">

Wednesday, 31 October 2012

Kelebihan Daftar sebagai FREE Member GCP

Untuk makluman semua kini semua orang boleh daftar percuma di web syarikat emas,Goldcrest Pavilion (GCP) sebagai FREE Member (FM) dan membeli 24 jam 7 hari seminggu tanpa perlu melalui dealer.

Berminat menjadi Free Member under admin

Sila klik di sini : http://www.gcp.com.my/?id=ad2620
Borang pendaftaran yang disediakan adalah untuk free member dan bagi memudahkan urusan pelanggan yang mahu membuat tempahan terus melalui website. Kelebihannya, pelanggan tidak perlu menghubungi dealer untuk membuat tempahan, tempahan terus boleh dilakukan melalui website. Pelanggan boleh membuat tempahan 24 jam 7 hari seminggu melalui website tersebut. Pelanggan juga boleh memilih samada mahu menjadi free member atau pengedar berbayar. Pelanggan yang mendaftar percuma di website itu, automatik akan dilock under ad dealer itu, jika upgrade menjadi dealer berbayar pada masa akan datang. Selepas pelanggan mendaftar percuma, username dan password akan dihantar melalui email untuk login.
Pelanggan perlu membuat bayaran penuh dalam tempoh 24 jam selepas membuat tempahan, mengikut harga web customer dan pelanggan juga boleh tulis pada ruangan remark, jika ada sebarang pesanan. Kos penghantaran adalah percuma, samada penghantaran melalui dealer berkenaan atau terus kepada customer. Penghantaran dari GCP kepada pelanggan, risiko akan di tanggung sepenuhnya oleh pelanggan, manakala dari GCP kepada dealer pula, risiko akan di tangggung sepenuhnya oleh GCP. :)
Secara ringkasnya,kelebihan mendaftar sebagai FREE Member ialah:

1. Borang pendaftaran yang disediakan adalah untuk free member dan bagi memudahkan urusan pelanggan yang mahu membuat tempahan terus melalui website.

2. Pelanggan tidak perlu menghubungi dealer untuk membuat tempahan, tempahan terus boleh dilakukan melalui website. Pelanggan boleh membuat tempahan 24 jam 7 hari seminggu melalui website tersebut.

3. Pelanggan juga boleh memilih samada mahu menjadi free member atau pengedar berbayar.Selepas pelanggan mendaftar percuma, username dan password akan dihantar melalui email untuk login. Pelanggan perlu membuat bayaran penuh dalam tempoh 24 jam selepas membuat tempahan, mengikut harga web customer dan pelanggan juga boleh tulis pada ruangan remark, jika ada sebarang pesanan.

4.Free Member boleh upgrade sbg pengedar sah bila2 masa selepas caj pengedar RM1000 di bayar kpd GCP.

5. Kos penghantaran adalah percuma, samada penghantaran melalui dealer berkenaan atau terus kepada customer. (risiko kehilangan ditanggung sendiri)

6.Free member Boleh dapat maklumat terkini tentang promosi yang dibuat oleh pengedar melalui sms dan email.

7. Mereka juga boleh dapat bimbingan dan maklumat berguna ttg perniagaan dan simpanan emas daripada pengedar dari semasa ke semasa.

Soalan :
Sekiranya saya sudah mendaftar sebagai FREE Member kepada dealer A,apabila saya ingin upgrade menjadi dealer,bolehkah saya tukar introducer saya kepada dealer B?
Jawapannya :
Boleh,anda dikehendaki menghubungi pihak ofis GCP dan bercakap dengan staf untuk memaklumkan yang anda ingin menukar introducer.Mereka akan membantu anda.

ANDA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN INFO YANG LEBIH LENGKAP... DITALIAN HOTLINE 013-9663542 @ ADD FB: NANA BW  @                 ADD DI GROUP : ANJUNG EMAS

Spread Produk Goldcrest Pavilion (GCP)

Apa itu spread?

