Terdapat rakan-rakan niaga kami yang menerima persoalan-persoalan
berkaitan perniagaan GCP. Anda mungkin salah seorang yang mempunyai
persoalan serupa. Kami rungkaikan persoalan anda.
1. Jika saya mempunyai wang sebanyak RM20,000, apakah kelebihan dan graf keuntungan dengan penjualan emas?
Sekiranya anda mendaftar sebagai pengedar sah GCP, keuntungan
jualan runcit anda adalah sebanyak 8%. Tetapi, jika anda tidak minat
berniaga dan hanya mahu menyimpan sahaja, keuntungan purata 200% untuk
tempoh lima tahun.
Perkiraan:
Harga pada 06/01/06 – USD 538.80
Harga pada 30/12/11 – USD 1,566.40
Peratus kenaikan – [(USD 1,566.40 - USD 538.80)/538.80] x 100 = 190.65%
2. Nampak macam senang bila bercakap tentang emas yang sudah
tumbuh bagai cendawan oleh syarikat-syarikat bumiputera dewasa ini.
Saya sangat “skeptical” bila ramai yang menjual emas macam menjual
goreng pisang di tepi jalan, maksudnya macam orang ramai boleh beli emas
tiap-tiap hari. Siapa mereka? Orang biasa? Orang pertengahan? Makcik
penjual sayur di pasar? Boleh tak perbetulkan persepsi saya ini yang
sangat tidak logik bila difikirkan pembelian emas oleh orang ramai.
Orang ramai telah mula sedar tentang kepentingan
emas. Jadi mereka membeli emas bila-bila masa mereka ada duit. Apatah
lagi adanya syarikat seperti GCP yang menjual emas dengan harga rendah
dan emas paling kecil seberat 1gram, lebih ramai orang yang mampu
membeli emas.
3. Menggunakan elemen psikologi iaitu perkataan-perkataan
‘kekayaan’, ‘menjaga ekonomi Melayu’, ‘Islam’, dan lain-lain lagi, ia
kelihatan seperti multi level marketing (MLM). Mengguna perkataan kaya
ini sudah biasa saya dengar dari peragut-peragut MLM yang mahukan duit
orang. Namun mereka tiada produk cuma mencari orang, dan mungkin
perniagaan emas ini pendekatannya berbeza. Kenapa saya
berkata demikian? Kerana MLM juga menjemput orang ramai menghadiri table
talk, seminar dan pelbagai lagi cara untuk menarik pelanggan. Apakah
GCP mempunyai elemen MLM? Saya sudah banyak kali terkena.
Tidak salah menggunakan perkataan yang syarikat MLM guna pakai
atau gunakan strategi yang diguna oleh MLM untuk menarik orang ramai.
Yang penting GCP bukan MLM. GCP hanya menawarkan hadiah dalam bentuk
wang tunai kepada orang yang membawa pelanggan menjadi delear GCP. Tiada
imbuhan buat dealer ke atas dealer. Sebagai contoh, jika anda membawa
kawan membeli emas di kedai ABC, pemilik kedai hanya mengucapkan terima
kasih. Tetapi jika anda membawa kawan anda menjadi dealer GCP anda akan
diberi hadiah dalam bentuk wang tunai oleh pemilik syarikat GCP. Walau
bagaimanapun, sekiranya kawan anda membawa kawan beliau menjadi dealer
GCP, maka anda tidak mendapat hadiah wang tunai kerana bukan anda yang
membawa kawan tersebut. Ini lah jawapan bahawa GCP tidak menjalankan
perniagaan MLM.
4. Apakah dengan pembelian RM20,000 dari GCP (sebagai
contoh), kemudiannya saya menggunakan sistem Ar-Rahnu sebagai strategi
yang betul bagi menambah pembelian emas? Kenapa saya berkata demikian,
berbalik kepada persoalan “siapa nak beli emas tiap-tiap hari?”
Kalau sekadar nak perap jer dalam arrahnu anda
perlu bayar upah simpan yg tinggi dan anda juga perlu fikir risikonya
spt bank suruh tebus semua sekali pada bila-bila masa yang bank perlukan
duit. Jika anda tiada duit nak tebus maka emas anda akan dilelong.
