">

Sunday 2 December 2012

APO KONO EHHHH..!!!!!

CELOTEH 1


Semua orang suka wang. Tidak kira bangsa dan agama. Ini adalah kerana sejak kecil lagi kita telah menggunakan duit kertas. Sejak kecil lagi kita dididik belajar rajin-rajin supaya korang senang dan kaya. Nanti korang banyak DUIT senang hidup.
Dah berpuluh tahun kita menggunakan bank untuk simpan duit kertas kita. Dah berpuluh tahun kita simpan duit kertas kita dalam peti besi dalam almari. Yerlah hasil titik peluh kita sendiri (camana dapat tu orang tidak perlu tahu) mestilah kita simpan. Tahniah

Berbuih mulut pemimpin seperti Tun Dr Mahathir bercakap tentang Emas. SimpanLah Emas! SimpanLah Emas! Tun Mahathir bukan suruh tukar semua duit kertas kepada emas. Tun hanya menyarankan supaya kita simpan emas. So memang lah duit kertas perlu untuk menjalani kehidupan harian tetapi Tun menyarankan supaya duit kertas ‘yang tidak perlu’ patut ditukar dan disimpan dalam bentuk emas. Tapi sayangnya tidak laku rayuan Tun. Kalau ada pun sikit jer orang Melayu yang ikut. Selebihnya orang bukan Melayu yang ternyata lebih bijak dari kita. Kenapa ini berlaku?

Bagi anda yang mana betul sebenarnya? Kertas itu Wang atau Emas itu Wang. Paper Is Money atau Gold Is Money. Kalau di sini juga kita tidak faham maka banyaklah lagi perkara yang perlu kita cari dan tahu. Itupun kalau nak tahu.  Malang sungguh manusia diciptakan untuk menggunakan akal fikiran supaya berfikir dan memahami tetapi apakan daya ramai manusia memang begitu. Pedulikan orang lain. Yang penting kita dan keluarga kita kena tahu dan faham.

Semua orang mengeluh harga barang naik. Harga lembu naik. Nak beli barang hantaran pun dah naik. Belanja sekolah anak-anak pun dah naik. Aduhhhh pening. Dulu dah tolak semua hutang dan keperluan harian baki gaji boleh lah simpan sket. Sekarang ... aduhhh haru. Dulu takat RM50.00 tu boleh guna untuk makan seminggulah sekarang RM200 seminggu lom tentu boleh. Aduhhh Lagi. Tapi kita hanya suka mengeluh. Naik harga barang jer kita dah ngamuk sakan. Kita langsung tak nak fikir kenapa harga naik. Yang dok suka hentam menghentam tu sukalah. Adalah modal nak hentam. Lantak dorang lah. Yang penting camana kita dan keluarga kita kena tahu kenapa harga barang naik. 

Kenapa berlaku inflasi? Ermm... Inflasi? Inflasi ada kaitan dengan kenaikan harga barang? Kenaikan harga barang melibatkan duit? Lagi tinggi inflasi , lagi banyak duit kita kena gunakan? Apa benda yang tiada kaitan dengan Inflasi ek? Sendiri FikirLah
Benar kata Tun Orang Melayu Mudah Lupa atau kata lain Orang Melayu Memang Tidak Sedar. Apa tak lupanya, meh kita tengok ...

Aku ada RM10,000 yang aku simpan dalam ASB dan 100g Emas yang aku beli pada tahun 2008 berharga RM10,000 (RM100/gram). 
Setahun, aku dapat dividen+bonus = 8.75%. Fuhh...RM875.00 setahun. Sebulan RM72.92. Gembiranya hatiiii.....So Dalam simpanan aku kini dah ada RM10,875. Yahooo... Oklah tu simpan lagi.

Eh aku kena bayar zakat ni. RM271.88. Fuhhh Lega dah bayar RM271.88. Yang kita tak sedar sebenarnya setelah kita bayar zakat, dalam simpanan kita tu tinggal RM10875-RM271.88 = RM10,603.12. Ini bermakna keuntungan yang kita jerit-jerit tadi tinggal 6.25% ajer setahun atau RM50.26 sebulan. Eh .. Ermm .. Ok Lagi tu. Masih bagus. Sapa nak kasi kan.
Kita ambil jer pengumuman kerajaan inflasi setahun  adalah 3%. Tahun ni sure lagi lagi naik , kalau tak pun sama. Masalah yang kita tidak sedar tu keuntungan sebenar kita dalam simpanan tu hanyalah tinggal 3.25% sahaja. Erksss....3.25% Aduhhh aku simpan RM10,000 aku dapat RM300 jer. Sebulan RM25 jer.

Kalau kita cari info pasal emas. Dah tentu-tentu ramai yang kata Emas setahun naik harga 18%. Ada yang kata 25%.  Ada juga yang kata 32%. Emas tidak terlibat dengan Inflasi. Kita ambil lah yang paling rendahlah kenaikan 18%. Itu ajer dah lebih daripada keuntungan simpanan duit kertas tadi. Inflasi Sifar. TolakLah Zakat (wajib tu) 2.5%. Kan masih ada lagi 15.5% Setahun.

Emas yang aku beli 100g pada tahun 2008 dengan harga RM10,000 pun kini tahun 2012 dah meningkat kepada sekitar RM18,000 pada harga jualan semula tetapi kalau ikut harga belian kat kedai emas harganya dah hamper RM20,000. So setahun leh dapat untung RM2,000.00. Berapa % agaknya kenaikan emas ek? Dulu Tahun 2008 masa aku nak beli emas ni , aku kata mahal tetapi hari ini aku kata Eh Murah Aku Beli Dulu .....

 

EMAS 2008 

SIMPANAN ASB

RM10,000

100 gram

RM10,000

Kenaikan Setahun

20%

8.75%

Inflasi / Spread

8%

3%

Zakat

2.5%

2.5%

BAKI SELEPAS 4TAHUN

100 gram telah meningkat 80% harganya

RM10,000 + 13%

NILAI RM

RM18,000

RM11,300

ULASAN

LUMAYAN

UNTUNG SEDIKIT




So mana yang bagus Simpan Emas Atau Simpan Duit Kertas. Aku bukanlah anti-ASB, cuma berpesan pelbagaikan eimpanan kita, itu jer :0). Semua orang tahu apa itu emas. Semua orang tahu emas tiap tahun naik harga. Semua orang tahu emas sekarang ni makin lama makin mahal. Kalau cerita pasal tahu orang melayu memang semua dia tahu tapi masalahnya KENAPA KITA TAK AMBIL TAHU?

SUMBER: TRUST IS EVERTYING

No comments:

Post a Comment