Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi positif dan negatif serentak. Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa, ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan datang. Kesan positif termasuklah memastikan bank-bank pusat boleh menyesuaikan kadar faedah nominal (yang bertujuan untuk mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi),[5] dan menggalakkan pelaburan dalam projek-projek modal bukan monetari.
Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang.[6] Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.
Kesan inflasi
Inflasi merupakan salah satu masalah ekonomi yang serius. Ia memberikan kesan kepada aktiviti ekonomi, juga kebajikan individu dan masyarakat.
Contoh:
- Pada tahun 1978 (30 tahun lalu), RM300 boleh membeli barangan runcit satu bulan untuk keluarga berempat orang.
- Pada tahun 2008, RM300 boleh membeli barangan runcit satu minggu untuk keluarga berempat orang.
- Pada tahun 2028 (20 tahun kemudian), RM300 mungkin hanya boleh membeli barangan runcit dua hari untuk keluarga berempat orang.
Pengembaraan Dalam Penciptaan Matawang
Penciptaan
matawang fiat biasanya bermula dengan wang komoditi yang bernilai
tinggi seperti emas dan perak. Secara beransur-ansur, kerajaan
mempengaruhi orang ramai untuk menerima matawang fiat dengan
mengeluarkan nota permintaan dalam bentuk kertas yang boleh ditebus
semula dengan logam berharga. Nota permintaan (matawang) ini adalah
dalam bentuk "sijil deposit," "resit," atau "cek tuntutan" di atas wang
sebenar (logam beharga) yang disimpan di dalam peti besi. - (Saya dengan
berani mengatakan ramai di antara kita percaya bahawa dengan cara ini
kerajaan kita mengeluarkan matawang, termasuk di Amerika Syarikat bahkan
di negara-negara lain di seluruh dunia termasuklah negara kita
sendiri, Malaysia.)
Apabila
kerajaan telah memperkenalkan sistem matawang kertas, mereka kemudian
mengembangkan bekalan matawang menerusi deficit perbelanjaan dengan
mencetak lebih matawang untuk menampung perbelanjaan melalui penciptaan
kredit berdasarkan pecahan rizab perbankan. Kemudian, biasanya
disebabkan oleh peperangan atau darurat, orang ramai cuba untuk menebus
nota permintaan mereka kepada emas dan perak. Tetapi kerajaan telah
menggantung hak penebusan orang ramai kerana kerajaan sebenarnya tidak
mempunyai cukup emas dan perak untuk meliputi semua matawang kertas yang
telah dicetak oleh mereka, dan poof! Terhasillah matawang fiat yang
kita gunakan sekarang.
Di sini
helah dan rahsia kotor matawang fiat: matawang fiat adalah direka
semata-mata untuk dihilangkan nilainya. Tujuan utama penciptaan matawang
fiat ini adalah untuk merampas kekayaan anda dan memindahkannya kepada
kerajaan. Setiap kali kerajaan mencetak wang kertas yang baru dan
menghabiskanya, kerajaan mendapatkan kuasa membeli matawang tersebut.
Tetapi, dari manakah datangnya kuasa membeli itu? Ia datang secara
senyap-senyap dan rahsia dicuri dari wang kertas yang anda miliki
sekarang. Kerana setiap wang kertas yang baru memasuki peredaran (baru
dicetak) akan merendahkan nilai semua wang kertas yang lain. Ini terjadi
disebabkan semakin banyak wang kertas mengejar jumlah perkhidmatan dan
barang yang sama. Ini menyebabkan harga perkhidmatan dan barang
meningkat. Harga ini meningkat disebabkan nilai matawang fiat yang
semakin rendah. Ini merupakan satu cukai yang tersembunyi dan berbahaya
yang dikenali sebagai INFLASI merompak kekayaan anda tanpa anda sedari!
Sepanjang
berabad-abad lamanya, emas dan perak bertarung dengan matawang fiat,
dan akhirnya tetap emas dan perak juga yang akan menang. Emas dan perak
menilai semula diri mereka secara automatik melalui sistem pasaran bebas
dengan mengimbangi diri mereka menentang matawang fiat. Ini adalah satu
corak yang telah berulang-ulang berlaku sejak kejatuhan hebat matawang
di Athens pada tahun 407 SM. Apabila pelabur mula mengesan pertarungan
ini, peluang-peluang untuk mengumpul kekayaan yang besar dalam tempoh
masa yang singkat adalah sangat besar untuk mereka.
Pertarungan hebat antara matawang fiat dan emas dan perak boleh ditamatkan dengan salah-satu daripada dua cara berikut:
1. Sesuatu keputusan teknikal dibuat dimana matawang fiat disokong semula oleh emas dan perak seperti suatu ketika dahulu.
2. Menghentikan terus penggunaan matawang fiat dan menggunakan emas dan perak sebagai wang.
kredit: carl samsuddin
No comments:
Post a Comment