">

Wednesday 21 March 2012

Hukum Forex Haram – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan!!

TARIKH :16 MAC 2012
Hukum Forex Haram – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan!!

forex haram Hukum Forex Haram   Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan!!
Sebelum ini persoalan membabitkan hukum Forex haram atau halalacapkali menjadi perdebatan dan persoalan dikalangan apa yang boleh kami istilahkan sebagai “kaki forex”.
Dan tahun lepas pun JAKIM telah menganjurkan Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan bagi membincangkan perkara-perkara seperti :
  1. Kefahaman Umum Terhadap Perdagangan Mata Wang (Forex) dan Kedudukannya Dalam Syarak
  2. Perdagangan Mata Wang (Forex) dan Pandangan Syarak Mengenai Pegendaliannya
  3. Perdagangan Mata Wang (Forex) Kedudukannya Dalam Undang-undang dan Kesannya ke atas Ekonomi
Dan hasil daripada muzakarah tersebut terdapat beberapa rumusan dan kesimpulan yang telah dicapai antaranya ialah :
  • Jual beli matawang diharuskan oleh syarak, namun perlu mematuhi dawabit tertentu selain menggelakkan unsur-unsur-unsur syibh riba, tipu daya, judi, qabd yang tidak jelas dan gharar dalam operasi spot forex secara individu melalui platform elektronik.
  • Operasi spot forex ini juga didapati tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia
Walaubagaimanapun, semalam satu ketetapan telah dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai Forex.

Hukum Forex : Haram atau Halal?

KOTA BHARU: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing (forex) seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.
“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang membabitkan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”
“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.
Abdul Shukor berkata, banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran wang asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.
“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.
Beliau berkata, keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Katanya, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.
“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati selepas sistem perniagaan skim itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah,” katanya. – BERNAMA
Dahulu secara faktanya antara sebab ekonomi Malaysia pernah jatuh tahun 1997/1998 adalah tindakan kerajaan Malaysia bermain forex antarabangsa yang “duduk dalam sistem kapitalis” sehingga telah memberikan ruang kepada spekulator George Soros untuk sabotaj ekonomi Malaysia.
Bagi kami, ketetapan yang telah diberikan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menunjukkan melahirkan pendirian mereka terhadap satu-satu kemusykilan untuk dijadikan panduan tambahan kepada umat Islam di Malaysia hari ini. Dan tindakan Majlis Fatwa meletakan hukum Forex haramitu dibuat setelah mereka membuat kajian yang mendalam dan kajian itu tak bermakna dilakukan secara tergesa-gesa dan dibuat dalam tempoh sehari dua sahaja
Yang berada dalam Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini pun bukannya sebarangan orang. Kalangan ulama dan yang ada pengetahuan tinggi dalam ilmu agama.
“Adakah kita mahu terus menunggu jawapan yang kita ingini barulah kita akan terima & berpuas hati dengan ketetapan daripada kalangan yang pengetahuan tinggi dalam agama terutamanya melibatkan hukum”
Cuma kalau boleh selepas ini besarlah harapan kami sendiri supayaJawatankuasa Kebangsaan Malaysia jenguklah-jenguklah sistem perbankan di Malaysia hari ini melibatkan beberapa persoalan yang telah membelengu rakyat Malaysia secara umum dan umat Islam di Malaysia amnya.
Kami mahu lihat sendiri apa pendirian Jawatankuasa Kebangsaan Malaysia mengenai soal-soal yang melibatkan Sara 1Malaysia, kadar faedah yang dikenakan pihak bank kepada pelanggannya selama ini, PTPTN caj pelajarnya dikehendaki bayar balik lebih dari jumlah pinjamannya. Dan mungkin kalangan anda sini mahu menambahnya?
Samada kerajaan nak ikut atau tidak itu perkara nombor 2. Yang penting kami mahu melihat sendiri ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu.
P/S : Apa respon anda sebaik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menfatwakan hukum Forex haram?
Sumber:http://beritasemasa.com/pelaburan-forex-haram

No comments:

Post a Comment