Spread adalah susut nilai jika ingin menjual semula emas yang anda beli kepada pengedar atau syarikat
Formula yang digunakan:
Harga kami jual- Harga kami beli/ Harga Kami Jual  x 100 %

Contoh pengiraan  :

Gold bar  10g
 10g RM 1,850 RM 1,760
RM1850- Harga Kami jual
RM1760-Harga Kami beli
Spread =
RM1850 – RM1760 = RM90
RM90/RM1850 =0.0486486
x 100% dan bundarkan = 4.9%

So,susut nilai atau spread untuk gold bar 10g = 4.9%

Penting sangatkah spread bila beli emas?
Kalau tak penting..baik beli kat kedai emas walaupun spread 25%-40%,betul tak?
Tak betul..kecuali kedai emas tu jual murah macam company2 emas yang ada sekarang  ni dan menawarkan susut nilai yang rendah .. :)

Ada pelanggan yang bertanya,kenapa spread GCP besar?
Jawapannya ialah,GCP hendak memberi peluang kepada pengedarnya meniaga,bukan jadi pelabur semata-mata.Jadi,kalau nak spread rendah + harga lebih murah daftarlah sebagai pengedar..

Perbandingan SPREAD Produk GCP  untuk Pengedar dan Pelanggan

(Harga diambil pada bulan September 2012)








Bagaimana nak dapatkan “o” spread dan jual emas dengan harga semasa ?
Untuk kupasan lebih lanjut,baca artikel saya akan datang bertajuk
“Isu :Macam mana nak jual emas tanpa susut nilai”

Sekarang,cuba baca komen seorang Penyimpan/pelabur/pengedar emas ni :

“Spread 10% ke , 5% ke or 2.5% nie hanya relevent kalau ko tolak balik kt kilang jerrr. kalau ko tolak kt org spread tu xpenting pun ko leh letak brapa yg ko suka heheheheh. mcm aku 3tahun ngan GCP xpernah lg aku tolak kt gcp emas aku, nk wat apa aku nk bg free2 5% kt gcp better aku tolak kt berjuta lg melayu yg buta pasal emas. kalu xder org nk beli or terdesak nk pakai duit aku g la gadai kejap. so spread nie bukan issue besar sangat, korang plak dh level2 agent, xkan ko nk duduk sama jer mcm skang mesti korang nk jadi makin berkembang betul x rugi la tolok kt gcp heheheheheh. pasal2 harga plak, aku memang ambik emas kt byk tmpt n memang ada setengah2 yg leh bg harga murah singgit dua dr gcp TAPI Quality hampeh, brg xcantik, pakaging hancur, delivery masa worse, xpadam ngan sakit kepala aku customer complain ngan rugi masa lg. setakat nie byk2 company dr segi Servis GCP memang sangat2 Terbaik, walaupun aku kt laut aku tahu SI Ayu(staf GCP) leh handle packaging aku n sampai kt tgn customer ngan muka tersenyum, bulan depan order lg”

Berminat nak menjadi pengedar untuk menikmati spread rendah?
Jom hubungi saya sekarang juga atau daftar di sini -> http://www.gcp.com.my/?id=ad2620
Nak daftar sebagai PELANGGAN (Free Member ) pun boleh,percuma sahaja.
Memudahkan untuk anda terus membeli produk GCP tanpa perlu melalui dealer.

SUMBER:JUTAWANGOLD

Eksklusif: 50,000 muflis muda


Eksklusif: 50,000 muflis muda

 


Kebanyakan mereka bankrap disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan.
Malah, ada juga yang menjadi mangsa penipuan disebabkan penggunaan butiran peribadi mereka oleh peminjam tidak dikenali.

SUMBER:BERITA HARIAN

Sunday, 7 October 2012

Genneva Malaysia @Syarikat Jual Beli Emas Diserbu oleh Bank Negara


Semalam, 1 Oktober 2012, syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd diserbu oleh Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia kerana disyaki melakukan kesalahan. Begitulah siaran akhbar oleh Bank Negara Malaysia.

