Asal wang kertas dijadikan untuk
memudahkan pertukaran bilamana terdapat barangan yang bernilai kecil
yang sukar dipecahkan melalui nilaian dirham/daniq dan wang kertas
disandarkan pada rezab emas yang ada, pada masa ini wang kertas masih
bersifat numismatik dan hukum riba, zakat, muamalat terpakai
sepertimana emas dan perak. Ini kerana wang kertas tersebut boleh
ditukarkan dengan emas pada masa itu.
Setelah lambakan wang kertas
berlaku maka era penipuan wang kertas terjadi apabila ianya tidak lagi
disandarkan lagi pada rezab emas tetapi kepada ekonomi negara itu
sendiri yang mana hukum yang terdapat keatasnya yang diqiaskan pada
emas dan perak sewajarnya tidak terpakai lagi.
Selepas era inilah penipuan wang
kertas semakin berleluasa dan tidak layak digelar wang sebaliknya
sebagai hutang nilai kertas yang tertera pada cetakannya (akujanji
pemerintah). Demi mengaut keuntungan pihak yahudi/penjajah memaksa
semua negara jajahannya menggunakan wang kertas dan mereka mengambil
semua emas dan perak kerana mereka tahu emas dan perak lagi berharga
dari kertas tetapi negara jajahan mengikut sahaja kerana wang kertas
mudah dibahagikan berbanding emas dan perak, negara jajahan telah
diasuh dan dididik menggunakan wang kertas dalam setiap urusan dan
lupakan pasal nilai emas dan perak. Bila rezab emas tinggal sedikit
pihak penjajah akan beredar dalam istilah kemerdekaan tetapi
meninggalkan dan memaksa negara jajahan menggunapakai sistem wang
kertasnya.
Oleh kerana sebahagian besar
emas dan perak telah dikaut dan sistem kewangannya digunakan maka pihak
penjajah masih boleh meneruskan penjajahannya walaupun tanpa menduduki
negara tersebut. Bila semua pemerintah Islam telah lupa pada emas dan
perak dan DnD sebagai wang, maka ada pihak menqiaskan wang kertas
kepada emas dan perak dalam keadaan dharurat kerana sumber DnD tidak
mencukupi. Tetapi adakah ia mengambilkira FRB (penipuan terbesar) yang
berlaku dalam cetakan dan penghasilan wang kertas sebelum menggenakan
hukum penggunaannya?
Dalam Islam transaksi jual beli
harus memenuhi 3 syarat (1) sukarela – antaroddin minkum, (2) setara –
mithlan bi mithlin, (3) kecairan – yaddan bi yaddin. Secara logiknya
wang kertas tidak memenuhi syarat tersebut nilainya dipaksa oleh
pemerintah atas nilai cetakannya, nilainya tidak setara bagi setiap
negara, kecairan tidak diperakui bagi negara yang berlainan.Logiknya ia
tidak wajar digelar wang tetapi hanyalah kertas hutang yang diperakui
oleh pemerintah negara tersebut.
Penyewelengan penggunaan dinar
dan dirham di negara arab dilakukan semasa pemerintahan Liga Arab
(Saudi Arabia) yang bersekutu dengan Amerika dalam menjatuhkan kerajaan
Utsmaniah.. Raja Sa’ud bin Abdul Aziz telah mendirikan bank sentral
yang bernama: Saudi Arabian Monetary Agency (SAMA) dan menerbitkan uang
kertas riyal pada tahun 1961. Ini kerana Raja terpesona menerbitkan
wang kertas kerana lebih menguntungkan daripada mencetak koin-koin
riyal perak (dirham) dan dinar. I
Isu yang pertama wang kertas yang
berleluasa pada asalnya wujud atas dasar penipuan dan penyelewangan
untuk menafikan peranan keseimbangan DnD, mencipta ilusi kekayaan
diluar batasan, menganiaya orang/negara lain, memudahkan penjajahan
hanya melalui peperangan dan sekatan ekonomi… namun kerana mereka
memegang kuasa jajahan dan kemudahan penciptaan wang kertas, maka wang
kertas tersebar luas walaupun berpaksikan penipuan dan penyelewengan.
Wajarkah kita katakan transaksi penipuan, penyelewengan dan kewujudan
wang kertas ini telah haram penggunaannya?
