Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu.
Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung
anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku
pelaburan emas/silver yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah
ke mana-mana talk tentang pelaburan emas & silver. Jangan hanya
dengar cakap orang.. luangkan sedikit masa untuk diri sendiri dengan
membuat kajian/mencari info & fakta.
Kesilapan #2: Tunggu harga emas/silver paling rendah untuk buat belian pertama.
Anda tak akan faham bila harga emas/silver
rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark
tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar atau
20g silver, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman
anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu
bila harga emas paling rendah.
Kesilapan #3: Membeli emas perhiasan di kedai emas..
Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga
emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos workmanshipnya
boleh dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak
jual balik, iaitu sekitar 25%-40%. Jika ingin membeli emas perhiasan,
belilah di syarikat yang menawarkan TIADA kos upah & caj
pengangkutan.
Kesilapan #4: Membeli gold coin, gold bar dan silver bar di kedai emas.
Harganya lebih tinggi dari syarikat
emas/silver lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka
seal dsb. Kalau buka seal, emas/silver tu boleh susut nilai sehingga
25%.
Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat.
Emas dan silver adalah
pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau
beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread
antara 4% – 15% kalau harga emas/silver tak naik banyak. Apatah lagi
kalau harga emas/silver jatuh.
Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas.
Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit
lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu
tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada
duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.
Kesilapan #7: Membeli emas/silver paling murah, tanpa ambil kira faktor lain.
Jika membeli Emas/silver paling murah, maka
jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya,
permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti
pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan
bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan
mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.
Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul.
Teknik memanipulasi pelaburan emas cara
memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak,
(2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos
pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Tip penting, kalau nak pajak 5
keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu
nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.
Kesilapan #9: Membeli emas/silver fizikal di bank.
Biasanya emas/silver pelaburan di bank
sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek
dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh
pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai
‘used gold’ di kedai emas.
Kesilapan #10: Menjual emas/silver ditempat yang salah.
Tempat terbaik jual emas/silver anda ialah
di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik,
dan spread (diskaun) yang dikenakan daripada harga semasa.
SUMBER: GENG SILVER