KENAPA MASIH TAK RETI????
Agak kasar tajuknya, tapi itulah realiti. Apabila di"sogok"kan dengan pulangan yang tinggi setiap bulan, orang mudah lupa dengan hakikat sebenar pemilikan emas. When it is too good to be true, it is too good to be true!!
Melainkan sekiranya anda adalah seorang peniaga, emas/perak tidak mungkin memberi anda positive cash flow setiap bulan (Ar Rahnu??? Jangan bawa diskusi itu ke sini!). Ia seperti anda membeli beras dari kedai runcit, dan kemudian setiap bulan, pekedai tersebut memberi anda duit. Logik? Tidak sama sekali. Emas, beras, gula, ini semua adalah komoditi. Dengan menyimpannya saja, tidak mungkin memberikan anda pulangan tetap setiap bulan.
Tetapi bagaimana syarikat-syarikat ini beria-ia mempromosi skim mereka dan berjaya membuktikan bahawa semua pelanggan-pelanggan mereka tidak pernah missed pulangan bulanan yang dijanjikan? Ditambahkan lagi dengan gambar bekas pemimpin negara yang merasmikan majlis mereka (ini adalah strategi biasa syarikat-syarikat seperti ini), dan lebih-lebih lagi dimomokkan dengan perakuan sijil halal dan kelulusan syariah, semuanya nampak sangat meyakinkan.
TAPI TUNGGU DULU!!!
Anda perlu tahu perkara di bawah sebelum membeli emas:
1) Harga emas dunia;
2) Spread (Jurang perbezaan harga jual dan harga beli).
Perkara lain yang perlu anda ketahui juga:
1) Saiz;
2) Jenis;
3) Kualiti pengeluaran;
4) Reputasi pengeluar/pengedar.
A) Harga Emas Dunia dan Premium
Mari kita lihat mengapa penting mengetahui harga emas dunia. Harga emas ada 2 jenis (Spot dan Future). Spot price adalah apa yang diistilahkan sebagai harga lani dan ianya adalah berdasarkan daripada permintaan dan penghantaran secara terus.
Harga Future pula merujuk kepada harga jual dan beli untuk penghantaran akan datang. Anda boleh lihat spot price dunia yang sedang didagangkan di sini http://www.kitco.com/charts/livegold.html di dalam USD/oz (auns).

Untuk menukar kepada RM/g (Metric), anda perlu mengetahui penukaran OZ ke GRAM dan USD ke RM.
1oz (satu troy aun) bersamaan 31.1035 GRAM, manakala USD ke RM boleh dirujuk dari mana2 laman sesawang bank tempatan dan Bank Negara. Saya serahkan kepada anda untuk membuat pengiraan ini (Calculus 101). Lepas dah buat kira2 tu, boleh tengok jawapannya di laman web GCP (www.goldcrestpavilion.net/gcp). Pssttt, semuanya percuma!!!!!
Emas 999 | Kami Jual | Kami Beli |
Dinar 999.9 | RM: 803/pc | RM: 682/pc |
Rantai Tangan(P) 10g | RM: 192.40/g | RM: 163.54/g |
Rantai Tangan(P) 20g | RM: 192.40/g | RM: 163.54/g |
Rantai Tangan(P) 30g | RM: 192.40/g | RM: 163.54/g |
Rantai Tangan(P) 50g | RM: 189.86/g | RM: 161.38/g |
Rantai Tangan(P) 100g | RM: 189.86/g | RM: 161.38/g |
Rantai Tangan(G) 30g | RM: 192.40/g | RM: 163.54/g |
Rantai Tangan(G) 50g | RM: 189.86/g | RM: 161.38/g |
Rantai Tangan(G) 100g | RM: 189.86/g | RM: 161.38/g |
Rantai Tangan(BP) 30g | RM: 192.40/g | RM: 163.54/g |
Rantai Tangan(BP) 50g | RM: 189.86/g | RM: 161.38/g |
Rantai Tangan(BP) 100g | RM: 189.86/g | RM: 161.38/g |
Rantai Leher 20g | RM: 192.40/g | RM: 163.54/g |
Rantai Leher 30g | RM: 192.40/g | RM: 163.54/g |
Rantai Leher 50g | RM: 189.86/g | RM: 161.38/g |
Rantai Leher 100g | RM: 189.86/g | RM: 161.38/g |
Emas 999 | Kami Jual | Kami Beli |
GoldBar GCP 1g | RM: 220/pc | RM: 161/pc |
GoldBar GCP 10g | RM: 1910/pc | RM: 1620/pc |
GoldBar GCP 20g | RM: 3820/pc | RM: 3240/pc |
GoldBar GCP 50g | RM: 9400/pc | RM: 8000/pc |
GoldBar GCP 100g | RM: 18800/pc | RM: 16000/pc |
Suka diingatkan bahawa harga Spot/Futures bergerak setiap SAAT (atau lebih cepat "Tick"). Harga Spot di GCP pula di update 2Xsehari. Jadi harga emas ini sebenarnya bergerak secara aktif!
Mengapa perlu tahu harga emas dunia?
Kerana kita kena keluar dari tempurung Malaysia dari hanya tahu harga
emas tu ialah harga emas di kedai emas saja (www.fgjam.org.my). Supaya nanti bila orang nak kelentong, anda lebih bersedia dan tahu apa yang disembangkan.
Kebanyakan syarikat-syarikat yang menawarkan mus"hibah" (baca "musibah") ni akan menjual pada harga yang 15% - 20% lebih tinggi dari harga Spot.
Saya ambil contoh Syarikat "G" hari ini menjual pada harga RM 221/g sedangkan harga Spot ketika ini ialah pada kadar RM 173.90. Perbezaan harga ialah RM 47 atau 27% lebih tinggi!!
Bandingkan pula harga kami di GCP (www.goldcrestpavilion.net/gcp )Perbezaan antara harga Spot dan harga Jualan di panggil PREMIUM. Sebagai contoh di bawah:

Syarikat A menjual 17% lebih tinggi berbanding Syarikat B yang menjual 1.2% dari Harga Spot.
Secara lumrahnya, kita semua akan memilih syarikat B kerana lebih
murah. Yang peliknya, kenapa ada sesetengah individu yang membeli dari
Syarikat A? Adakah mereka suka di "ripped-off".
Secara umumnya, emas dinilai berdasarkan ketulenan dan berat. Sekiranya syarikat A menjual emas yang mempunyai berat dan ketulenan yang sama dengan syarikat B, tetapi pada harga yang jauh lebih tinggi, mengapa pilih Syarikat A? Tidak lain dan tidak bukan, sebab ada mus"hibah" la!!!
Dalam senario di atas, adakah dengan pulangan setiap bulan memberikan advantage kepada pelanggan? Mari kita lihat di bawah ini pula:

Bayaran mus"hibah" (baca "musibah")
ini biasanya berlaku dalam masa 6 bulan bermakna 12% pulangan. Walaupun
setelah ditolak dengan premium yang tinggi yang dikenakan ke atas
pelanggan, harga emas yang dibeli masih lagi 5.7% lagi tinggi dari
harga SPOT.
Realiti sebenar ialah mus"hibah" (baca "musibah") yang kononnya dibayar setiap bulan itu sebenarnya adalah wang pelanggan itu sendiri. Bayangkan harga pasaran sebuah iPhone 4 sekitar RM 1,800. Satu hari, seorang penjual telefon menawarkan iPhone 4 kepada anda pada harga RM 2,500 dan menawarkan anda pulangan yang menarik setiap bulan dinamakan "hibah" iaitu RM 50 sebulan selama 6 bulan. Tidakkah anda fikir mus"hibah" yang dijanjikan itu sebenarnya adalah wang anda sendiri????
Justeru, soalan yang kita perlu tanya pada orang yang tertarik pada skim-skim sebegini ialah, "HIBAH ATAU MUSIBAH"?

SO ANDA BUAT KEPUTUSAN... MAHU HIBAH ATAU MUS"HIBAH...????
sumber: nubex
Salam tuan,
ReplyDeleteSaya pun terfikir macam tuan, syarikat guna strategy kelirukan pembeli kemudian guna duit pelanggan untuk dapat untung mahu bayar hibah semula.
Tetapi adakah betul walaupun ianya logik...saya masih mencari jawapan sebelum join..saya hantar sms tanya harga emas semasa mereka tawarkan masih belum dibalas...tungguu sahaja dulu...