">

Tuesday 12 June 2012

Apa Yang Dikatakan INFLASI...

Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.[1] Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.[2][3] Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari masa ke semasa.[4]

Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi positif dan negatif serentak. Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa, ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan datang. Kesan positif termasuklah memastikan bank-bank pusat boleh menyesuaikan kadar faedah nominal (yang bertujuan untuk mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi),[5] dan menggalakkan pelaburan dalam projek-projek modal bukan monetari.

Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang.[6] Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.


Kesan inflasi
 
Inflasi merupakan salah satu masalah ekonomi yang serius. Ia memberikan kesan kepada aktiviti ekonomi, juga kebajikan individu dan masyarakat.

 Contoh:
 
  • Pada tahun 1978 (30 tahun lalu), RM300 boleh membeli barangan runcit satu bulan untuk keluarga berempat orang.
  • Pada tahun 2008, RM300 boleh membeli barangan runcit satu minggu untuk keluarga berempat orang.
  • Pada tahun 2028 (20 tahun kemudian), RM300 mungkin hanya boleh membeli barangan runcit dua hari untuk keluarga berempat orang.
 
 
 Pengembaraan Dalam Penciptaan Matawang
Penciptaan matawang fiat biasanya bermula dengan wang komoditi yang bernilai tinggi seperti emas dan perak. Secara beransur-ansur, kerajaan mempengaruhi orang ramai untuk menerima matawang fiat dengan mengeluarkan nota permintaan dalam bentuk kertas yang boleh ditebus semula dengan logam berharga. Nota permintaan (matawang) ini adalah dalam bentuk "sijil deposit," "resit," atau "cek tuntutan" di atas wang sebenar (logam beharga) yang disimpan di dalam peti besi. - (Saya dengan berani mengatakan ramai di antara kita percaya bahawa dengan cara ini kerajaan kita mengeluarkan matawang, termasuk di Amerika Syarikat bahkan di negara-negara lain di seluruh dunia termasuklah negara  kita sendiri, Malaysia.)
Apabila kerajaan telah memperkenalkan sistem matawang kertas, mereka kemudian mengembangkan bekalan matawang menerusi deficit perbelanjaan dengan mencetak lebih matawang untuk menampung perbelanjaan melalui penciptaan kredit berdasarkan pecahan rizab perbankan. Kemudian, biasanya disebabkan oleh peperangan atau darurat, orang ramai cuba untuk menebus nota permintaan mereka kepada emas dan perak. Tetapi kerajaan telah menggantung hak penebusan orang ramai kerana kerajaan sebenarnya tidak mempunyai cukup emas dan perak untuk meliputi semua matawang kertas yang telah dicetak oleh mereka, dan poof! Terhasillah matawang fiat yang kita gunakan sekarang.
Di sini helah dan rahsia kotor matawang fiat: matawang fiat adalah direka semata-mata untuk dihilangkan nilainya. Tujuan utama penciptaan matawang fiat ini adalah untuk merampas kekayaan anda dan memindahkannya kepada kerajaan. Setiap kali kerajaan mencetak wang kertas yang baru dan menghabiskanya, kerajaan mendapatkan kuasa membeli matawang tersebut. Tetapi, dari manakah datangnya kuasa membeli itu?  Ia datang secara senyap-senyap dan rahsia dicuri dari wang kertas yang anda miliki sekarang. Kerana setiap wang kertas yang baru memasuki peredaran (baru dicetak) akan merendahkan nilai semua wang kertas yang lain. Ini terjadi disebabkan semakin banyak wang kertas mengejar jumlah perkhidmatan dan barang yang sama. Ini menyebabkan harga perkhidmatan dan barang meningkat. Harga ini meningkat disebabkan nilai matawang fiat yang semakin rendah. Ini merupakan satu cukai yang tersembunyi dan berbahaya yang dikenali sebagai INFLASI merompak kekayaan anda tanpa anda sedari!
Sepanjang berabad-abad lamanya, emas dan perak bertarung dengan matawang fiat, dan akhirnya tetap emas dan perak juga yang akan menang. Emas dan perak menilai semula diri mereka secara automatik melalui sistem pasaran bebas dengan mengimbangi diri mereka menentang matawang fiat. Ini adalah satu corak yang telah berulang-ulang berlaku sejak kejatuhan hebat matawang di Athens pada tahun 407 SM. Apabila pelabur mula mengesan pertarungan ini, peluang-peluang untuk mengumpul kekayaan yang besar dalam tempoh masa yang singkat adalah sangat besar untuk mereka.
Pertarungan hebat antara matawang fiat dan emas dan perak boleh ditamatkan dengan salah-satu daripada dua cara berikut:
 
1. Sesuatu keputusan teknikal dibuat dimana matawang fiat disokong semula oleh emas dan perak seperti suatu ketika dahulu.
2. Menghentikan terus penggunaan matawang fiat dan menggunakan emas dan perak sebagai wang.
 
 kredit: carl samsuddin
 
 

No comments:

Post a Comment