">

Sunday 12 August 2012

Senarai 77 Syarikat Pelaburan Tiada Kelulusan BNM di Malaysia

As-Salam. Ini satu lagi bahana rakyat Malaysia yang memang gemar mencari jalan mudah untuk satu penyelesaian yang ntah betul ntah tidak - iaitu menjadi kaya hampir sekelip mata. 77 syarikat telah disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai beroperasi secara tidak sah atau tiada kelulusan untuk melayakkan mereka menjadi syarikat pelaburan di Malaysia.


Antara syarikat yang disenaraikan itu ialah Arowana Ventures, Genneva Malaysia, Global Ventures Financing, Program I-Rich, Swiss Capital Venture dan Virgin Gold Mining. Untuk senarai penuh 77 syarikat pelaburan tidak sah di Malaysia, anda boleh merujuk ke laman web Bank Negara Malaysia (klik)

HH pasti ada juga di antara rakan blogger samada menjadi mangsa atau pernah dihujani oleh email berkaitan skim pelaburan syarikat-syarikat yang disenaraikan tersebut. Malah, ada juga blogger yang menjadi agen atau mempromosikan skim pelaburan berkenaan di blog masing-masing.

Maka, selepas terkeluarnya senarai ini, diharap para blogger Malaysia budiman supaya menjalankan tanggungjawab sosial untuk tidak menyiarkan iklan berkaitan. Bukan apa, takut nanti didakwa pula menjadi dalang kepada skim-skim yang tidak sah ini.

Antara jenis-jenis aktiviti yang dijalankan oleh syarikat atau individu di dalam senarai 77 syarikat pelaburan tiada kelulusan tersebut kebanyakannya berkisar kepada pelaburan emas, perniagaan mata wang asing atau menjalankan pelaburan tidak berlesen.

Kalau anda ada kemuskilan, anda boleh merujuk kepada bahagian 'Peringatan kepada Semua Penggguna Kewangan' yang terdapat di laman sesawang Bank Negara http://www.bnm.gov.my atau hubungi talian: 1-300-88-5465 atau dan e-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my



Kredit Foto: Denaihati.com 

No comments:

Post a Comment