Biasanya arrahnu digunakan untuk mendapatkan pinjaman mudah bagi
menambah modal perniagaan sedia ada. Untung dari perniagaan tu boleh
tebus kembali emas dalam arrahnu. Kalau nak hari-hari beli emas, untung
meniaga setiap hari terus beli emas. Dapatlah tuan tiap-tiap hari beli
emas.
5. Kenapa peniaga cina iaitu kedai pajak gadai, kedai emas
poh kong, kedai emas habib jewel tidak melaksanakan sistem yang dewasa
ini mengajak orang Melayu khususnya menceburi atau menjadi ejen kepada
syarikat mereka. Pernahkah puan dengar di zaman 80, 90an kedai emas
mencari ejen mereka untuk kembangkan perniagaan mereka? Namun mereka
tetap kaya, simpan emas melambak, sekolahkan anak dan lain-lain. Apa
yang sudah terjadi dewasa ini? Kesedaran tentang emas? Dulu orang tak
sedar? Padahal mak ayah kita sibuk beli emas – ilmu berniaga emas kot
yang tak ada. Jadi apakah fenomena ini sebenarnya? Melayu makan melayu?
Kedai emas tu peruncit. GCP ni pembekal.
Flow chartnya :
kilang > GCP > pengedar > pembeli.
Kalau kedai emas pula flow chartnya :
kilang > pembekal > salesman > kedai emas > pembeli.
Jika lihat pada flow chart tu kedai emas=pengedar GCP. Cuma pengedar GCP bergerak secara gerila tanpa ada kedai emas.
Inilah matlamat GCP jual emas dgn harga rendah utk menggalakkan org
islam simpan emas secara tak langsung belajar utk berniaga emas.
6. Saya semak-semak pertubuhan ataupun persatuan emas Malaysia. http://www.fgjam.org.my/index.asp
tiada pun tersenarai syarikat GCP ini sebagai ahli. Saya pernah
bertanya kepada sebuah syarikat emas bumiputera Sinar Gold dengan jenama
SG, meraka tidak menjawab pertanyaan saya. Jadi adakah GCP ini
berkelayakan? Persoalannya kenapa tidak berdaftar sebagai ahli di FGJAM?
Yuran yang tinggi atau tengah mengumpul modal? Saya pun tak pasti
kriteria nak jadi ahli FGJAM yang majoritinya hanya bangsa tionghua/cina
dan golongan arab malaysia yang menjadi ahli. Apa jadi syarikat
bumiputera? Inilah ketakutan saya…genuine? takut hanya sebentar kerana
nampak macam ada unsur MLM.
Ahli persatuan terikat dengan undang-undang FGJAM yang antaranya
perlu jual ikut harga runcit seperti kedai emas POH KONG. GCP tak masuk
persatuan dan bergerak secara gerila sebab nak jual emas lebih murah
daripada kedai emas di bawah FGJAM. Selain itu tiada kepentingan untuk
GCP bernaung di bawah mana-mana persatuan. GCP lebih selesa bergerak
sendiri mengikut acuan sendiri. Tanpa jadi mana-mana ahli persatuan pun
GCP boleh berjaya. Alhamdulillah.
http://www.hmetro.com.my/articles/PercaturanShamsulmenjadi/Article/artikelMA
7. Ada elemen MLM dengan pemberian komisen walaupun orang
bawah tak dapat tapi dengan kuasa pujukan dan psikologi pastinya yang
membeli akan teruja untuk mendapat komisen maka membawa kawan yang lain,
proses akan berterusan. Ia baik dari sudut perkembangan rangkaian dan
jaringan perniagaan tapi masih berpaksikan MLM.
Setiap perniagaan perlukan jaringan pelanggan atau dalam bahasa
jawanya network. Jika tiada network, anda buka kedai runcit pun anda
akan beli sendiri barang yang anda jual sebab tiada network pelanggan
anda yang tolong promosi beritahu jiran-jiran dia yang anda ada buka
kedai kat kawasan tu. GCP bukan MLM. GCP hanya Pembekal emas yang buat
pemasaran dengan memberi ganjaran/hadiah/upah kepada pengedar yang
perkenalkan pengedar baru kepada GCP sahaja. Dengan bahasa mudah, GCP
bagi kerja part time kat dealer untuk jadi pengurus jualan GCP. Jadi tak
perlulah GCP gajikan pengurus jualan. Semua dealer adalah pengurus
jualan. Diorang kerja, diorang dapat lah duit gajinya. Yang tak kerja
tak dapatlah gajinya. Contohnya seperti yang beritahu dulu anda bawa
kawan beli emas di kedai poh kong, tokey poh kong ucap terima kasih jer.
