Capai harga tertinggi tahun depan kesan kemerosotan tarikan pelabur
KENAIKAN harga emas ke paras
tertinggi melebihi AS$2,000 (RM6,140) seauns yang dijangka dicapai
tahun depan, akan memberi petanda bahawa logam berharga itu mencapai
paras harga kemuncak dalam aliran meningkat sejak lebih sedekad lalu
apabila dasar kewangan di negara ekonomi utama kembali normal, kata
Pengerusi Perundingan Logam (GFMS), semalam.
Pasaran dijangka meningkat
kepada paras tertinggi baru menjelang awal 2013 selepas bergelut tahun
ini ekoran permintaan agak perlahan di pasaran fizikal utama dan
kemerosotan tarikan pelaburan untuk jongkong emas, kata Philip
Klapwijk.
Harga emas mungkin melepasi
AS$2,000 berikutan kebimbangan terhadap krisis hutang zon euro yang
berterusan dan prospek berhubung lebih banyak pelonggaran dasar
monetari AS, katanya.
“Kami menjangkakan dapat
menyaksikan harga emas naik melepasi AS$2,000 pada 2013, namun begitu
tahun depan mungkin menjadi sebagai petanda tertinggi untuk pasaran,”
kata Klapwijk.
“Ia bergantung kepada sama ada
kami melihat beberapa penyelesaian di Eropah yang mencukupi untuk
mengambil beberapa langkah mengatasi isu berakhirnya langkah rangsangan
di AS serta prospek normalisasi dasar monetari,” katanya.
Klapwijk berkata, emas dijangka
diniagakan sekitar AS$1,530 hingga AS$1,920 seauns pada 2012, dengan
harga purata AS$1,731 seauns.
Harga akhir tertinggi yang dipaparkan sedikit di bawah rekod tahun lalu
iaitu AS$1,920.30 seauns yang dicatatkan pada September.
“Apa yang kita lihat adalah
penangguhan berikutnya kepada kenaikan harga tertinggi,” kata Klapwijk
sebelum melancarkan laporan GFMS Gold 2012.
“Paras harga melepasi AS$2,000
seauns mungkin akan melihat lebih banyak cerita untuk separuh pertama
2013 berbanding beberapa perkara yang kita akan lihat pada separuh
kedua tahun ini,” katanya.
Melihat kepada unjuran untuk
bekalan dan permintaan tahun ini, beliau menunjukkan kepada lebihan
asas dalam pasaran yang mana dolar akan berjumlah AS$130 bilion.
Kaitan emas dengan aset lain seperti saham, dolar dan euro masih berubah secara berterusan.
Dalam tiga suku pertama 2011,
kebanyakan emas didagangkan selaras dengan dolar berikutan pelabur
membeli kedua-dua aset sebagai pelaburan selamat. Namun pada enam
minggu terakhir, emas didagangkan berbanding dolar dan selaras dengan
komoditi lain.
Walaupun kini emas kurang
terdedah kepada turun naik dalam pasaran ekuiti, Klapwijk berkata,
harga masih boleh jatuh secara ketara jika wujudnya satu pergerakan
yang lebih rendah dalam bekalan. – REUTERS
Sumber :Berita Harian,13 April 2012
No comments:
Post a Comment