Asas simpanan emas..yang perlu anda tahu
Ramai
orang yang baru kenal emas sebagai simpanan dan pelaburan
tertanya-tanya banyak soalan dan ingin tahu banyak perkara.Mereka akan
tertanya-tanya apakah simpanan emas ini,bagaimana hendak untung dan
macam-macam lagi.
Saya
cuba senaraikan apa yang anda perlu tahu dari sudut pandangan saya yang
secara tak langsung terlibat dengan simpanan emas sejak penghujung
tahun 2008.
1.Sebaik
sahaja anda sedar tentang kepentingan emas,anda buat sedikit
kajian.Mudah sahaja,maklumat kini hanya di hujung jari,pakcik google
sedia membantu.
-kini
terdapat banyak blog tentang emas,kebanyakkannya adalah kepunyaan
dealer PG,GCP dan beberapa syarikat lain.Forum yang membincangkan
tentang emas juga membantu kerana anda boleh membaca komen/pendapat
dari ramai orang.Forum yang saya paling minati ialah carigold.com.Di
sinilah saya mula berkongsi pengalaman dengan orang lain sehingga saya
melangkah satu demi satu hingga ke tahap ini.Alhamdulillah.
-namun
awas!membaca di internet sahaja tidak mencukupi.Anda boleh menghubungi
mana-mana dealer/individu yang diyakini boleh membantu anda menjadi
lebih faham tentang emas.
2.Boleh
melihat web syarikat yang menjual emas ini untuk mengetahui serba
sedikit tentang syarikat,produk,harga dan pelbagai maklumat lagi yang
mungkin membantu anda membuat pilihan nanti.Antara web yang anda boleh
lihat ialah produk Public Gold dan GCP.Klik sahaja di ‘banner’ yang
terdapat di bahagian atas sebelah kanan di web ini.Selain itu,anda
boleh melihat beberapa produk lain di menu bahagian bawah sebelah kanan
web ini untuk membuat perbandingan.
3.Faktor yang anda perlu ambil kira:
jenama-
pentingkah jenama?ada pro dan kontra nya.Emas tetap emas tak kira
jenama apa.Apa yang penting ialah ketulenan dan beratnya betul.Jenama
penting juga apabila anda berkira-kira untuk menjadikan emas sebagai
simpanan+pelaburan.Dari segi ini saya boleh katakan,emas yang dikenali
ramai lebih mudah dijual semula.Contohnya emas pilihan masa kini,Public
Gold dan GCP.Jenama tidak penting jika anda pasti ia memang untuk
simpanan semata-mata,tujuan memajak atau untuk peleburan bagi proses
menjadikan ia barang kemas.
harga/spread -kedua faktor ini memainkan peranan kerana saling bersangkut paut antara satu sama lain.
Apakah spread?
1. SPREAD adalah perbezaan antara harga belian (WE SELL) dengan harga jualan (WE BUY).SPREAD yang terendah adalah yang terbaik untuk kita beli emas tersebut. Formula mengira SPREADadalah sebagaimana berikut:
2. SPREAD = Harga WE SELL – Harga WE BUY
3. Peratusan SPREAD = (Jumlah SPREAD / Harga WE BUY) x 100
Spread adalah perbezaan harga jual dan harga beli.Di website syarikat emas akan tertera harga ‘we buy’ (kami jual)-ini maksudnya harga jualan syarikat/dealer manakala ‘we buy’(kami beli) adalah harga belian balik syarikat/dealer jika anda ingin menjual kembali.
Bagi yang menjadikan emas sebagai pelaburan-buy low sell high (beli rendah jual tinggi)-spread dan harga ini penting diketahui.
Emas Murah spread tinggi atau Emas Mahal spread rendah menjadi pilihan anda?Tepuklah dada tanya selera.
Masing-masing
mempunyai kelebihan dan emas dengan harga murah spread tinggi kini
boleh diatasi masalah spread tersebut dengan cara pemberian diskaun
oleh dealer.
ketulenan
-emas mempunyai banyak gred.Paling digemari emas dengan ketulenan 916
(22k) dan 999.9 (24k).Emas 916 biasanya dinar dan barang kemas.Manakala
emas 999 pula dalam bentuk gold bar.Namun kini ada pilihan dinar 999
(GCP) dan barang kemas 999 (Rantai tangan/rantai leher GCP).
Kos
pergram bagi emas 999 beza antara rm8-rm9 dengan emas 916.Maka kenaikan
ketara pada harga ialah emas 999.Jika ingin untung yang lebih,maka
emas 999 dicadangkan.
4. Jenis-jenis simpanan/pelaburan emas :
-Pelaburan
melalui buku aka emas maya seperti GSPA (Public Bank) GIA (Maybank) dan
KFH.Setakat ini yang patuh syariah adalah KFH,yang lain tidak
digalakkan kerana haram.Ini kerana beli emas tidak dapat emas,maka ia
tidak memenuhi hukum sah jual beli dalam Islam
-Pelaburan emas fizikal-dalam bentuk dinar,syiling dan jongkong (gold bar)
5.Bagaimana bermula?Berapa harus saya simpan/laburkan dalam emas ?
Sebaiknya
anda memahami dahulu dan kutip seberapa banyak ilmu tentang emas
ini.Ini akan membantu anda membuat keputusan kelak termasuk tentang
berapakah yang harus dilaburkan dalam simpanan emas ini.Anda juga boleh
memohon pendapat/pandangan dari individu yang sudah berpengalaman
dalam simpanan/pelaburan emas.Anda juga boleh baca di menu Soalan
Lazim/FAQ di web ini.
6.Perkaitan emasdan wang kertas
Ini
antara bahagian penting dalam memahami tentang emas.Tahukah anda emas
adalah wang yang sebenar?Pada zaman dahulu emas dan perak dijadikan
wang.Wang kertas pernah bersandarkan emas,namun sejak 1971 ia tidak
lagi bersandarkan apa-apa.Ini menyebabkan wang kertas sebenarnya
hanyalah nilai yang diperakukan oleh sesebuah negara.Negara yang
menguasai matawang semua negara adalah USD.Mereka boleh mencetak wang
sesuka hati mereka dan ‘merompak’ hak negara lain dengan wang kertas
ciptaan mereka.
Lihat
sahaja di sekeliling kita,harga barang semakin naik.Inflasi menyebabkan
kuasa membeli kita semakin berkurangan dan wang kertas semakin susut
nilai.Contoh inflasi yang jelas,dulu dengan rm10 pergi ke pasar kita
dapat beli macam-macam.Tapi sekarang dengan nilai wang yang sama iaitu
rm10 kita hanya dapat membeli sedikit sahaja barang.
Wang
kertas susut nilai,emas ?Emas semakin bernilai.Selagi matawang tidak
bersandarkan emas,selagi itu harga emas akan naik untuk jangka masa
panjang.Penurunan jangka masa pendek adalah sesuatu yang normal kerana
harga emas dipengaruhi oleh beberapa faktor lain juga yang akan
dibincangkan di artikel lain nanti.
Semoga artikel kali ini boleh memberi penerangan serba sedikit tentang asas dalam simpanan emas.
Sumber :jutawangold.com
No comments:
Post a Comment