DEBT SLAVE (Hamba Hutang)
Benar, kerajaan mencetak wang
kertas kita. Tetapi itu hanya mewakili 3% dari jumlah wang dalam
negara. Sebahagian besar wang dicipta melalui pinjaman bank komersial.
Kini mari kita andaikan wang
kertas dalam negara bermula “$0″ untuk memudahkan pemahaman ke atas
sistem ciptaan wang di dalam ekonomi negara dan peranan bank negara
serta komersial.
Peringkat 1: Wang permulaan “$0″
Anda pegawai tinggi kerajaan
berpendapatan $10,000. Dari manakah kerajaan mendapatkan $10,000 untuk
membayar gaji anda memandangkan wang di dalam negara “$0″?
Peringkat 2: Kertas Ditukar Kertas, menjadi Wang
It costs 100 billion for ONE egg, not three.
Three eggs cost 300 billion.
Pinjaman! Kerajaan mengeluarkan
bon (I.O.U) dan meminjam dari Bank Negara. Kini, dari manakah Bank
Negara mendapatkan $10,000 kerana wang dalam negara masih lagi “$0″?
Bank Negara melakukan “magik”
dengan menukarkan kertas kosong menjadi $10,000, dan nilai ini
semata-mata bersandarkan janji kerajaan membayar hutang.
Sistem magik ini berlanjutan kepada Bank Dunia tetapi dipermudahkan
pada peringkat ini untuk pemahaman awal sistem “ciptaan wang riba” ini.
Kesimpulan awal ialah wang atau “bank note” ialah “hutang“; hutang kerajaan dan kemudian daripadanya termasuklah hutang rakyat.
Peringkat 3: $10,000 pertama dalam negara
Kerajaan membayar $10,000 dan anda mendepositkannya ke bank.
Jika wang dibelanjakan,
situasinya sama kerana Penjual mendepositkannya $10,000 ke bank. Kini
wang telah wujud dalam negara dan berjumlah $10,000.
Peringkat 4: Sistem rizab dan riba berganda-ganda
Berdasarkan simpanan $10,000 ini,
bank menjadikan 10% atau $1,000 sebagai rizab Bank Negara. Akibat
daripadanya bank diberi kelulusan mencipta wang baru bersamaan gandaan
90% ($9,000) sebagai pinjaman baru. Wang ini tidak dicetak tetapi
sekadar jumlah yang direkodkan dalam sistem perbankan.
Dakwaan bank memberikan pinjaman
dari simpanan pendeposit adalah perdayaan! Ini kerana jika jumlah wang
dalam negara $10,000 dan jumlah sama dipinjamkan kembali, bagaimana
bank berupaya mendapatkan tambahan wang untuk menanggung kos
pentadbiran dan bayaran dividen pendeposit?
Jika bank membayar dividen $1,000
maka jumlah wang mestilah $11,000. Oleh itu bagaimana bank berupaya
mendapatkan $11,000 sedangkan wang di dalam negara hanya $10,000? “…Of
course, they (bank) do not really pay out loans from the money they
receive as deposits. If they did this, no additional money would be
created…”; (Modern Money Mechanics from The Federal Reserve Bank of
Chicago, page 6).
Kedua, bank tidak membayar
kembali kepada Bank Negara wang dicipta kerana kesannya tetap sama,
iaitu “If they did this, no additional money would be created“. Bank
sekadar memastikan akaun aset (bank) dan akaun liabiliti (peminjam)
direkodkan secara tepat dan tiada “NPL” (non performing loan).
Peringkat 5: Ciptaan wang atas angin
Kini Bank meminjamkan wang $9,000
yang baru dicipta kepada Sarimah, dan merekodkan akaun aset bank
menyamai akaun liabiliti peminjam.
Seperti anda, Sarimah
mendepositkan ke bank atau berbelanja dan Penjual mendepositkan
&9,000 ke bank. Kini jumlah aliran wang dalam negara bertambah
daripada $10,000 kepada $19,000.
Peringkat 6: Rizab yang di “Recycle”
Bagi simpanan Penjual berjumlah
$9,000 ini, Bank menjadikan $900 (10%) sebagai rizab dan berupaya
mencipta wang baru melalui pemberian pinjaman sebanyak $8,100, iaitu
gandaan 90% daripada rizab $900.
