Pelaburan emas? Masih relevankah?
Kenapa masih ada yang tertanya-tanya tentang pelaburan emas?
Sedangkan ia sudah jelas menjadi sebahagian daripada pelaburan yang
memberikan keuntungan kepada setiap pelaburnya.
Tetapi majoriti daripada kita masih lagi teragak-agak untuk bertindak membeli sekurang-kurangnya 1 jenis emas.
Mereka lebih cenderung menggunakan duit untuk membeli sesuatu yang
berlandaskan nafsu. Yang akhirnya membawa bencana kepada diri dan
sia-sia.
Harga Emas Naik RM503 Untuk 1 Gram Menjelang 2020
Berikut ada satu kenyataan menarik yang diumumkan oleh Standard Chartered Bank mengenai harga emas.
Menurut satu laporan yang sahih, harga emas dijangkakan akan
meningkat kepada AS$5,000 seauns. Ini bermakna harga bagi satu gram emas
adalah dalam lingkungan RM503. Peningkatan harga ini dianggarkan akan
berlaku pada tahun 2020.
Mengapa berlakunya peningkatan yang ketara ini?
Semuanya disebabkan oleh permintaan kukuh dari dua negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia, yakni China dan India.
Dalam masa sama, sepanjang tahun 2011, harga emas naik sebanyak 10
peratus. Malah mencecah pada paras tertinggi iaitu RM194 untuk harga 1
gram emas.
Sekali lagi, bagaimana peningkatan ini boleh berlaku?
Menurut sumber berita yang dikeluarkan Berita Harian, ia berikutan
daripada kebimbangan krisis hutang yang serius di Eropah. Dalam masa
sama, pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat juga tidak menunjukkan
sebarang perkembangan yang baik.
Apakah Tindakan Kita?
“Ketika orang lain tidak melabur, maka itu adalah masa untuk kita
melabur. Kerana pada waktu itu adalah masa pelaburan yang terbaik.”
Jika kita memiliki minda seorang pelabur yang kaya dan berjaya, kita
memandang isu ini sebagai satu peluang keemasan. Ketika masyarakat
tempatan teragak-agak atau menunggu masa terbaik untuk membeli emas,
kita mengambil peluang untuk membelinya dalam kadar yang mampu.
Jika kita mempunyai simpanan wang yang membenarkan kita untuk membeli
1 jenis emas, maka usah ragu-ragu. Hubungi pengedar emas yang kita
kenal sekarang.
Ia jauh lebih baik daripada membeli barangan-barangan perkakas rumah,
atau gajet yang tidak memberikan kita nilai jualan balik yang lebih
tinggi, dalam tempoh 3 hingga 5 tahun dari sekarang.
Tunggu Peluang atau Ambil Peluang?
SEMENTARA EMAS DALAM KEADAAN RENDAH.. KITA HARUS BERTINDAK.. DAN MENGAMBIL PELUANG ....SEKARANG 1 gram baru RM168...Masa itu emas. Emas itu berharga. Jelas maksudnya sekarang.
HARGA UNTUK HARI INI 15/04/2013
EMAS KAMI JUAL/PC KAMI BELI/PC
DINAR RM : 720 RM : 576
GOLDBAR GCP 10g RM : 1,680 RM : 1,430
GOLDBAR GCP 20g RM : 3,340 RM : 2,840
GOLDBAR GCP 50g RM : 8,200 RM : 7,000
GOLDBAR GCP 100g RM : 16,400 RM : 13,900
Apabila kita bertindak hari ini, kita mempunyai satu peluang untuk
mempunyai aset yang bernilai tinggi pada tahun 2020. Bayangkan kita
membeli sekurang-kurangnya 1 gram emas pada harga RM168 hari ini.
Pada tahun 2020, ia boleh dijual pada harga RM503.
Jumlah keuntungan kita untuk 1 gram sahaja adalah RM335
Bagaimana pula dengan mereka yang membeli lebih daripada 1 gram emas?
Berapakah nilai untung yang bakal diperoleh pada tahun 2020?
Justeru itu, tanya diri kita hari ini. Adakah kita mahu mengambil
peluang sekarang? Atau mahu menunggu datangnya peluang yang lebih baik
esok hari? Di mana peluang itu masih kabur-kabur dan tidak menentu.
Jawapan yang terbaik untuk melabur pada emas daripada jutawan Azizi Ali,
“Beli emas apabila sudah mempunyai modal. Kerana harganya akan
sentiasa meningkat. Kita tidak akan rugi besar dalam pelaburan emas.”
Jika kita sanggup untuk menyimpan RM2,100 bagi membeli iPhone 4S hari
ini, yang hanya menjanjikan keseronokan sementara. Adalah lebih baik
kita mengumpul sedikit wang, untuk membeli emas bagi dijadikan aset,
bagi menjadi lebih kaya dan bahagia.
Sesungguhnya, nilai kekayaan itu terletak pada bagaimana kita
menguruskan wang dan harta. Langkah pertama menguruskan wang adalah
dengan melabur terhadap aset yang menguntungkan.
Aset itu pula… Tidak lain tidak bukan, adalah emas.
Mulakan pelaburan emas hari ini. Supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.
- http://teknikpelaburanemas.com