Isu yang kedua setelah isu yang
pertama telah kuat bertapak, atas dasar dharurat, penyelewengan wang
kertas terus dilakukan oleh pemerintah dan hukum keatasnya dikenakan
seperti mana emas dan perak oleh pemerintah Islam/Raja/penjajah yang
menyeleweng ini dan wajib diikuti oleh semua rakyat/negara/pemerintah
yang dijajah/diperintah secara rela paksa. Bilamana rela paksa ini
berterusan, lama kelamaan maka semua orang terbiasa walaupun
membelakangkan hukum Islam yang terawal.
Wajarkah kita gunakannya
sebagaimana akujanji pemerintah dalam keterpaksaan? Wajarkah
penyelewengan yang kedua ini kita letakkan hukum yang tertentu bilamana
isu pokok kepada permasalahan yang pertama tidak diambil kira atau
diselesaikan terlebih dahulu? Adakah wajar kita kembali kepada DnD
untuk menyelesaikan isu kedua-dua diatas dalam kaedah penyelesaian?
Adakah dengan menggunakan wang kertas pada hari ini kita terlepas dari
hukum isu yang pertama dan perlukah kita menyokongnya? Adakah wang
kertas masih bersifat numismatik dan wajar diqiaskan dengan hukum emas
dan perak? Wajarkah kita mengurangkan semaksima mungkin penggunaan wang
kertas? Apakah usaha kita untuk keluar dari sistem penipuan dan
penyelewengan ini? Wajarkah kita mengharuskan sesuatu yang telah haram
untuk meringankan penggunaannya?
Ini dah ada 2 hukum dalam 1
transaksi, adakah boleh diqiaskan dengan 2 transaksi dalam 1 akad?
Haram kekal haram, riba kekal riba, jualbeli kekal jualbeli… namun
perlu berhati2 kerana semua itu boleh berlaku dalam 1 transaksi
muamalat. Perkara yang mudah jangan dirumitkan, jika sesat pulang ke
pangkal jalan… Keringanan hanya membuatkan kita terus lalai dan hilang
usaha kita untuk terus berjuang memartabatkan Islam
Negara yang menjajah pun dijajah ?
Siapa arkitek dalam semua
penjajahan itu.. arkiteknya bukan orang perseorangan atau negara.. US
pun sebenarnya dijajah, bukan penduduk asli pun yang mentadbir US.
Negara yang menjajah pun
sebenarnya dijajah… wang kertas digunakan untuk menunjukkan semua
negara pakai wang kertas.. kalau dia suruh orang pakai wang kertas tapi
dia pakai wang emas, rasanya orang akan ikut tak… Mereka gunakan wang
kertas untuk menganiaya rakyat mereka dan menyesatkan umat manusia dari
jalan Allah… Siapa yang sebenarnya menguasai rezab emas dunia, negara
ke kesatuan?
1000 aun banyak tu kalau telah
dijadikan wang dalam kaedah DnD, macam mana dia nak tambahkan lagi
kekayaan emas dia? Emas tidak boleh diperbaharui dan dicipta, tetapi
kertas mudah dihasilkan dan dicetak, kalau saya cetak note RM10 billion
dan kerajaan iktiraf note yang saya buat.. saya dah bergelar
billionaire tanpa susah payah bekerja tidak susahkan nak buat silap
mata (ilusi) dengan wang kertas.. inilah yang berlaku kepada US
hutangnya yang entah bila akan habis langsai sakarang ni…. kenapa nak
konfiuskan masalah yang telah jelas, terang dan nyata?
Peperangan sebenar didunia ini
bukan antara negara atau dengan umat manusia.. tetapi peperangan
sebenar adalah antara tentera dibawah pimpinan Azazil (Iblis) yang
dilaknat dan kekal dalam neraka dengan tentera yang mendokong Allah
dengan Al-quran dan sunnah sebagai rujukan… itu je masalah yang
sebenar, apa yang wujud dalam dunia ni sekadar hiasan dan pentas je
untuk diwarnai.. kita semua berlakon je ada macam2
scane/plot/karektor/emosi dan sebagainya… ending story kiamat, syurga
atau neraka… tamat….
kredit kepada penulis artikel ini :Nazly Tahir
No comments:
Post a Comment