STANDARD
Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns
atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong
permintaan kukuh dari China dan India.
Ketua
Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara
antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana
sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas
utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam
berharga berkenaan.
Beliau
berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi
mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga
logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan
terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika
Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli
emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala
Lumpur semalam.
Hsi
menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah
sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan
kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong
pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.
Sepanjang
2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi
dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram
September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan
pertumbuhan perlahan ekonomi AS.
Bagaimanapun,
pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar
AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.
Mengenai
ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered
Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7
peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan
ketidaktentuan ekonomi global.
Katanya,
sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan
pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit,
getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan
lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.
Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.
“Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global,” katanya.
Beliau
berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450
setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.
Tai
berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini
berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan
makanan.
Beliau
berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan
mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun
ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.
Bank
itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS
menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.
No comments:
Post a Comment