelaburan selepas melihat peningkatan harga yang dicatatkan saban tahun,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, jualan emas mencatatkan sedikit penurunan kerana peningkatan harga dicatatkan tidak ketara.

“Malah, ia turut menjejaskan penjualan emas pelaburan kerana pelabur melihat ia bukan masa sesuai mendapatkan emas,” katanya.

Siow berkata, Malaysia antara negara yang menawarkan harga emas paling rendah dan ia secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebagai negara yang menjadi tumpuan di kalangan pemborong emas di luar negara.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20
Sumber asal : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hargaemasdijangkamelonjak/Article/index_html

No comments:

Post a Comment