Irma Hasmie Sah Jadi Isteri Ahli Perniagaan
Irma Hasmie di sisi suaminya.
PUTRAJAYA: Pelakon
dan pengacara, Irma Hasmie, 30, sah bergelar isteri kepada ahli
perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31, dengan sekali lafaz.
Majlis
pernikahan mereka diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan
Putrajaya di sini kira-kira pukul 3.50 petang, Jumaat.
Pasangan
tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman di
hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza
Ahmad.
Majlis
pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan
yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan
wakil media.
Pengantin perempuan menerima tiga dinar emas (RM2,220) sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.
Dalam
pada itu, pihak perempuan menerima 11 dulang hantaran daripada pihak
lelaki dan dibalas 13 dulang.Selain sebentuk cincin, antara barang
hantaran lain yang diberikan Redza kepada Irma termasuklah sirih
junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, coklat dan set mandian.
Manakala Irma membalas sirih junjung, sebentuk cincin, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba.
Majlis
resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2,
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pukul 8 malam.
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
No comments:
Post a Comment