">

Sunday 14 April 2013

PELAJAR KINI CELIK EMAS – MEMBUAT TABUNGAN UNTUK MASA DEPAN


Emas merupakan aset yang diakui amat bernilai sejak ribuan tahun dahulu. Oleh kerana ianya sangat bernilai maka terciptanya pepatah mengatakan “masa itu emas”. Dewasa ini, emas bukan sahaja menjadi aset atau simpanan golongan atasan malah ianya juga menjadi tabungan segenap lapisan masyarakat.

Menurut Nur Salimah binti Suhaimi seorang bakal guru yang sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru, “dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar, seringkali saya menghadapi masalah kewangan. Meminjam wang bukanlah pilihan yang terbaik buat saya. Pelbagai cara saya fikirkan untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Alhamdulillah saya menemui emas yang boleh menjadi instrumen untuk tabungan masa depan saya seterusnya menjana pendapatan dengannya”.

Menurut bakal guru ini lagi,

“Saya mula tertarik dengan simpanan emas apabila berkenalan dengan seorang rakan di laman sosial, seorang penyimpan emas dan peniaga emas yang baru sahaja menamatkan pengajian. Beliau berkongsi pelbagai ilmu tentang kepentingan menyimpan emas dan kelebihan berniaga emas. Hasil daripada penerangan beliau, jelas bahawa simpanan emas ini amat menguntungkan sekiranya kita ada matlamat. Bukan sekadar mengikut “trend” sebagaimana sesetengah individu yang membeli emas kerana terpengaruh dengan ayat-ayat manis penjual bahawa emas menjanjikan keuntungan segera dan lumayan, seolah-olah harga emas tak akan turun.

Akhirnya pembeli emas yang mengharapkan keuntungan segera dan lumayan ini kecewa apabila kenaikan harga emas tidak seperti dijangka malah menurun pula. Sebab itulah perlunya ilmu dan matlamat dalam simpanan emas.

Antara matlamat untuk memulakan simpanan emas adalah seperti menabung emas untuk mengerjakan umrah atau haji, tabungan pendidikan anak-anak, tabungan untuk perkahwinan dan sebagainya. Ini kerana mengikut sejarah purata kenaikan emas dalam tempoh 5 tahun adalah melebihi 200 peratus. Apatah lagi jika kita bermatlamat untuk membuat tabungan lebih dari 5 tahun”.

POST 90

Bercerita tentang pengalaman pertama beliau membeli emas seterusnya secara tak langsung berniaga emas, Nur Salimah berkata,

“Pertama kali berjumpa, saya tidak berasa ragu untuk membeli dua gram emas daripada beliau dan sejak itu, hanya emas menjadi tabungan saya setiap bulan. Oleh kerana terlalu teruja, saya berkongsi pula cerita tentang keistimewaan emas kepada rakan-rakan saya dan siapa sangka, rakan saya terus menyatakan hasrat untuk membeli satu gram emas. Secara tak langsung saya dapat menambah pendapatan dengan menjual emas. Rakan-rakan saya juga kini lebih teruja dengan emas dan sering bertanya saya tentang emas dan ada juga yang menyatakan hasrat untuk membeli emas daripada saya setiap bulan sebagai tabungan mereka. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan saya mengambil keputusan untuk menjadi pengedar emas syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP) yang merupakan syarikat emas milik penuh bumiputra.

Untuk berniaga tentunya perlukan kos pemasaran. Namun saya tak perlu bimbang kerana semua kos pemasaran yang saya buat adalah ditanggung oleh GCP. Alhamdulillah keuntungan yang diperolehi dapat membantu saya meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar”.

Terdapat pelbagai kategori emas di pasaran. Selain daripada emas perhiasan seperti rantai tangan, cincin,subang dan rantai leher, emas fizikal yang sesuai sebagai simpanan adalah emas dalam bentuk dinar, syiling, bar dan jongkong. Simpanan emas biasanya untuk simpanan jangka panjang. Namun bagi sesetengah individu, emas boleh menghasilkan keuntungan jangka pendek dan sederhana apabila diniagakan berdasarkan ilmu analisis teknikal dan fundemental.

Antara kelebihan emas
1. Aset yang terunggul.
2.Emas kalis inflasi. Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.
3.Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
4. Emas ialah kekayaan yang sebenar.
5)Emas adalah wang sebenar yang digunakan sejak ribuan tahun dahulu.
6) Kecairan yang cepat. Bila-bila masa boleh ditukarkan dengan wang kertas.
7) Pelindung nilai wang sewaktu kegawatan ekonomi dan politik

Rancanglah simpanan anda dengan menukar sebahagian wang simpanan kepada emas yang kalis inflasi.

sumber: sinar harian

No comments:

Post a Comment