Saya memulakan perniagaan dalam bidang kontraktor Mekanikal dan elektrikal 12 tahun yang lalu tanpa ada apa2 ilmu formal tentang asas2 perniagaan. Saya mulakannya hanya dengan minat yang tinggi dan keinginan yang membuak2.Apa yang saya lakukan adalah memberikan beberapa tahun awal sbg pembelajaran secara terus/ praktikal dan beberapa tahun berikutnya menyusun kembali struktur organisasi syarikat selepas mendapat “ilmu” dari pengalaman.. bermula dengan tanpa modal adalah menyakitkan dan memerlukan kesabaran dan ketabahan yg teguh. Saya perlu” membeli” keyakinan pelanggan dengan harga yg tinggi diawal pembabitan , selepas beberapa tahun hasilnya tidaklah mengecewakan. Cuma masa yg terbuang agak banyak dari sepatutnya.
Apa matlamat utama saya menceburi bidang perniagaan? Saya gariskan falsafahnya untuk kita kongsikan bersama. Saya bina perniagaan ini kerana :
1- untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa perlu hidup meminta2
2-memenuhi keperluan masayarakat dalam bidang yang saya pilih ini ( fardhu kifayah )
3-memenuhi kepuasan diri kerana perniagaan ini adalah “passion” dalam hidup saya
4- memberikan peluang pekerjaan pada orang lain
5-berkongsi ilmu dan mendidik generasi baru yg berminat dalam bidang yang sama
Berjaya di dalam bidang yg diceburi sekarang,timbul minat untuk menceburi bidang baru .Selepas beberapa perniagaan kurang menjadi , emas adalah bidang yg menarik minat selepas membuat sedikit kajian dan mendapatkan maklumat dari rakan2 yg telah menceburinya lebih awal..
Menakjubkan kerana .. saya sudah lama tahu tentang kewujudannya Cuma baru “tersedar” tentang keMESTIan memilikinya .. banyak juga syarikat2 yg menjalankan perniagaan berasaskan emas .. baik MLM, direct selling , internet system dan bermacam2 lagi agak mengelirukan dan kadangkala mereka meletakkan “yuran” yg bukan sedikit… mungkin menunjukkan betapa ekslusifnya menjadi peniaga/usahawan emas ..
GCP. Satu nama pelik yg disampaikan oleh sahabat yg lama meminta saya melibatkan diri dalam prospek perniagaan baru walaupun dia sendiri tidak menyertainya.
Saya bertemu dengan pemiliknya selepas membuat temujanji dan dari penerangan ringkasnya tentang hala tuju syarikat amat menarik minat saya kerana .. SELARI DENGAN FALSAFAH perniagaan saya …
Memang setiap perniagaan mengharap akan berakhir dengan keuntungan metarial TETAPI.. mereka mengembalikan apa2 yg diambil dari masyarakat kepada masyarakat. Saya kongsikan bersama anda sedikit apa yg mereka TELAH LAKUKAN:
-mereka langsung tak lupa pada kewajipan berzakat.
-mereka sediakan peluang2 pekerjaan pada masyarakat setempat
-Mereka sediakan peluang untuk merasai pahit manis dan nikmatnya menjadi usahawan
-mereka sediakan modal dalam bentuk barang untuk sesiapa yg berminat menjadi usahawan
-mereka sediakan seminar2 PERCUMA untuk usahawan2 mereka
-mereka adakan sessi perbincangan PERCUMA untuk usahawan2 mereka
-Mereka sediakan khidmat nasihat PERCUMA untuk usahawan2 mereka
-Mereka berikan promosi2 PERCUMA kepada usahawan2 mereka..
Dan banyak lagi yang saya rasa tak patut pun mereka sediakan untuk bakal usahawan emas kerana dari apa yang saya tahu, usahawan emas perlukan berpuluh2 ribu untuk memulakan perniagaan emas dan saya agak kecewa kerana terlambat mendapat maklumat tentang mereka.
Buat yang berminat untuk menyertai perniagaan emas fizikal, saya secara peribadi amat menggalakkan kalian menyertai GCP kerana prasarana yg telah disediakan syarikat tersebut ,anda hanya perlu katakan
YA pada diri anda dan yg lain mereka sediakan.Ambillah seberapa lama masa untuk kalian mengkaji tentang EMAS dan tentang GCP, yang pasti , masa takkan menunggu kalian semua.. semoga kalian takkan menyesal dan terus mengeluh kerana menyesal seperti saya pernah rasa 3 tahun lalu . diakhir kata .. ingin saya nukilkan bahawa :
-TIDAK BERDOSA LANGSUNG JADI MISKIN TAPI TIDAK HINA MENJADI KAYA JIKA KITA MAMPU MENCAPAINYA .
AGAMA TIDAK MENGHINA PENGANUTNYA YANG MISKIN TETAPI AGAMA MEMULIAKAN PENGANUTNYA YANG KAYA TAPI PEMURAH
– KITA TIDAK TERHINA KERANA DILAHIRKAN MISKIN ..TAPI KITA AMAT TERHINA JIKA DENGAN MISKN TERSEBUT KITA MEMINTA2 KERANA MALASNYA BERUSAHA DAN MENGHILANGKAN RASA HORMAT ORANG PADA AGAMA DAN BANGSA KITA
SAYA SUDAH BANYAK BERJAYA DAN AKAN TERUS MENGECAP KEJAYAAN LAGI .. ANDA BILA LAGI?
Kisah beliau juga ada tersiar di Sinar Harian Edisi Nasional pada hari Khamis 19 Julai 2012 :
No comments:
Post a Comment