Kementerian
kewangan telahpun mengeluarkan laporan ekonomi 2011/2012 di mana
menunjukkan kadar inflasi di Malaysia terus meningkat kepada 3.1
peratus pada tujuh bulan pertama untuk tahun 2011. Adakah anda sekarang
sedar dengan tahap inflasi yang berlaku dalam negara kita?
Apa faktor yang menyumbang kepada kenaikan inflasi? Antara yang dikaji ialah :
- kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol
- pengangkutan serta perumahan,
- air, elektrik, gas dan bahan lain,
- Secara keseluruhannya ia telah menyumbang kepada 2.5 mata peratusan kepada peningkatan Indeks Harga Pengguna (IHP).
Selain faktor bekalan, kenaikan inflasi juga disumbang sebahagiannya oleh rasionalisasi subsidi bagi beberapa barangan keperluan pengguna termasuk gula, petrol RON97 dan tarif elektrik.
Kadar inflasi di Malaysia
berdasarkan rujukan halaman Trading Economics adalah antara terendah di
rantau Asia Tenggara (3.3%) berbanding negara lain seperti Singapura
(5.7 peratus), Filipina (4.29 peratus) dan Thailand (3.27peratus).
Antara usaha kerajaan Malaysia setakat ini untuk membendung kesan kenaikan kadar inflasi di Malaysia adalah :
- Kenaikan kos sara hidup sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), dengan tujuan utama mengenal pasti langkah bagi membantu dan meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.
- Bagi menangani kesan kenaikan harga makanan, kerajaan antara lain melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang bermula di Lembah Klang. KR1M menawarkan 250 barangan runcit berjenama 1Malaysia pada harga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran bagi meringankan beban kumpulan mudah terjejas di kawasan bandar
- “Menu Rakyat 1Malaysia” juga diperkenalkan tahun ini dan sehingga kini 728 pengendali restoran seluruh negara telah menyertai program ini yang menawarkan hidangan set sarapan pagi pada harga RM2 dan makan tengah hari RM4
- Langkah lain termasuklah melaksanakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 bagi mengawal harga barangan dan caj perkhidmatan serta menghalang aktiviti pencatutan.
Ya…..benar,
mana-mana negara sekalipun akan ada inflasinya. Tetapi, kami
beranggapan lonjakan inflasi di Malaysia masih lagi sukar dilaksanakan
selagi kerajaan masih lagi mengamalkan protectionism dalam kebanyakan
sektor!! Tiada masalahnya jika kerajaan contohnya nak melindungi
industri lembu dengan cara mengenakan cukai ke atas daging import dan
dalam pada masa yang sama memberikan subsidi dan bantuan kepada golongan
petani. Sebab, kita sebagai rakyat Malaysia beli tidaklah sampai untuk
membuat pinjaman bank untuk membelinya kerana ada alternatif lain yang
boleh dijadikan pilihan termasuklah ayam, kambing dan babi (untuk
golongan bukan Islam).
Tetapi,
tetapi……yang menjadi masalahnya sekarang kerajaan dilihat “begitu
senang” melindungi industri simen dan keluli, bahan asas yang digunakan
untuk membina rumah. Apabila hartanah meningkat berganda, kita pula
sebagai rakyat Malaysia pun menjadi hamba selama berpuluh tahun dengan
“bayar kepada bank” pada kadar yang tinggi. Kepada golongan pertengahan
dan berpendapatan rendah, kalau rumah dah mahal, mereka nak duduk di
mana?
Sesebuah
rumah teres (tidak bertingkat) berharga kira-kira RM50,000 ke RM78,000
di Kuala Lumpur pada 30 tahun yang lalu, kini satu unit apartment di
Kuala Lumpur bernilai sekurang-kurangnya RM300,000, purata harga rumah
telah melonjak kepada RM480,000 – bersamaan enam ke tujuh kali ganda
harga rumah di Kuala Lumpur berbanding 30 tahun yang lalu. Menurut
anggaran pakar hartanah dan pemaju, harga rumah di Kuala Lumpur melonjak pada purata 10%-20% setiap tahun.
Yang keduanya, kerajaan terus menerus melindungi industri automatif tempatan. Kita dikehendaki membayar jumlah yang sekali ganda jikalau nak memiliki kereta import.
Mahu tidak mahu, rakyat Malaysia “dipaksa secara halus” untuk membeli
kereta tempatan dek kerana tiada pilihan lain. Ada juga kalangan yang
masih tak mampu membeli kenderaan yang dijual pada kadar yang tinggi,
akhirnya terpaksa menggunakan motosikal yang mana kes kemalangan maut
melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal amatlah tinggi. Nak
harapkan pengangkutan awam?
30 tahun
dahulu, sebuah kereta import hanya berharga RM17,000. Sekarang ini,
sebuah kereta import yang biasa memerlukan sekurang-kurangnya RM85,000
hingga RM100,000. Biarpun harga kereta tempatan yang secara
perbandingannya lebih murah, misalnya Myvi, ia memerlukan RM45,000
hingga RM50,000 – yang mana ia masih berkali ganda perbandingan harganya
berbanding 30 tahun yang lalu.
Akhirnya rakyat terus dibebani hutang yang tinggi atas dasar protectionism kerajaan. Rakyat tak untung apapun dengan dasar sebegini, yang untung hanyalah golongan atasan sahaja.
Walaupun
rumah dan kereta adalah keperluan asas rakyat Malaysia sekarang ini.
Tetapi, hakikatnya pengiraan kadar inflasi di Malaysia yang melibatkan
kos pembelian kereta tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap kadar
inflasi. Sebaliknya kerajaan “lebih berminat” untuk memilih bayaran
perkhidmatan awam. Begitu juga pembelian rumah yang terus melambung
tinggi juga tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap. Sebaliknya kerajaan
lebih memilih kadar rumah sewa. Tetapi, jikalau kedua-dua ini
dimasukkan dalam pengiraan kadar inflasi di Malaysia, dijangka kadar
inflasi di Malaysia bukan setakat 3.1% sahaja tetapi lebih daripada
angka tersebut.
Bank Negara telah mengumumkan baru-baru ini yang mana Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak dinaikkan sehingga awal tahun 2012 dan masih kekal pada kadar 3%. Kalau diikutkan Bank Negara pun sebenarnya dalam dilema untuk menaikkan kadar faedah atau tidak. Jikalau mereka naikkan kadar faedah, eksport negara akan terganggu. Kalau tak naikkan kadar faedah pula, inflasi sukar utnuk dikawal. Berbelah bahagi juga mereka sebenarnya. - Berita Semasa
Bank Negara telah mengumumkan baru-baru ini yang mana Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak dinaikkan sehingga awal tahun 2012 dan masih kekal pada kadar 3%. Kalau diikutkan Bank Negara pun sebenarnya dalam dilema untuk menaikkan kadar faedah atau tidak. Jikalau mereka naikkan kadar faedah, eksport negara akan terganggu. Kalau tak naikkan kadar faedah pula, inflasi sukar utnuk dikawal. Berbelah bahagi juga mereka sebenarnya. - Berita Semasa
No comments:
Post a Comment