 Di samping itu, Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura juga telah mengambil tindakan yang sama ke atas Genneva Pte. Ltd. di Republik itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melabur wang mereka bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Mengikut Berita Harian pula, Genneva Malaysia mengendalikan pembelian dan jualan produk emas. Maybe kepada yang pernah beli emas dengan Genneva Malaysia boleh beri pandangan or komen mengenai perkara ini ataupun apa-apa luahan.


Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd

  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

    
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.
     
  2. Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.
     
  3. Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh syarak atau undang-undang negara.
 SUMBER: Portal rasmi fatwa malaysia

Monday, 24 September 2012

10 Kesilapan Pelabur Emas/Silver


Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu.

Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas/silver yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk tentang pelaburan emas & silver. Jangan hanya dengar cakap orang.. luangkan sedikit masa untuk diri sendiri dengan membuat kajian/mencari info & fakta.

Kesilapan #2: Tunggu harga emas/silver paling rendah untuk buat belian pertama.

Anda tak akan faham bila harga emas/silver rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar atau 20g silver, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Kesilapan #3: Membeli emas perhiasan di kedai emas..

Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos workmanshipnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%-40%. Jika ingin membeli emas perhiasan, belilah di syarikat yang menawarkan TIADA kos upah & caj pengangkutan.

Kesilapan #4: Membeli gold coin, gold bar dan silver bar di kedai emas.

Harganya lebih tinggi dari syarikat emas/silver lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas/silver tu boleh susut nilai sehingga 25%.

Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat.

Emas dan silver adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% – 15% kalau harga emas/silver tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas/silver jatuh.

Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas.

Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.

Kesilapan #7: Membeli emas/silver paling murah, tanpa ambil kira faktor lain.

Jika membeli Emas/silver paling murah, maka jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.

Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul.

Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Tip penting, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

Kesilapan #9: Membeli emas/silver fizikal di bank.

Biasanya emas/silver pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai ‘used gold’ di kedai emas.

Kesilapan #10: Menjual emas/silver ditempat yang salah.

Tempat terbaik jual emas/silver anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (diskaun) yang dikenakan daripada harga semasa.

SUMBER: GENG SILVER


Ingin dapatkan keuntungan cepat- ramai yang berputih mata

MARAH...beberapa mangsa pelaburan emas menunjukkan laporan polis yang dibuat.

Pelabur emas berputih mata

 
MARAH...beberapa mangsa pelaburan emas menunjukkan laporan polis yang dibuat.



IPOH: Ribuan mangsa penipuan pelaburan emas ‘mengamuk’ apabila tarikh akhir pembayaran semula wang pelaburan yang dijanjikan semalam, didapati satu lagi sandiwara pihak syarikat pelaburan terbabit sejak lebih setahun lalu.
Kebanyakan mangsa yang meminjam daripada ceti haram (along) dan kemudian melaburkannya semula bersama wang simpanan dalam skim pelaburan menawarkan pulangan dividen 36 peratus setahun itu, berang apabila syarikat terbabit melarikan diri selepas gagal melunaskan bayaran dijanjikan.

Kebanyakan mangsa mendakwa dipermainkan kerana syarikat skim pelaburan emas yang berpangkalan di bandar raya ini, gagal membayar semula ganti rugi pelaburan kira-kira RM411.19 juta daripada 6,740 pelabur seluruh negara.
Ratusan pelabur yang menunggu di hadapan ibu pejabat syarikat pelaburan itu di Jalan Sultan Yusof, di sini, kecewa apabila operasi syarikat itu ditutup dan pengarahnya menghilangkan diri.

Jurucakap mangsa pelaburan emas Bestino, K Kunasegaran berkata, wakil syarikat itu sebelum ini memberi jaminan kepada pelabur bahawa mereka sedang menguruskan kemasukan wang pelaburan dari Hong Kong ke negara ini untuk menunaikan janji memulangkan wang pelaburan pada 30 April (semalam).