Kini Johari mengambil pinjaman
$8,100 tersebut dan membelanjakannya. Penjual mendepositkan $8,100 dan
jumlah wang dalam negara bertambah daripada $19,000 kepada $27,100.
Peringkat 7: Dari $0 kepada $10,000, kepada $100,000 secara atas angin
Proses bank mencipta wang melalui
pinjaman $9,000 dan $8,100 akan berterusan kepada ciptaan wang baru
bagi pinjaman $7,290, $6,561, $5,905, 5,314 dan sehinggalah ciptaan
wang baru melalui pinjaman bertambah daripada $10,000 mencapai $90,000.
Pada peringkat ini keseluruhan jumlah wang di dalam negara menjadi $100,000 dan proses ciptaan wang tidak lagi dapat berkembang.
Kerajaan dikehendaki membuat pinjaman baru kepada Bank Negara agar wang dan ekonomi negara dapat terus berkembang.
Rajah adalah penerangan
dikeluarkan Federal Reserve Bank of Chichago (Bank Negara) bagi
menerangkan proses ciptaan wang berasaskan pinjaman $10,000 kepada
$100,000.
Peringkat 8: Semua akan bankrupt tanpa anda sedari!!
Terdapat persoalan penting bagi
kaedah ciptaan wang di atas. Sistem di atas menjelaskan bank hanya
mencipta wang “prinsipal“ melalui pinjaman, sedangkan wang bagi
membayar bunga pinjaman tidak dicipta.
Oleh itu dan jika bank menetapkan
bunga 10% bagi pinjaman $10,000 untuk tempoh 10 tahun, ini bermaksud
kerajaan dikehendaki membayar kembali $20,000 kepada Bank. Jika
keseluruhan pinjaman berjumlah $100,000, maka jumlah yang perlu dibayar
kembali ialah $200,000.
Persoalannya bagaimanakah
kerajaan berupaya mendapatkan tambahan $10,000 (atau $200,000)
memandangkan wang bagi membayar bunga tidak dicipta?
Kerajaan boleh membawa masuk
lebih banyak pelaburan tetapi situasinya sama kerana terdapat negara
lain yang akan menanggung jurang kekurangan wang yang lebih besar untuk
menanggung bunga pinjaman mereka.
Sistem ini telah menetapkan jika
terdapat satu negara menjadi maju maka pasti terdapat beberapa negara
lain yang akan sengsara dan kebuluran.
Oleh itu kekurangan wang bagi
membayar bunga bermaksud kerajaan terpaksa mengambil pinjaman baru
berjumlah $10,000 untuk menanggung bunga pinjaman asal. Namun itu
bukankah pinjaman baru hanya akan mewujudkan bunga yang lebih besar.
Situasi yang sama turut dihadapi
rakyat di mana hanya wang “prinsipal” dicipta dan wang bunga tidak
dicipta dan mengakibatkan rakyat terpaksa berebut-rebut peluang
mendapatkan wang yang sedikit di dalam ekonomi.
Jika situasi dihadapi adalah sedemikan rupa, bukankah matlamat akhir sistem ini hanya akan membankrupkan negara dan rakyat?
Kini dapatkah anda memikirkan
kenapa pendapatan semakin tidak mencukupi, dan rakyat terpaksa terus
menerus berhutang? Dapatkah anda kaitkan rasional kerajaan menggesa
bank memberi lebih banyak pinjaman apabila ekonomi mengalami
kemerosotan?
Seperkara yang lebih serius,
dapatkah anda memikirkan kenapa negara terpaksa terus menerus berhutang
dengan jumlah mencecah $400 billion dan tidak pernah berupaya
mengurangkan kembali hutang?
Adakah anda sedari setiap bayi
yang lahir hari ini pada asasnya secara langsung berhutang RM16,000
memandangkan hutang negara mencecah RM4 billion dengan populasi 28 juta
penduduk. Mengikut Akta
Syarikat 1965, sebuah syarikat boleh
dimufliskan jika tidak berkemampuan membayar RM500, oleh itu adakah
hakikatnya Malaysia telah pun menjadi bankrup?
“…Nobody was worrying about the country’s $400 billion debt!…”
sumber : http://www.muslimvillages.com
No comments:
Post a Comment