Tapi anda bawak kawan jadi dealer dan beli emas GCP, tokey GCP bagi
anda duit sebagai penghargaan kepada anda kerana tolong promo GCP atau
bahasa mudahnya anda dah buat kerja sebagai pengurus jualan dan GCP
bagilah gajinya. Kalau kawan anda bawa kawan dia maka anda tak dapat
duit tu sebab bukan anda yg bawa. Contoh ke-2, jika anda buka kedai
makan dan anda buat promosi siapa yang bawa pelanggan makan kat restoran
anda, anda bagi orang yang bawa pelanggan tu RM 100 satu kepala. Tentu
ramai yang akan bawa kawan-kawan dia untuk makan di restoran anda. Untuk
makluman anda sistem MLM adalah berbilang tingkat dalam bahasa
banjarnya Multi-Level Marketing. Anda bawa kawan, anda dapat duit. Kawan
anda bawak kawan, anda dapat duit juga. Kawan kepada kawan anda bawa
kawan, anda dapat duit dan kawan kepada kawan kepada kawan anda bawa
kawan, anda dapat duit juga. Itulah sistem MLM yang sebenar. Harap anda
jelas tentang konsep MLM dan konsep ganjaran yang GCP buat. Cara
pemasaran juga kita boleh tiru syarikat yang dah berjaya. Jika ada
syarikat MLM selalu buat seminar dan dengan cara itu dia berjaya tarik
ramai orang join MLM maka tak salah kita juga buat seminar untuk bagi
penerangan tentang istimewanya jadi dealer GCP. Contoh, jika anda buka
restoran dan anda nak beritahu yang anda ada buat jika jadi ahli
restoran anda, ahli akan dapat makan percuma selama 12 kali setahun.
Jadi anda buat seminar sebagaimana syarikat MLM buat untuk mempromosikan
dan beritahu orang ramai tentang keistimewaan jadi ahli restoran anda.
Inilah yang dinamakan gunakan syarikat yang dah berjaya sebagai model
atau mentor. Kesimpulannya ikut cara pemasaran syarikat MLM tidak
bermakna kita juga MLM kerana yang membezakan kita dengan MLM adalah
ganjarannya berbilang tingkat seperti contoh di atas tetapi kita tak der
tingkat. Kita direct to dealer ajer.
8. GCP jual dengan harga murah? bukankah harga emas sesuatu
yang terkawal mengikut harga pasaran dunia? saya tak berapa nak faham
maklum bukan penganalisis 24 jam logam dunia, jadi bagaimana manipulasi
penurunan harga berlaku? adakah turut berlaku kekurangan isipadu,
kandungan, berat dan sebagainya?
Emas bukan barang kawalan. Sebab tu FGJAM ditubuhkan supaya dapat
kawal harga emas tak melepasi syiling. Sebenarnya harga emas ni murah
je kalu ikut pasaran dunia. Harga GCP berdasarkan harga pasaran dunia
yang lebih murah. Jadi baguslah jika GCP jual murah ikut harga pasaran
dunia. Lebih ramai orang Islam kat Malaysia ni boleh simpan emas. Naik
turun harga emas dunia bergantung kepada penawaran dan permintaan. Jika
banyak negara jual emas untuk guna duit sebab nak pilihanraya, nak
anjurkan sukan olimpik, euro 2012 dan sebagainya maka lambakan emas
berlaku sebab Negara-negar yang banyak reserve emas ni perlu jual emas
dia untuk dapatkan dollar bagi membiayai kos untuk buat semua tu. Jadi
bila emas dah berlambak maka harganya turun. Bila Negara-negara ni dah
ada duit mereka akan beli emas semula untuk topup reserve emas negara
mereka. Masa tu harga emas pun naiklah sebab emas habis diborong. Ini
adalah salah satu contoh dan banyak lagi faktor yang menaik turunkan
harga emas. kerana emas adalah barang dagangan.
9. Gerila adalah modus operandi syarikat, jadi saya
tertanya-tanya bahawasanya ada peraturan di negara ini yang membenarkan
usaha dagangan barangan logam sebegini. Tidak mengapa saya akan baca
yang lain-lainnya berkaitan undang-undang dan peraturan.