Menurutnya, ribuan pelabur mengemas kini akaun bank masing-masing sejak kelmarin bagi membolehkan wang pelaburan itu dibayar semula ke dalam akuan bank.
“Malangnya, tiada wang pelaburan dimasukkan ke dalam akuan bank semalam seperti yang dijanjikan pada 13 Februari lalu. Malah, pejabat syarikat itu ditutup dan kami seolah-olah dipermain-mainkan sekali lagi.

“Kami beri tempoh empat hari kepada pihak syarikat. Kami akan datang semula pada 5 Mei ini untuk menuntut wang kami semula,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.
Menurutnya, kes itu sudah mendapat liputan meluas media dan pihak berkuasa termasuk Kementerian Kewangan perlu campur tangan bagi membantu mangsa yang tertipu.

Pengarah Bestino Golden House Sdn Bhd, Chong Yuk Ming, sebelum ini berjanji akan membayar setiap ringgit pelaburan yang dibuat dan berharap setiap pelabur dapat bersabar sedikit sementara menunggu keseluruhan wang itu dapat dikembalikan semula.

Menurutnya kakitangan syarikat itu di luar negara sedang berusaha mendapatkan wang, termasuk mencairkan aset syarikat di luar negara untuk membayar semula wang pelaburan itu.

Pengarah syarikat pelaburan itu pernah menunjukkan dokumen berhubung wang sebanyak AS$146 juta (RM438 juta) yang didakwa akan dikeluarkan dari sebuah bank di Hong Kong bagi membayar balik wang pelaburan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/05/01 
sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Pelaburemasberputihmata/Article

Harga emas dijangka terus melonjak dan naik -Tajuk beberapa akhbar 20hb September 2012



Harga emas naik AS$1,800 seauns

PETALING JAYA 19 Sept. - Poh Kong Holdings Bhd, rantaian runcit barang kemas terbesar di Malaysia, menjangkakan harga emas di pasaran global akan meningkat kepada AS$1,800 (RM5,472) untuk 31.2 gram (1 auns) menjelang akhir tahun, dirangsang oleh sentimen yang kian bertambah terhadap jaminan aset termasuk emas.
Pada masa ini, emas dijual pada harga AS$1,770 seauns.
Pengarah Eksekutif Ermin Siow berkata, harga emas akan kekal menggalakkan sehingga tahun 2015 dan yang pastinya, tahun hadapan hargnya akan mencecah AS$2,000 (RM6,080) seauns.
Bercakap dalam taklimat media mengenai "Tinjauan Trend Permintaan Emas" hari ini, Siow berkata, kebimbangan berterusan terhadap ekonomi AS dan negara utama yang lain seperti China akan pastinya menjadi pemacu kepada harga-harga emas di masa akan datang. - BERNAMA


Sumber asal : http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120920/ek_03/Harga-emas-naik-AS1800-seauns

Harga emas dijangka melonjak


 POH KONG Holdings Berhad menjangkakan harga emas mencecah RM6,121 setiap 28 gram tahun depan berikutan jumlah permintaan terus meningkat sebaliknya pengeluaran terus berkurangan.
Pengarah Eksekutifnya, Ermin Siow berkata, permintaan terhadap emas terus meningkat khususnya untuk emas yang dijadikan medium pelaburan.

“Emas untuk pelaburan dilihat semakin mendapat perhatian kerana lebih ramai pelabur mula beralih untuk memilih emas sebagai pelaburan selepas melihat peningkatan harga yang dicatatkan saban tahun,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, jualan emas mencatatkan sedikit penurunan kerana peningkatan harga dicatatkan tidak ketara.

“Malah, ia turut menjejaskan penjualan emas pelaburan kerana pelabur melihat ia bukan masa sesuai mendapatkan emas,” katanya.

Siow berkata, Malaysia antara negara yang menawarkan harga emas paling rendah dan ia secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebagai negara yang menjadi tumpuan di kalangan pemborong emas di luar negara.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20
Sumber asal : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hargaemasdijangkamelonjak/Article/index_html