Harga Emas Jatuh, Rugi atau Rezeki?
Bila harga emas jatuh,pelabur/penyimpan yang xtahu ilmu emas akan ketakutan.. iye la..klu harga emas terus merundum jatuh dan mengalami kerugian teruk. Takut harga dah
tak naik-naik dah. Tapi bagi orang yang ada ilmu pasal emas, oh! waktu
gandakan keuntungan datang lagi! Mereka ‘bersorak’ dan memborong
ramai-ramai!
Kejatuhan Bersifat Sementara
Kenapa kita
perlu seronok bila harga jatuh? Bagi orang yang tahu, kejatuhan begini
cuma sekejap jer. Maksudnya, kalau beli pada harga sekarang, mereka
boleh buat fast profit! Saya yakin, 3 bulan akan datang, mesti mereka
yang tak beli masa ni akan rasa menyesal…
Sebagaimana yang saya pernah tulis sebelum ni, pada asasnya, harga emas tak sepatutnya jatuh pada masa sekarang.
Mana-mana pakar analisis harga emas pun mesti setuju dengan statement
ni. Belum ada faktor yang menyokong harga emas untuk jatuh secara
kekal. Yang paling banyak dan besar ialah faktor yang menyokong harga
emas naik jauh lebih tinggi daripada sekarang iaitu krisis hutang
negara-negara Eropah, krisis hutang US, penyusutan nilai dolar yang
teruk dimana kuasa beli US Dollar telah susut 90% sejak 1971! Saya
ulang sekali lagi, US Dollar telah susut sebanyak 90%!
Harga Emas Tak Sepatutnya Turun
Berdasarkan
sejarah matawang, penyusutan teruk US Dollar dan krisis hutang
negara-negara besar ialah petanda besar sistem wang fiat (kertas) akan
(bahkan PASTI) runtuh! Bila duit kertas runtuh, yang hanya akan
bernilai cuma emas, perak, tanah pertanian dan barang makanan. Semua
saham, unit amanah, komoditi, hartanah akan jatuh tergolek!
Em, apa
kaitan US Dollar dengan kita? US Dollar adalah matawang yang digunakan
untuk dagangan antarabangsa. Bila US Dollar runtuh, seluruh sistem
matawang pun turut sama runtuh!
Bonus Untuk Pelabur Emas
Apa faktor
harga emas jatuh mendadak minggu ni? Antara faktor utama ialah pelabur
beralih dari matawang Euro yang tengah nazak disebabkan krisis hutang
(yang menemui jalan buntu) ke US Dollar buat sementara waktu! European Union (EU) Summit yang
berakhir Sabtu lepas i.e. 10 Disember 2011 gagal mencapai kata sepakat
untuk selesaikan masalah hutang. Bila orang beralih dari Euro kepada US
Dollar, nilai dollar akan melambung dan harga emas akan turun berkadar
terus dengan kenaikan US Dollar.
So, ini
adalah BONUS bagi pelabur emas dan perak untuk selamatkan dan gandakan
kekayaan mereka! Bagi mereka yang borong masa ni, mereka boleh buat
untung cepat senang-senang jer… InsyaAllah.
Ingin tahu lebih lanjut tentang pelaburan/simpanan emas sila add fb saya untuk join group anjung emas bersama dengan peminat emas @ hubungi saya 0139663542 untuk dapatkan temujanji.
Nordiana bt Abdullah
ad 26200139663542
kuala berang/telemong/manir/terengganu
sumber: mohdzulkifli.com
No comments:
Post a Comment