Dlm perniagaan unsur atau elemen manipulasi memang akan
sentiasa ada bagi meningkatkan keuntungan. Oleh yg demikian, saya
sebagai pengguna dan mungkin satu hari nanti mahu menjadi ‘kaya’ seperti
puan dan pengedar lainnya sekadar melahirkan rasa kerisauan kerana
terlalu banyak syarikat yang tumbuh bagai cendawan menawarkan harga emas
yang pelbagai harga.
sebab itulah menjadi ahli persatuan hanya akan menyekat
manipulasi harga yang sekaligus digunakan sesuka hati. kenapa boleh jadi
demikian? mahu lari dari sistem undang-undang utk meraih keuntungan.
Bersetujukah puan apabila adanya elemen manipulasi yang
terlalu banyak maka satu hari nanti emas di arena gerila ini akan tiada
nilai. Saya melihat ini bila mana saya membandingkan seperti wang kertas
yg dimanipulasi yang akhirnya tiada nilai…mungkinkah manipulasi di
arena gerila ini akan merosakkan nilai pasaran yang dikawal oleh
persatuan? itulah yang berlaku kepada matawang yang dimanipulasi oleh
penyangak matawang George Soros. tidak mustahil arena gerila yang
dimaksudkan ini akan merosakkan nilai emas? banyaklah lagi kalau nak
dianalisis ini mungkin sekadar perbandingan janggal sahaja.
Mudah-mudahan kejayaan GCP yg diwar-warkan di akhbar menjadi
pemangkin ekonomi Melayu khususnya cuma jangan terlalu memanipulasi
psikologi Melayu dgn perkataan2 ‘kaya’, islam’ dan hadis serta pelbagai
lagi unsur MLM yg lainnya.
Jika genuine dan syarikat terlalu kukuh, saya kira permainan MLM ini tak mungkin berlaku.
GERILA MARKETING adalah salah satu teknik pemasaran. Ada pelbagai
teknik pemasaran yang diguna oleh peniaga. Jadi terpulang kepada kita
nak guna teknik pemasaran yang macamana. Emas dan perak adalah barang
dagangan. Jadi kita meniaga emas dgn menggunakan teknik pemasaran
gerila. Maksudnya kita buat senyap2, dari mulut ke mulut jer. Baru tahun
ni jer GCP expose kat surat khabar. 2 tahun yg lepas GCP bergerak
senyap2 jer.
Buat masa ni GCP taknak jadi ahli mana2 persatuan kerana GCP nak
jual emas dengan harga murah mengikut harga pasaran emas dunia. Mungkin
bila ramai yang tak suka GCP jual murah maka GCP akan jadi ahli
persatuan dan jual dgn harga yg mahal giler + upah mengikut harga yg
FGJAM tetapkan.
Selagi emas ni barang dagangan maka tidak dapat dielakkan untuk
dimanipulasikan. Akan tetapi manipulator-manipulator ini takkan dapat
jatuhkan harga emas seperti mereka jatuhkan nilai wang kertas kerana
emas adalah galian yang akan habis dan tidak boleh diperbaharui.
Sedangkan permintaannya sentiasa meningkat. Nak manipulasi macam mana
kerana setiap hari industri elektrik dan elektronik nak guna emas untuk
buat chip dan litar. Tetapi wang kertas sesuka hati jer anda boleh cetak
dan chop kat situ rm1 bilion.
Harap anda faham yang GCP bukan MLM dan bukan manipulator emas.
GCP jual emas ikut harga semasa dunia malah bagi peluang kat orang islam
buat keje part time jadi pengurus jualan atau lebih glamer orang
panggil dealer dan ini meningkatkan ekonomi orang Islam. Harap anda
tidak lagi skeptical dengan GCP dan jika anda lapang sila hadir ke
seminar GCP dan jumpa sendiri dengan bos GCP untuk dapatkan penerangan
lebih jelas. Banyak fitnah kat GCP sebenarnya. Nasib baik bos GCP ni
sabar orangnya.
Diharap anda semua mendapat penjelasan yang tepat dan jitu.
Jawapan-jawapan berikut merupakan jawapan dari pengasas GCP sendiri
iaitu Tuan Haji Shamsul Anuar Md Ali. Andai anda memerlukan khidmat nasihat selanjutnya tentang GCP, boleh hubungi kami di sini
.
No comments:
Post a Comment